> GœH IµM S DkIe G ZG QƒG CZÂHš G MâGÁI GñIcMyG} GáI MºG G HxMyG}Ge R G¾G

dokumen-dokumen yang mirip
PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

PZG QƒG GáM G ZUÂH M G GÀMÃI GÍMÀH M G HÑI¾QƒG³QƒGñ CZÂHš G GœHEP G ZGY H H M Gñ G G H M RœwG} P GÀQƒGÁMÀG G}

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I. CZÂH ÂH Gñ MâGš RâH IÍQéƒÀI MÈH MšOZ Gy GãÃIÀI MÈH MšOZ CZÂHÀG G GãñI RšOZ RwIý

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Kisah Kaum 'Aad. Khutbah Pertama:

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Disebarluaskan melalui: Maktabah Raudhah Al-Muhibbin

QƒG R âh¼m IN G Hñ IäMÃGšIý CZ PÂH ÂH RâH MâH¼R Ge CZyH I¹M G M"OZ IwG} Gy >ôhäg¾ḿ G AáḾ G Id RáH I\MÈHñ Gy çu G±S AáG G} QçGšIý

TERJEMAHAN SURAH NUH

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

Himpunan Doa Didalam Al Quran

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

I IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

2

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

[sunting] Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Mengusir Asap? Allah Yang Meniupkan Angin dan Menurunkan Hujan

Surat Untuk Kaum Muslimin

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Motivasi Agar Istiqomah

Kata Ibrahim: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari kalangan orang-orang yang soleh (100).

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Kaidah Memahami Tauhid

Tafsir Surat Al-Fil: Ketika Gajah pun Enggan Memaksiati Allah


GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Keutamaan Kalimat Tauhid dan Syarat-Syaratnya


Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

Tafsir Surat Al-Kautsar

Diterjemahkan oleh : Abu Sa id Neno Triyono א א א.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir

Disebarluaskan melalui: website: Maret, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir. Disebarluaskan melalui:

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Fadhilat Berbaik Sangka

Kasih Sayang Nabi Muhammad? Kepada Umatnya

BIMBINGAN TAUHID UNTUK PEMULA DAN ANAK-ANAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

DOA WIRID YANG TERMUAT DALAM AL QUR AN

PEMBUKAAN KEPADA MEMAHAMI AYAT-AYAT 96 HINGGA 99.

???????????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Kufur kepada thaghut adalah syarat sahnya ibadah seseorang, sebagaimana wudhu merupakan syarat sah shalat.

LALUAN KEHIDUPAN

DOA IBUBAPA PADA ANAK

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Doa-doa Pilihan DOA-DOA PILIHAN

Transkripsi:

KISAH NABI HUD AS Nabi Hud as adalah Rasul yang pertama, dari keturunan Nuh as, yang bertutur di dalam bahasa Arab dan telah diutuskan Allah kepada kaumnya. (Rashid Ridha, Tafsir Al-Manar, m/s 114, Juz 12). Beliau adalah dari keluarga yang terhormat, dipandang kedudukannya serta terpengaruh di antara suku-suku di zaman itu. Beliau terkenal dengan kebijaksanaannya, mempunyai pemikiran yang amat luas, lurus tutur-kata, tingkah laku yang bersopan dan baik budi pekerti serta pergaulannya. Kisah Nabi Hud as telah Allah catitkan di dalam Surah Hud dan diriwayatkan kisahnya di dalam 10 ayat, bermula dari ayat 50 hingga ayat 60. Ianya bertujuan semata-mata untuk menjelaskan kepada Rasulullah, bahawa Nabi Hud as juga adalah di antara nabi dan rasul yang telah dicabar oleh kaumnya dengan begitu trajis sekali. Akhirnya, sebagai pembalasan, Allah pupuskan kaum Hud ini dari muka bumi. Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi dalam tafsirnya Ruhul Bayan, mengisahkan Nabi Hud as sebagai Hud bin Abdullah bin Ribah bin Khulud bin Iwas bin Iram bin Saam bin Nuh as, daripada Kaum Aad yang mendiami kawasan bukit-bukit di Negeri Yaman, khususnya di antara kawasan Amman (Umman) dan Hadramaut. Kaum Aad merupakan suku kaum yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh. Mereka telah dikurniakan Allah dengan kekuatan fizikal yang luarbiasa serta bentuk tubuh badan yang besar dan sasa, dan dikurniakan kepada mereka tanah yang subur dengan sumber-sumber air yang mengalir dari segala penjuru, untuk memudahkan mereka bercucuk tanam. Mereka memperindahkan tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah, hidup makmur, sejahtera dan bahagia, serta berkembang biak menjadi suku yang terbesar di antara suku-suku yang hidup di sekelilingnya. Namun, mereka tidak mengamal malah melupakan ajaran-ajaran Nabi Idris dan Nabi Nuh, tidak mengenal Allah dan menjadi kufur. Mereka menyembah patung-patung berhala yang mereka bina sendiri, yang mereka berikan nama Sudaa, Somod dan Habak (dalam tafsir lain dinyatakan sebagai Shamud dan Alhattar) dan melakukan kezaliman dan penindasan kepada manusia. 1

