PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Pelaburan Waheed

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

yang dijamin oleh Kerajaan, senaraikan. Adakah hutang negara sekarang mencapai suatu tahap yang membimbangkan mengikut negara yang sedia ada.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Waheed

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

Akaun Pelaburan Wafiyah

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

Pengenalan Makroekonomi

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Akaun Pelaburan Wafiyah

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 11 JUN 2015 (KHAMIS)

menyatakan: berapakah jumlah unit rumah yang telah berjaya dibina menggunakan sistem ini semenjak tahun PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

dilakukan berdasarkan tahap kesediaan peralatan ICT dalam kalangan sekolah sampel asal yang dipilih.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 6 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

SOALAN NO: 131 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KETIGA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA BUKAN LISAN TUAN LIEW CHIN TONG

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Akaun Pelaburan Waheed

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (RM6)

NURASIKIN BINTI ANUAR (A134764) Bank Vietnam. Pengenalan

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

Akaun Semasa Mudarabah

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

SOALAN NO: 504 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

:23S SOALAN NO: 283 PERTANYAAN: BERTULIS DARIPADA: YB TUAN ER TECK HWA SOALAN:

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Melindungi anda pada waktu yang sukar

PEM BERITAHUAN PERTANYAAN M ESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) DEW AN RAKYAT

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

minta MENTERI KEW ANGAN menyatakan berapakah cukai pendapatan

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

Koperasi Pengangkutan

PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM /1 PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 1 MIKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI

SOALAN NO. 29 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

dibina dan diserah kunci kepada pemilik dari penubuhan PR1MA hingga Jun Nyatakan mengikut negeri.

kakitangan dan struktur syarikat berkenaan. Adakah perlunya

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA JAWAB LISAN 13 OKTOBER 2014

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN 3 PROFIL DANA 4 TINJAUAN EKONOMI TEMPATAN DAN GLOBAL 8 TINJAUAN PASARAN EKUITI DAN PENDAPATAN TETAP 10

M ESYUARAT KEDUA, PEN GGAL KETIGA, PARLIM EN KETIGA BELAS PEM BERITAHUAN PERTANYAAN DEW AN RAKYAT M ALAYSIA JAW AB LISAN

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Transkripsi:

NO SOALAN :13 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN : Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL (JELEBU) : LISAN TARIKH : 26.10.2015 Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan kejatuhan harga minyak ke atas ekonomi negara dan pendapatan Kerajaan dengan memberikan angka-angka perbandingan sebelum kejatuhan dan selepas kejatuhan tersebut serta unjuran untuk tahun-tahun mendatang jika harga minyak kekal atau terus jatuh. JAWAPAN Tuan Yang di-pertua,

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah ekonomi terbuka, keadaan persekitaran luar yang tidak menentu termasuk kejatuhan harga minyak mentah dunia boleh memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Namun demikian, secara keseluruhannya kejatuhan harga minyak tidak memberi impak yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi memandangkan struktur ekonomi negara kita kini lebih pelbagai disokong oleh peningkatan daya tahan serta asas ekonomi yang kukuh. 2. Perangkaan terkini menunjukkan bahawa prestasi ekonomi negara terus berkembang meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan yang stabil sebanyak 5.3 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun 2015 (Januari - Jun 2014: 6.4%). Perkembangan ini didorong terutam anya oleh pengukuhan permintaan domestik, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Dalam tempoh yang sama, pelaburan swasta pada harga semasa berkembang sebanyak 9.2 peratus kepada RM108.5 bilion (Januari - Jun 2014: RM99.3 bilion). Sementara itu, pelaburan langsung asing mencatat aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM22.4 bilion (Januari - Jun 2014: RM17.9 bilion) terutamanya

dalam sektor pembuatan, perlombongan dan kuari serta perkhidmatan. Penggunaan swasta berkembang kukuh pada kadar 7.6 peratus didorong oleh pendapatan boleh guna yang tinggi berikutan pasaran buruh yang stabil. Tuan Yang di-pertua, 3. Kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia bagaimanapun dapat dilihat dengan pengurangan pendapatan eksport minyak mentah dan Gas Asli Cecair (LNG) negara kepada RM48 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2015 (Januari - Ogos 2014: RM65 bilion). Namun, pendapatan eksport minyak mentah dan LNG hanya mewakili 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara. Kesan ini dapat dikurangkan dengan adanya kepelbagaian produk dan pasaran eksport. Prestasi jumlah eksport sektor lain terutamanya bagi barangan pembuatan, termasuk sektor elektrik dan elektronik, yang menyumbang sebanyak 80 peratus kepada jumlah eksport dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2015 telah meningkat dan dijangka terus stabil.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kejatuhan harga minyak mentah juga turut memberi impak positif. Ini dapat dilihat dengan penurunan harga minyak runcit yang seterusnya dapat membantu mengekang tekanan inflasi. Inflasi yang diukur oleh peratus perubahan Indeks Harga Pengguna (CPI), menyederhana sebanyak 1.9 peratus bagi tempoh lapan bulan pertama tahun 2015 (Januari - Ogos 2014: 3.3%), dengan kumpulan pengangkutan telah mencatat penurunan 4.1 peratus (Januari - Ogos 2014: 5.4%). Walaupun dengan pelaksanaan GST pada bulan April 2015 serta penyusutan nilai ringgit, kadar inflasi berada pada tahap terkawal. Ini disebabkan oleh harga minyak domestik yang rendah berikutan pelaksanaan mekanisme harga apungan terkawal bagi harga minyak. Sementara itu, penurunan harga minyak mentah secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan ini akan membantu menyokong perbelanjaan swasta dan mencergaskan ekonomi domestik. 5. Melalui pelbagai langkah proaktif yang telah diambil pada 20 Januari 2015 dan pada 14 September 2015, Kerajaan yakin langkah ini dapat meningkatkan aktiviti ekonomi domestik dan seterusnya membantu

mengimbangi ketidaktentuan persekitaran luar. Sehubungan itu, ekonomi dijangka terus kukuh dan diunjurkan berkembang pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2015. Tuan Yang di-pertua, 6. Berkenaan dengan kesan kejatuhan harga minyak ke atas pendapatan Kerajaan, kejatuhan yang berterusan sejak akhir tahun 2014 memberi impak negatif ke atas hasil dan kedudukan fiskal negara. Oleh itu, Kerajaan telah menyemak semula andaian harga purata minyak mentah Brent bagi tahun 2015, daripada USD100 setong kepada USD50 setong. Dengan harga minyak mentah yang lebih rendah ini, hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015 dianggar RM222.5 bilion atau 19.2% daripada KDNK (2014: RM220.6 billion, 19.9% daripada KDNK). Manakala hasil berkaitan petroleum dianggar pada RM43.9 bilion atau 19.7% kepada jumlah keseluruhan hasil (2014: RM66.3 bilion, 30% kepada jumlah keseluruhan hasil).

7. Seterusnya, bagi tempoh jangka sederhana (2016-2018), andaian purata harga minyak mentah adalah dalam julat USD48 - USD60 setong dan unjuran KDNK adalah dalam lingkungan 4.5% - 5.5%. Kerajaan akan terus memantau dengan rapi perkembangan luaran termasuk perubahan harga minyak mentah dunia dan kesannya terhadap pendapatan dan ekonomi negara. Ini bagi membolehkan Kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus mapan di samping menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.