TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

dokumen-dokumen yang mirip
Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

2. Saya mengalu-alukan kedatangan semua hadirin khususnya para ibu bapa dan penjaga para graduan bagi meraikan kejayaan anak didik masing-masing.

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamu alaikum warahmatullahi ta ala wabarakatuh dan

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS Teks Ucapan

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam. Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG AMAT BERHORMAT, DATO SERI SHAHIDAN BIN KASSIM, MENTERI BESAR PERLIS,

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

PERATURAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Ucapan Prof. Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ PERMATA INSAN 2016

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

TEKS UCAPAN KOMANDAN PALAPES UniMAP KOL PROF DATO DR. KAMARUDIN BIN HUSSIN PADA 4 FEB 2008 SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Transkripsi:

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005 Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu alaihi wassalam serta keluarga dan sahabatsahabat Baginda. 2. Pertama sekali, Saya ucapkan terima kasih kepada Rektor dan seluruh warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia kerana sudi menjemput Saya dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis ke Majlis Pelancaran PALAPES, PBSMM dan PBK Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia pada pagi ini. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta ala kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat bersamasama dalam majlis yang sungguh bermakna bagi staf dan pelajar-pelajar KUKUM. Sesungguhnya Saya merasa bangga dengan staf dan pelajarpelajar KUKUM di atas inisiatif yang telah diambil bagi merealisasikan penubuhan pasukan berpakaian seragam, walaupun kolej universiti ini masih baru dari segi pembangunan fizikal dan rohaninya. Inisiatif yang 1

murni ini menggambarkan bahawa KUKUM amat serius dan prihatin dalam tindakan untuk menyemai dan menerapkan sifat berdisiplin dan bertanggungjawab dalam pembangunan insan di kalangan warganya. Tahniah dan syabas sekali lagi Saya ucapkan. 3. Tahniah dan syabas juga Saya ucapkan kepada semua anggota yang telah menyertai ataupun menjadi ahli pasukan-pasukan ini. Saya disembah maklum bahawa penubuhan ketiga-tiga pasukan berpakaian seragam dan persatuan sukarela ini amat memerlukan tahap disiplin yang tinggi di kalangan ahlinya. Saya berharap, walaupun ia merupakan aktiviti sukarela, semangat kental dan jatidiri serta disiplin yang tinggi pada diri semua ahli hendaklah sentiasa subur dan segar sepanjang masa. Tanpa disiplin dan jatidiri yang kukuh, amatlah sukar bagi manamana persatuan dan individu untuk berjaya dalam mencapai objektif yang yang ditetpkan. 4. Keduanya, dalam usaha kita untuk membina masyarakat yang bertamadun, Saya ingin menasihatkan kepada pelajar-pelajar dan semua warga kerja KUKUM yang lain supaya merebut peluang yang disediakan ini dengan menyertai salah satu pasukan beruniform kerana ia banyak memberi manfaat dan ilmu kepada kita semua terutama sekali dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan ketamadunan selain dari memberi bantuan kepada pihak yang memerlukannya. Penubuhan pasukan sukarela di awal penubuhan KUKUM adalah tepat pada masanya kerana ia boleh bertindak sebagai perintis untuk melahirkan graduan serta tenaga manusia yang terlatih bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kemasyarakatan di mana tenaga 2