Maka Allah melantik Hud sebagai Rasul dan Nabi, dan diutuskannya kepada kaum Aad ini untuk menyeru mereka supaya kembali kepada ugama Allah, beriman kepada Allah, meninggalkan penyembahan berhala dan supaya tidak berlaku zalim sesama manusia. Tetapi mereka telah mengingkari dakwah Nabi Hud dan senantiasa menganggap diri mereka lebih kuat dari Allah. Lalu Allah bertindak dengan menahan hujan ke atas pertanian mereka dan berlakulah kemarau selama 3 tahun lamanya. Mengikut tradisi mereka, apabila mereka berada di dalam sesuatu keadaan yang susah dan tertekan, maka mereka (samada yang beriman dengan Hud as atau yang kufur dengannya) dinasihatkan pergi ke Mekah atau ke Baitullah, untuk memohon kepada Allah agar segala bencana dipulihkan. Mekah pada masa itu, dikuasai oleh kaum Amaliq, iaitu dari zuriat anak Aamaliq bin Lawaz bin Sam bin Nuh as. Dengan yang demikian, sebuah kumpulan yang terdiri daripada 70 orang lelaki telah dipilih untuk pergi ke Mekah. Mereka diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Mu awiyah bin Bakr, yang mana ibunya adalah dari kabilah Aad. Mereka menduduki bandar Mekah berbulan-bulan lamanya, bukan berdoa dan memohon pada Allah, tetapi sebaliknya bersukaria dengan meminum arak dan berfoya dengan penyanyi-penyanyi. Apabila Mu awiyah mengetahui hal yang sedemikian dan apabila mengenangkan kaum Aad di Yaman yang sedang menderita seksaan kemarau panjang, beliau rasa amat tertekan. Pada ketika itu juga, seorang daripada mereka yang bernama Marsad bin Saad, tampil dan membuat pengakuan kepada Mu awiyah, bahawa dia telah beriman dengan Nabi Hud. Katanya, usaha dan doa kumpulan ini untuk meminta kepada Allah agar melepaskan mereka dari bala kemarau, tidak akan diterima Allah, kecuali setelah mereka beriman dengan Hud as. Setelah sekian lama, doa yang dipinta oleh kumpulan ini dijawab oleh Allah. Allah memberi mereka pilihan 3 jenis awan di atas kepala mereka; awan putih, awan hitam dan awan merah. Lalu mereka memilih awan hitam dengan anggapan bahawa awan itu akan membawa lebih banyak hujan ke atas bumi mereka. Setelah membuat pilihan, mereka pun berpusu-pusu ke kawasan lembah yang dikenali sebagai Mughis dan merasa suka kerana telah didatangi awan hitam yang disangkakan akan membawa hujan kepada mereka. Dengan tiba-tiba, mereka rasa kecewa, kerana awan hitam pilihan mereka itu sebenarnya ialah awan azab dari Allah. Firman Allah dalam surah Al-Ahqaaf, Ayat 24 hingga 25: 2

> GœH IµM S DkIe G ZG QƒG CZÂHš G MâGÁI GñIcMyG} GáI MºG M±S @FIe G HxMyG}Ge R G¾G (24) DâÃIšG} K[ZG G GÁÃI DÑñIe õiäi MâH M¾G M G M"OZ G GÂH MáG >MâHÁHÀI¼QƒG±G RêIý PQ G Hñ Gê CZÂH G M'GÆG GÁIN Ge I M GÆI, AYMåG& RáH H IN G H (25) GãÃI I M H MšOZ GvMÂGºMšOZ Ī M Gœ GßIšQ G G Mafhumnya: Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Inilah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (24) "Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka punah ranah, tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa. (25) Angin keras itu menerbangkan mereka ke udara dan menghumban mereka kembali ke tanah. Maka hancurlah badan-badan mereka itu. Terdengarlah suara-suara sakit mereka itu apabila dihumban kembali ke tanah, yang kemudiannya ditimpa pula oleh tanah yang menutupi badan-badan mereka. Dilihatkan, apabila Allah mahukan angin itu bertindak, maka Allah memerintahkannya supaya membalas dendam hanya ke atas kufur musyrik yang degil. Nabi Hud as dan pengikutnya tidak ditimpa sebarang seksaan dan mereka terlepas dari musibah. Nabi Hud dapat melihat bagaimana semua ternakan dan binatang-binatang lain kaum Aad dihempas-pulas oleh angin puting beliung itu kerana kemarahan Allah ke atas mereka. Apabila selesai tindakan Allah membalas dendam ke atas kaum Aad, maka Nabi Hud dan mukmin yang lain pun keluar dari bumi Yaman dan bermastautin di Mekah. Di sanalah mereka menyembah Allah dan meneruskan kehidupan mereka. 3

