KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) UNIVERSITI AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG )

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

PERATURAN SUKAN KARiSMA 16 When The Lion Roar

BOLA JARING. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) orang pemain.

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN. Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2010

BOLA JARING PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI DEWAN LELAKI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

SUKAN PANTAI UiTM SHAH ALAM 2017 BOLA JARING PANTAI

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN BOLA JARING. Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Sukan Staf Universiti Putra Malaysia.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

1.2 Mengikut Undang-undang dan Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini

BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN TERBUKA

BOLA JARING Undang-Undang International Netball Federation (INF).

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESUMA KE-30

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

HOKI 9 SEPASUKAN PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 9 SEPASUKAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN HOKI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN BOLA SEPAK PADANG

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PESTA RAGBI 10 SEBELAH MRSM SE-MALAYSIA KALI KELIMA, 2008

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PERATURAN PERMAINAN SUKAN SUPSAT 2017

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

Pegawai yang mendaftar sebagai Doktor atau Fisioterapi mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang yang dinyatakan.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI/WANITA) KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM), 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

MSSPP. (Khas Untuk Pertandingan Jemputan Negeri)

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK UiTM PIALA FA. Sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2017.

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI BUKIT NANAS HOCKEY CHALLENGE 2017

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2018

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA PESUMA KE-30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN BOLA SEPAK

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

TENIS BERPASUKAN. 3.0 FORMAT PERTANDINGAN 3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi 11 orang pemain iaitu 7 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain wanita.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SUKAN BEKALAN AIR SEMALAYSIA 2018

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PERATURAN AM

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PESUMA KE-31

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA m. 5.07m 10.14m

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

Transkripsi:

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG ) 1.0 PENGELOLAAN 1.1 Seluruh pengelolaan adalah keloloan bersama Pusat Asasi diserahkan kepada Mesyuarat Council Asasi yang boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta jenis pertandingan kepada universiti yang dilantik. 1.2 Pengajur Kejohanan dan AJK Pengelola akan menentukan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan. 1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pengelola memberitahu secara lengkap dan jenis Peraturan Kejohanan Sukan Asasi kepada badan sukan dan orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan Kejohanan Sukan Asasi. 2.0 NAMA Kejohanan ini hendaklah dinamakan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG) 3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undangundang rasmi kejohanan melainkan sekiranya ada undang-undang khas menguasai pertandingan permainan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). 4.0 KELAYAKAN 4.1 UNIVERSITI Semua Pusat Asasi, Universiti Awam dan Jemputan SAHAJA layak menyertai di dalam pertandingan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). 4.2 PEMAIN Semua mahasiswa/i yang menghadiri kursus sepenuh masa layak menyertai kejohanan ini DAN semua pelajar yang berdaftar pada semester berlangsungnya KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). Semua pelajar yang berdaftar di Universiti seperti yang termaktub dalam peruntukan Pelajar Berdaftar di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah Seksyen 48 Sub Seksyen 14. 1

4.3 KAD MATRIK Semua peserta diwajibkan membawa kad matrik/pelajar semasa atau sepanjang tempoh KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). 5.0 PENDAFTARAN BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA 5.1 Tiap-tiap Universiti/Kampus dibenarkan mendaftar bilangan pegawai dan peserta 5.2 BIL seperti di bawah : PERMAINAN BERPASUKAN BILANGAN PEMAIN LELAKI WANITA BILANGAN PEGAWAI 1 Bola Sepak 15 org - 2 org 9 sepasukan 2 Bola Jaring - 10 org 2 org 3 Futsal 10 org 10 org 4 org 4 Bola Keranjang Lelaki 4 org 4 org 2 org 3 0n 3 CATATAN 5 Ragbi 10 org - 2 org 7 Sepasukan 6 Catur 4 org 4 org 2 org 7 Scrabble 4 org 4 org 2 org 8 e-sports 9 - DOTA Terbuka Terbuka 1 org 5 sepasukan (Lap Top Sendiri) 10 - CS GO Terbuka Terbuka 1 org 5 sepasukan (Lap Top Sendiri) 11 Fun Run Terbuka Terbuka 2 org 6.0 REFRI KEHORMAT / PENGADIL 6.1 Refri Kehormat / Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-tiap permainan yang dipertimbangkan. 6.2 Pengurusan Pertandingan perlu dijelaskan diperingkat mana Pengadil Kehormat / Pengadil diperlukan semasa kejohanan berjalan. 6.3 Seorang Pengadil Kehormat yang berkelayakan mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola bagi permainan tertentu sahaja. 2

