Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

dokumen-dokumen yang mirip
Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Pelaburan Bertempoh

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

Melindungi anda pada waktu yang sukar

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Transkripsi:

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 T 603 26 900 900 URL bankislam.com.my facebook.com/bankislamfb Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015 1

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 1.0 Maklumat Utama Dana Pemegang Akaun Pelaburan yang Dihormati, Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Pelaburan Waheed Bank Islam, iaitu akaun pelaburan yang direka untuk memenuhi keperluan pelaburan anda. Akaun Pelaburan Bertempoh merupakan yang pertama seumpamanya yang berasaskan kontrak Wakalah. Ianya diperkenalkan di dalam sistem perbankan Islam Malaysia pada bulan Jun 2015 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013). Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Pelaburan Waheed yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017. 1.1 Nama Produk Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) - Di bawah Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) ini, pemegang akaun pelaburan, sebagai muwakkil atau prinsipal, memberikan kuasa kepada Bank sebagai wakilnya untuk menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah bagi mencapai jangkaan pulangan hasil daripada pelaburan tersebut. 1.2 Jenis Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan Tidak Terhad - merujuk jenis akaun pelaburan yang mana pemegang akaun pelaburan memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan muktamad bagi membuat pelaburan tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat tertentu. 1.3 Objektif Pelaburan Dana Menjana pulangan berkadar sederhana dalam tempoh pelaburan yang dipersetujui berasaskan profil risiko aset tersebut. 1.4 Strategi Pelaburan Dana Untuk memastikan pelaburan mencapai objektifnya sejajar dengan peruntukan aset bagi melindungi portfolio pelaburan. Pada masa ini, Bank melabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap dengan tujuan untuk melindungi prinsipal dan menjana pulangan yang stabil. 1.5 Ciri-Ciri Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan Bertempoh. Tempoh pelaburan minimum ialah 1 hari hingga maksimum 10 tahun. 1.6 Peruntukan Aset Pelaburan Bank akan memperuntukkan dana Pemegang Akaun Pelaburan (IAH) dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap yang sedia ada bagi menghasilkan keuntungan yang stabil. 1.7 Profil Pelabur Kategori Pelabur: - Pelanggan Korporat - Agensi Kerajaan - Akaun Kerajaan - Universiti - Syarikat, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dan Perkongsian - Perniagaan Lain & Entiti Bukan Perniagaan Pelabur yang memerlukan tempoh pelaburan jangka pendek atau sederhana Pelabur yang memerlukan portfolio pelaburan patuh Syariah Pelabur dengan toleransi risiko yang rendah Pelabur yang inginkan keuntungan yang stabil Nota: Para pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan semua faktor risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan. Pelabur akan sentiasa terdedah kepada risiko yang berikut; risiko pasaran, risiko kredit, risiko kecairan, risiko operasi dan risiko undang-undang. Sila layari laman web Bank Islam untuk penjelasan lebih lanjut mengenai setiap risiko. 1.8 Penilaian Aset Yang Diperuntukkan Penilaian akan dijalankan setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada proses untuk menentukan pulangan kepada pelabur. Pulangan daripada pelaburan ini dipengaruhi oleh prestasi aset yang diperuntukkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kualiti aset (iaitu pembiayaan terjejas) dan pergerakan Kadar Keuntungan Efektif (EPR) berhubung dengan aset pembiayaan yang ditetapkan berdasarkan kaedah kadar terapung dan lain-lain. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Akaun pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Walau bagaimanapun, produk telah distrukturkan untuk mengurangkan risiko kehilangan prinsipal. Sekiranya berlaku senario pencairan, pemegang akaun pelaburan diutamakan daripada pendeposit. 1.9 Dasar Pembayaran Keuntungan Keuntungan akan dibayar pada tarikh matang atau sebarang kekerapan bayaran (untuk IAH dengan tempoh melebihi 15 bulan), seperti yang dipersetujui oleh pihak Bank dan Pelabur (contohnya, berasaskan bulanan/ suku tahunan/ setengah tahunan/ tahunan). 1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan dan had pelaburan dalam tempoh suku tahunan ini. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 1

