Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

dokumen-dokumen yang mirip
Teguran Allah kepada Musa. Ditulis oleh Wiki

Bab 44 Dianjurkan Seorang Alim Ketika Ditanya Siapa Manusia Yang Paling Berilmu Untuk Menyerahkan Ilmunya Kepada Allah

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama - terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

SINOPSIS SURAH AL-KAHFI

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

- Hakekat Tersembunyi Syi'ah Rafidhoh ٢

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Disebarluaskan melalui: website: Desember, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /


ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Syiah meyakini adanya dua belas imam yang menjadi penerus. kenabian. Bagi syiah, masalah imamah sudah tidak bisa ditawar lagi,

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Faedah Kisah-kisah Qur ani FAEDAH KISAH-KISAH QUR ANI

Kisah Nabi Khidir as.

KISAH NABI KHIDIR AS

BAB III KISAH NABI MUSA DALAM AL-QUR AN SURAH AL-KAHFI AYAT (STUDI PEMIKIRAN SAYYID QUTHB DAN BUYA HAMKA)

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH


Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

Mutiara Islahul Qulub 3

Kelahiran Tuhan Yesus

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Prosa Tradisional (Merah Silu)

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

BAB VI KESIMPULAN. Nabi Khidir(Tinjauan Surat Al-Kahfi Ayat ). Dalam bab ini akan

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

DOA IBUBAPA PADA ANAK

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sucikan Diri Benahi Hati

Kelahiran Tuhan Yesus

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. [Q.S. 6 : 116]

3 Wasiat Agung Rasulullah

Bab 4 PEMAHAMAN SUFIYAH. Kandungan THARIQ

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

TAFSIR IBNU KASIR. Judul Asli :

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

SMKA Segamat, 25 Jan Berbekalkan semangat kesukanan yang jitu, semua pelajar dan guru-guru penasihat rumah sukan turun padang secara berjadual

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Alhamdulillah.. Segala puji hanya milik Allah Azza Wa Jalla, Dzat yang menciptakan seluruh alam semesta, yang telah memberi sebaik-baik pemberian.

Mengenal Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah

Selanjutnya, ia berpikir untuk kembali dan bertaubat kepadanya agar Dia membebaskannya dari neraka.

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

SEBAB-SEBAB PARA ULAMA BERBEDA PENDAPAT. (Dirangkum dari kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Raf ul Malaam an Aimatil A laam )

TAKABUR (SOMBONG) Ustzh. Umi Hanik

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Dan kemarahan itu sering menimbulkan perkara-perkara negatif, berupa perkataan maupun perbuatan yang haram.

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Renungan Pergantian Tahun

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

Transkripsi:

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82 Kisah pertama dalam Surah Al-Kahfi ialah penjelasan kumpulan yang menghuni gua dikenali sebagai Kisah Ashabul Kahfi. Kisah Kedua dalam siri surah ini ialah Dua Lelaki dan Pemilik Kebun Anggur Yang Berjaya, dan Kisah Ketiga ialah Pertembungan Dua Manusia Agung iaitu di antara Musa dan Seorang Hamba Allah yang berilmu. Apakah kewajaran nya kisah ketiga ini kepada dua kisah-kisah yang terdahulu? Imam Fakrurrazi mempunyai jawapannya. Kata Imam Ar-Razi: Dalam siri kisah dua lelaki, di mana salah seorangnya kufur pada Allah, dan telah dikurniakan kepadanya ladang anggur yang di tanam secara sistematik dengan sistem perancangan yang baik, saliran yang termoden, menghasilkan pulangan yang baik. Dia seorang yang berbangga dengan kekayaan dunianya, dan berbangga dengan adanya sekutunya yang berpengaruh. Beliau tidak percayakan Akhirat dan kemungkinan dibangkit semula; sedangkan yang miskin itu dari kalangan yang beriman pada Allah. Si kafir itu berbangga kerana kekayaannya, pengaruhnya, dan kebanggaan ini ditunjukkan pada si yang beriman. Kisah Musa bertemu hamba Allah menggambarkan sebaliknya, kerendahan hati Musa as YANG KAYA DENGAN ILMU, TINGGI TARAFNYA SEBAGAI RASUL, sanggup merendahkan diri pada seorang hamba Allah, yang dikenali sebagai Khidir demi ilmu Allah dan demi meningkatkan keimanannya pada Allah. 1