6.4 Pengadil Bertauliah hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi setiap permainan yang disediakan kecuali bagi Permainan e-sport dimana Penganjur hanya menyediakan lantikan penyelaras permainan sahaja. 6.5 Sepanjang Kejohanan Sukan ini, Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil Kehormat disepanjang tempoh permainan. 7.0 PAKAIAN 7.1 Mengikut kesesuaian jenis sukan selain daripada yang telah ditetapkan. 7.2 Setiap pasukan wajib menyediakan 2 set jersi yang bernombor. 7.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang dinamakan dahulu tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya. Walau bagaimanapun bagi tujuan menjimatkan masa, pihak pengelola boleh membincangkan bagi menentukan warna jersi semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. 8.0 PERALATAN 8.1 Semua peralatan dan kemudahan akan disediakan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 9.0 SISTEM PERTANDINGAN Sesuatu pertandingan hanya akan dapat dijalankan apabila terdapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) pasukan mengambil bahagian. Tiga (3) bentuk sistem pertandingan akan digunakan berdasarkan jumlah pasukan yang mengambil bahagian iaitu secara liga, kalah mati serta kombinasi liga dan kalah mati. 9.1 Cara Satu Kumpulan 9.1.1 Sekiranya LIMA (5) dan tidak kurang dari EMPAT (4) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU KUMPULAN 9.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dan kedua terbanyak akan bertanding diperingkat akhir. 3

9.2 Cara Dua Kumpulan Dengan 6 Hingga 8 Pasukan 9.2.1 Pusingan Awal 9.2.1.1 Sekiranya ENAM (6) hingga LAPAN (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada DUA (2) kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B dan pertandingan akan dijalankan secara LIGA DUA KUMPULAN. 9.2.1.2 Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditetapkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1 dan B1. Penetapan kumpulan bagi pasukan yang lain akan dibuat melalui undian. 9.2.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan hanya DUA (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam kumpulan berkenaan, maka pertandingan akan diadakan secara liga atau pasukan terakhir dalam kumpulan tersebut secara sendirinya dipindahkan ke dalam kumpulan yang berkenaan. 9.2.2 Pusingan Separuh Akhir 9.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan Kumpulan Y seperti berikut :- KUMPULAN X Johan Kumpulan A Naib Johan Kumpulan b KUMPULAN Y Johan Kumpulan B Naib Johan Kumpulan A 9.2.2.2 Pertandingan dijalankan secara KALAH KELUAR. 9.2.3 Pusingan Akhir 9.2.3.1 Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan pertandingan. 4

9.3 Cara Tiga Kumpulan Dengan 9 Pasukan 9.3.1 Pusingan Awal 9.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri dari SEMBILAN (9) pasukan, pertandingan akan dijalankan secara LIGA TIGA KUMPULAN A, B, dan C. 9.3.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan 9.3.2 Pusingan Suku Akhir ditetapkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1, B1 dan C1. Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain. 9.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki Pusingan Suku Akhir. 9.3.2.2 DUA (2) pasukan lagi (dikenali sebagai Pasukan Pertama dan Pasukan Kedua) dipilih berdasarkan seperti berikut : i. Pasukan tempat ke TIGA (3) yang mendapat jumlah mata ii. iii. iv. terbanyak. Jika didapati masih sama, maka dikira pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan. Sekiranya terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka akan dikira pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak. Sekiranya terdapat jaringan yang sama, maka pasukan yang bolos sedikit diambilkira. v. Jika masih didapati sama juga, maka keputusan akan ditentukan dengan cara undian/penalti. 5

