TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 1
31 OKTOBER 2017 (SELASA) HOTEL TAIPING PERDANA, TAIPING PERAK Bismillahirrahmanirrahim., Assalamualaikum wr. wbth. Salam 1Malaysia dan Salam 1Koperasi Terima Kasih Pengacara Majlis 2
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA DAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM SEBELUM MAJLIS BERMULA] 1. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberi 3
kesempatan dan waktu untuk kita berhimpun di sini, bagi menjayakan Majlis Perasmian Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Terbaik Peringkat Kebangsaan 2017. 4
2. Saya bagi pihak ANGKASA dan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB Dato Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita pada malam yang penuh 5
bermakna ini, bagi meraikan kejayaan koperasi-koperasi sekolah, koperator-koperator muda dan guru-guru koperasi terpilih dari seluruh negara yang telah memberi sumbangan membanggakan dalam pembangunan koperasi sekolah dalam majlis yang gilang 6
gemilang ini. Selamat datang ke majlis ini kepada semua pengamal koperasi sekolah terpilih. Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya dan bakal menerima anugerah pada malam ini. 7
4. Untuk makluman YB Dato Seri, pada kali ini majlis penganugerahan lebih bermakna dan meriah kerana disekalikan dengan Anugerah Khas ANGKASA selain dari anugerah Utama. Penganugerahan ini, mendapat kerjasama yang padu Kementerian 8
Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) di samping Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang memberi 9
sokongan dalam membangunkan gerakan koperasi sekolah di negara ini sehingga berada di tahap sekarang. YB. Dato Seri, Dif-Dif Jemputan dan Hadirin Yang Dihormati Sekalian 10
5. Pada peringkat awal, ANGKASA mengasaskan sambutan HKS bertujuan untuk menggalakkan koperator-keperator sekolah mendalami ilmu koperasi melalui pertandingan kuiz yang diadakan sempena Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa. Namun pada hari ini 11
konsep HKS telah bertukar dan ditransformasi menjadi Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) yang lebih menyeluruh bagi mencari koperasi sekolah yang boleh menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah lain. AKKS ini diperluaskan ke peringkat zon, 12
negeri dan kebangsaan melalui acara berasingan dengan pelbagai aktiviti bagi menyuburkan amalan berkoperasi dalam skala yang lebih besar. Bagi memberi peluang lebih ramai murid-murid, sekolah-sekolah dan penglibatan komuniti dalam AKKS. 13
6. Alhamdulilah, sejak HKS dan sekarang AKKS dilaksanakan pada 1991 sehingga kini, sambutan sangat menggalakkan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, koperasi sekolah mampu menunjukkan prestasi yang terbaik 14
di dalam AKKS 2017 sekaligus membuktikan keberjayaan AKKS dalam membudayakan amalan berkoperasi dalam kalangan generasi muda di sekolah. 7. Statistik pertumbuhan koperasi sekolah meningkat dengan ketara 15
sejak diasaskan pada tahun 1969, selaras dengan usaha-usaha yang dilaksanakan ANGKASA. Untuk makluman, sehingga Disember 2016, koperasi sekolah berjumlah 2,376 dengan keahlian 2.02 juta, syer berjumlah RM24.84 juta, aset berjumlah RM327.02 juta, 16
menyumbang perolehan sebanyak RM359.29 juta. 8. Koperasi MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang, MRSM Kubang Pasu, Jitra Kedah, yang terbaru Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah telah berjaya memperolehi pendapatan 17
melebihi RM1 juta, manakala 4 buah sekolah lagi bakal mengikuti jejak yang sama iaitu SMK Kota, Kota Bharu Kelantan, MRSM Tawau, Sabah dan MRSM Taiping, Perak yang perolehannya hampir mencecah RM1 juta. ANGKASA berhasrat melahirkan lebih banyak 18
