KERTAS KERJA KEJOHANAN TAEKWONDO DAN SILAT MRSM PERINGKAT ZON UTARA 2018 TARIKH: 23hb-26hb FEBRUARI 2018 TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK
1.0 LATAR BELAKANG Kegiatan kokurikulum di maktab merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari, kegiatan luar bilik darjah boleh menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, daya saing, daya tahan, daya juang dan berwawasan. Justeru amatlah wajar kegiatan kokurikulum seperti Kejohanan Taekwondo dan Silat MRSM peringkat Zon Utara diadakan. Pelaksanaan Kejohanan Silat dan Taekwondo MRSM Zon Utara 2018 telah diadakan secara serentak buat pertama kalinya pada tahun ini. Pada tahun-tahun sebelumnya, kejohanan ini telah diadakan secara berasingan iaitu mengikut disiplin kejohanan masing-masing. Namun begitu pada tahun 2018, suatu kelainan telah dicetuskan apabila kejohanan akan diadakan secara serentak sekali gus menjadikan kejohanan ini ialah kejohanan pertama yang bakal diadakan. Pada tahun ini, MRSM Merbok telah terpilih untuk menjadi TUAN RUMAH bagi Kejohanan Taekwondo dan Silat Peringkat Zon Utara, 2018. 2.0 PENDAHULUAN Kertas kerja ini disediakan kepada pihak yang terlibat sebagai panduan awal mengenai penganjuran kejohanan dari aspek pengurusan teknikal dan perjalanan aktiviti sepanjang kejohanan yang akan berlangsung. Kejohanan yang bakal berlangsung ini akan melibatkan para peserta Menengah Rendah serta Menengah Atas dari MRSM Zon Utara. Penyertaan ini diambil berdasarkan tahap pencapaian peserta masing-masing pada peringkat maktab. Pertandingan taekwondo dan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni yang terdapat dalam aspek bela diri. Pertandingan ini bertujuan untuk menilai persembahan sesuatu pasukan mengikut kaedah-kaedah pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Manakala Silat Olahraga ialah pertandingan pencak silat yang menampilkan pesilat dari dua sudut yang berbeza. Kedua-duanya saling berhadapan dengan menggunakan unsur pembelaan dan serangan. 3.0 TARIKH 23hb hingga 26hb Februari 2018
4.0 TEMPAT Dewan Seri Merbok, MRSM Merbok, Kedah. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Mewujudkan jalinan mesra dalam kalangan warga MRSM sama ada pelajar, guru mahupun masyarakat sekeliling tanpa mengira agama, bangsa, dan Negara. 5.2 Menyebarluaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Institusi Pendidikan MARA kepada masyarakat sekeliling. 5.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan diri serta mencungkil bakat yang ada dalam bidang taekwondo dan silat. 5.4 Melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi kepimpinan, sahsiah, bertanggungjawab, berdisplin serta mampu membuat keputusan yang bijak. 5.5 Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan latihan yang diterima ke peringkat pertandingan sebenar. 5.6 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental dalam kalangan pelajar. 6.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 6.1 SILAT 1. SILAT SENI KATEGORI BIL ACARA PUTERA PUTERI MASA HADIAH 1. Seni Tari 1 orang 1 orang 3 minit setiap kategori. 2. Seni Tempur 2 orang 2 orang 3 minit setiap kategori. 3. Seni Jurus 4 orang 4 orang 3 minit setiap kategori. Tempat 1 3 (4 & 5 diiktiraf sebagai saguhati dan mata) bagi setiap kategori. (putera dan puteri)
2. SILAT OLAHRAGA KATEGORI BIL KELAS PUTERA PUTERI BERAT MASA HADIAH Kelas A 1. 39-43 kg Kelas B 2. 3. ( 1 orang peserta) / 43-47 kg Kelas C ( 1 orang peserta ) / 47-51 kg 1minit 30 saat setiap babak. Tempat 1, 2, 3 dan 4 bagi setiap kumpulan Kelas D 4. ( 1 orang peserta ) / 51-55 kg 5 Kelas E ( 1 orang peserta ) / 55-59 kg
6.2 TAEKWONDO 1. DIVISYEN MENENGAH RENDAH ( 13-15 TAHUN) KATEGORI BERAT (LELAKI) BERAT (PEREMPUAN) A BAWAH 41 KG BAWAH 37 KG B 41 49 KG 37 44 KG C 49 57 KG 44 51 KG D 57 65 KG 51 59 KG E 65 KG KE ATAS 59 KG KE ATAS 2. DIVISYEN MENENGAH ATAS ( 16 17 TAHUN ) KATEGORI BERAT (LELAKI) BERAT (PEREMPUAN) A BAWAH 48 KG BAWAH 44 KG B 48 55 KG 44 49 KG C 55 63 KG 49 55 KG D 63 73 KG 55 63 KG E 73 KG KE ATAS 63 KG KE ATAS 3. Hadiah. a. Acara Sparring Individu Menengah Rendah Lelaki dan Perempuan Johan - Emas : 10 pingat Naib Johan - Perak : 10 pingat Ketiga - Keempat - Gangsa : 20 pingat b. Acara Sparring Individu Menengah Atas Lelaki dan Perempuan Johan - Emas : 10 pingat Naib Johan - Perak : 10 pingat Ketiga - Keempat - Gangsa : 20 pingat c. Piala pusingan i. Johan keseluruhan Menengah Rendah. ii. Johan keseluruhan Menengah Atas.