Begitulah cara nabi-nabi yang telah dihapuskan kaum mereka oleh Allah bertindak dengan menduduki Mekah, dan kebanyakan nabi-nabi ini dikebumikan di antara rukun-rukun Baitullah dan kawasan air Zamzam. Dikatakan terdapat 99 para nabi yang dikebumikan dipersekitaran kawasan tersebut dan jelas sekali nabi-nabi Syuib, Hud, Soleh dan Ismail as dikebumikan di kawasan Baitullah. Firman Allah: TAFSIRAN AYAT 50 âh¼gš G GäR¾šOZ CZyH H M OZ IvMÂGºQéƒñ Gu G > Z@cÂH MâH G G} Ac G QéçšIýGy (50) GwyH G M¹H RêIý MâH œg} MwIý PôHxH MÃG AäQ郚Iý ãin Dan kepada Kaum Aad, telah Kami utuskan saudara nasab mereka, Nabi Hud. Lalu beliau berkata: Wahai Kaumku! Sembahlah hanya Allah. Sebenarnya tidak ada Tuhan selain dari Allah. Kamu sekarang ini, hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah Allah telah mengutuskan Nabi Hus as, kepada kaumnya yang dikenali sebagai Kaum Aad. Kaumnya telah terpesong agama mereka dan mula menyembah patung berhala sebagai Tuhan mereka. Di antara ajaran yang dicadangkan pada kaumnya ialah: a) Menyembah HANYA Allah yang Esa sahaja. b) Tidak syirik pada Allah dan meninggalkan penyembahan patung. c) Meyakini bahawa Allah itu adalah AL-HAQ, iaitu Tuhan yang mencipta mereka, menjaga dan mengurniakan nikmat-nikmat kepada mereka dalam hidup ini. d) Menyembah selain dari Allah sebenarnya membohongi Allah. Contohnya, menganggap patung yang dibuat sendiri sebagai Tuhan, mempercayai wali-wali Allah, kononnya mempunyai syafaat untuk memberi pertolongan pada kita dan menolak semua kemudaratan, dengan memuja perkuburan mereka adalah sesat, membohongi Allah dengan rekacipta baru yang menyesatkan. 4

e) Inilah yang didakwahkan oleh Nabi Nuh as kepada kaumnya dan prinsip yang sama juga menjadi pegangan pada Hud as. Inilah juga yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw yang berhadapan dengan kaum Quraisy di Mekah. Sentuhan akidah menjadi prinsip utama dalam semua dakwah nabi-nabi ini. Firman Allah: TAFSIRAN AYAT 51 Z@ M G} IäMÃG¾G MâH¼H¾GËM"G} Péê IvMÂGºQéƒñ (51) GwÂH¾IºM G GëG G}~ > PçIœG GµG I RšOZ çg¾g RêIý G I M G} MwIý Katanya lagi: Wahai kaumku!. Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku. Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?. Fahaman ayat di atas seolah-olah begini: Aku tidak perlu kepada sebarang upah atas usahaku membawa iman dan Nur kepada kamu agar kamu semua jauh dari seksaan Allah itu. Upah hanya dari Allah sahajalah yang aku harapkan. Ianya adalah sebaik-baik nikmat yang akan sentiasa disyukuri oleh manusia dan yang terbaik untuk menjadi peganganku. Oleh itu fikirkanlah bahawa wang, harta benda, pangkat dan hidup yang lumayan di dunia ini hanyalah makanan NAFSU serakah sahaja, yang menghakis keikhlasan kita. Kata Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi: Kebanyakan para ulama dan tok-tok guru yang terdahulu, tidaklah berdakwah mereka itu, untuk mendapatkan sebarang upah dalam usaha dakwah mereka, DEMI untuk menjaga diri mereka dari syubhah, yang akan menghakiskan keikhlasan mereka pada Allah. Hanya ganjaran dari Allah sahajalah yang mereka perlukan. 5