9.3.2.3 Susunan Perlawanan A Suku Akhir Separuh Akhir Akhir B C D E F G H a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan. b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan. c. Pasukan Pilihan (Pertama dan Kedua) diundi untuk menduduki tempat B dan F. d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara KALAH KELUAR. 6

9.4 Cara TIGA (3) Kumpulan Dengan 10 Pasukan 9.4.1 Pusingan Awal 9.4.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A, B dan C. 9.4.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan dikedudukan A1, B1 dan C1. untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain. Undian akan dibuat 9.4.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) pasukan dan salah satu dari kumpulan C akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan melalui undian. 9.4.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 menarik diri maka pasukan 9.4.2 Pusingan Suku Akhir yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri mengambil tempat pasukan yang menarik diri tadi. 9.4.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam pusingan suku akhir. 9.4.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 dari kumpulan C. 9.4.2.3 DUA (2) pasukan terdiri dari Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan 3 pasukan. 9.4.2.4 SATU (1) pasukan (dikenali sebagai Pasukan Pilihan) dipilih dari DUA (2) pasukan yang kalah dari kumpulan A dan B berdasarkan syarat 9.3.2.2 7

9.4.2.5 Susunan Perlawanan A Suku Akhir Separuh Akhir Akhir B C D E F G H a. Johan Kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan. b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan. c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan C dan pasukan pilihan diundi untuk menduduki tempat B dan F. d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara KALAH KELUAR. 8

9.5 Cara Tiga (3) Kumpulan Dengan 11 Pasukan 9.5.1 Pusingan Awal 9.5.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A,B dan C. 9.5.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, dan C1. Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain. 9.5.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan dan 2 kumpulan akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan melalui undian. 9.5.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka 9.5.2 Pusingan Suku Akhir pasukan yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri mengambil tempat pasukan yang menarik diri berkenaan. 9.5.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir. 9.5.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 dari kumpulan B dan C. 9.5.2.3 DUA (2) pasukan yang terdiri dari Johan dan Naib Johan dari kumpulan A. 9

9.5.2.4 Susunan Perlawanan A Suku Akhir Separuh Akhir Akhir B C D E F G H a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan. b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan. c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan B dan C diundi untuk menduduki tempat B dan F. d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara KALAH KELUAR. 10

9.6 Cara EMPAT (4) Kumpulan Dengan 12 Pasukan hingga 16 Pasukan. 9.6.1 Pusingan Awal 9.6.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada EMPAT (4) kumpulan A, B, C dan D. 9.6.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan tempat 3 dan 4 akan ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, C1 dan D1. Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain. 9.6.1.3 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka 2 9.6.2 Pusingan Suku Akhir pasukan yang terakhir akan diundikan untuk masuk ke kumpulan lain. 9.6.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk ke peringkat Suku AkhiR 9.6.2.2 Susunan Perlawanan A Suku Akhir Separuh Akhir Akhir B C D E F G H 11

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C, E dan G dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan. b. Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk tempat B, D, F dan H dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang berasingan. c. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara KALAH KELUAR. 9.7 Format Penentuan Kumpulan 9.7.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut :- JUMLAH PASUKAN JUMLAH PASUKAN DALAM KUMPULAN 5 LIGA 6 3,3 7 3,4 8 4,4 9 3,3,3 10 3,3,4 11 3,4,4 12 3,3,3,3 13 3,3,3,4 14 3,3,4,4 15 3,4,4,4 16 4,4,4,4 12