mereka boleh digemblingkan apabila negara memerlukan perkhidmatan mereka kelak. Saya juga berharap tenaga manusia yang bakal dihasilkan ini akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan menjadi pemimpin yang berkaliber serta mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi. 5. Ketiganya, dalam pendekatan kita untuk membentuk dan melahirkan graduan dan tenaga manusia yang berwibawa, aspek perubahan dan pembangunan insan membawa kepada ketamadunan hendaklah berlandaskan sistem nilai yang baik dan bermanfaat. Sistem nilai yang baik dan bermanfaat tidak boleh bercanggah dengan syariah serta tidak boleh bersifat paksaan kepada nilai baik yang diamalkan oleh masyarakat yang lain. Dalam hubungan ini, Saya ingin menyarankan bahawa jika pendekatan ini dapat dilaksanakan, ia bakal mengukuhkan lagi keyakinan dan persefahaman antara masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita. Nilai ini amat penting supaya generasi muda memiliki adap yang tinggi, bersifat terbuka dan bersedia untu belajar daripada orang lain serta sentiasa peka terhadap perkara-perkara yang sensitif. Pendekatan sedemikian dapat memberi asas nilai yang terpuji bagi membentuk generasi pelajar berilmu, berketrampilan, beramanah, adil dan tinggi nilai budi pekerti. 6. Keempat, dalam konteks pembangunan akademik, Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pendidikan di Negeri Perlis. Pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah amatlah membanggakan. Melihat kepada kemajuan pendidikan di negeri ini, Kerajaan Seri Padukan Ayananda Saya telah berjaya meletakkan landasan supaya Negeri Perlis dijadikan Negeri Ilmu. Kehadiran KUKUM, UiTM, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, Maktab 3

Perguruan Perlis, Politeknik Perlis, Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belian Negara adalah sebagai pelengkap kepada konsep Negeri Ilmu di Negeri Perlis. Saya percaya infrastruktur pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Seri Paduka Ayananda Saya dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan bukanlah untuk ditontoni oleh rakyat Perlis. Rakyat Perlis hendaklah mengambil peluang ini untuk memajukan diri sendiri dan keluarga dengan memasuki Institusi Pengajian Tinggi yang tersedia di negeri ini. Dalam hubungan ini, Saya ingin menasihatkan supaya seluruh rakyat negeri ini menanamkan sifat untuk terus belajar sepanjang hayat. Proses pembelajaran bukan sahaja tamat selepas kita mendapat segulung ijazah tetapi ianya berterusan hingga ke akhir hayat kita. Melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat kita dapat mencipta kecemerlangan untuk bangsa, negara dan agama. Mendapat sesuatu kecemerlangan itu mudah, tetapi untuk mengekalkan kecemerlangan yang dicapai itu adalah sukar dan mencabar. Apakah strategi kita untuk mengekalkan kecemerlangan pendidikan yang telah kita dicapai melalui konsep Negeri Ilmu 7. Kelima, adalah tidak tepat kecemerlangan pendidikan hanyanya terfokus kepada keputusan peperiksaan semata-mata. Pembentukan watak dan sahsiah pelajar kurang diberi perhatian. Justeru, perilaku pelajar dan disiplin mereka meleset. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar hendaklah dilatih supaya mempunyai sifat bertanggungjawab dengan disiplin yang tinggi. Program-program yang melibat pelajar perlu diperhebatkan dan dimantapkan dari masa kesemasa supaya keperluan dan masalah semasa dapat ditangani secara berkesan. Saya percaya program pasukan berpakaian seragam yang akan kita lancarkan sebentar lagi mampun untuk merubah situasi tersabut. Namun demikian, 4

siapakah yang harus dipertanggungjawabkan sekiranya pelajar-pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi bersikap tidak berdisiplin dan bertindak melampaui batasan undang-undang? 8. Dalam hubungan ini, Saya menyeru kepada semua ibu bapa, guruguru, para pensyarah supaya terus memberi suntikan dan dorongan yang padu kepada para pelajar supaya mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan tetapi juga berjiwa mulia dan beradap sopan agar generasi muda masa hadapan dapat memperjuangkan kelangsungan hidup Anak Malaysia yang dinamik dan progresif sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 9. Sebagai mengakhiri titah ucapan, Saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta ala agar semua pelajar diberi kesempurnaan minda, emosi dan fizikal supaya dapat menamatkan pengajian dengan semangat serta keyakinan diri yang tinggi dan menempa kejayaan yang cemerlang. Kepada semua yang hadir di majlis ini, Saya berharap kita semua akan memberi segala sokongan dan kerjasama untuk menjayakan PALAPES, PBSMM dan PBK KUKUM dan konsep Negeri Ilmu di Negeri Perlis. 10. Akhir sekali, dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan PALAPES, PBSMM DAN PBK Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 5