LAPORAN : PELANCARAN POLY AGRO & AKTIVITI CILI CENTIL Program : Tempat : Masa : Dirasmikan oleh : Pelancaran Poly Agro Projek Cili Centil Tapak Tanaman Cili Centil 9.30 pagi 11.00 pagi Datin Hasmah Binti Hassan, Pengerusi Puspanita KPT Umum mengetahui pertanian bukanlah satu bidang pengajaran dan pembelajaran khusus yang terdapat di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Poly Agro merupakan satu usaha komprehensif Politeknik Ibrahim Sultan bagi menyediakan platform keusahawanan pertanian adalah perniagaan. Poly Agro ini adalah sebagai nilai tambah kepada pelajar terutamanya yang mengambil bidang keusahawanan, alumni serta staf PIS. Melihat dari sudut yang lebih luas PIS akan berfungsi sebagai pusat inkubator sebelum pelajar dan alumni PIS bersaing di pasaran terbuka. Poly Agro PIS telah diilhamkan sendiri oleh Tn. Hj. Azizi Bin Lin, Pengarah PIS. Projek pertama Poly Agro ialah menanam dan memasarkan cili centil yang diusahakan secara sistem fertigasi dengan pengairan mikro. Sejumlah 2000 pokok telah ditanam dengan lebih 500kg cili centil berjaya dijual setelah lima bulan cili centil ini diusahakan. Peringkat awal ini, cili centil telah berjaya dipasarkan kepada pengusaha restoren dan kafeteria di sekitar Pasir Gudang, pasar malam berhampiran PIS, pengusaha di Felda Sening, beberapa buah sekolah dan juga di kalangan staf dan pelajar-pelajar PIS sendiri. Pelancaran Poly Agro telah berlangsung pada pagi sabtu 22 September 2012. Majlis pelancarannya telah berlangsung di tapak tanaman cili centil yang telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Hasmah Binti Hassan, Pengerusi Puspanita Kementerian Cawangan Kecil Pengajian Tinggi yang juga isteri kepada Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam kata-kata aluan Yang Berbahagia Datin Hasmah, beliau telah memuji keberanian PIS untuk memulakan usaha yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana institusi atau warga yang tidak mempunyai asas dalam bidang yang hendak diterokai. Turut hadir dalam pelancaran Poly Agro termasuklah Datin Hjh Azizah Binti Ismail, Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; Puan Hjh Zuraidah Binti Mohamed Daud, Pengerusi Puspanita Politeknik Ibrahim Sultan, beberapa orang pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, beberapa orang pengerusi-pengerusi puspanita politeknik, sebahagian ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua program dan ketua-ketua unit Politeknik Ibrahim Sultan, beberapa orang pengetua-pengetua sekolah atau wakilnya, beberapa orang wakil-wakil industri, ketua-ketua Kampung yang berhampiran PIS, sebahagian jawatankuasa pemuafakatan PIS, pelajar-pelajar sekolah Men. Keb. Pasir Gudang 2 dan sekolah Men. Keb. Dato Pengawa Timur. Turut sama dalam majlis pelancaran ini termasuklah beberapa orang ibu-ibu tunggal di sekitar Kong Kong Laut dan Taman Cendana serta sebahagian pelajar-pelajar PIS sendiri termasuklah dari Kelab Keusahawanan. Tidak ketinggalan dalam majlis pelancaran Poly Agro ialah Tn Hj Azizi Bin Lin, pengarah PIS dan Pn. Hjh Suzanah Binti Hashim, Timb. Pengarah Sokongan Akademik yang merupakan dua orang penasihat utama projek Poly Agro serta jawatan kuasa kerja yang terdiri dari pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar PIS.
Projek Poly Agro dan usaha menanam cili centil ini telah menunjukkan impak positif kepada pelajar dan komuniti setempat. Quick Wins projek ini termasuklah berjaya menarik minat dan memberi pendedahan keusahawanan serta menjana pendapatan tambahan kepada sebahagian pelajar PIS dan komuniti setempat. Dalam jangka panjang, Poly Agro dapat memberi pendedahan dan peluang membina kerjaya kepada graduan PIS dan juga masyarakat setempat dengan melibatkan diri dengan agrotek dan agro tourism, memberi ruang dan peluang pensyarah-pensyarah membuat kajian dan penyelidikan, membina jaringan kerjasama dan perkongsian strategik dengan institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan pertanian dan berteraskan agro teknologi serta turut menjadi pencipta pekerjaan dan sumber kewangan tambahan kepada masyarakat setempat bagi meningkatan pendapatan dan ekonomi keluarga. Akhir sekali, Poly Agro, sebagai inkubator keusahawanan pertanian diharap mampu memberi impak yang cukup besar kepada landskap perkembangan Politeknik Ibrahim Sultan. Kerjasama dan komitmen bersepadu warga PIS insyallah akan berjaya mereliasasikan visi ini. Gambar-gambar sekitar Perkembangan Aktiviti Tanaman Cili Centil dan Pelancaran Poly Agro