Kewajaran kisah ketiga ini dengan kisah Ashabul Kahfi juga dinyatakan oleh Imam Ar-Razi sebegini: Orang-orang Yahudi berkata pada kafir Makkah: Jika Muhammad dapat menjelaskan kisah ini pada kamu, maka dialah sebenarnya seorang Nabi! Jika tidak, dia bukan Nabi! Kata Ar-Razi: Tak semestinya Nabi itu tahu semua ke semua kisah yang berlaku untuk melayakkannya menjadi Nabi. Nabi itu tetap Nabi, seperti Musa as, walaupun seorang Nabi, beliau juga tidak tahu tentang Khidir, hanya setelah Allah mengarahkan beliau pergi menemuinya di persisiran pantai laut, barulah Musa mengetahui Khidir itu untuk mempelajari ilmu tertentu dengannya. Siapakah yang terlibat dalam Kisah ketiga ini? Kebanyakkan ulama tafsir menyatakan Musa yang disebutkan dalam ayat ini ialah Nabi Musa bin Imran, Nabi yang diturunkan At-Tahurat kepadanya. Lelaki yang bersama Musa dikenali sebagai Yusyak bin Nun, iaitu cucu kepada Nabi Yusuf as. Kebanyakan ulama berkata bahawa orang yang hendak diketemukan oleh Musa dan pembantunya Yusyak itu dikenali sebagai KHIDIR, seorang pemilik ILMU LADUNNI; iaitu ilmu terus dari Allah. Pertemuan Musa serta pembantunya dengan Khidir ini mewujudkan satu kisah perjalanan mempelajari ilmu oleh Musa daripada Khidir. 2

Firman Allah memulakan penceritaan ini seperti berikut: Ayat-ayat 60-64: Dan kenangkanlah wahai Muhammad, tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir). (60) Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu. Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61) 3

Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang, sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini. (62) Jawab pembantunya: Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut. Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku untuk mengingatinya. (63) Kata Musa: Itulah tempatnya yang kita cari! Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64) (Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Tafsiran Ayat-ayat: Allah memulakan penceritaan tentang Musa dan Khidir ini apabila Musa memberitahu pembantunya tentang niatnya untuk musafir. Mengapa Musa hendak musafir? Ibnu Kathir berkata: Di antara sebab Musa berkata demikian pada pambantunya ialah kerana beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa di pertemuan dua lautan itu terdapat seorang hamba Allah yang memiliki ilmu yang tidak ada pada Musa dan ini mendorong Musa membuat keputusan untuk musafir mencari tempat tersebut. Tekad Musa bergerak mencari tempat itu dengan menyatakan beliau akan terus berjalan sehingga bertemu dengan kawasan pertembungan dua lautan tersebut atau dia akan terus berjalan walaupun lamanya bertahun-tahun. 4

Inilah pengertian dari ayat 60: Dan kenangkanlah wahai Muhammad, tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir). (60) Tempat yang nak dituju Musa itu ialah di pertemuan dua lautan, di mana? Ianya tidak disebut di mana. Pentafsir meneka mungkin ianya di cabang Laut Merah iaitu di antara Teluk Aqabah dengan Teluk Suez. Maka berjalanlah Musa dan pembantunya itu dan apabila sampai ke satu kawasan batu besar di persisiran pantai, tertidurlah mereka. Pada ketika itu menggelupurlah ikan yang dibawa dari dalam bakul mereka, mencari jalan menuju ke laut dan hilang. Peristiwa ini dilihat oleh pembantunya. Setelah mereka bangun, terlupa pembantunya itu tentang hal ikan yang dibawanya, dan tidak pula ditanya oleh Musa. Ikan tersebut telah dimasak dan dibawa sebagai bekalan musafir. Mereka pun terus berjalan pergi dari batu besar itu. Inilah pengertian dari ayat berikut: Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu. Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61) 5

