BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI 30 Jun 2014 Sedari pertengahan Mei hingga penghujung Jun, Program Latihan Rekabentuk dan Implementasi Landskap telah dilaksanakan demi menyertai Pertandingan FLORIA Putrajaya yang berlangsung pada 14-22 Jun 2014. Secara tidak langsung, program ini telah memberi pendedahan kepada pelajar Diploma Hortikultur Landskap semester 4 dan 5 dalam bidang rekabentuk, pembinaan dan pengurusan projek landskap. Dengan sokongan Pengarah, bimbingan dan pensyarah berpengalaman EDISI APRIL-JUN 2014 KEGEMBIRAAN RAIH GANGSA DI FLORIA, KEJAYAAN BERSAMA! dari Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan pensyarah jemputan dari Kolej Komuniti Lahad Datu kerja keras tanpa jemu pelajarpelajar seramai 11 orang serta doa dari seluruh warga Politeknik Nilai, dengan izin- Nya Politeknik Nilai berjaya merangkul pingat Gangsa bagi kategori Starlight Award, University Garden Competition dengan menggunakan konsep The Hidden Value. Semoga kejayaan di peringkal nasional ini akan dapat dipertingkat lagi pada masa akan datang.
Para pelajar dengan sokongan Pengarah PNS dan bimbingan pensyarah bertungkus-lumus membuat persediaan ke FLORIA Para pelajar dan pensyarah di tapak FLORIA
Landskap The Hidden Values di tapak FLORIA Putrajaya
IFLA 2014 ASIA PACIFIC INTERNATIONAL STUDENT CHARRETTE (MY SARAWAK EXPERIENCE) 27 April 2014 Seramai lima orang pelajar Diploma Hortikultur Landskap telah menyertai IFLA 2014 yang diadakan di Sarawak Cultural Village, Sarawak. Program ini menghimpunkan para pelajar landskap dan industri dari bidang yang sama seperti Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), UPM, UTM, UiTM dan Politeknik Nilai Negeri Sembilan sendiri. Antara aktiviti yang diadakan adalah Berambih D Sarawak, Penerokaan Hutan Hujan Borneo /Gunung Santubong /Penan Trail dan aktiviti Let s Do It serta persembahan kebudayaan. Pelajar Diploma Hortikultur Landskap- Politeknik Nilai telah berjaya merangkul tempat Johan, Naib Johan dan Anugerah Pilihan Juri dalam Student Charrette Design Competition. Para pelajar bersama-sama sijil kemenangan.
Antara aktiviti yang dijalankan.
PELAJAR DIPLOMA BIOTEKNOLOGI TERUJA DI FRIM 25 Jun 2014 Satu lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah disertai oleh para pelajar Diploma Bioteknologi dan Bio-industri semester 2 dan 3. Para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai kajian saintifik Bioteknologi yang berfokuskan bidang perhutanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah lawatan ke Makmal Genetik. Para pelajar telah diberikan taklimat tentang kajian aplikasi molekular seperti microsatellite isolation, DNA profiling & barcoding dan kejuruteraan genetik. Selain itu, para pelajar juga diberikan peluang untuk melihat sendiri persediaan kultur tisu pohon jati, gaharu dan tongkat ali di Makmal Kultur Tisu. Pengakhirannya adalah Educational Trip yang dikelolai oleh Forest Guide. Aktiviti ini mendedahkan pelajar akan alam semulajadi yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan boleh dimanipulasikan di dalam kajian saintifik. Antara aktiviti yang dilaksanakan di FRIM Kepong
LAWATAN PENANDA ARASAN KE NAS AGRO FARM, SEPANG 27 Jun 2014 Satu lawatan penanda arasan ke Nas Agro Farm, Sepang telah diadakan. Lawatan ini disertai oleh 7 orang staf dari Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri serta dari Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri pengendalian rumah cendawan dan teknik pengkulturan atau pembenihan yang digunakan oleh Nas Agro Farm. Projek Penanaman Cendawan ini dijangka akan dilaksanakan oleh Unit Bioteknologi dengan kerjasama Unit Hortikultur Landskap serta Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan menjelang Julai ini. Lawatan sekitar Rumah Cendawan, ruang penyediaan media dan makmal.
SELAMAT DATANG WARGA JAB YANG BAHARU! 1 Jun 2014 Pada bulan April dan Jun, Jabatan Agroteknologi dan Bioindustri telah menerima ahli keluarga baharu seramai 10 orang. Semoga dengan pertambahan staf di JAB akan dapat meningkatkan lagi produktiviti serta melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP). KETUA JABATAN (JAB) EN. MD MARZUKEE BIN YUSOF (DH 48) PN. FAIROZ BINTI YAAKOB BT (DH 44) KANAN PN. KALSOM BINTI SAILAN (DH 52) PN. AZILAH BT ANUAR (DH 44) KANAN HJH. MEGAWATI BINTI MOHD YASSIN (DH 52) EN. MUHD ARIF NUBLI BIN SHAFIE (DH 41) PN. NURULAZILA BINTI OMOR (DH 44) PN. NABILAH ZARIFAH BINTI ZULKEPLI PN. FAUZIAH SHAHEEN BINTISHEH RAHMAN (DH 41) EN. FADHLI TARIQ BIN ISHAK (DH 41)
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DIPERINDAH JAMBANGAN ORKID 18 April 2014 Pada bulan April yang lalu, Majlis Perhimpunan Bulanan buat kali pertama bagi tahun 2014 telah dianjurkan oleh Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri. Majlis yang diperindah dengan jambangan orkid segar ini turut mengadakan satu slot penghargaan kepada staf yang akan bertukar. Bak kata pepatah Patah Tumbuh Hilang Berganti, Politeknik Nilai turut meraikan staf-staf Politeknik Nilai yang baharu melapor diri. Antara momen-momen indah yang terakam.
JAMUAN POT-LUCK SERLAHKAN BAKAT MEMASAK STAF JAB 18 Jun 2014 Majlis pot-luck yang menjadi program bulanan di JAB telah diadakan. Semua staf JAB telah membawa hasil air tangan masingmasing yang lazat dan pelbagai. Program santai ini menjadi salah satu program yang dapat mengeratkan ukhuwah antara staf di JAB. Staf staf di JAB sedang menjamu selera.