TAFSIRAN AYAT 52 Firman Allah: IäMÃGšIý CZ PÂH ÂH RâH MâH¼R Ge CZyH I¹M G M"OZ IvMÂGºQéƒñ Gy QéçšIý @{ RÂH MâH McĪ GñGy Z@eZGeM IN âh¼mãg¾g GYPé ƒr±šoz IáI"M Hñ (52) GãÃI I M H CZMÂRšGÂG G GêGy MâH¼I RÂH Wahai kaumku!. Pohonlah pengampunan dengan beristighfar kepada Tuhan kamu!. Dengan istighfar tersebut, Allah berjanji akan mentaqdirkan turunnya hujan yang berterusan (ke atas bumi kamu yang kering kontang selama ini) dan Dia akan menambahkan kekuatan kamu disamping kekuatan kamu yang sedia ada sekarang. Wahai kaumku!. Janganlah kamu membelakangkan seruan serta ajaranku ini dengan terus-menerus melakukan dosa!. Kesimpulannya: Nabi Hud as telah mencadangkan kepada kaumnya supaya: a) Memperbanyakkan istighfar dan memohon pengampunan kepada Allah atas segala keterlanjuran, maksiat dan kekufuran, dengan bersungguh-sungguh. b) Beristighfar yang diikuti dengan taubat. Iaitu beriman dan bertaubat dengan niat untuk kembali taat dan bertaqwa kepada Allah dengan sebaik-baiknya. c) Tidak meneruskan semua amalan mungkar yang dilakukan selama ini. 6

Dengan cadangan-cadangan ini, maka Allah berjanji akan merubah kehidupan mereka ke arah kehidupan yang lebih baik dengan cara: 1. Memulihkan ekonomi mereka kepada keadaan ekonomi yang lebih baik. 2. Menurunkan hujan dan mengakhiri kemarau panjang. 3. Memberikan kekuatan tambahan atas kekuatan yang sedia ada, untuk mereka lebih melibatkan diri dalam operasi kehidupan mereka. Namun Kaum Hud tetap menentang, yang akhirnya mereka dipupuskan dari dunia ini. 5 ayat-ayat berikut menjelaskan respons kaum Aad kepada Nabi Hud as dan bagaimana mereka dijawab oleh Hud as. Firman Allah: GÀI GÁIšZGY PçĨ Ie ƒg I HãM Gœ G Gy AæƒGÀINÃG I GÀG MËI G HcÂHÁQƒGñ CZÂHš G (53) GãÃIÀI MÈH I GßGš HãM Gœ G Gy GßIšMÂG ãg PçINœIý Gu G ö AYPÂH±I GÀI GÁIšZGY H M G GßQ G G M OZ RêIý HuÂHºRœ wiý (54) GwÂH I M²H R IN DY P I G çinœg} CZ PyH GÁM&OZ Gy GäR¾šOZ H IÁM&H} (55) IwyH I ÀH Gê RâH @ ÃI G çiœyh ÃI¼G õ IäIœyHc ãi RêIý AæR PZGc ãi R > âh¼in GeGy çin Ge IäR¾šOZ çg¾g HÍM¾ƒR GÂG çinœiý (56) AâÃIºG M±S AlQé I' Qéç¾G çin Ge RwIý > P GÁI GÃI' GÀI = H I ZGY GÂH > MâH¼MÃGšIý Põ IäI HÍM¾I"MeH} P R âh¼h M G¾M G} M GºG CZÂRšGÂG wiçg > @ËMÃG& ôhägœys H G GêGy MâH G MÃG @ MÂG çin Ge HÜI¾MªG M±GñGy (57) DÙÃI¹GŠ AY MåG& INáH Qéç¾G çin Ge RwIý 7