10.0 UNDIAN 10.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan tarikh untuk diadakan undian. 10.2 Undian hanya akan dijalankan apabila dihadiri oleh : Ketua Jawatankuasa Teknikal atau wakilnya. Pengerusi Khas Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan atau Wakilnya. Wakil dari pasukan yang bertanding. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. 10.3 Semua Penyelaras Permainan Jawatankuasa dikehendaki berada di tempat pengundian sewaktu Undian Pusingan Kedua dijalankan. 11.0 JADUAL PERTANDINGAN Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12.0 KELEWATAN 12.1 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam dan perkara-perkara luar jangkaan dan sebagainya, maka wakil pasukan hendaklah MELAPORKAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA dan keputusan mengenai perlawanan yang terlibat diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12.2 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia bertugas 15 minit sebelum masa perlawanan bermula. 12.3 Masa menunggu hanya 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma. 13.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 13.1 Sekiranya sebuah pasukan menarik diri atau memberi kemenangan percuma dengan sengaja maka semua keputusan yang melibatkan pasukan tersebut akan dibatalkan dan keputusan perlawanan itu tidak diambilkira oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan untuk keputusan seterusnya, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan perlawanan seterusnya. 13

14.0 BANTAHAN 14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disahkan oleh Ketua Kontinjen Atau Wakilnya hendaklah diserahkan kepada Sekretariat @ Penyelaras Permainan tidak lewat dari satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima. 14.2 Sekiranya bantahan diterima, wang sebanyak RM200.00 akan dikembalikan dan RM100.00 akan dijadikan bayaran perkhidmatan. 14.3 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. 15.0 JURI RAYUAN 15.1 Pengelola hendaklah menubuhkan juri rayuan yang terdiri daripada LIMA (5) orang minimum dan TUJUH (7) orang maksimum daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) buah Universiti. Ahli-ahli juri hendaklah terdiri daripada : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. Ketua Jawatankuasa Teknikal atau wakilnya. EMPAT (4) orang Pengurus Pasukan daripada universiti berasingan atau wakilnya. Penyelaras Permainan atau wakilnya. 15.2 Semua rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. 15.3 Semua keputusan adalah MUKTAMAD. 16.0 LEMBAGA TATATERTIB Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib yang terdiri daripada sekurang-kurangnya LIMA (5) orang Ahli Jawatankuasa KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). Lembaga ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola. 14

17.0 TINDAKAN TATATERTIB KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) Seseorang pemain yang digantung oleh badan-badan tersebut dibawah tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh penggantungannya. Universiti / Institut Pengajian Tinggi Malaysia Majlis Sukan Universiti Malaysia Persatuan Permainan Malaysia Persatuan Permainan Kebangsaan 18.0 HADIAH 18.1 Hadiah untuk pemenang Kejohanan Sukan Asasi-TAG akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola untuk pemenang-pemenang Pertama, Kedua dan D ua (2) hadiah tempatketiga termasuk hadiah untuk Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi semua acara berpasukan yang dipertandingkan dan bagi acara individu. 19.0 PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN Johan Keseluruhan TAG adalah berdasarkan jumlah pungutan pingat yang diambilkira jumlah pungutan pingat EMAS TERLEBIH DAHULU. Seterusnya PERBEZAAN JUMLAH pungutan pingat PERAK dan PERBEZAAN JUMLAH pungutan pingat GANGSA. Contoh :- BIl Pasukan EMAS PERAK GANGSA Jumlah pungutan Kedudukan 1 A 5 3 1 9 Juara 2 B 4 4 5 13 Naib Juara 3 C 4 3 6 14 Ke-3 20.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 20.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan tertentu. 20.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa KEJOHANAN SUKAN ASASI-TAG yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 15

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) BOLA SEPAK Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Asasi-TAG. 2.0 JENIS PERTANDINGAN 2.1 Liga berpasukan 2.2 9 Sepasukan dengan 15 pendaftaran. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN 3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 15 orang pemain. 3.2 Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur sewaktu mesyuarat pengurus pasukan. 3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada urusetia bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 4.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 4.1 Sekiranya kurang dari 7 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai 7 orang atau lebih di padang, diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong (3-0). 4.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 7 orang pemain-pemain atau lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang dijadualkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan selanjutnya. 5.0 SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am. 16