koperasi sekolah menyumbang perolehan melebih sejuta. 9. Ini tidak bermakna, ANGKASA mencuba untuk mengkomersialkan koperasi sekolah. ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi 19
menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas, malah mampu mengasah bakat-bakat keusahawanan dan kemahirankemahiran mentadbir, mengurus, berniaga, membuat kira-kira dan dapat memupuk pelbagai nilai-nilai 20
murni yang diperlukan untuk untuk menjadi manusia berguna dan berjaya kepada agama, bangsa dan negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 21
10. Ingin saya tegaskan di sini, pengembangan koperasi sekolah oleh ANGKASA masih tetap mengekalkan matlamat asal untuk memberi latihan, pendidikan dan pengalaman keusahawanan secara langsung kepada muridmurid.yang mana latihan ini tidak 22
dapat diperolehi di bilik darjah. Apabila mereka habis belajar, pengalaman ini diharap dapat membuka minda mereka untuk menjalankan perniagaan sendiri atau menubuhkan koperasi. Ini bukan sahaja dapat membantu mewujudkan peluang-peluang 23
pekerjaan baru malah dapat mengurangkan kebergantungan generasi muda untuk bekerja makan gaji. YB. Dato Seri, Dif-Dif Jemputan dan Hadirin Yang Dihormati Sekalian 24
11. Penjanaan pendapatan oleh koperasi sekolah bukan untuk keuntungan semata-mata, malah koperasi dapat menjual keperluan pelajar-pelajar, guru-guru dan sekolah pada harga yang lebih murah. Ini dapat membantu mengurangkan beban murid-murid 25
dan kos sara hidup. Keuntungan yang diperolehi juga akan dipulangkan kepada murid-murid dalam bentuk dividen atau membantu sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan untuk murid. Ini dapat mengurangkan kebergantungan sekolah kepada 26
kerajaan untuk pembiayaan prasarana sekolah. 12. Selaras dengan itu, ANGKASA memfokuskan untuk membangunkan dan mengembangkan perniagaan koperasi sekolah melalui program 27
terpilih seperti Bengkel Pembangunan Perniagaan, Bengkel Perniagaan Kiosk, Bengkel Pembangunan Produk, Dialog Pengetua, kursus-kursus untuk pelajar-pelajar dan guru-guru koperasi, Bengkel Audit dan Bengkel Khas Pengarah Teknik dan 28
Vokasional serta Bengkel untuk ALK MRSM seluruh negeri. 13. Justeru, untuk memperkasakan lagi koperasi sekolah di negara ini, saya memohon KPM & MARA memastikan semua jabatan- 29
jabatan pendidikan dan pengetuapengetua sekolah menyokong penuh semua program-program pembangunan dijalankan ANGKASA dengan memberi pelepasan kepada guru-guru koperasi dan pelajar-pelajar, mengurangkan waktu mengajar 30
guru koperasi, memberi ruang operasi, menggalakkan perluasan perniagaan koperasi dan kelonggaran menjual makanan dan minuman yang tidak bermasak semasa kantin beroperasi. Sokongan mereka ini amat penting dalam memacu kejayaan koperasi. 31
Banyak bukti menunjukkan sokongan pengetua menjadi pemangkin kejayaan koperasi sekolah. 14. ANGKASA juga mengharapkan, SKM dapat menambah bajet KWAP untuk 32
pembangunan koperasi sekolah bagi tahun hadapan dan semua program pembangunan koperasi sekolah diserahkan kepada ANGKASA selaras dengan Deklarasi Putrajaya. 33
15. Saya juga mengharapkan koperasi sekolah dapat mencari satu inisiatif untuk meningkatkan tabungan pelajar-pelajar melalui peningkatan kadar yuran atau mewujudkan tabung simpanan bagi menggalakkan pelajar-pelajar menyimpan dan berjimat cermat. 34
Apabila mereka habis belajar dan berjaya menyambung pengajian di IPT ada sumber kewangan yang dapat mereka gunakan untuk menampung perbelanjaan di awal pengajian. 35
16. Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengekalkan prestasi koperasi sekolah negara di persada dunia. Sekian, wabillahi tawfiq wal hidayah. Wassalamualaykum wrh. wbth. 36