Mereka berdua pun terus berjalan sepanjang hari dan malamnya dari tempat itu, mungkin kepenatan dan kelaparan perjalanan itu maka Musa pun meminta pembantunya mengeluarkan bekalan makanan tengahari itu untuk menjamu selera. Dengan permintaan Musa supaya disediakan makan tengahari itu, barulah pembantunya itu memberitahu hal ikan yang hidup semula dan masuk ke dalam laut. Kehadiran peristiwa di luar adat ini, iaitu ikan yang dah mati dan menjadi makanan itu tiba-tiba menggelupur dan mencari jalannya balik semula ke laut menjadi alamat kepada Musa tentang tempat yang dicari itu. Pembantunya mengaku terlupa untuk memberitahu Musa tentang peristiwa itu dan menganggap bahwa Syaitanlah yang melupakannya dari memberitahu Musa hal tersebut. Jawab Musa: Itulah sebenarnya tempat pertemuan dua laut yang hendak dicari. Inilah pengertian ayat berikut: 6

Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang, sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini. (62) Jawab pembantunya: Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut. Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku untuk mengingatinya. (63) Kata Musa: Itulah tempatnya yang kita cari! Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64) (Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Tafsiran: Inilah keterangan Al-Qur an tentang kedua-dua Musa dan pembantunya Yusyak bin Nun, telah bertemu dengan seorang hamba Allah yang dikatakan mempunyai Ilmu Ladunni (iaitu ilmu terus dari sisi Allah). Pertemuan kedua-duanya dengan Hamba Allah itu yang dikenali sebagai Khidir, telah membuka sebuah cerita tentang seorang Nabi besar mempelajari Ilmu dari seorang hamba Allah yang tidak begitu masyhur. Khidir hanya dikenalkan oleh Allah kepada kita sebagai salah seorang dari hamba-hamba Ku, yang telah aku ajarkan dia dengan sejenis ilmu yang terus dari Ku. 7

Peristiwa ini dicatit oleh ayat berikut: (Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Ibnu Kathir menjelaskan: Apabila kedua-duanya telah berpatah balik dan bertemu semula batu besar yang pernah mereka berehat, di mana ikan dalam simpanan pembantunya itu menggelupur dan mencari jalannya balik ke laut itu, lantas mereka ternampak seorang yang diliputi oleh selimut dan Musa terus menyampaikan salam dan salamnya itu dibalas, dan orang tersebut memperakui dirinya sebagai Khidir. Musa pun memberitahu beliau tentang tujuannya mencari beliau ialah untuk mempelajari ilmu yang pernah diajar oleh Allah kepadanya. Khidir tidak percaya yang Musa boleh bersabar untuk mempelajari ilmu itu, tetapi Musa menyatakan yang beliau, insyaallah, akan bersabar sebagai orang yang akan mempelajari ilmu dari gurunya. Sikap tawaduk dan rendah diri ini penting dalam menerima ilmu dari seseorang guru. Apapun, disyaratkan kepada Musa dalam perjalanan beliau dengan Khidir hendaklah jangan ditanya apa yang telah dilakukan oleh Khidir sehinggalah diberitahu kepadanya. Musa bersetuju dengan syarat itu dan Musa serta Khidir pun memulakan perjalanan mereka dan dalam perjalanan itu Khidir akan mengajar Musa tentang ilmu Ladunni itu. 8