Mafhumnya: Mereka menjawab kepada seruan dakwah Nabi Hud dengan berkata: Wahai Hud! Engkau gagal membawa kepada kami sebarang keterangan yang boleh membuktikan kebenaran kamu itu. Dan kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami hanya dengan sebab kata-kata kamu itu. Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!. (53) Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan sembahan kami itu telah mengecap kamu dengan gila, keras kepala atau bingung (kerana kamu sentiasa mencaci penyembahan kami itu). Nabi Hud menjawab kecaman ini dengan berkata: Sesungguhnya aku telah menyeru Allah menjadi saksi atas kebenaran kata-kataku ini, dan aku merayu agar kamu semua juga mempersaksikan bahawa aku ini BERSIH dari sebarang dosa syirik kamu. (54) Iaitu menyembah selain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu terhadapku, kemudian jalankan terus, dan janganlah kamu beri tempoh kepadaku untuk mempertahankan diri. (55) Kerana sesungguhnya aku telah menyerahkan segala urusan kepada Allah, Tuhanku dan juga Tuhan kamu semua!. Tuhan yang menentukan bahawa tiada sesuatu makhluk Allah yang didapati melata di atas muka bumi ini kecuali semuanya di bawah penguasaan pentadbiran Allah. Sesungguhnya Tuhanku Allah itu tetap di atas jalan yang istiqomah. (56) Dalam pada itu, jika kamu mempersia-siakan juga seruan dakwahku ini, ianya tidak menjadi hal padaku, kerana aku telah pun menyampaikannya kepada kamu apa yang telah diutuskan oleh Allah untuk aku sampaikan. (Jika kamu semua degil dan setelah kamu dihapuskan) maka Allah Tuhanku akan menggantikan kamu semua dengan satu kaum yang lain. Dan sedikit pun semuanya ini tidak akan memberi mudarat kepada Nya. Sesungguhnya Tuhanku Allah itu Maha Mengawal dan Maha Memelihara tiap-tiap sesuatu yang ada (57). 8

TAFSIRAN AYAT 53 GÀI GÁIšZGY PçĨ Ie ƒg I HãM Gœ G Gy AæƒGÀINÃG I GÀG MËI G HcÂHÁQƒGñ CZÂHš G (53) GãÃIÀI MÈH I GßGš HãM Gœ G Gy GßIšMÂG ãg Inilah hujjah awal yang menangkis dakwah Nabi Hud, iaitu hujjah yang menyatakan bahawa dakwah Nabi Hud itu tidak mempunyai bukti kebenarannya, dan terbuktilah dengan jelas dan terang pada fikiran mereka yang ianya tidak betul. Maka dengan itu mereka berkata: Kami menolak dakwah kamu itu dan kami bukanlah dari kalangan yang akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami, hanya kerana kata-kata kamu itu, dan sebenarnya kamu juga adalah dari jenis manusia seperti kami. Oleh itu kami mengisytiharkan yang kami tidak akan ikut beriman dan berpegang dengan risalah kamu itu, yang tidak terbukti kebenarannya. TAFSIRAN AYAT 54 PçINœIý Gu G ö AYPÂH±I GÀI GÁIšZGY H M G GßQ G G M OZ RêIý HuÂHºRœ wiý (54) GwÂH I M²H R IN DY P I G çinœg} CZ PyH GÁM&OZ Gy GäR¾šOZ H IÁM&H} Kata mereka lagi: Apa yang sepatutnya kami katakan pada kamu ialah: Kamu, Hud!. Sebenarnya telah dijangkiti penyakit gila, kerana engkau sentiasa mencaci tuhan-tuhan kami, menunjukkan perseteruan kamu pada mereka semua. Jadi jahatnya penentangan kamu pada mereka menyebabkan mereka membalas kejahatan itu sehingga cakap dan dakwah kamu itu gila dan tidak menentu. Jawab Hud mempertahankan dirinya atas anggapan itu dengan berkata: Aku mempersaksikan Allah Tuhanku, yang aku ini tidak syubhah dengan syirik kamu semua pada Allah. Dan kamu semua menjadi saksi yang aku menentang syirik kamu pada Allah, yang menyembah selain dari Nya. 9

Mengikut kepercayaan mereka yang yakin pada penyembahan mereka itu, Tuhan-tuhan sembahan mereka itu mempunyai kuasa, yang boleh mendatangkan mudarat kepada Hud as. Nabi Hud menafikan kekuasaan ini dengan mempersaksikan Allah, Tuhan yang Al-Haq, dan terus menafikannya melalui Ayat 55 berikut: TAFSIRAN AYAT 55 (55) IwyH I ÀH Gê RâH @ ÃI G çiœyh ÃI¼G õ IäIœyHc ãi Kata Hud kepada mereka: Jika benar anggapan kamu yang Tuhan-tuhan patung kamu itu boleh memberi mudarat kepadaku kerana aku sentiasa mencaci mereka, maka dipersilakanlah membuat sesuatu yang mudarat itu untuk menghancurkan aku, sekarang! Janganlah kamu berlengah-lengah untuk melakukannya dan jangan pula kamu simpati kepadaku!. Buatlah segera!. TAFSIRAN AYAT 56 RêIý AæR PZGc ãi R > âh¼in GeGy çin Ge IäR¾šOZ çg¾g HÍM¾ƒR GÂG çinœiý (56) AâÃIºG M±S AlQé I' Qéç¾G çin Ge RwIý > P GÁI GÃI' GÀI = H I ZGY GÂH Kata Hud lagi: Sesungguhnya aku beriman pada Allah, dan sekarang aku menyerahkan segala-galanya kepada Allah Tuhanku, dan juga Tuhan kepada kamu semua. Iaitu Tuhan yang mentadbir semua ciptaan Nya, termasuklah setiap binatang yang melata di atas muka bumi ini. Dan Dialah Allah, yang membimbing segala-galanya ke arah satu jalan yang istiqomah!. Iaitu ke arah jalan yang benar dan adil, jalan yang ditunjukkan melalui Rasul-rasul Nya, agar yang bathil itu tidak akan menguasai yang betul. 10

