TARIKH TUTUP PENYERTAAN 22 FEB 2018 (Khamis) KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA KUMPULAN : Kat Nama Pengurus Pasukan : ------------------------------------------------- No/Telefon : ---------------------(R)--------------------(P) -------------------------(H/P) BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.
PENGAKUAN DIRI Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Tarikh : --------------------------------------------------------------- ( ) (Pengurus Pasukan) SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: URUSETIA KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018 Bahagian Program Pusat Belia Antarabangsa Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-91719204 / 05 / 07 Fax : 03-91723599 Email: iyouthcentre@gmail.com Website: www.iyckul.org.my
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018 1.0 NAMA PERTANDINGAN : Pertandingan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 2.0 TARIKH DAN MASA : 3 Mac 2018 (Sabtu) 8.00 pagi hingga 6.00 petang 3.0 TEMPAT : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampun Pandan 4.0 FORMAT PERTANDINGAN : Perlawanan Liga 5.0 YURAN MASUK : RM150.00 satu pasukan (Terbuka) RM100.00 satu pasukan (Bawah18) 6.0 HADIAH PERTANDINGAN : KATEGORI TERBUKA WANITA / KATEGORI BAWAH 18 TAHUN LELAKI JOHAN Wang Tunai RM 1,200, Medal & Sijil Wang Tunai RM 1000, Medal & Sijil NAIB JOHAN Wang Tunai RM 800, Medal & Sijil Wang Tunai RM 750, Medal & Sijil TEMPAT KETIGA Wang Tunai RM 600, Medal & Sijil Wang Tunai RM 500, Medal & Sijil TEMPAT KEEMPAT Wang Tunai RM 400, Medal & Sijil Wang Tunai RM 300, Medal & Sijil 7.0 SYARAT PENYERTAAN : 7.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Semua penyertaan perlu diserahkan sebelum atau pada 22 Februari 2018 (Khamis).
8.0 YURAN PENYERTAAN 8.1 Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan seperti dilampiran. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya pasukan menarik diri. 8.2 Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara BANK IN atas nama YAYASAN PUSAT BELIA ANTARABANGSA di akaun Maybank 014132424724 (Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018). 8.3 Bayaran secara BANK IN perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan di talian 03-91723599. 9.0 PENDAFTARAN 9.1 Borang pendaftaran pasukan yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan sebelum tarikh tutup dan senarai nama yang dihantar kepada Urusetia Kejohanan Dikira adalah muktamad. 9.2 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar 12 orang pemain (7 orang pemain & 3 orang pemain simpanan) serta pengurus dan jurulatih pasukan 9.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar 2 nama pemain sahaja yang telah bermain diperingkat Negara/ Negeri/ ATM / PDRM bagi kejohanan peringkat KEBANGSAAN / MAKSAK pada tahun 2013 ke atas. Sekiranya pihak urusetia pertandingan mendapati melebihi 2 orang pemain, maka pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai pertandingan dan jika pasukan ini bermain, maka permainan akan dibatalkan. 10.0 SYARAT PERTANDINGAN : 10.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh undang-undang yang ditetapkan oleh (IFNA) Official Rules of the International Netball Association dan
syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. 11.0 SISTEM PERTANDINGAN 11.1 Masa pertandingan bagi liga dalam kumpulan, pusingan kedua, pusingan ketiga dan suku akhir ialah 7 minit setiap separuh masa dan 3 minit waktu rehat. (7 minit -3 minit-7 minit). 11.2 Separuh akhir dan akhir ialah 10 minit bagi setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (10 minit 3 minit 10 minit). 12.0 WALK OVER 12.1 Sepuluh (10) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas 10 minit, sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri dari pertandingan. Semua keputusan dan mata yang diperolehi oleh pasukan ini tidak dikira. 13.0 BANTAHAN 13.1 Sebarang masalah yang timbul semasa hari pertandingan, hendaklah merujuk kepada pihak Urusetia dan Jawatankuasa Pertandingan. Semua pasukan diwajibkan untuk mengikut semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur 13.2 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemuka oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Urusetia tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 13.3 Wang bantahan adalah sebanyak RM 300.00 perlu dikemukan oleh individu yang membuat bantahan. Wang akan dipulangkan sekiranya sesuatu bantahan mempunyai bukti yang kukuh. Walaubagaimanapun wang tersebut tidak akan dipulangkan oleh Urusetia sekiranya bantahan tersebut gagal.
13.4 Jawatankuasa pertandingan bertanggungjawab untuk membuat keputusan terhadap masalah yang timbul dan setiap keputusan adalah muktamad. 14.0 JURI RAYUAN 14.1 Juri Rayuan akan terdiri daripada: i. Jawatankuasa Kecil Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 ii. Ketua Pengadil iii. 3 orang wakil berkecuali yang akan diputuskan oleh pihak penganjur. 14.2 Sebarang keputusan Juri Rayuan adalah muktamad 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Sekiranya terdapat percanggahan di antara Undang-undang Antarabangsa (IFNA) dan Undang-undang Pertandingan, maka adalah ditetapkan bahawa Undang-undang Pertandingan akan mengatasi Undang-undang Antarabangsa. 9.2 Sekiranya timbul perkara-perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua Undang-undang (Antarabangsa/Pertandingan) maka keputusan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. 10.0 CABUTAN UNDI 10.1 Cabutan undi dilakukan pada 1 Mac 2018 (Khamis) Jam 3.00 Petang di Pusat Belia Antarabangsa. Semua wakil/ketua pasukan diminta hadir pada tarikh cabutan ini. Sekiranya tidak hadir pihak penganjur akan mencabut undi bagi pihak pemain.