KOLEJ MARA KULIM BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2018/2019 Selangkah ke Menara Gading
KOLEJ MARA KULIM Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman Tel: 04-4906422 Fax: 04-4906426 Assalamu alaikum / Selamat Sejahtera, Ibu bapa / Waris / Pelajar Baharu, PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2018/2019 1. PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MKPM) 2. PROGRAM ASAS SAINS & TEKNOLOGI UNIKL (FIST UNIKL) 3. PROGRAM ASASI SAINS UMK-MARA 4. PROGRAM PRA-U USM Pihak kolej mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anda dalam Peperiksaan SPM dan mendapat tempat belajar di Kolej MARA Kulim. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan pendaftaran pelajar baharu di kolej ini; 1. PENDAFTARAN & TAKLIMAT a) Pendaftaran Pelajar Masa : 8.30 pagi 12.30 tengah hari Tempat : Blok Akademik, Kolej MARA Kulim b) Taklimat Waris Masa Tempat : 11.00 pagi 12.30 tengah hari : Dewan Utama Kolej MARA Kulim 2. PENAMPILAN SEMASA PENDAFTARAN 2.1 Pelajar Lelaki 2.11 Berkemeja (warna kosong), bertali leher dan berseluar slack warna gelap.(jeans dan slack cotton - tidak dibenarkan) 2.12 Berkasut (sepatu) kulit / PVC berwarna gelap dan berstokin. (selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual tidak dibenarkan) 2.13 Berambut kemas tidak mencecah kolar baju. Misai dan janggut diurus rapi dan kemas. 1
2.2 Pelajar Perempuan 2.21 Berbaju kurung (Bagi pelajar Islam dan bertudung yang menutup aurat) 2.22 Berkasut (sepatu) kulit / PVC warna hitam/gelap (selipar/ sandal/, kasut bercorak, kasut sukan atau kasut kasual- tidak dibenarkan) 3. PENEMPATAN ASRAMA 3.1. Semua pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang ditentukan selepas mendaftar. 3.2. Pelajar perlu sediakan bantal, cadar dan selimut sendiri. 4. TELEFON BIMBIT, PEMAIN DVD/CD, KOMPUTER DESKTOP /NOTE-BOOK/ LAPTOP 4.1. Telefon bimbit, tablet dan komputer riba dibenarkan namun pihak kolej tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan perkakasan tersebut. 4.2. Telefon bimbit dan komputer/laptop perlu didaftarkan di pejabat HEP. 4.3. Peralatan elektrik seperti Seterika, Water Heater, Air Cooler, Play Station, pemain DVD/VCD, mini fridge dan televisyen peribadi tidak dibenarkan. (Sebarang kehilangan alatan pada perkara 4, adalah tanggungjawab sendiri) 5. MAKAN/MINUM 5.1. Makanan dan minuman harian (5 kali sehari) disediakan oleh pihak kolej sepanjang sesi pengajian. 5.2. Makanan dan minuman disediakan bermula dengan makan malam pada hari pendaftaran. 6. PEMERIKSAAN KESIHATAN, RAWATAN SAKIT DAN WAD 6.1. Kolej menyediakan bilik rawatan dan rehat bagi pelajar kurang sihat yang tidak memerlukan rawatan doktor. 6.2. Kolej menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk pelajar ke hospital atau ke klinik swasta. (Bayaran rawatan di klinik swasta dan/atau jika dimasukkan ke wad adalah tanggungan ibu bapa pelajar). 6.3. Ujian Saringan dadah akan dijalankan oleh pihak kolej dengan kerjasama pihak berwajib. 2