2.0 Penyata Risiko Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan kecenderungan risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektif keseluruhan perniagaan Bank serta profil risiko yang bersesuaian. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah yang dibantu oleh Bahagian Pengurusan Risiko memastikan terdapat pengawasan yang berkesan terhadap pembangunan strategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank. 3.0 Prestasi Dana 3.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 Kedudukan Saiz Dana RM 000 Pulangan Aset (ROA) % (p.a.) Pulangan Pelaburan (ROI) % (p.a.) Tempoh Pengagihan Julai 522 4.35 Berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui 16 Ogos 17-15 Sep 17 Ogos 524 4.37 semasa pelaburan dibuat, 16 Sep 17-15 Okt 17 September 525 4.38 tertakluk pada Terma & Syarat 16 Okt 17-15 Nov 17 * ROA aset yang diperuntukkan kepada dana. Nota: Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Risalah Pendedahan Produk (PDS), Terma & Syarat dan Notis Pengesahan Pelaburan. 3.2 Peruntukan Aset Portfolio Pembiayaan Perumahan (Kadar Terapung) 4.0 Pembayaran Keuntungan 4.1 Penyata Untung & Rugi AKAUN PELABURAN WAHEED Penyata Untung & Rugi Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 July 2017 Ogos 2017 September 2017 RM 000 RM 000 RM 000 Keuntungan daripada pembiayaan 2 2 2 Perbelanjaan langsung * - - - Peruntukan bagi pembiayaan terjejas (0) (0) (0) Keuntungan Bersih 2 2 2 Pulangan ke atas Aset (p.a.) 4.35% 4.37% 4.38% Pulangan ke atas Pelaburan (p.a.) Berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat Nota: i) Pulangan ke atas Pelaburan untuk Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) adalah berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat. ii) Secara umumnya, berdasarkan sifat pelaburan produk, kadar Pulangan ke atas Pelaburan dijangka melebihi kadar pulangan deposit. *Perbelanjaan boleh dikenal pasti, boleh diukur dan perlu ditanggung untuk melengkapkan aktiviti pelaburan tertentu (termasuk pembiayaan). 2 Bank Islam Akaun Pelaburan Waheed

4.2 Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Setakat 30 September 2017 Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Mengikut Lokasi di Malaysia 17.2% 18.6% 17.2% 6.4% 40.6% Tengah Timur Utara Selatan Malaysia Timur Sebanyak 40.6% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan pembiayaan Bank lebih tertumpu kepada kawasan maju seperti Lembah Klang. Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Mengikut Baki Tempoh Matang Kemudahan Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran keuntungan Bank yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelaburan jangka panjang. Kualiti Aset Untuk Portfolio Perumahan Portfolio pembiayaan terjejas yang rendah menunjukkan kualiti asset yang kukuh. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 3