TAFSIRAN AYAT 57 > MâH¼MÃGšIý Põ IäI HÍM¾I"MeH} P R âh¼h M G¾M G} M GºG CZÂRšGÂG wiçg > @ËMÃG& ôhägœys H G GêGy MâH G MÃG @ MÂG çin Ge HÜI¾MªG M±GñGy (57) DÙÃI¹GŠ AY MåG& INáH Qéç¾G çin Ge RwIý Dan Hud sudahi dengan berkata: Jika kamu semua masih engkar dan terus-menerus menjadi zalim, dan tidak mahu beriman dan beribadat kepada Allah, dan masih syirik kepada Allah, maka ianya tidak memberi masalah padaku, kerana aku telah menyampaikan risalahku ini kepada kamu. Dan kamu berhak mendapat AZAB ke atas diri kamu, dan kamu akan dipupuskan. Dan Allah akan menggantikan kamu semua dengan satu kaum lain, dan ini adalah perkara yang senang dan tidak memudaratkan Allah sedikit pun. Ketahuilah semua!. Bahawa Allah Tuhanku itu berkuasa menjaga hamba-hambanya, menolong rasul-rasulnya, dari mereka-mereka yang menolak hujjah-hujjahnya. Syed Qutub dalam Tafsiran Fii Zilaalil Qur an, telah mencatitkan pandangan beliau, di mana Nabi Hud as sebagai pemimpin kaum yang didakwahnya itu, telah menyerahkan nasib dan semua urusannya kepada Allah swt, ketika mengucapkan perkataan-perkataan berikut (mafhumnya): Kerana sesungguhnya aku telah menyerahkan semua urusanku ini kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu semua. Sesungguhnya setiap makhluk yang bergerak di atas muka bumi ini (termasuk kaum Aad), adalah di bawah penguasaan Allah ke atas mereka. Allah sebagai Penguasa Agung tetap istiqomah dalam berlaku saksama dan adil, ke arah jalan yang benar dan betul. Inilah rasa yakin dan komited Nabi Hud as kepada ketuhanan Allah tanpa syak wasangka dalam hatinya, dalam dirinya dan dengan keyakinan inilah sahaja Nabi Hud as boleh melakukan dakwahnya menghadapi kaum yang yang dikatakan sangat bengis, tidak bertolak ansur, pembuli, kufur dan tetap menolak dakwah iman pada Allah. 11

Inilah contoh keyakinan pemimpin yang beriman pada Allah dalam menghadapi tsunami kaumnya yang berniat jahat itu. Begitulah keyakinan kita hendaknya jika ajaran yang serupa kita gunakan bagi satu-satu risalah kita dalam kepimpinan. Mengapakah keyakinan ini memberi kekuatan kepada Hud as? Di antaranya ialah firman Allah, mafhumya: Kerana sesungguhnya Allah itu memantau kerja-kerja kita ke arah kebaikan dan Dia menjaga ugama hamba-hambanya yang beriman, dan menentukan sunnah hidup itu terjaga dari sebarang kemudaratan dan kesusahan. Dalam ayat 57 di atas, Nabi Hud telah berkata, mafhumnya: Dan Allah Tuhanku, akan menggantikan kamu semua wahai kaum Aad, dengan satu kaum lain (setelah kamu dibinasa dan dipupuskan), dan dalam proses tersebut ianya tidak akan membahayakan Nya sedikit pun. Sesungguhnya Allah Maha Menjaga, Mengawal serta Memelihara setiap sesuatu itu dengan sebaik-baik penjagaan. (57) Maka dengan janji itu, datanglah hukum Allah, binasalah kaum Aad dan terlepaslah Hud as bersama mereka-mereka yang beriman dengannya dari Azab Allah itu. Firman Allah: TAFSIRAN AYAT 58-60 AæG GƒMŠG I ôhäg G CZÂHÀG ZGY GãñI RšOZ Gy Z@cÂH GÀMÃR Gœ GœH M G} GYP G R GšGy (58) AÙÃI¾G A[ZG G ãin âháqƒgàmãƒr GœGy RÀƒIN ôhäg¾ƒh"he CZMÂG³G Gy MâIÁIN Ge IÍQéƒñGÆI CZyH G G Dc G GßM¾I Gy (59) A ÃIÀG Ae R G INáH G M G}~ CZ PÂH G R OZ Gy ö IæG QéƒÃIºMšOZ GvMÂGñGy @ægàm Gš GÃMœS šoz IxI Qéƒ çi CZÂH I M H} Gy (60) AcÂH IvMÂG Ac G INš Z@ M H GêG} ö MâHÁR Ge CZyH G¹G Z@c G RwIý PéêG} 12