7. PERATURAN DAN DISIPLIN 7.1. Pelajar adalah tertakluk kepada undang-undang negara serta peraturan MARA dan Kolej MARA Kulim. 7.2. Merokok adalah DILARANG di seluruh kampus Kolej MARA Kulim. 7.3. Pelajar tidak dibenarkan memandu dan menyimpan kenderaan bermotor di kawasan kampus. 7.4. Bagi kesalahan yang lebih serius seperti terlibat dengan bahan larangan seperti arak, bahan lucah, berjudi, berkelahi, buli, mencuri dan berkhalwat, pelajar boleh diberhentikan pengajian di KMK. (Peraturan penuh, kategori kesalahan dan kategori hukuman boleh dirujuk dari buku panduan tatatertib (berbentuk CD) yang akan dibekalkan kepada pelajar.) 8. PERATURAN-PERATURAN UMUM Bil Perkara Lelaki Perempuan Catatan 1 Pakaian menghadiri Majlis Rasmi Baju Melayu biru gelap tanpa sebarang corak berwarna, lengkap dengan sampin dan songkok hitam. Baju kurung biru gelap tanpa sebarang corak berwarna, bertudung putih dan kain yang sesuai. Mesti ada. (Biru Gelap) 2 Pakaian sukan Seluar trek, kemeja T, stokin dan kasut sukan Seluar trek, kemeja T lengan panjang, stokin dan kasut sukan Mesti ada. 3 Pakaian ke kuliah (seperti semasa pendaftaran) (seperti semasa pendaftaran) Mesti ada. (Kopiah dan purdah tidak dibenarkan). 4 Keperluan asrama Bantal, cadar dan sarung bantal Bantal, cadar dan sarung bantal Tidak disediakan (bawa sendiri) 5 Hiasan/barang kemas Tidak digalakkan Lain-lain Peraturan: (Sila rujuk Buku Panduan Tatatertib Pelajar dan perubahan semasa.) 3
8. YURAN PENDAFTARAN YURAN PENDAFTARAN BAGI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2018/2019 KOLEJ MARA KULIM Bil Jenis Bayaran RM 1 Pakej Pendaftaran 130.00 2 Yuran Keahlian Koperasi 25.00 3 Dobi (RM10 X 6 bulan) 60.00 4 Air Minuman Bertapis 15.00 5 Yuran MUAFAKAT 70.00 6 Majlis Perwakilan Pelajar 35.00 7 ASK (EMR) 60.00 8 Ujian Saringan AADK 10.00 9 Peperiksaan 10.00 10 Komputer 20.00 11 Pencetakan dokumen IRP/P&P 20.00 12 Insurans 20.00 13 Kokurikulum 50.00 14 Tutorial/Amali 60.00 15 Kot Makmal 40.00 16 Transkrip 5.00 Jumlah Keseluruhan 630.00 9. KAEDAH PEMBAYARAN Kaedah pembayaran bagi yuran pendaftaran adalah seperti berikut: Yuran dibayar ke akaun: KOPERASI KOLEJ MARA KULIM BERHAD ( No. Akaun CIMB : 800 647 6206) Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut: (a) Perkhidmatan Perbankan Internet (b) Pembayaran di Mesin ATM @ mesin Cash Deposit CIMB (c) Perkhidmatan Kaunter CIMB PERHATIAN PENTING: Sila bawa slip bayaran Mesin Cash Deposit/pembayaran Online/lain-lain sebagai bukti pembayaran semasa hari pendaftaran. 4
SENARAI RUMAH TUMPANGAN, RUMAH REHAT DAN HOTEL DI KULIM, BUKIT MERTAJAM DAN BUTTERWORTH KULIM (4 km dari Kolej MARA Kulim) 1. Hotel Seri Malaysia Taman Tasik Putra, 09000 Kulim Tel : 04-4909898 2. Fuller Hotel No.50, Kota Kenari, 09000 Kulim Tel : 04-4927999 3. Tune Hotel Kulim No 4, Jln KLS (1) Kulim Central, 09000 Kulim. Tel : 04-4931288 4. Kulim Inn (Rest House) Jalan Kulim, 09000 Kulim. Tel : 04-4900420 5. Sri Impiana Inn No.41, 44, Lebuh Lembah Impiana, Taman Lembah Impiana,09000 Kulim. Tel : 017-4208109 / 012-4708825 6. Big Apple Hotel 6 & 7, Lorong Tunku Assad (Jalan Asaad), 09000 Kulim, Kedah Tel: 04-495 5555 7. Urban Inn 925-926, Jln Lembah Impian 5, Lembah Impiana III, 09000 Kulim, Kedah Tel: 04-491 1776 BUKIT MERTAJAM (12 km dari Kolej MARA Kulim) 1. Summit Prescott Hotel 566, Jalan Arumugum Pillai 14000 Bukit Mertajam. Tel : 04-5386666 / 5384549 BUTTERWORTH (27 km dari Kolej MARA Kulim) 1. Sunway Hotel 11, Lebuh Tenggiri Dua, Pusat BandarSeberang Jaya, 13700 Seberang Jaya. Tel : 04-3707788, 3701424, 04-3700555 (fax) 2. Pearl View Hotel Jalan Baru, Seberang Perai, 13700 Butterworth. Tel : 04-3989888, 04-3999810 (fax) 3. Light Hotel Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700, Seberang Jaya, Penang Tel : 04-2633161 4. Ixora Hotel Penang 3096 Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang Tel : 04-382 8888 1