KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28-31 MAC 2018 Pertandingan Badminton PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs) PERATURAN/UNDANG UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BAGI ACARA BADMINTON 1. NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN BADMINTON SUKAN GEMAPUTRA XV PERLIS 2018. 2. PERATURAN AM 2.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) seperti yang diluluskan oleh Persatuan Badminton Malaysia.. 2.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Sukan Gemaputera Malaysia. 2.3 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM Kejohanan Sukan GEMAPUTERA Ke-XV Negeri Perlis 2018. 3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN 3.1 Pada 28 hingga 31hb Mac 2018 (Rabu hingga Sabtu). 4. TEMPAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan Badminton akan diadakan di gelanggang, DEWAN BADMINTON, KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA, KANGAR. 2
5. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PENTANDINGAN 5.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017. 5.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM1,100.00 (Ringgit Malaysia: Seribu Seratus Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan. 5.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan. 6. PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap Kontinjen dikehendaki menghantar 1 pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi :- Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Beregu Veteran Beregu Pegawai Beregu Wanita Beregu Campuran Beregu Lelaki Pemain Simpanan JUMLAH - 1 orang - 1 orang - 3 orang - 15 orang 6.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. 6.3 Seorang pemain hanya boleh didaftar dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah / menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. 3
6.4 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum hari Kejohanan. 6.5 Semua pemain lelaki dan wanita hanya boleh bermain dalam satu acara sahaja pada setiap perlawanan. 6.6 Pemain yang pernah mewakili Negeri @ Kebangsaan @ Profesional tertakluk kepada Undang-Undang Dan Peraturan Am Sukan Gemaputera XV Perlis 2018. 6.7 Umur Pemain Veteran ialah 45 tahun sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan Am. 6.8 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain. 7. CARA KEJOHANAN 7.1. Kejohanan ini adalah di antara pasukan. 7.2. Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat. 7.3. Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga akan layak ke pusingan seterusnya. 7.4. Bagi pusingan separuh akhir hingga akhir perlawanan akan dijalankan secara kalah keluar. Perlawanan akan berakhir apabila salah satu pasukan memperolehi kemenangan dengan kiraan 3-0 atau 3-1. 8. SUSUNAN PERLAWANAN 8.1. Susunan perlawanan di sepanjang Kejohanan adalah seperti berikut:- i. Beregu Veteran ii. iii. iv. Beregu Pegawai Beregu Wanita Beregu Campuran v. Beregu Lelaki 4
9. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENGAN 9.1. Kejohanan ini akan menggunakan sistem kiraan (21) mata. 9.2. Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut: a) Menang - 3 mata b) Kalah - 0 mata 9.3. Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama lebih daripada satu pasukan, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut : 9.3.1. Jika dua (2) atau lebih pasukan yang terlibat, pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah perlawanan (matches), set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan pasukan berkenaan. 9.3.2. Jika di para 9.3.1 didapati sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan diputuskan secara undian. 10. MASA KEJOHANAN 10.1. Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari. 10.2. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. 10.3. Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 10.4. Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemainpemain kepada Pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan bermula. 10.5. Pemain yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pemain tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir. 5
11. PERALATAN KEJOHANAN 11.1. Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan Bulu Tangkis jenis Ling Mei Speed 77 atau yang setaraf dengannya. 12. BANTAHAN 12.1. Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus sahaja dan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian bantahan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur tidak lewat daripada 15 minit selepas tamat perlawanan tersebut. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM2,000.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu ditolak oleh Jawatankuasa, sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 6.1, Undang-Undang dan Peraturan Am, Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018. 12.2. Bantahan adalah terhad kepada syarat dan peraturan Kejohanan sahaja. 12.3. Sebarang bantahan mengenai kelayakan pemain hendaklah dibuat semasa Taklimat / Mesyuarat Pengurus Pasukan atau sebelum berakhir pusingan awal. Bantahan yang dibuat selepas itu (semasa pusingan kedua atau suku akhir hingga akhir) tidak akan dilayan. 13. JAWATANKUASA KECIL BANTAHAN & DISPLIN 13.1. Keahlian Jawatankuasa Kecil Bantahan dan Displin adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 6.3, Undang-Undang dan Peraturan AM, Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018. 6
14. HADIAH 14.1. Penganjur akan menyediakan hadiah sepertimana berikut : a) Johan - 15 Medal b) Naib Johan - 15 Medal c) Ketiga Bersama - 15 Medal x 2 SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN 7
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN BADMINTON GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 PERMAINAN/SUKAN PASUKAN : _ BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP 1 Pengurus 2 Jurulatih BIL NAMA PEMAIN NO. K/P 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 KATEGORI PERMAINAN NO. PEKERJA/ KWSP * Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan Badminton & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018. ** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain. TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017 Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam borang pendaftaran individu Pengurus Pasukan Disahkan oleh Nama : No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua No. Tel : Jabatan/Eksekutif)
Tarikh : Sediakan 2 Keping gambar berukuran passport dan 1 keping dilekatkan di sini BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU KEJOHANAN BADMINTON GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 NAMA PENUH : NO. K/P : TARIKH LAHIR : ALAMAT : (Tempat Bertugas) : NO. PEKERJA : TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN : NO. TEL : PENGURUS JURULATIH PEMAIN Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Penyata KWSP/KWAP Gambar dua (2) keping berukuran passport