SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Kebawah Duli Yang Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah al-haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak;

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

UCAPAN. Program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2016

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

MAJLIS IFTAR BERSAMA T.Y.T TUN CANSELOR

Transkripsi:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI MEMPERINGATI AIDS SEDUNIA 2017 PERPADUAN KE ARAH SIFAR HIV PADA HARI SABTU, 20 MEI 2017; PUKUL 10.45 PAGI DI ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG SALUTASI Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang; Yang Hormat Dato Haji Mohamad Noor Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang; Yang Berbahagia Dr. Shaari bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 1

Yang Berbahagia Encik Bukhari Md Akhir. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Tuan-tuan dan puan-puan, Warga kerja dan mahasiswa; Para hadirin hadirat yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-nya, maka kita dapat bertemu pagi ini sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 yang bertemakan Perpaduan Ke Arah Sifar HIV. 2

2. Terlebih dahulu, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Universiti ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan mengalualukan tetamu kehormat kita, Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang ke UMP Kampus Gambang bagi menyempurnakan majlis perasmian acara ini. 3. Pihak pengurusan Universiti ini sesungguhnya amat berbesar hati atas pemilihan UMP Kampus Gambang sebagai tuan rumah Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017. Justeru, sukalah saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada jabatan, agensi dan organisasi yang terlibat dalam penganjuran sambutan ini iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Majlis AIDS Malaysia dan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dengan kerjasama Perwakilan Kolej Kediaman 2 UMP. 4. Sebagai sebuah Universiti Awam, UMP juga merupakan sebuah institusi pengupayaan sosial yang sentiasa proaktif berperanan dalam aspek pembangunan masyarakat dalam pelbagai lapangan melalui pelbagai inisiatif. 3

5. Justeru, penglibatan Universiti ini dalam Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 merupakan sebahagian daripada sumbangan konstruktifnya dalam inisiatif advokasi sosial yang mengisi agenda Universiti Komuniti yang sedang digerakkan di UMP. 6. Dalam konteks tersebut, UMP sentiasa mengalu-alukan sebarang inisatif kerjasama yang berkaitan daripada mana-mana kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan badan korporat serta pertubuhan-pertubuhan awam dan sukarela bagi menganjurkan projek atau aktiviti yang memberi nilai tambah kepada masyarakat umum sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang. 7. Dengan kepakaran teknikal yang dimiliki UMP sebagai sebuah Universiti Awam yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, saya percaya bahawa Universiti ini mampu untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada inisiatif kerjasama tersebut, sesuai dengan tagline Memasyarakatkan Teknologi yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020. 4

SAMBUTAN HARI MEMPERINGATI AIDS SEDUNIA 8. Yang Berhormat Dato, tuan-tuan dan puan-puan, Saban tahun, sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia diadakan pada minggu ketiga bulan Mei sebagai satu inisiatif advokasi kepada masyarakat mengenai penderitaan penghidap penyakit ini dan pembawa virus HIV di seluruh dunia yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita. 9. Sehingga hari ini, istilah AIDS itu sendiri menjadi satu stigma yang amat digeruni kerana implikasi buruk penyakit ini kepada kesihatan individu. Walaubagaimanapun, masyarakat juga perlu diberi kesedaran mengenai kaedah pencegahan penyakit ini secara input keagamaan dan juga pengetahuan klinikal sepertimana yang dilaksanakan melalui sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia ini. 10. Statistik dan data berkenaan penyakit AIDS ini sendiri cukup membimbangkan kita. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2015, bilangan penghidap HIV dan AIDS di seluruh dunia adalah berjumlah 36.7 juta orang dengan 1.1 juta kematian dicatatkan bagi penyakit berkaitan AIDS. 5