7.0 TENTATIF KEJOHANAN -Rujuk Lampiran A 8.0 PENYERTAAN 8.1 Pasukan Bertanding 12 buah MRSM Zon Utara akan terlibat secara langsung dalam kejohanan ini. Jumlah peserta Silat dan Taekwondo serta guru pengiring bagi kedua-dua acara dijangka seperti berikut: GURU PESERTA PESERTA PENGIRING BIL MRSM TAEKWONDO SILAT (1 SILAT + 1 TAEKWONDO) 1 MERBOK 16 18 2 2 ARAU 16 18 2 3 BESERI 16 18 2 4 LANGKAWI 16 18 2 5 KUBANG PASU 16 18 2 6 PENDANG 16 18 3 7 PDRM, KULIM 16 18 2 8 BALING 16 18 2 9 KEPALA BATAS 16 18 2 10 BALIK PULAU 16 18 2 11 TRANSKRIAN 16 18 3 12 PENGKALAN HULU 16 18 2 JUMLAH 192 216 27 Jumlah keseluruhan kontigen adalah seramai 435 orang.
9.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN 9.1 Taekwondo - Mengikut peraturan / undang-undang Taekwondo Malaysia 9.2 Silat - Rujuk Buku Peraturan Silat- * PENTING : Berat semua peserta mestilah tepat mengikut katogeri yang didaftarkan. Julat berat badan yang dibenarkan adalah ±0.5kg. 10.0 PENDAFTARAN KONTINJEN Tarikh : 23 Februari 2018 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi hingga 12 ptg (Jam 3.00 petang taklimat Pengurus Pasukan) Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, MRSM Merbok 11.0 PENYEDIAAN MAKANAN KONTINGEN Makanan peserta kejohanan akan disediakan oleh pihak penganjur. Makanan dan minuman guru pengiring, jurulatih dan pemandu tidak disediakan oleh pihak pengelola. 12.0 PENGINAPAN KONTINJEN Penginapan untuk peserta kejohanan dan guru pengiring disediakan oleh pihak penganjur. Guru pengiring diwajibkan berada bersama-sama peserta kontinjen sepanjang tempoh kejohanan berlangsung. 13.0 KEPERLUAN PESERTA Bantal, sarung bantal, kain cadar, selimut, ubatan peribadi dan keperluan peribadi yang lain. 14.0 ETIKA KONTINGEN 1. Semua peserta dan guru perlu memakai etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu berpakaian smart kasual atau berpakaian sukan sepanjang kejohanan berlangsung. 2. Semasa majlis perasmian penutup kejohanan, kod etika pakaian adalah : Guru : Smart kasual (t-shirt berkolar, seluar slack dan berkasut) Peserta : Pakaian sukan dan berkasut(t-shirt berkolar) 3. Mematuhi peraturan dan etika sebagai pelajar dan guru mrsm sepanjang kejohanan 4. Mematuhi syarat dan peraturan pertandingan. 5. Menjaga sahsiah sebagai pelajar dan guru MRSM
15.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN i. Semua peserta kontinjen diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Kejohanan Taekwondo dan Silat MRSM Zon Utara 2018. ii. Laporan pemeriksaan kesihatan hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia semasa hari pendaftaran peserta. iii.sekiranya kontinjen GAGAL menyertakan laporan kesihatan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan sekiranya berlaku penipuan terhadap laporan kesihatan. 16.0 YURAN PENYERTAAN 16.1 Yuran penyertaan setiap maktab akan dimaklumkan kemudian melalui surat setelah mendapat pengesahan peruntukan kejohanan daripada Bahagian Pendidikan Menengah. 17.0 PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN KONTNJEN 17.1 Untuk pendaftaran peserta taekwondo, sila daftar secara online diportal MRSM Merbok (sila rujuk pautan yang terdapat dalam menu taekwondo/silat 2018) 17.2Tarikh akhir penghantaran borang pengesahan dan penyertaan pertandingan adalah selewat-lewatnya pada 18 Februari 2018. 17.3Penghantaran melalui email taekwondosilat2018@gmail.com atau fax MRSM Merbok (04-4575671). Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi : a. Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat 019-3557560 (En. Abdul Karim bin Abdullah) b. Penyelaras Kejohanan 019-5108677 (En.Azizul Ariffen bin Md Yusof) c. Teknikal Kejohanan 013-9840208 (Pn. Nordiana bt Mohd Nor) Taekwondo 013-5032169 (Pn. Juhaida bt Ismail) - Silat d. Setiausaha Kejohanan 019-4754020 (Pn. Noor Azura bt Muhamad Yusuf) e. Nombor telefon (Pejabat) 04-4575764