GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN Syarikat berhad dengan saham boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.) atau syarikat awam (Berhad atau Bhd.). Pemerbadanan syarikat boleh dilakukan oleh individu yang berhasrat untuk membentuk suatu syarikat. Keperluan asas untuk memperbadankan syarikat ialah: Syarikat persendirian (Sdn. Bhd.) Sekurang-kurangnya seorang (1) pengarah yang lazimya bermastautin di Malaysia dengan mempunyai tempat kediaman yang utama di Malaysia dan minima satu (1) penganjur. Syarikat awam (Bhd.) Sekurang-kurangnya dua (2) orang pengarah yang lazimya bermastautin di Malaysia dengan mempunyai tempat kediaman yang utama di Malaysia dan minima satu (1) penganjur. PROSEDUR PEMERBADANAN 1. Carian Nama dan Permohonan Nama Carian nama syarikat mesti dibuat bagi menentukan sama ada nama yang dicadangkan boleh digunakan. Terdapat dua cara untuk permohonan nama syarikat iaitu:
(i) permohonan nama dan pemerbadanan syarikat (Direct Incorporation); atau (ii) penempahan nama (name reservation). Direct incorporation (gabungan permohonan nama dan proses pemerbadanan) 1. Pemohon perlu melengkapkan maklumat permohonan nama dan perbadanan syarikat secara online dan fi pemerbadanan RM1,000 perlu dibayar; dan 2. Sekiranya nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM, permohonan pemerbadanan syarikat akan terus dihantar untuk proses pemerbadanan. Name reservation 1. Pemohon perlu melengkapkan maklumat permohonan nama syarikat secara online dan fi sebanyak RM50.00 untuk setiap nama yang dipohon. Pemerbadanan syarikat adalah proses berasingan. 2. Sekiranya nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM, nama akan dirizab selama 30 hari dari tarikh kelulusan atau apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Pendaftar (maksimum 180 hari) beserta fi pemerbadanan sebanyak RM1,000. Butir-butir yang diperlukan untuk pemerbadanan syarikat Di bawah seksyen 14(1) Akta Syarikat 2016, pemohon perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
Nama syarikat yang dicadangkan Status syarikat persendirian atau awam Jenis perniagaan yang dicadangkan Alamat pejabat berdaftar syarikat Alamat perniagaan syarikat Maklumat lengkap pengarah dan penganjur Pengarah atau penganjur membuat perisytiharan bersumpah bahawa: beliau bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada dalam atau luar Malaysia; dan beliau tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan-kesalahan sama ada dalam atau luar Malaysia Akuan Pematuhan Akuan ini menyatakan semua keperluan Akta Syarikat 2016 telah dipatuhi oleh pemohon. Ia mesti diperakukan oleh individu yang bertanggungjawab untuk pemerbadanan itu. (c) Dokumen tambahan
(i) salinan surat kebenaran daripada badan korporat yang dinamakan sebagai anggota syarikat. (ii) salinan sijil kelayakan pengarah, jika perlu. (iii) salinan surat kebenaran daripada agensi berkaitan, jika ada 2. Fi Pemerbadanan Setiap permohonan pemerbadanan mestilah disertakan dengan bayaran seperti berikut: Syarikat berhad mengikut saham - RM1,000 Syarikat berhad mengikut jaminan - RM3,000 3. Verifikasi Pemerbadanan Apabila Pendaftar berpuas hati dengan maklumat yang diserah simpan sempurna dan mematuhi prosedur yang ditetapkan: notis pendaftaran akan dikeluarkan; dan perakuan pemerbadanan akan dikeluarkan oleh SSM apabila permohonan dibuat berserta fi yang ditetapkan. 5. Selepas pemerbadanan Syarikat perlu melantik setiausaha syarikat dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan. Setiausaha syarikat hendaklah
berdaftar dengan SSM dan memiliki sijil perakuan yang dikeluarkan oleh SSM. Jika perlu, syarikat boleh memfailkan perlembagaan syarikat selepas pemerbadanan syarikat. Selepas diperbadankan, syarikat dinasihatkan terlebih dahulu untuk mendapatkan lesen/permit/kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum menjalankan perniagaan.