TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT 1
PADA 28 SEPTEMBER 2017 DI AUDITORIUM ANGKASA Bismillahir Rahmanir Rahim 2
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia Yang Berbahagia Wakil daripada Syarikat Yakult (Malaysia) Sdn Bhd 3
Yang Berbahagia Tn. Hj. Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Yang Berusaha 4
En. Ahmad Marzuki Ismail Pengurus Besar Bahagian Pembangunan, Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi & Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA 5
Pengetua-Pengetua Sekolah Negeri Selangor, Guru-guru Koperasi, Tuan-Tuan dan Puanpuan Yang Saya Hormati Sekalian. 6
1. Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurnianya kita dapat bersamasama berhimpun bagi menghadiri Program Jaringan Perniagaan Bersama Yakult ini. 7
2. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Yakult (Malaysia) Sdn Bhd kerana sudi bekerjasama dengan ANGKASA dan seterusnya Koperasi Sekolah dalam mengembangkan bidang perniagaan koperasi melalui jualan produk Yakult. 8
3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuantuan dan puan-puan kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini seterusnya sudi mengambil peluang untuk memasarkan produk Yakult bagi mempelbagaikan perniagaan 9
koperasi dan meningkatkan perolehan koperasi sekolah. 4. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, koperasi sekolah pada masa kini telah melangkah ke hadapan seiring dengan koperasi dewasa dalam 10
aspek pentadbiran dan pengurusan mahupun perniagaan. 5. Pelbagai jenis peluang perniagaan yang telah diceburi oleh koperasi sekolah iaitu peruncitan, pelancongan, 11
pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. 6. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 30 Jun 2016, jumlah koperasi sekolah negeri Selangor yang memperoleh 12
keuntungan adalah 248 buah daripada 267 buah koperasi sekolah. Jumlah perolehan koperasi sekolah negeri Selangor adalah sebanyak RM34,812,406.00. 7. Ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah negeri Selangor 13
berkembang maju dalam aktiviti perniagaan dan mampu bersaing dengan koperasi dewasa mahupun syarikat-syarikat luar. Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekalian. 14
8. Gerakan koperasi sekolah sememangnya diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang terpenting di sekolah-sekolah, sejajar dengan pengiktirafan kegiatan kokurikulum sebagaimana yang telah dinyatakan dalam dokumen rasmi kerajaan seperti 15
Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, dan Falsafah Pendidikan Negara. 9. Oleh yang demikian, koperasi sekolah sememangnya digalakkan untuk mengambil peluang 16
daripada program-program ANGKASA sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di koperasi sekolah masing-masing. 10. Ini secara tidak langsung berupaya mengembangkan potensi diri pelajar secara 17
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selain memupuk pemikiran positif agar sentiasa bekerjasama, prihatin dan bertanggungjawab selaras dengan 18
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 11. Kewujudan koperasi di sekolah sememangnya merupakan salah satu agenda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setiap sekolah digalakkan menubuhkan 19
koperasi dan sekaligus menjadi ahli ANGKASA. ANGKASA sentiasa memberikan perhatian kepada gerakan koperasi sekolah dengan pelbagai program yang memberi manfaat kepada koperasi sekolah. 20
12. Dengan gabungan dan jalinan yang terbentuk di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama-sama ANGKASA dan koperasi sekolah, pelbagai program 21
pembangunan dapat dirangka bagi manfaat bersama. Hadirin dan Hadirat Sekalian 13. Bagi mengembangkan gerakan koperasi sekolah, ANGKASA mempelawa koperasi-koperasi 22
sekolah agar terlibat dalam perniagaan runcit. Saya percaya bahawa setiap koperasi sekolah mempunyai kedai koperasi dan ini adalah peluang terbaik untuk mempelbagaikan produk jualan di kedai koperasi. Sehingga tahun 2017, sebanyak 138 buah koperasi 23
sekolah yang telah berjaya menubuhkan Coop-Mart. 14. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, lebih daripada 20 buah koperasi sekolah seluruh Malaysia telah berjaya menubuhkan Kiosk di perkarangan sekolah masing- 24
masing melalui bimbingan daripada ANGKASA. Dengan adanya Kiosk ini perbagai jenis perniagaan dapat dijalankan oleh koperasi sekolah disamping memberi kemudahan kepada warga sekolah khususnya anggota koperasi. 25
15. Akhir kata, diharapkan dengan adanya program seperti ini koperasi sekolah dapat mengembangkan bidang perniagaan koperasi masing-masing bagi meningkatkan perolehan koperasi seterusnya memupuk budaya keusahawanan di kalangan murid-murid sekolah. 26
16. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan Program Jaringan Perniagaan Bersama Yakult ini. Sekian, wabillah Hitaufik Walhidayah 27
Assalamualaikum Hiwabarakatuh. warahmatullah Terima kasih. 28