SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP NAMA Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup Politeknik Balik Pulau 2013. PENGANJUR Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf serta Koperasi Politeknik Balik Pulau PERATURAN KEJOHANAN Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini. Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan (penganjur) adalah muktamad. TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN Tarikh: 06 Apr 2013 Tempat: Premium Lanes, Sunshine Square Pulau Pinang PENYERTAAN Terbuka kepada semua staf dan pelajar Politeknik Balik Pulau. Kejohanan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Pelajar Lelaki, kategori Pelajar Perempuan dan kategori Staf. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Semua pasukan harus menggunakan borang yang dikeluarkan oleh unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK).
Borang penyertaan boleh diperoleh dari USKK. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke USKK beserta deposit sebanyak RM5 selewat-lewatnya 20 Mac 2013. FORMAT PERTANDINGAN Setiap pasukan mesti mengandungi 4 peserta. Bagi kategori pelajar Lelaki, pasukan mesti mengandungi 4 Peserta Lelaki. Bagi kategori pelajar Perempuan, pasukan mesti mengandungi 4 Peserta Perempuan. Bagi kategori Staf, pasukan mesti mengandungi 2 Peserta Lelaki dan 2 Peserta Perempuan. 2 acara akan dipertandingkan iaitu Acara Individu dan Acara Berpasukan. Tiap-tiap satu permainan (game) akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan itu tamat. Markah yang terpapar di skrin markah setiap lorong adalah dikira sebagai markah rasmi. Sekiranya berlaku kesilapan markah disebabkan masalah teknikal, peserta dikehendaki memaklumkan kepada Lane Marshall yang dilantik dengan segera. Pembetulan markah hanya boleh dilakukan oleh Lane Marshall. Bantahan terhadap sebarang markah hanya akan dilayan sekiranya dibuat sebelum balingan seterusnya dibuat. Sekiranya berlaku black out dalam monitor TV di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi, jika skor telah dicatatkan maka ia akan bersambung dari frame di mana ia berhenti sebelum ini. Game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan. Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu black out seumpama ini.
PERATURAN PERMAINAN Semua pemain diwajibkan memakai pakaian yang sesuai dan lazimnya dipakai dalam sukan Tenpin Bowling. Pemain harus menyediakan stoking masing-masing. Bila seseorang peserta bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai bola mati (Dead Ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi. Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas peserta kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan peserta tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi. Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hak dan obligasinya seperti berikut:- Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap peserta yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi laluan kepada peserta yang berada di atas lorong sebelah kanannya. Semua peserta harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainannya itu. Merokok dan meminum minuman keras semasa kejohonan adalah dilarang. PERALATAN Peralatan rasmi pertandingan akan ditetapkan dan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal. KELEWATAN Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang kelewatan akan menyebabkan kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan.
MENARIK DIRI Setiap pasukan diwajibkan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan. Deposit penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri tanpa sebab yang munasabah. BANTAHAN Bantahan yang dikemukakan haruslah disertakan dengan bukti oleh pihak yang membantah. Keputusan Jawatankuasa Penganjur dan Pengadil adalah muktamad. TINDAKAN TATATERTIB Tindakan tatatertib akan diambil ke atas pemain yang melanggar peraturan. PENENTUAN KEMENANGAN & HADIAH Peserta dan Pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Jika terdapat peserta atau pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama (grand total), pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin terakhir permainan terakhir. Jika masih sama, pemenang akan ditentukan melalui jumlah STRIKE pada permainan tersebut. Hadiah akan disediakan oleh penganjur untuk pemenang-pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja bagi setiap kategori dan acara. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am akan diputuskan oleh Penganjur dan keputusannya adalah muktamad. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi: USKK 04-6381926 Saudara Mohamad Syazmie Bin Mohamad Kassim (DIP6B) 017-4205181
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP POLITEKNIK BALIK PULAU 2013 NAMA PASUKAN : NAMA KETUA PASUKAN :. BIL NAMA PESERTA KELAS NO. KAD PENGENALAN NO. PENDAFTARAN NO. TELEFON Kami mengaku segala butiran di atas adalah benar dan kami berjanji akan mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur... Tandatangan Ketua Pasukan Tarikh: **Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan beserta deposit RM5 selewat-lewatnya 20 Mac 2013.