Mafhumnya: Dan apabila datang azab Kami (ke atas Kaum Aad itu), Maka Kami telah selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, Iaitu suatu Rahmat dari Kami, Di mana Kami telah selamatkan mereka dari azab yang sangat keras. (58) Dan itulah dia peristiwa ke atas Kaum Aad. Mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Allah, Tuhan mereka, dan mereka menderhaka ke atas Rasul-rasul mereka, serta hidup mereka sentiasa mengikut telunjuk perintah tiap-tiap ketua mereka yang jahat bermaharajalela, lagi degil dan keras hati dalam keingkaran mereka. (59) Dan mereka terus ditimpa laknat Allah yang tidak putus-putus dalam dunia ini dan juga di hari Akhirat nanti. Ketahuilah! Sesungguhnya Kaum Aad itu telah kufur ingkar pada Tuhan mereka, Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad, kaum Nabi Hud. (60). Tafsiran Ayat: Allah telah menurunkan azab ke atas kaum Aad dengan cara angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan, yang menumbangkan manusia-manusia yang ada sehingga gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka merupakan batang-batang pohon kurma yang terbongkar. Sifat angin ini dijelaskan dalam Surah Al-Haqqah, Ayat 6 hingga 8, seperti berikut: Firman Allah: (6) LæƒGÃI G L G'M ƒg' L ÑñI I CZƒH¼I¾M HÆG Dc ƒg R G} Gy @ ÂH±HŠ Lv RƒñG} GæƒGÃIÀQéƒ G Gy Lu GÃGš GÚM G" MâIÁMÃG¾G ƒg G RªG" (7) LæGñIy G LáMªGœ Hf G M G} MâHÁRœGÆG QçG M G' GÁÃI GvMÂGºMšOZ G G G (8) LæƒGÃI G =ãin âhágš Q G G MáGÁG 13

Mafhumnya: Adapun Aad dibinasakan oleh Allah dengan angin ribut yang kencang, yang melampau-lampau kencangnya. (6) Yang diarahkan menyerang mereka selama 7 malam 8 hari secara berterusan. Kaum itu dilihat bergelimpangan mati, seolah-olah mereka dari pohon-pohon kurma yang lompang. (7) Tentu sekali tiada lagi sisa-sisa mereka yang hidup (ertinya mereka semua telah dipupuskan). (8) Inilah dia azab Allah yang agak keras dan perit yang membunuh kaum Aad. Nabi Hud as dan semua yang beriman dengannya diselamatkan atas rasa RAHMAT Allah ke atas mereka. Apakah kesalahan kaum Aad itu? 1. Kaum Aad tahu apa yang dibawa oleh Nabi Hud itu benar, ada hakikatnya, tetapi mereka mengingkarinya dan meneruskan keingkaran mereka itu terhadap Nabi Hud as. 2. Mereka menderhaka pada Rasul yang diutuskan kepada mereka. Sesiapa yang menderhaka kepada Rasul mereka bererti mereka menderhaka pada Allah, syariat Nya dan semua rasul-rasul Nya. 3. Golongan bawahan kaum Aad ini adalah Pak Turut yang mengikut telunjuk ketua-ketua mereka yang zalim dan bermaharajalela. Ketua-ketua ini sombong, takbur, berbohong dan meransang ke arah kekufuran. 4. Mereka senantiasa berada di sekeliling ketua-ketua mereka, jauh dari Rahmat Allah, tetapi senantiasa mendapat laknat Allah di dunia ini. 5. Mereka semua dari golongan pembuat kerosakan di atas bumi Allah, meneruskan kezaliman, membuli yang lemah dan melampau dalam tindakan mereka. 6. Mereka berhak mendapat 2 kali laknat: laknat di dunia dan laknat di akhirat nanti. Pada akhir ayat yang menjelaskan kaum Aad, Allah memperingatkan kita sekali lagi agar berwaspada atas apa yang telah berlaku kepada kaum Aad tersebut. 14