6.0 PENARIKAN DIRI Sila rujuk perkara 13.0 Peraturan Am 7.0 MASA BERMAIN 7.1 Masa bermain ialah 7 minit bagi tiap-tiap separuh masa, rehat tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. 7.2 Mana-mana 5 orang pemain termasuk penjaga gol boleh diganti/ditukarkan dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang diganti ini tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil bahagian tendangan penalti. 8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 8.1 Secara Liga 8.1.1 Cara memberi mata : Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 8.1.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan, pasukan hendaklah diberi 3 mata dengan jaringan dua kosong (3-0). Jika terdapat mana-mana pasukan digantungkan atau menarik diri dari pertandingan atas apa jua sebab, mata dan jaringan gol yang masuk atau bolos tidaklah diambil kira. 8.1.3 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:- 8.1.3.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. 8.1.3.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira menang. 8.1.3.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya diambil kira. 8.1.3.4 Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang. Tendangan penalti dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 17

8.2 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika seri pemenang akan ditentukan secara berikut:- 8.2.1 5 sepakan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang. 8.3 Sistem Sepakan Penalti 8.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan tanda penalti dengan cara sepakan berselang seli. 8.3.2 Jika masih seri selepas 5 sepakan, maka sepakan penalti akan diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang seli dengan sistem Sudden Death. 8.3.3 Pengadil akan memutuskan gol sepakan penalty. 8.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat sepakan penalti dahulu. 8.3.5 Hanya pemain yang berada di dalam padang permainan di akhir masa perlawanan dibenarkan membuat sepakan penalti tersebut. 8.3.6 Semua pemain hendaklah berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti dijalankan kecuali pemain yang akan mengambil sepakan penalti dan penjaga gol pasukan lawan. 8.3.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti itu dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang permainan. 8.3.8 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan penalti dengan syarat pasukannya menggunakan bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan. 9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 18

10.0 KELEWATAN Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan gol 3 kosong (3-0). 11.0 PAKAIAN 11.1 Pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan bernombor. 11.2 Stokin Panjang dan Shin pad diwajibkan pakai semasa permainan. 12.0 BANTAHAN Sila rujuk perkara 14.0 Peraturan Am. 13.0 JURI RAYUAN Sila rujuk perkara 15.0 Peraturan Am. 14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 19

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) BOLA JARING Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG). 2.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan antara pasukan. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain. 4.0 SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am. 5.0 PENARIKAN DIRI Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am. 6.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN 6.1 Pasukan Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang dari itu pasukan tersebut dikira kalah. 6.2 Masa Bermain Masa bermain ialah 15 minit/5 minit/15 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa perlawanan. 7.0 PENUKARAN PEMAIN 7.1 Kecederaan & Kesakitan Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat menyambung permainannya, pemain bolehlah diberhentikan selama 2 minit untuk menentukan samada pemain boleh menyambung permainannya. 20

7.2 Pemain Simpanan KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas diganti didalam permainan yang sama. 7.3 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang dijalankan, melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan. Pemain akan dibenarkan masuk bermain seperti berikut:- 7.3.1 Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain mestilah mengambil kedudukan yang dikosongkan oleh pasukannya. 7.3.2 Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan. 7.3.3 Selepas rehat separuh masa. 8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 8.1 Secara Liga 8.1.1 Cara memberi mata : Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 8.1.2 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :- 8.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. 8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira menang. 8.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya diambil kira. 8.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan 8.2 Separuh Akhir ( Sistem Kalah keluar ) Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan dibuat dengan cara tertentu seperti berikut:- 21

Pertandingan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol. Permainan akan diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara bergilir. Keputusan muktamad ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol. 9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 10.0 KELEWATAN 10.1 Kelewatan Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan jaringan gol 14 kosong (14-0). 10.2 Sengaja Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan Jawatankuasa Pengelola berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua perlawanan pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum, tidak diambil kira (Null and Void). Pasukan yang terlibat ini mungkin bergantung daripada mengambil bahagian dalam tahun yang berikutnya. Jika keadaan demikian disebabkan tindakan pegawai, maka pegawai tersebut bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pusat. 11.0 PAKAIAN/PERALATAN 11.1 Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain :- GS - penjaring gol (goal shooter) GA - penyerang gol (goal attack) 22

