BUKU PERATURAN SEKOLAH

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

MATA DEMERIT MENGIKUT KESALAHAN

Markah merit juga diberikan kepada murid yang memberi atau menyumbangkan perkhidmatan khas kepada sekolah semasa mereka berada di sekolah ini juga.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

BAB1: PERATURAN SESI PERSEKOLAHAN 1.1 Sesi Persekolahan

PERATURAN ~ PERATURAN AM SEKOLAH

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

PERATURAN SEKOLAH 1. Tatatertib 1.1 Tatatertib Am 1

PANDUAN AM STAF SEKOLAH

Panduan Am Untuk Staf Sekolah.

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASRAMA

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

Isi Kandungan Taklimat. Visi dan Misi PTE Katok Organisasi HEP Disiplin Borang-borang Kes-kes Berat

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

BUKU PANDUAN PERATURAN ASRAMA INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL (MAIWP) LOT 1363, JALAN PERKASA, OFF JALAN KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH UNTUK PENGETUA, GURU BESAR, GURU DISIPLIN DAN GURU SEKOLAH Tema Kesalahan Pekeliling Rujukan

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA 71300, REMBAU, NEGERI SEMBILAN BORANG PERMOHONAN TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN *PUTERA / PUTERI TAHUN :

PERATURAN AM. 1. Semua guru mesti berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi pada setiap hari persekolahan.

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

PUSAT LANJUTAN TAHFIZ MALAYSIA (PLTM)

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

more examination papers at :

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

PENTAKSIRAN TINGKATAN

1.0 Peraturan Dan Tatatertib Am (Peraturan PPIP, USM)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Undang-undang Permainan

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

GAMBAR PASPORT TERBARU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : STAR 02/07/04 (96) Tarikh : 14 Disember 2015

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

DASAR PENEMPATAN DI KOLEJ

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

PERATURAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PENGURUSAN ASRAMA PENDAFTARAN ASRAMA SM TEKNIK TUANKU JA AFAR, SEREMBAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NAMA TINGKATAN RUMAH K.

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

BORANG-BORANG PENDAFTARAN HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 & HEP6

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE [MJII]

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.0 PERATURAN AM KERJA ANGGOTA DAN KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN. 2.1 Anggota dikehendaki menghadiri baris masuk tugas dan baris keluar tugas.

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

PENGURUSAN BILIK DARJAH

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

PERATURAN PEPERIKSAAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

01 Tanda keselamatan yang wajib ini bermakna.

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : STAR 02/07/04 (95) Tarikh : 14 Disember 2015

BORANG PENGESAHAN LAPOR DIRI PELAJAR IJAZAH SIDANG AKADEMIK :

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

Peraturan Sekolah SMK Dato Bentara Luar KATA ALU-ALUAN

PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2015

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

KAEDAH DALAMAN (House rules)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PANDUAN PELAJAR SPM 2016 PEJABAT PENTADBIRAN UNISMART JALAN KOTA PUTERI 5/10A, SEKSYEN 5 KOTA PUTERI, BATU ARANG, SELANGOR DARUL EHSAN

BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TAHUN 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

Transkripsi:

SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ BUKU PERATURAN SEKOLAH Panduan & Peraturan Disiplin Sekolah HAL EHWAL MURID 18

PENDAHULUAN Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Rendah Imtiyaz, Ipoh sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apaapa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. 2 P a g e

RUKUN NEGARA Maka Kami, Rakyat Malaysia Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut : Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta 3 P a g e

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan yang seimbang di segi Aqal, Rohani, emosi dan jasmani serta mempunyai jati diri yang utuh untuk berbakti kepada agama, bangsa, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang,bersepadu menyeluruh dan berterusan VISI Untuk menjadikan Sekolah Rendah Imtiyaz sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam yang memimpin dan paling berjaya di negeri Perak. MISI Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak Membentuk pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi Mewujudkan keseimbangan pelajar dari aspek rohani jasmani dan intelektual Membina dan menambah minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu cara meningkatkan ketaqwaan. MOTTO SEKOLAH Bersama Melahirkan Generasi Harapan Ummah 4 P a g e