5.0 Sorotan dan Prospek Ekonomi Statistik terkini menunjukkan ekonomi Malaysia dijangka berada pada landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan yang lebih baik pada 2017. Perkara ini berdasarkan kepada peningkatan permintaan luaran yang kian meningkat dan diterjemahkan melalui kenaikan eksport negara. Setakat bulan Julai yang lalu, jumlah eksport meningkat kepada 30.9% yang dipacu oleh peningkatan pertumbuhan eksport kepada negara-negara maju. Pertumbuhan eksport ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah melonjak kepada 14.4% dan 34.1% berbanding 1.8% dan 10% pada tempoh sebelumnya. Begitu juga pertumbuhan eksport ke negara Singapura dan China yang mana kedua-duanya mencatatkan pertumbuhan eksport yang tinggi iaitu 32.3% dan 28.8% berbanding 9.2% dan 27.3% pada bulan sebelumnya. Berikutan permintaan luaran yang tinggi, aktiviti pengeluaran juga meningkat baik. Indeks Pengeluaran Industri (IPI) pada bulan Julai yang lalu meningkat sebanyak 6.1% berbanding pertumbuhan 4% sebelum ini. Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan di dalam pengeluaran sektor pembuatan iaitu sebanyak 8% berbanding 4.7% sebelum ini. Pengeluaran bagi sektor Makanan, Minuman dan Tembakau serta Elektrik dan Elektronik merupakan faktor utama dalam pertumbuhan IPI yang mana kedua-dua industri ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 19.1% dan 10.5% pada bulan Julai yang lalu. Justeru itu, permintaan terhadap tenaga buruh bagi sektor ini meningkat sebanyak 2.9% berbanding pada bulan yang sama tahun lalu kepada 1.05 juta orang. Manakala jumlah gaji dan upah yang dibayar kepada pekerja di sektor ini meningkat sebanyak 11.3% kepada RM3.52 billion. Harga bagi minyak sawit mentah juga meningkat pada suku ketiga berikutan permintaan yang tinggi. Pengeluaran minyak sawit mentah juga kian meningkat berikutan peningkatan hasil minyak sawit yang pulih daripada kesan cuaca pada tahun lalu. Setakat September, harga minyak sawit mentah berada pada paras RM2,866.5 satu tan metrik daripada RM2,600.5 satu tan metrik pada akhir suku kedua 2017. Harga komoditi yang tinggi seharusnya meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar yang mana ianya akan membantu menaikkan perbelanjaan isi rumah. Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang mengukuh berikutan sektor luaran yang baik serta kestabilan di dalam permintaan domestik. Pihak BNM juga menyatakan dalam Pernyataan Dasar Monetari pada 8 September yang lalu yang mana pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017 dijangka akan lebih tinggi daripada unjuran awal iaitu sekitar 4.3% dan 4.8%. 6.0 Sorotan Pasaran Hartanah Pusat Maklumat Hartanah Negara masih belum lagi menerbitkan data rasmi untuk pasaran hartanah suku ke-2 dan suku ke-3 2017. Berdasarkan data ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan 5.8% tahun ke tahun dalam suku ke-2 2017 berbanding dengan 5.6% pada suku sebelumnya. Walaubagaimanapun, pasaran hartanah kediaman semakin lemah dengan kadar pembelian yang semakin perlahan. Keadaan ini semakin bertambah buruk dengan kadar penawaran yang lebih tinggi daripada hartanah mewah. Bagi hartanah di Lembah Klang, hartanah bertapak yang terletak di kawasan yang utama dan terkenal terus mencatatkan peningkatan nilai modal. Begitu juga pangsapuri dan kondominium di bawah skim-skim utama turut menyaksikan peningkatan nilai modal terutamanya yang terletak di sepanjang jajaran laluan Mass Rapid Transit (MRT). Dijangkakan rumah mampu milik akan terus diberi perhatian dalam sektor pasaran hartanah. Berdasarkan Laporan Tahunan 2016 BNM, pada tahun 2014, kekurangan rumah mampu milik dianggarkan 960,000 unit dan dijangka meningkat kepada lebih daripada satu juta unit pada tahun 2020. Terdapat pelbagai program oleh sektor swasta, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membekalkan perumahan mampu milik sejak tahap pembinaan rumah semasa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Pemacu utama kepada tahun yang lebih baik dijangka hasil daripada pembangunan infrastruktur seperti tambahan jajaran dan stesen keretapi berkelajuan tinggi (HSR), MRT dan sistem transit aliran ringan (LRT), serta pembangunan lebuhraya baharu. Johor dan Negeri Sembilan dijangka akan mendapat kelebihan daripada kesan limpahan ini. Secara khususnya, kawasan seperti Selangor Vision City, Nilai, Pajam, Semenyih, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Rawang, Ijok, Kuang, Sungai Buloh and Kuala Selangor akan mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut. 4 Bank Islam Akaun Pelaburan Waheed 4

Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap bagi Bank Islam terus mencatatkan peningkatan kepada RM16.2 billion pada bulan September berbanding RM15.9 billion pada bulan Julai yang lalu. Ianya mewakili kenaikan sebanyak 2% bagi dua tempoh berkenaan. Kawasan tengah merupakan penyumbang utama kepada jumlah portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap iaitu 40.6% dan di samping itu, profil kematangan pula kebanyakannya adalah 15 tahun dan keatas. Perkara ini menandakan kestabilan di dalam keupayaan pembayaran serta risiko penyelesaian awal yang rendah. Selain itu, kualti aset juga terus menunjukkan trend yang baik yang mana Nisbah Pembiayaan Tidak Berbayar menunjukkan penurunan daripada 0.91% pada bulan Julai kepada 0.86% pada bulan September. Pematuhan yang tegas terhadap Kriteria Penerimaan Risiko serta sistem pemantauan yang efektif merupakan faktor utama yang menyumbang dalam penurunan risiko pembiayaan yang tidak berbayar. Justeru, portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap bagi Bank Islam dijangka akan terus mencatat prestasi yang positif sejajar dengan tinjauan pasaran hartanah mampu milik yang semakin pulih. Perkara ini berdasarkan kepada peningkatan di dalam kelulusan pembiayaan sektor hartanah kediaman yang meningkat pada tahun ini. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017 5

Disediakan oleh: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI 6 Bank Islam Akaun Pelaburan Waheed