Dua ayat pendek ini ialah: ö MâHÁR Ge CZyH G¹G Z@c G RwIý PéêG} Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Aad telah kufur ingkar pada Allah, Tuhan mereka (Berwaspadalah! Jangan kamu tidak mengambil iktibar darinya). AcÂH IvMÂG Ac G INš Z@ M H GêG} Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya ke atas kaum Aad, dari kaum Nabi Hud itu (Sekali lagi! Berjaga-jagalah agar kamu tidak terikut-ikut cara mereka itu). Kaum Aad dilaknat Allah di dunia dan di akhirat nanti. Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi mencatitkan bahawa termasuk di bawah laknat am ialah: 1. Allah melaknat mereka yang melaknat kedua-dua ibu bapa mereka. 2. Allah melaknat mereka yang menyembelih binatang bukan atas nama Allah, dan sembelihan untuk selain dari Allah, seperti untuk penyembahan kepada hantu. 3. Allah melaknat mereka yang membawa kepada masyarakat perkara-perkara mungkar yang diharamkan oleh Allah dan tidak ada pula orang yang membantahnya. 4. Allah melaknat orang yang mengubah batu tanda tanah untuk kepentingannya. 5. Allah melaknat pemakan riba, wakilnya, penulis dan saksinya. 6. Allah melaknat orang yang pakai tatoo atas badannya. 7. Allah melaknat pemakan rasuah, pemberi dan penerimanya. 8. Allah melaknat peminum arak, penjual dan pengeluarnya. 15

Begitulah yang dapat kita fahami dan mengambil iktibar dari kisah Hud as ini dan saya mencadangkan, dalam dunia yang bergolak ini kita mestilah bertawakkal Hud dengan mewiridkan Ayat-ayat 56 dan 57 (Surah Hud ini) dan cuba mengahayatinya agar Allah menjauhkan kita dari sebarang gangguan kaum kafir yang berada di sekeliling kita, yang memusuhi kita atas alasan kita ini Islam. Dengan wirid dan doa kepada Allah sebagaimana yang telah dipohon oleh Nabi Hud as maka kaum khianat tersebut yang bermuka-muka dengan kita itu akan ditimpa LAKNAT dari Allah secara terus kepada mereka. TSUNAMI di China boleh dijadikan contoh. Wirid yang dicadangkan ialah (Surah Hud, Ayat 56 dan 57): Firman Allah: RêIý AæR PZGc ãi R > âh¼in GeGy çin Ge IäR¾šOZ çg¾g HÍM¾ƒR GÂG çinœiý (56) AâÃIºG M±S AlQé I' Qéç¾G çin Ge RwIý > P GÁI GÃI' GÀI = H I ZGY GÂH Mafhumnya: > MâH¼MÃGšIý Põ IäI HÍM¾I"MeH} P R âh¼h M G¾M G} M GºG CZÂRšGÂG wiçg > @ËMÃG& ôhägœys H G GêGy MâH G MÃG @ MÂG çin Ge HÜI¾MªG M±GñGy (57) DÙÃI¹GŠ AY MåG& INáH Qéç¾G çin Ge RwIý Sesungguhnya aku beriman pada Allah, dan sekarang aku menyerahkan segala-galanya kepada Allah Tuhanku, dan juga Tuhan kepada kamu semua. Iaitu Tuhan yang mentadbir semua ciptaan Nya, termasuklah setiap binatang yang melata di atas muka bumi ini. Dan Dialah Allah, yang membimbing segala-galanya ke arah satu jalan yang istiqomah!. Iaitu ke arah jalan yang benar dan adil, jalan yang ditunjukkan melalui Rasul-rasul Nya, agar yang bathil itu tidak akan menguasai yang betul. (56) 16

Jika kamu semua masih engkar dan terus-menerus menjadi zalim, dan tidak mahu beriman dan beribadat kepada Allah, dan masih syirik kepada Allah, maka ianya tidak memberi masalah padaku, kerana aku telah menyampaikan risalahku ini kepada kamu. Dan kamu berhak mendapat AZAB ke atas diri kamu, dan kamu akan dipupuskan. Dan Allah akan menggantikan kamu semua dengan satu kaum lain, dan ini adalah perkara yang senang, dan tidak memudaratkan Allah sedikit pun. Ketahuilah semua!. Bahawa Allah Tuhanku itu berkuasa menjaga hamba-hambanya, menolong rasul-rasulnya, dari mereka-mereka yang menolak hujjah-hujjahnya. (57) Inilah doa Nabi Hud as apabila menghadapi kaumnya yang terus kufur, memberontak dan merosakkan muka bumi ini dan yang anehnya mereka itu semuanya KUFUR pada Allah. Dengan doa ini, musnahlah kaum Aad dan pupuslah mereka dari bumi ini. 17