IKRAR PELAJAR BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Imtiyaz berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang masa. Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep Insan Sebagai Hamba dan Khalifah Allah. Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin. Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan. Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih. 5 P a g e

Panduan & Peraturan Disiplin Sekolah 6 P a g e

GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK PELAJAR 1. KEHADIRAN 1.1. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. 1.2. Waktu persekolahan adalah seperti berikut: Isnin Khamis : 7.30 pagi 2.00 petang Jumaat : 7.30 pagi 12.15 tengahari 1.3. Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas. 1.4. Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin. 1.5. Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar. 2. KETIDAKHADIRAN 2.1. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden. 2.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. 2.3. Tindakan terhadap kes ponteng: SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas AmaranTerakhir 7 P a g e

2.4. Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah. 2.5. Pelajar dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran. 2.6. Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. 3. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 3.1. Pakaian Pelajar Lelak (Lihat gambar 1A) 3.1.1. Seluar panjang warna biru gelap. 3.1.2. Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.1.3. Baju kemeja sekolah bewarna biru, berlengan pendek, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Baju dimasukkan ke dalam seluar. 3.1.4. Lencana sekolah dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada 3.1.5. Tanda nama dilekatkan pada posisi atas poket baju sebelah kiri dada. 3.1.6. Kopiah hitam berlogo sekolah sahaja. 3.1.7. Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada buku lali. Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 8 P a g e

3.2. Pakaian Pelajar Perempuan (Lihat gambar 1B) 3.2.1. Baju kurung sekolah bewarna biru, berlengan panjang. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin. 3.2.2. Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.2.3. Tudung labuh berparas siku berwarna biru dan anak tudung berwarna putih atau hitam. 3.2.4. Lencana sekolah dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada. 3.2.5. Tanda nama dilekatkan di atas posisi lencana sekolah. 3.2.6. Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada buku lali. Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. Gambar 1A Gambar 1B 9 P a g e

3.3. Pakaian Pengawas (Lihat gambar 2A dan 2B) 3.3.1. Pengawas lelaki. Baju berwarna unngu cerah. Seluar, kasut dan stoking berwarna hitam serta bersongkok. Yang lain sama seperti pakaian pelajar lelaki. 3.3.2. Pengawas perempuan. Baju dan tudung berwarna unngu cerah. Kain sarung, kasut dan stoking berwarna hitam. Yang lain sama seperti pakaian pelajar lelaki Gambar 2A Gambar 2B 10 P a g e

3.4. Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Lihat gambar 3A dan 3B) 3.4.1. Pengawas lelaki. Baju berwarna kuning cerah. Seluar berwarna koko. Kasut dan stoking berwarna hitam serta bersongkok. Yang lain sama seperti pakaian pelajar lelaki. 3.4.2. Pengawas perempuan. Baju dan tudung berwarna kuning cerah. Kain sarungberwarna koko. Kasut dan stoking berwarna hitam. Yang lain sama seperti pakaian pelajar lelaki Gambar 3A Gambar 3B 11 P a g e

3.5. Pakaian Pendidikan Jasmani(Lihat gambar 4A dan 4B) T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap. Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani. Gambar 4A Gambar 4B 3.6. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan: Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum. 12 P a g e

3.7. Tatacara Pemakaian Tanda Nama Dan Logo Sekolah 1. 1. 2. 2. Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan 3.6.1 Pelajar Lelaki 1. Tanda nama hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian atas daripada poket baju. 2. Lencana sekolah hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian poket baju. 3.6.2 Pelajar Perempuan 1. Tanda nama hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian atas tudung, paras dada. 2. Lencana sekolah hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian bawah tanda nama. 13 P a g e