WA - penyerang sayap (wing attack) C - pemain tengah (centre) WD - penangkis sayap (wing defence) GD - penahan gol (goal defence) GK - penjaga gol (goal keeper) 11.2 Sekiranya berlaku persamaan warna bibs, pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar kepada bibs yang lain warnanya. Ini bermakna setiap pasukan mesti membawa 2 set bibs yang berlainan warna. 11.3 Tiap-tiap pasukan hendaklah membawa sekurang-kurangnya sebiji bola perlawanan. 12.0 BANTAHAN Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am. 13.0 JURI RAYUAN Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am. 14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 23

RAGBI 7 SEPASUKAN 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Ragbi Malaysia ( KRM ) dan Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG ). 2.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan antara pasukan. 3.0 KELAYAKAN PASUKAN Penyertaan pasukan yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain. Pihak Jawatankuasa Pengelola dan Teknikal berhak menentukan kelayakkan pasukan serta pemainnya. 4.0 KELAYAKAN PEMAIN 4.0 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain dan 7 pemain sahaja dibenarkan bermain dalam satu permainan. 4.1 Hanya pemain yang sedang menuntut di universiti/kolej berkaitan layak untuk menyertai pasukan universiti/kolej.kad pelajar/kad pengenalan akan digunakan sebagai rujukan bagi pengesahan. 4.2 Setiap pemain yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili mana-mana pasukan. 5.0 SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am. 6.0 PERALATAN / BOLA RASMI 6.1 Peralatan atau persiapan padang disediakan oleh jawatankuasa pengelola. 7.0 PERATURAN PERMAINAN 7.0 Semua perlawanan dalam pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang terbaru yang dibuat oleh IRB dan diterima pakai oleh KRM. 24

7.1 3 pemain gantian dibenarkan bermain dalam setiap perlawanan dan pemain yang keluar tidak dibenarkan bermain semula kecuali atas alasan Blood-Bin yang mana ianya tidak termasuk dalam jumlah pemain gantian. 7.2 Mata perlawanan : Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 7.3 kedudukan ranking pasukan/pasukan yang layak kepusingan seterusnya akan dibuat berdasarkan kepada: i. Jumlah mata tertinggi ii. Jumlah perbezaan skor iii. Jumlah purata skor iv. Keputusan perlawanan diantara keduanya v. Pasukan yang mempunyai jumlah skor tertinggi vi. Pasukan yang mempunyai jumlah bolos terendah vii. Undian lambungan siling akan dijalankan oleh J/kuasa pengelola bersama pengurus pasukan yang terlibat. 7.4 Pasukan yang gagal hadir ke padang pada masa yang dijadualkan, akan dikira terkeluar dari kejohanan dan keputusan perlawanan sebelumnya tidak akan diambil kira. Keputusan J/kuasa pengelola mengenai kedudukan mereka adalah muktamad. 7.5 Masa Permainan: 7.5.1 Dalam pusingan awal dan pusingan seterusnya masa penuh permainan adalah selama 10-2 10 minit. Jika permainan telah dijalankan selama lebih 15 minit dan terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan keadaan cuaca dan sebagainya, maka keputusan permainan adalah dianggap sah.pengadil bertanggungjawab menentukan masa permainan. 25

