UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DR. AMINUDDIN BIN HASSIM, PENGARAH INTAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011 7 OKTOBER 2011 (JUMAAT)
Bismillaahir rahmaanir rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia YBhg. Dato Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) YBhg. Datuk Farida binti Mohd. Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Pengarah-Pengarah Bahagian JPA Ketua-Ketua Program INTAN Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam Bil. 1/2011 Hadirin yang dihormati sekalian. 2
Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, atas limpah rahmat dan izin Nya jua kita dapat bersama-sama di dalam Majlis Perasmian Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil. 1/2011. 2. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta kerana berjaya dipilih untuk mengikuti DPA kali ini. Sewajarnya ruang dan peluang ini direbut dengan mempamerkan kesungguhan, usaha yang gigih dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Semoga momentum Modul Integrasi Kumpulan yang saudara-saudari lalui dari 1 hingga 3 Oktober 2011 yang lalu di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka dapat diteruskan sehingga saudarasaudari bergelar sebagai graduan DPA Bil. 1/2011 kelak, Insya Allah. Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian, 3
3. Proses menuntut ilmu melalui Kursus DPA merupakan tradisi latihan untuk pembangunan bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda yang telah melakar sumbangan dan kejayaan dalam sejarah pembangunan pegawai Kerajaan. 4. Sesungguhnya pendekatan ini selari dengan tuntutan agama seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud Sesiapa yang berjalan sematamata kerana ingin menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga, hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. 5. Justeru, INTAN amat berbesar hati kerana terus diberikan kepercayaan dan amanah untuk meneruskan kegemilangan pembangunan penjawat awam melalui pelaksanaan DPA Bil. 1/2011 pada kali ini. 4
6. Kita berdoa semoga pada akhir Kursus DPA nanti, para peserta akan dapat: (i) menjiwai ciri-ciri PTD yang berketerampilan; (ii) memahami kehendak stakeholders dan pelanggan; (iii) berhemah tinggi, berbudaya dan berdisiplin; (iv) berfikiran sejagat dengan kemampuan untuk mendepani perubahan persekitaran yang dinamik; (v) menguasai ilmu lapan (8) bidang teras skim PTD; dan (vi) patuh kepada ajaran agama dan taat setia kepada bangsa dan negara. 7. Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri, pelaksanaan DPA Bil. 1/2011 pada kali ini agak berbeza berbanding dengan pelaksanaan DPA yang lalu. Tempoh pelaksanaan DPA pada kali ini dipendekkan daripada 33 minggu 5
kepada 26 minggu sahaja dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan dan latihan yang diperoleh dua (2) tahun sebelum ini iaitu bermula dari 1 Oktober 2011 sehingga 31 Mac 2012. 8. Di samping itu, pelaksanaan DPA Bil. 1/2011 turut melibatkan INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) Jalan Elmu Kuala Lumpur, INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) Kluang Johor dan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) Kemaman Terengganu kerana INTAN Kampus Utama Bukit Kiara tidak dapat menampung keseluruhan bilangan peserta DPA Bil. 1/2010 yang berjumlah seramai 432 orang peserta bagi satu kursus yang memakan masa selama enam (6) bulan. 9. INTAN akan meningkatkan usaha supaya semua peserta akan sentiasa selesa semasa berada di INTAN dengan menyediakan kemudahan domestik dan sajian melalui 6
kerjasama yang diberikan antara peserta DPA dan pengurusan INTAN. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 10. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang sudi hadir dalam menjayakan Majlis Perasmian Kursus DPA Bil. 1/2011. 18. Sekian, Wabillahittaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. 7