Inilah penjelasan Al-Qur an tentang perkara ini: Musa pun bertanya padanya: Boleh tak aku mengikuti perjalananmu dengan syarat engkau mengajarkan aku ilmu yang telah diajar oleh Allah padamu itu? (66) (Khidir) menjawab: Sesungguhnya (wahai Musa) engkau tidak sekali-kali dapat bersabar bersamaku! (67) (Logiknya) Dan bagaimana engkau akan bersabar dalam satu-satu perkara (peristiwa/kejadian) ang engkau tidak punya ilmu yang meliputi mengenainya? (68) Jawab (Musa): Insyallah! Engkau akan mendapati aku ini bersifat sabar, dan aku berjanji tidak akan membantah sebarang arahanmu itu. (69) Kata (Khidir) lagi: Sekiranya engkau masih mahu mengikut aku lagi, maka jangan engkau kemukakan apa-apa pertanyaan padaku tentang apa yang akan berlaku, sehingga aku menjelaskannya kemudian. (70) Tafsiran: Begitulah pertemuan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir. Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 67 dan 68 di atas sebagai: 9

Sesungguhnya engkau tak terdaya untuk bersahabat dengan aku dengan cara apa yang akan engkau lihat, perbuatanku yang menyalahi syariat engkau, kerana aku diajar oleh Allah ilmu yang tidak diajar pada engkau, dan engkau pula tidak diajar ilmu yang diajar pada aku, kita sama-sama tertakluk pada urusan Allah. Dan aku tahu engkau wahai Musa akan menentang aku atas perkara yang engkau nampak sebagai tak patut. Akhirnya Musa bersetuju untuk mengikut Khidir dan Khidir pun bersetuju mengajar Musa dengan satu syarat iaitu: jangan tanya apa-apa dari perbuatan yang dilakukan Khidir sepanjang perjalanan ini! Pergerakan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir, dicatitkan dalam ayat-ayat berikutnya. Pergerakan pertama, Firman Allah: Maka bergeraklah kedua-dua mereka, (dalam perjalanan itu) sehinggalah mereka menaiki sebuah bahtera, dan tiba-tiba dicacatkan dindingnya dan dikhuatiri akan membocorkan bahtera itu. (Lantas secara spontan) Musa berkata: Patutkah engkau membocorkan bahtera ini, kerana ia akan menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Engkau telah melakukan sesuatu yang tak senonoh! (71) Bantah Khidir: Kan aku dah katakan yang engkau memang tak dapat bersabar dengan aku (dalam perjalanan ini)? (72) 10

Tafsiran: (Terkejut dengan bantahan itu) Musa berkata: Usahlah engkau marah padaku ini, aku terlupa pada syarat kita itu; dan janganlah engkau memberatkan aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (untuk mempelajari ilmu darimu itu). (73) Peristiwa pertama perjalanan Musa Khidir ini telah menunjukkan bahawa Musa TERLUPA syarat Khidir agar jangan bertanya sebarang perbuatan itu sebelum dijelaskan nanti. Apabila dia mencacatkan perahu yang ditumpangi mereka, logika Musa menyatakan bahawa perbuatan ini agak melampau dan tidak beretika, lantas secara spontan dia mengkritik Khidir. Apa pun menyedari pelanggaran syarat itu, Musa memohon maaf dan meminta janganlah diberatkan lagi urusannya agar dia dapat meneruskan perjalanan pembelajarannya seperti yang dirancangkan itu. Khidir menerima permintaan Musa. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan seterusnya dicatitkan oleh Al-Qur an seperti berikut: Perjalanan kedua-duanya diteruskan, sehingga kedua-duanya menemui seorang kanak-kanak lelaki, dan (Khidir) membunuhnya! (Spontan Musa mengkritik): Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang tidak berdosa, yang tidak membunuh sesiapa pun? Engkau telah melakukan satu kerja yang durjana! (74) 11