7.5.2 Permainan akan dimulakan tidak lewat dari 15 minit dari masa yang telah dinyatakan dalam jadual dengan tidak kurang dari 5 orang pemain setiap pasukan berada dalam padang semasa perlawanan dimulakan.jika gagal maka pasukan berkenaan dikira memberi walkover dan jika kedua-dua pasukan gagal mengadakan pemain dengan jumlah yang minima maka pengelola kejohanan akan menjadualkan semula perlawanan berkenaan. 8.0 PENGADIL PERLAWANAN 8.0 Semua pengadil perlawanan adalah dibawah pengelolaan penyelaras pengadil KRM/KRS dan keputusan pengadil adalah muktamad. 8.1 Dalam apa juga situasi semasa perlawanan berlansung pengadil adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan pegawai kejohanan akan bekerjasama memberikan nasihat kepada pengadil berdasarkan kepada aspek keselamatan. 9.0 UNDIAN Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan dengan kerjasama jawatankuasa pengelola menetapkan tarikh untuk diadakan undian. 10.0 JADUAL PERTANDINGAN Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 11.0 KELEWATAN 11.0 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara luar jangkaan dan sebagainya maka wakil pasukan hendaklah melaporkan kepada urusetia dengan segera dan keputusan mengenai perlawanan yang terlibat diputuskan oleh Urusetia Pengelola. 11.1 Senarai nama pemain-pemain hendaklah diserahkan kepada pengadil kehormat bertugas 15 minit sebelum masa perlawanan bermula.hanya 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma.( 2 try 10-0 ) 26

12.0 PAKAIAN Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya pasukan yang namanya dahulu tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya. 13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 27

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) BOLA KERANJANG Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG) 2.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan antara pasukan. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG) adalah di rujuk. 3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 4 orang pemain. 3.3 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran tidak dibenarkan mengambil bahagian. 3.4 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan pemain simpanan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan sebelum permainan bermula. 4.0 SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am. 5.0 PERTUKARAN Mana-mana 3 orang pemain boleh diganti/ditukarkan dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. 6.0 PAKAIAN/ALAT 6.1 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara dua pasukan yang akan bertanding, pasukan yang nama dicatat dahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar jersi yang lain. 6.2 Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur. 28

7.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 7.1 Secara liga : KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) 7.1.1 Cara memberi mata : Menang - 2 mata Kalah - 1 mata Walk Over - 0 mata 7.1.2 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The Games) 7.2 Secara Kalah Mati 7.1.1 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The Games) 8.0 KELEWATAN Masa selama 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata kemenangan dan bilangan 20-0. 9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan keduadua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. 10.0 BANTAHAN / TATATERTIB Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 di dalam Undang-Undang dan Peraturan Am TAG. 11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 29

FUTSAL 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Asasi (TAG). 2.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan antara pasukan. 3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN 3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain. 3.2 Borang Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa mesyuarat pengurus pasukan. 3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 4.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 4.1 Sekiranya kurang dari 4 pemain dari salah satu pasukan turun ke gelanggang permainan apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai 4 orang atau lebih di gelanggang permainan hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong (2-0). 4.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 4 orang pemain atau lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang dijadualkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan selanjutnya. 30

5.0 PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN KEJOHANAN SUKAN ASASI (TAG 18) 5.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang berlainan warna. Pakaian ini hendaklah meliputi seperti berikut : 5.1.1 Baju 5.1.2 Seluar 5.1.3 Stoking 5.1.4 Shinpad diwajibkan pakai. 5.2 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan memakai jersi yang mengelirukan, pasukan yang dinamakan dahulu wajib menukar warna jersi mereka. 6.0 SISTEM PERTANDINGAN Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am. 7.0 PENGADIL Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bermula daripada pusingan awal hingga ke perlawanan akhir. 8.0 TEMPAT PERTANDINGAN Tempat pertandingan (venue) akan disediakan dan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. 9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 9.1 Secara Liga 9.1.1 Cara memberi mata : Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 9.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : 31

