UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017 1
TADBIR URUS CUKAI DAN INTEGRITI KOPERASI 14 OKTOBER 2017, DI TH HOTEL, ALOR SETAR, KEDAH Bismillahhirrahmanirrahim 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Koperasi dan Selamat Petang Terima Kasih Kepada Pengacara Majlis 3
YBhg. Dr. Azlan Yahya, Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko YBhg. Pengerusi-Pengerusi ANGKASA Negeri 4
Tuan Shaik Ismail Md. Allapichay (JPAN P. Pinang Tuan Hj. Mohd Rosli Hj. Basri (JPAN Perak) Tuan Ismail Hashim (JPAN Perlis) Tuan Hj. Wan Ibrahim Wan Jusoh (JPAN KEDAH) 5
YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa Audit Dalam ANGKASA Dr. Ainuddin Bahari, Pengerusi JK Audit Dalam ANGKASA 6
Dato Shaharudin Mohd Sa ad Setiausaha JK Audit Dalam ANGKASA Tuan Hj. Zaharuddin Alias Tuan Hj. Azman Abdul 7
Tuan Muhammad Salim Md. Dom Pengurusan dan Pegawai-Pegawai Kanan ANGKASA 8
Para Pemimpin Koperasi, Datuk- Datuk dan Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan- Puan, Para Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian. 1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke 9
hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-nya kita dapat bersamasama menghadiri Seminar Audit Dalaman 2017. 10
2. Dalam kesempatan ini, saya mengalu-alukan kehadiran semua peserta ke majlis ini. Seminar ini merupakan satu usaha ANGKASA untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Audit Dalaman 11
koperasi yang berfokuskan kepada Tadbir Urus Cukai dan Integriti Koperasi yang merupakan elemen penting dalam tadbir urus koperasi. 12
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. Sewajarnya koperasi perlu mengetahui apabila mempunyai sumber pendapatan, koperasi wajib membayar cukai 13
pendapatan. Kebiasaannya, koperasi membayar cukai pendapatan yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan koperasi. Layanan cukai koperasi 14
tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah kategori cukai korporat. 4. Dalam tadbir urusnya, koperasi secara langsungnya 15
bertanggungjawab mengemukakan anggaran cukai, membuat bayaran secara ansuran, menentukan cukai yang perlu dibayar, mengemukakan borang cukai pendapatan kepada 16
LHDN termasuk koperasi dorman dan membayar baki cukai. 5. Justeru, koperasi perlu memahami dan mematuhi kehendak Akta Cukai Pendapatan 17
1967 yang berkaitan pematuhan dan penalti cukai. Individu yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini dipatuhi ialah Anggota Lembaga iaitu Pengerusi, Setiausaha dan 18
Bendahari koperasi serta Pengurus/kakitangan. 6. Kegagalan mematuhi tanggungjawab ini akan mengakibatkan koperasi terdedah 19
kepada kesalahan jenayah dan sivil. Kesalahan jenayah adalah gagal melaporkan pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan dan kegagalan melaporkan pendapatan yang sepatutnya. 20
Manakala kesalahan sivil apabila gagal membayar cukai pendapatan mengikut tempoh ditetapkan. 21
7. Pihak berwajib mempunyai kuasa untuk mengaudit cukai pendapatan koperasi sehingga 6 tahun ke belakang. Oleh sebab itu, koperasi perlu menyimpan segala rekod-rekod dan buku-buku 22
perakaunan dan percukaian bagi tempoh 7 tahun dari tarikh akhir tahun kalendar di mana pendapatan itu dikaitkan. 23
8. Selain memastikan koperasi memathi pembayaran cukai mengikut garis panduan ditetapkan, ilmu/maklumat percukaian memberi manfaat untuk koperasi mendapat 24
pengecualian cukai. Misalnya di dalam Akta Cukai Pendapatan ada menghuraikan tentang pengecualian cukai di mana bagi tahun taksiran 2015 dan 2016, kadar cukai koperasi mengikut 25
jumlah pendapatan iaitu melebihi RM 750,000 cukai pendapatan dikenakan 24 % dan kadar berubah mengikut jumlah pendapatan koperasi. 26
9. Banyak lagi faedah pengecualian cukai yang boleh dinikmati koperasi misalnya pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun pertama pendaftaran koperasi dan dividen 27
yang diagihkan kepada anggotaanggota juga dikecualikan cukai. 10. Sudah menjadi lumrah kepada koperasi untuk memaksimumkan keuntungan dan 28
meminimunkan kesan cukai ke atas koperasi. Sebenarnya, koperasi boleh merancang cukai pada tahun semasa dan akan datang dengan kaedah yang bersesuaian antaranya meminimumkan 29
perkara-perkara yang tidak dibenarkan untuk pemotongan cukai seperti perbelanjaan yang tidak menyumbang kepada faktor penghasilan pendapatan dan sebagainya. 30
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 11. Kita perlu menyedari, cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi 31
hasil / pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaan membangunkan negara. Cukai yang dikutip ini 32
dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan 33
sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. 12. Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran 34
negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Di negara kita, hampir 70 peratus daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Justeru saya menyeru koperasi merancang dan 35
menguruskan cukai dengan baik dan berkesan. Perlaksanaan tadbir urus cukai yang telus juga melambangkan integriti sesebuah koperasi. 36
13. Sebagai pendekatan memertabatkan koperasi dalam melahirkan sistem pengauditan yang efisien dan seterusnya melahirkan budaya integriti dalam 37
koperasi pihak ANGKASA menganjurkan seminar ini. 14. Saya dengan lafaz Bismillah merasmikan SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017 BERTEMAKAN 38
TADBIR URUS CUKAI DAN INTEGRITI KOPERASI. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik Walhidayah Assalamu alaikum warahmatullah Hiwabarakatuh. 39