Tegur Khidir (sekali lagi): Kan aku dah katakan yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan aku? (75) Akur Musa (atas pelanggaran syarat itu) dengan berkata: Jika aku terus menyoal engkau tentang sesuatu selepas ini, maka engkau tak usah lagi mendampingiku, sesungguhnya engkau telah banyak menerima bantahanku selama ini. (76) Tafsiran: Begitulah berlakunya peristiwa kedua di mana Khidir telah membunuh seorang budak lelaki tanpa apa-apa bukti dia sebagai pembunuh, dan ini mengejutkan Musa yang terus mencabar Khidir dan menanggap perbuatan Khidir itu terkutuk dan mungkar. Apabila menyedari dia telah melanggar janji tidak bertanya apa-apa sebelum di jelaskan maka Musa telah membuat cadangan jika dia bertanya lagi selepas ini maka akibatnya terputuslah urusan belajar ilmu itu dengan Khidir. Justeru itu Khidir bersetuju dan mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain yang dijelaskan dalam ayat berikut ini: Kedua-dua mereka terus berjalan, sehingga menemui penduduk sebuah perkampungan, lalu mereka meminta diberi makanan. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka, dan tidak mahu menerima mereka sebagai tamu. 12

Spontan dengan itu mereka terlihat sebuah tembok yang menyenget (dipinggiran kampung itu) dan (Khidir) pantas sekali menegakkannya semula. (Menyindir dengan perbuatan itu) Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mendapat upahnya! (77) Khidir menjawab: Sampailah masanya, untuk kita berpisah. Apa pun aku akan jelaskan pada engkau perkara-perkara tadi yang engkau tidak boleh bersabar dengannya itu. (78) Tafsiran: Kemudian kedua-dua mereka terus berjalan sehingga mereka berada di satu perbandaran dan memohon menjadi tamu dengan meminta makan, tetapi enggan diterima sebagai tamu oleh penduduk, dan penduduk itu dikenali sebagai kedekut. Kedua mereka pun berehat di bawah sebuah kota batu dan terlihat kepada satu temboknya yang mula senget dan hampir rebah ke bumi. Tanpa memikirkan upah, Khidir telah menggunakan tenaganya membetulkan dan menegakkannya semula. Ini bererti, jika diminta menjadi tamu tidak dilayan, maka khidmat membetulkan balik tembok itu harus mendapat upahnya. Musa pun mengeluarkan kenyataannya ini pada Khidir supaya meminta upah dari penduduk di situ atas khidmatnya itu. Di sinilah kemuncaknya di mana Khidir dengan tegasnya melaksanakan janji Musa agar berpisah. Maka berpisah antara guru dengan murid kerana sudah tiga kali murid melanggar syarat dan janji pada gurunya. Walau bagaimanapun, sebelum berpisah Khidir mahu menjelaskan hikmah-hikmah dan sebab-sebab mengapa beliau melakukan tiga perkara tersebut, yang tidak boleh Musa bersabar dengannya. Ayat berikut menjelaskan sebab-sebab mengapa Khidir melakukan 3 perkara tersebut: 13

Mengenai bahtera (yang dicacatkan itu), ianya dimiliki oleh sekumpulan nelayan miskin, yang mencari makan dalam laut. Aku bertindak mencacatkan bahtera mereka, kerana jauh di belakang sana terdapat seorang raja yang (hobinya) suka merampas semua bahtera cantik yang sempurna. (79) Tafsiran: Inilah hikmahnya mengapa Khidir telah mencacatkan perahu yang diukir cantik itu agar ianya cacat dan boleh tenggelam jika dirampas. Rupanya di hadapan sana terdapat seorang Raja yang berminat merampas setiap perahu yang sempurna bentuk dan ukirannya sebagai hobinya, untuk dijadikan milik mereka. Dengan ilmu yang ada pada Khidir dia mengetahui akan berlakunya rampasan ini dan dia terus mencacatkan perahu itu agar tidak akan diusik dan dirampas. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa. Sebab dan hikmah kedua dijelaskan oleh ayat berikut: Mengenai kanak-kanak (yang dibunuh), ianya mempunyai ibubapa yang kuat beriman dengan Allah. Aku khuatir budak lelaki itu (setelah besar) akan menderhaka dengan mendesak kedua-dua ibubapanya melakukan perbuatan zalim dan kufur pada Allah. (80) 14