9.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira pemenang. 9.1.2.2 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira pemenang. 9.1.2.3 Jika masih sama, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan awal akan dikira pemenang. 9.1.2.4 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara sudden death akan digunapakai. 1.1 Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir 2.0 MASA PERMAINAN 1.1.1 Perlawanan akan dijalankan secara kalah Keluar. 1.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : 1.1.2.1 Sepakan penalti sebanyak 5 kali secara berselang seli akan dijalankan. 1.1.2.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara sudden death akan digunakan. Masa permainan adalah LIMA (5) minit bagi setiap separuh masa dan masa rehat adalah selama 1 minit. 3.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN 3.1 Hanya 15 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan skor 3-0. 3.2 Sekiranya sesuatu pasukan enggan bermain (tidak hadir) pada sesuatu perlawanan, semua perlawanan melibatkan pasukan tersebut TERBATAL. 4.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal luar kawalan keduadua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal / Pengelola. 32

5.0 PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN 5.1 Pemain yang diberikan KAD MERAH (perintah keluar) tidak boleh bermain di dalam permainan yang sama dan digantung SATU perlawanan berikutnya secara automatik. 5.2 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau BERKELAKUAN BIADAP terhadap pegawai perlawanan tidak dibenarkan bermain untuk keseluruhan dalam pertandingan ini. Tindakan disiplin lanjut akan dilaksanakan. 5.3 Pemain yang menerima 2 kad kuning digantung 1 perlawanan berikutnya secara automatik. 5.4 Penerima Kad Amaran tidak akan diambilkira untuk pusingan KALAH KELUAR. Namun bagi penerima 2 kad kuning(perkara 5.3 di rujuk) dan kad merah (perkara 5.1 & 5.2 di rujuk) di peringkat kumpulan masih diambilkira. 6.0 BANTAHAN Sila rujuk perkara 14.0 Peraturan Am. 7.0 JURI RAYUAN Sila rujuk perkara 15.0 Peraturan Am. 8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 33

CATUR 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang Undang Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) dan Kejohanan Sukan Asasi (TAG). 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN 2.1 Tiap- tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 4 orang pemain. Susunan pemain adalah tetap dan tidak boleh dipinda. 2.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum tarikh undian. 2.3 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 3.0 SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Jenis pertandingan. Pertandingan adalah dijalankan mengikut sistem Swiss. 3.2 Pendaftaran Pemain. Untuk setiap permainan, setiap pasukan hendaklah mendaftar dan menyerahkan senarai pemain yang akan bermain 10 minit sebelum permainan dimulakan. Susunan pemain adalah tetap dan tidak boleh dipinda. 3.3 Tempoh permainan. Masa permainan adalah 25 minit untuk setiap pemain. Jumlah jam maksima adalah 50 minit. 3.4 Kawalan Masa. Kawalan masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur. 3.5 Merekod Permainan. Setiap pemain dikehendaki merekod setiap pergerakan yang dilakukan. Pemain yang mempunyai baki masa 5 minit atau kurang dikecualikan dari rekod. 4.0 PAKAIAN Pemain hendaklah berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. (Selipar tidak dibenarkan) 34

5.0 KEPUTUSAN 5.1 Setiap pemain akan diberi mata seperti berikut :- Menang 1 mata Seri ½ mata Kalah 0 mata 5.2 Jumlah mata yang dikumpul oleh pemain setiap pasukan akan menjadi pemutus kepada kedudukan pasukan berkenaan bagi setiap permainan. Cara memberi mata adalah seperti berikut :- Menang 1 mata Seri ½ mata Kalah 0 mata 5.3 Pengiraan pemenang berdasarkan :- 5.3.1 Game point 5.3.2 Match point 5.3.3 PE( Personal Encounter) 5.3.4 Board Down 6.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan antara pasukan. 7.0 KELEWATAN Pemain yang datang selepas 5 minit permainan dimulakan dikira kalah.pemain pasukan lawan diberi mata 1 (satu). Jika kesemua anggota pemain satu pasukan tidak hadir selepas 10 minit, maka pasukan lawandikira menang dan diberi mata 1, sementara setiap pemainnya akan juga diberi mata 1 (satu). 8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. 35

1. Syarat bagi permainan Scrabble dan Fun Run akan diberikan semasa mesyuarat pengurus pasukan. 36