4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 4.1. Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu : 4.1.1. Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua cuping telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas. 4.1.2. Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi. 4.1.3. Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan sideburn hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka. 4.1.4. Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci 4.2. Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. 4.3. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. 4.4. Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang. 4.5. Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki. 4.6. Pelajar tidak dibenarkan berkaca mata gelap (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. 4.7. Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey. 4.8. Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarnawarni, pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 4.9. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 5. PERHIMPUNAN 5.1. Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin di hadapan bangunan pejabat dan kehadiran adalah diwajibkan. 5.2. Perhimpunan harian akan diadakan dihadapan bangunan kelas setiap pagi. 5.3. Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula. 5.4. Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas. 5.5. Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual antara satu sama lain. 5.6. Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah 14 P a g e

mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas. 5.7. Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan. 6. KAWASAN SEKOLAH 6.1. Kawasan Sekolah 6.1.1. Pelajar adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 6.1.2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR. 6.1.3. Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali mendapat kebenaran guru. 6.1.4. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. 6.1.5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 6.1.6. Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru kelas. 6.1.7. Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas dengan mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti diserahkan kepada guru bertugas mingguan. 6.1.8. Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi borang Daftar Keluar Murid. 6.2. Kelas 6.2.1. Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 6.2.2. Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang 15 P a g e

kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 6.2.3. Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. 6.2.4. Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas. 6.2.5. Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada. 6.2.6. Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan 6.2.7 6.2.7. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 6.2.8. Pelajar bertanggungjwab memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan selesa. 6.3. Pusat sumber/ Makmal/ Surau/ Bengkel/ Perputakaan/ Bilik Komputer 6.3.1. Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimanamana ketika dalam perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya. 6.3.2. Pelajar adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam pusat sumber/ makmal/ surau/ bengkel/ perpustakaan/ bilik komputer. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 6.4. Tandas 6.4.1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk menjaga kebersihan tandas sekolah sepanjang masa. 6.4.2. Pelajar yang memakai PAS KELUAR sahaja dibenarkan berada di tandas kecuali pada waktu rehat. 6.4.3. Pelajar wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. 6.4.4. Pelajar yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas akan dikenakan tindakan disiplin. 16 P a g e

6.5. Kantin 6.5.1. Pelajar dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat sahaja. 6.5.2. Pelajar wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. 6.5.3. Pelajar diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin. 6.5.4. Pelajar yang ingkar dalam mengikuti peraturan dan tidak menjaga kebersihan sekitar kawasan kantin akan dikenakan tindakan disiplin. 6.5.5. Peraturan kantin : 1. Beratur semasa membeli makanan. 2. Jangan berebut ketika membeli makanan. 3. Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli makanan. 4. Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang disediakan. 5. Basuh tangan sebelum dan selepas makan. 6. Membaca doa sebelum dan selepas makan secara berjamaah. 7. Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran. 8. Letakkan bekas makanan dan minuman di besen yang disediakan. 9. Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah. 10. Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di kantin. 11. Jimatkan air. 12. Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu rehat dan pulang sahaja. 7. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS 7.1. Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru. 7.2. Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa. 7.3. Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi. 7.4. Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masingmasing sementara menanti ketibaan guru. 7.5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera. 17 P a g e

7.6. Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah. 7.7. Pelajar-pelajar dikehendaki bangun memberi hormat apabila pelawat, pengetua atau guru-guru masuk atau keluar kelas. 7.8. Apabila Guru Besar atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan memberi salam. 8. YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH 8.1. Setiap pelajar wajib menjelaskan semua yuran bulanan yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditentukan iaitu bermula dari 1 5 hari bulan setiap bulan. 8.2. Surat amaran akan dikeluarkan sekiranya pelajar tidak membayar yuran dalam tempoh seperti yang dinyatakan di atas. 8.3. Pelajar yang tidak membayar yuran melebihi 3 bulan akan digantung sekolah. 8.4. Harta benda sekolah ialah kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang tersebut. 9. BUKU TEKS 9.1. Buku Teks Kementerian 9.1.1. Buku teks adalah pinjaman daripada pihak sekolah. 9.1.2. Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 9.1.3. Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut. 9.1.4. Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku. 9.1.5. Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah. 9.1.6. Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut. 9.1.7. Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah. 9.1.8. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan. 18 P a g e

