PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI ANUGERAH SUKAN HARI KUALITI & INOVASI UMP
ANUGERAH SUKAN 1. LATAR BELAKANG Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk menghantar mesej kepada kakitangan/staf bahawa universiti juga memberikan tumpuan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Ia diharap sebagai pemangkin aktiviti sukan di peringkat universiti dengan menobatkan atlit-atlit universiti. Ia juga sebagai usaha menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh atlit-atlit universiti yang telah mengharumkan nama universiti. Melalui pengiktirafan ini juga diharap akan dapat merangsang ke arah penjagaan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti sukan. 2. OBJEKTIF 2.1 Anugerah ini sebagai memberi dorongan dan motivasi kepada atlet-atlet UMP agar sentiasa meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang sukan dan rekreasi. 2.2 Menunjukkan komitmen UMP ke arah meningkatkan mutu dan pencapaian sukan universiti. 2.3 Mengenang dan menghargai usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan aktiviti sukan. 3. KATEGORI ANUGERAH SUKAN 3.1 Atlit Terbaik Lelaki & Wanita 3.3 Pasukan Terbaik 4. SYARAT SYARAT PENYERTAAN 4.1 Semua staf Universiti yang sedang berkhidmat sepenuh masa dan menerima gaji bulanan dari Universiti dan telah berkhidmat sekurangkurangnya 1 tahun pada atau sebelum tarikh Majlis. 4.2 Calon yang pernah diambil tindakan tatatertib atau digantung penglibatan sebagai pemain oleh mana-mana badan di bawah maka staf tersebut tidak layak dicalonkan. Badan-badan terlibat seperti berikut:- 4.2.1 Sukan Staf Universiti-Universiti Malaysia. 4.2.2 MAKSAK Negeri / Kebangsaan. 4.2.3 Persatuan / Kelab Sukan Negeri. 4.2.4 Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. M u k a s u r a t 2
5. TAFSIRAN 5.1 Panel Penilai / Jawatankuasa Sesebuah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan dan ahli-ahli dilantik oleh Pengurusan Universiti pada tiap-tiap tahun yang terdiri daripada :- i. Timbalan Naib Canselor ii. Penolong Naib Canselor, Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti iii. Ketua Pusat Sukan iv. Wakil Majlis Sukan Pahang atau agensi yang difikirkan dapat membantu dalam panel pemilihan ini. v. Wakil persatuan dalaman universiti Tugas Jawatankuasa ialah: Menyemak dan menilai pencalonan yang diterima serta memilih penerima Anugerah Sukan Jawatankuasa Pemilihan mempunyai kuasa untuk memilih caloncalon bagi memenangi anugerah untuk semua kategori pencalonan walaupun ianya tidak dicalonkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ), Badan Kebajikan & Sukan Staf (BKSS) dan Pusat Sukan 5.2 KRITERIA PENILAIAN & KAEDAH PENILAIAN 5.2.1 Atlit Terbaik (Lelaki & Wanita) Kategori ini diberikan kepada individu yang sentiasa mencapai tahap prestasi cemerlang dalam arena sukan bagi tahun berkenaan dan telah mengharumkan nama Universiti. Asas Asas Pemilihan Yang sentiasa menunjukkan tahap prestasi yang cemerlang dalam pertandingan peringkat Negeri, Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa yang diiktirafkan oleh Badan Sukan Kebangsaan bagi tahun yang berkenaan dan mempunyai sifat-sifat kesukanan seperti tahap disiplin yang tinggi, berdedikasi dan keperibadian yang boleh dicontohi. M u k a s u r a t 3
5.2.2 Pasukan Terbaik Anugerah ini dikurniakan kepada Pasukan Sukan yang mencapai tahap kejayaan yang tinggi dalam pertandingan Antarabangsa/ Kebangsaan / Negeri/ Universiti (Sukan Staf Antara IPTA(SUKUM)). 6. TEMPOH ANUGERAH Kategori Atlit Terbaik (Lelaki & Wanita), Bintang Harapan Lelaki dan Wanita, Pasukan Terbaik hendaklah bagi tempoh (tahun) yang berkenaan sahaja. 7. FORMAT PEMARKAHAN PERINGKAT PERWAKILAN 30 Markah PERINGKAT MEWAKILI MARKAH Mewakili Negara 10 Mewakili Negeri 8 Mewakili Universiti 6 Mewakili Daerah 4 Mewakili PTJ 2 PENCAPAIAN Markah Pencapaian mengikut Peringkat & Kedudukan Peringkat / Antarabangsa Kebangsaan Antara Negeri kedudukan Universiti Johan / Emas / 50 30 25 10 Pertama Naib Johan / 40 20 15 8 Perak / Ke 2 Ke tiga / Gangsa / 30 15 10 6 PERSONALITI Disiplin Dedikasi Semangat Berpasukan Memajukan Diri Bermaklumat Inovatif M u k a s u r a t 4
8. HADIAH Atlit Terbaik (Lelaki & Wanita) Wang Tunai RM 2,000.00 Trofi Iringan Sijil Penghargaan Pasukan Terbaik Wang Tunai RM 2,000.00 Trofi Iringan Sijil Penghargaan 9. PENCALONAN Pencalonan Anugerah Sukan dibuat oleh :- 5.1 Pusat Tanggungjawab (PTJ) 5.2 Kelab Kebajikan & Sukan Staf (BKSS) 5.3 Pusat Sukan Jawatankuasa Pemilihan mengikut budi bicaranya boleh membuat pencalonan bagi semua kategori anugerah. Maklumat Lanjut: Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada: Urus Setia Anugerah Sukan Pejabat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PPKPK) Universiti Malaysia Pahang No. Telefon : 09-5493202 Faks : 09-5493203 M u k a s u r a t 5