11. Menurut statistik WHO juga, sejak penyakit ini mula dikesan pada tahun 1981, seramai 70 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus HIV dan jumlah kematian yang dicatatkan ialah 35 juta orang. Secara umumnya, adalah dianggarkan bahawa 0.8% daripada individu yang berusia antara 15 hingga 49 tahun di seluruh dunia menghidap HIV. 12. Hal ini tentu sekali memerlukan inisiatif intervensi dan aktiviti advokasi yang berkesan daripada pelbagai peringkat memandangkan tempoh antara 15 hingga 49 tahun adalah julat usia yang paling aktif bagi seseorang individu. 13. Dalam tempoh julat usia inilah seseorang individu sepatutnya menempuh proses pembelajaran, pekerjaan dan pembinaan keluarga dan tentu sekali mudarat daripada jangkitan HIV dan AIDS akan merencatkan proses tersebut dengan impak serius bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, tetapi juga dari segi psikologi dan sosioekonomi. 6

14. Oleh yang demikian, inisiatif intervensi dan aktiviti advokasi yang dinyatakan tadi sewajarnya dijalankan secara holistik dan komprehensif secara inklusif dengan turut mensasarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat untuk mencegah penyakit ini selain membantu mereka yang menderita akibat jangkitan HIV dan AIDS. 15. Dalam hal ini, kita di Malaysia amat bertuah kerana memiliki fasiliti dan infrastruktur kesihatan yang berkualiti sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta yang membolehkan rawatan dan pemantauan berkaitan dijalankan bagi membantu penghidap HIV dan AIDS. 16. Malah, pelbagai pertubuhan awam dan sosial serta institusi-institusi pendidikan tinggi sentiasa aktif membantu kerajaan dalam pelbagai kegiatan amal bagi membantu memulihkan motivasi para penghidap HIV dan AIDS. 7

17. Perkembangan ini tentu sekali berkait rapat dengan aras pendidikan dan tahap ekonomi Malaysia yang lebih baik berbanding negara-negara teruk menghadapi ancaman HIV dan AIDS, terutamanya di benua Afrika. Dalam konteks ini, WHO turut melaporkan bahawa negaranegara di rantau Sub-Sahara Afrika mengalami ancaman HIV dan AIDS paling serius di mana 70% daripada keseluruhan kes HIV dan AIDS dunia datangnya dari kawasan ini. PERPADUAN KE ARAH SIFAR HIV 18. Yang Berhormat Dato, tuan-tuan dan puan-puan, Tema Perpaduan Ke Arah Sifar HIV yang mendasari sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 ini turut mengingatkan kita mengenai keperluan sinergi yang berterusan dalam kalangan pelbagai pihak bagi menangani ancaman HIV dalam masyarakat. 8

19. Dalam hubungan tersebut, UMP amat mengalu-alukan program pada hari ini yang diterajui oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk membantu kerajaan memberi maklumat dan pendedahan solusi Islam berhubung ancaman HIV AIDS kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan mahasiswa. 20. Justeru, saya dan pihak pengurusan amat sukacita dengan pendekatan kreatif yang digunakan oleh pihak penganjur bagi menarik minat para mahasiswa dan generasi muda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mengisi Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 ini. 21. Ini termasuklah program Walk 10,000 Step to End HIV, pada awal pagi tadi, persembahan teater bertajuk petang I M P+ pada petang ini dan majlis bacaan Surah Yasin dan Tahlil selepas solat Maghrib pada malam nanti. 9

22. Saya percaya bahawa hasil dan dapatan utama yang dihasratkan daripada aktiviti-aktiviti pengisian tersebut ialah maklumat yang tepat, kesedaran mendalam dan pendidikan kesihatan mengenai HIV dan AIDS dalam kalangan kumpulan sasaran, khususnya para mahasiswa dan generasi muda untuk mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang merisikokan mereka kepada jangkitan HIV. KATA PENUTUP 23. Yang Berhormat Dato, tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua rakan sinergi atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjayakan sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 di UMP Kampus Gambang ini. 10

24. Saya berdoa ke hadrat Allah Ta ala mudah-mudahan kita semua terus dilimpahkan rahmat peliharaan daripada-nya dengan naungan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan, kemakmuran dan kecemerlangan, Amin. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 11