9.2. Buku Teks KAFA 9.2.1. Buku teks KAFA adalah hak kepunyaan pelajar. 9.2.2. Pelajar bertanggungjawab memastikan buku sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 9.2.3. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku tersebut di merata tempat. 9.2.4. Pelajar yang gagal menjaga buku teks akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah. 10. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 10.1. Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Kelas, Pengawas atau Guru Bertugas. 10.2. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 10.3. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan. 10.4. Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 10.5. Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital jika mendapati pelajar sakit kuat dengan mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan Ibu bapa. 11. KAWASAN YANG DILARANG 11.1. Tempat letak kenderaan guru 11.2. Kawasan tangki septic 11.3. Bilik Guru 11.4. Bilik Peperiksaan 11.5. Kawasan Tangki Air 11.6. Kawasan-kawasan bertanda Kawasan Larangan 19 P a g e

12. KEBERSIHAN 12.1. BANGUNAN 12.1.1. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran. 12.1.2. Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan. 12.1.3. Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata. 12.1.4. Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. 12.1.5. Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 12.2. Tong Sampah 12.2.1. Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 12.2.2. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 12.3. Kantin 12.3.1. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran. 12.3.2. Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli makanan dan minuman. 12.3.3. Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman. 12.3.4. Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan. 12.3.5. Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan. 12.4. Bilik Darjah 12.4.1. Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 12.4.2. Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 12.4.3. Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 12.4.4. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi. 20 P a g e

12.4.5. Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah. 12.5. Tandas 12.5.1. Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 12.5.2. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 12.5.3. Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 13. KESELAMATAN 13.1. Di dalam dan di luar kelas 13.1.1. Pelajar perlu memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. 13.1.2. Elakan diri dari mengunjungi tempat yang dilarang. 13.1.3. Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan guru. 13.1.4. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke manamana tempat. 13.2. Waktu Solat 13.2.1. Pelajar diwajibkan berada di surau pada waktu solat. 13.2.2. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau pada waktu tersebut tetapi perlu segera ke surau. 13.2.3. Pelajar mestilah bergerak kesurau dalam keadaan yang teratur. 13.3. Waktu balik 13.3.1. Lima minit sebelum masa terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas. 13.3.2. Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan hadapan pejabat dan surau sahaja sambil menunggu ibu bapa sampai. 13.3.3. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan bangunan kelas atau luar daripada pagar sekolah. 13.3.4. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 13.3.5. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 21 P a g e

14. PELAWAT 14.1. Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat dengan keizinan guru. 14.2. Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. 14.3. Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 14.4. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar jika tiada sebab yang munasabah. 15. KETUA MURID DAN PENGAWAS 15.1. Lantikan Pengawas 15.1.1. Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar. 15.1.2. Guru Besar boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu dengan sebab-sebab yang munasabah. 15.2. Sifat-sifat Kelayakan: 15.2.1. Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. 15.2.2. Lain-lain kelayakan : 15.2.2.1.1. Bertanggungjawab dengan sepenuhnya 15.2.2.1.2. Berwibawa dan bekerjasama 15.2.2.1.3. Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan 15.2.2.1.4. Jujur dan berakal 15.2.2.1.5. Menepati masa 15.3. Tugas-tugas pengawas: 15.3.1. Membantu Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. 15.3.2. Membantu mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. 15.3.3. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua 22 P a g e

pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawaspengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. 15.3.4. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Disiplin atau Penolong Kanan HEM. 16. WAKTU SOLAT 16.1. Waktu Solat Zohor adalah pada jam 1.30 petang. 16.2. Pelajar wajib berada disurau pada waktu tersebut untuk mengikuti solat zohor secara berjamaah. 17. WAKTU REHAT 17.1. Waktu rehat tahap 1 adalah pada pukul 9.10 9.40 pagi. 17.2. Waktu rehat tahap 2 adalah pada pukul 9.40 10.10 pagi. 18. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN] 18.1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) dan terus berkumpul di kawasan lapang. 18.2. Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain. 18.3. Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ. 18.4. Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar bilangan murid yang didapati hilang. 18.5. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. 18.6. Pelajar yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat dibunyikan hendaklah bergerak terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Pelajar tersebut dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 23 P a g e

19. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 19.1. Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : 19.1.1. Tidak menconteng dan mengukir kerusi dan meja. 19.1.2. Tidak mengotorkan atau melukis pada dinding bangunan sekolah. 19.1.3. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik 19.1.4. Tandas hendaklah diguna dengan betul 19.1.5. Tidak memecahkan cermin tingkap 19.1.6. Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir 19.1.7. Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga dengan baik. 20. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 20.1. Pelajar pelajar digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 20.2. Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. 20.3. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. 20.4. Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 24 P a g e

21. KESALAHAN DAN TINDAKAN DISPLIN BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1. *Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling 2. **Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan ( maksima 3 kali rotan) 3. ***Kesalahan Berat Rotan di Punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan ( maksima 3 kali rotan) 21.1. *Kesalahan Ringan 21.1.1. Menyimpan misai, janggut dan jambang. 21.1.2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 21.1.3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 21.1.4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 21.1.5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 21.1.6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 21.1.7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 21.1.8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 21.1.9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 21.1.10. Makan dan minum di dalam bilik darjah. 21.1.11. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 21.1.12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 21.1.13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 21.1.14. Lewat ke sekolah. 21.1.15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas. 21.1.16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 21.1.17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 25 P a g e

21.1.18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 21.1.19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 21.1.20. Mengganggu kawan. 21.1.21. Mengganggu guru. 21.1.22. Lewat masuk kelas. 21.1.23. Mengotorkan kelas. 21.1.24. Tidak duduk setempat. 21.1.25. Berada dalam kawasan larangan. 21.1.26. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 21.1.27. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. 21.1.28. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 21.1.29. Membuang sampah merata-rata. 21.1.30. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 21.1.31. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 21.1.32. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 21.1.33. Memakai cermin mata berfesyen. 21.1.34. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah. 21.1.35. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 21.1.36. Membawa telefon bimbit dan MP3. 21.2. **Kesalahan Sederhana 21.2.1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 21.2.2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 21.2.3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 21.2.4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 21.2.5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 21.2.6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 21.2.7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 21.2.8. Menconteng pada harta benda sekolah. 21.2.9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 26 P a g e

21.2.10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 21.3. ***Kesalahan Berat 21.3.1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 21.3.2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 21.3.3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 21.3.4. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 21.3.5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 21.3.6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 21.3.7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 21.3.8. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 21.3.9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 21.3.10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 21.3.11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 21.3.12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 21.3.13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 21.3.14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 21.3.15. Mencabul kehormatan guru / murid. 21.3.16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 21.3.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 21.3.18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 21.3.19. Mengintai murid lelaki / perempuan. 21.3.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21.3.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 21.3.22. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 21.3.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 21.3.24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 21.3.25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 21.3.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan 27 P a g e

atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 21.3.27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 21.3.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 21.3.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 21.3.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 21.3.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 21.3.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 21.3.33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 21.3.34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 21.3.35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 28 P a g e

22. PERATURAN KHAS 22.1. Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan pelajarpelajar, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan. 22.2. Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar-pelajar ke / dari sekolah hanya dibenarkan berada di bahagian hadapan pejabat sahaja. 22.3. Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah. 23. PERATURAN LAIN ATAU BARU 23.1. Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 23.2. Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya. 23.3. Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. 29 P a g e

BORANG PENGAKUAN Guru Besar, Sekolah Rendah Imtiyaz, No 9 & 11, Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir 30350, Ipoh Perak Melalui Guru Darjah, BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ. 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. 3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tanda tangan Pelajar : Nama : Kelas : Tanda tangan Ibu bapa/penjaga : Nama : Tanda tangan Guru Kelas : Nama : 30 P a g e