Maka aku berharap agar Allah, Tuhan kedua-dua ibu bapanya, akan menggantikannya dengan seorang anak yang lebih baik dari segi kebersihan jiwa dan penuh mesra kasih sayangnya. (81) Tafsiran: Begitulah dalam ilmu Khidir, sudah jelas pemuda yang ditemui mereka mempunyai petunjuk yang boleh memberi kesan kepada keimanan ibubapa mereka yang beriman pada Allah, justeru itu ia perlu dihapuskan. Sebagai gantinya, Allah memilih seorang anak yang lebih soleh dan lebih mesra. Ilmu ini ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa dan menjadikan Musa terkejut besar atas tindakan Khidir itu. Ertinya, bukanlah pembunuhan itu disengajakan oleh Khidir, tetapi ianya dari Allah untuk satu maslahah dan kebaikan pada kedua-dua ibu bapa yang beriman. Seterusnya peristiwa ke 3 dan hikmahnya dijelaskan dalam ayat berikut: Mengenai tembok (yang telah ditegakkan semula), ianya dimiliki oleh dua orang anak yatim di kampung itu. Di bawah tembok itu terdapat harta kepunyaan kedua-dua anak yatim itu yang ditanam oleh bapa mereka, seorang yang soleh. 15

Maka Tuhanmu, mahukan sehingga mereka berdua mencapai umur balighnya, dapatlah kedua-duanya mengeluarkan harta tersebut sebagai satu Rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya (wahai Musa), aku tidak buat semuanya itu mengikut kehendakku! Begitulah peneranganku atas semua perkara yang engkau tidak boleh bersabar dengannya! (82) Tafsiran: Begitulah halnya dengan tembok yang terdapat dibawahnya harta tersimpan untuk kedua-dua anak yatim yang bapa mereka adalah seorang yang soleh. Rahmat Allah mengundang Khidir untuk membetulkan semula tembok tersebut agar harta itu terus tersembunyi, sehingga kanak-kanak itu cukup umur mereka dan boleh mengambil sendiri harta yang disimpan untuk mereka. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa sehingga dia sanggup mengejek Khidir yang membetulkan semula tembok yang senget itu. Catatan ayat ini juga menyatakan pengakuan Khidir, bahawa semua yang dilakukannya itu bukanlah dari nafsunya tetapi dari Allah, dari Ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya. Justeru itu, ilmu ini adalah Ilmu Ladunni dan terlalu batin sehingga Musa tidak dapat melihatnya dengan mata zahirnya. Begitulah penjelasan Khidir kepada Musa mengenai 3 perkara yang ditunjuk kepada Musa agar ianya menjadi perhatian padanya. Selaras dengan itu Apakah KEWAJARAN nya cerita ini kepada kita dan umat Muhammad? Mengikut Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi (Jilid 5, m/s 281) beliau memberi beberapa kewajaran cerita ini kepada kita. 16

Di antaranya: a) Mengikut pandangan Ibnu Habban dan kebanyakan ulama tafsir, bahawa Khidir adalah seorang nabi dan ilmunya adalah menepati semua urusan batin yang diwahyukan kepadanya untuk beramal dengannya. Nabi Musa pula dikurniakan ilmu yang melibatkan pekara-perkara zahir dan keterangan yang nyata sahaja. Sedangkan Rasulullah dikurniakan kedua-dua ilmu ini, iaitu ilmu zahir dan batin. Dalam banyak urusan kepimpinannya, Rasulullah banyak menggunakan ilmu zahirnya dan menggunakan ilmu batin untuk beberapa urusan yang lain. Ini meletakkan Rasulullah sebagai Rasul zahir dan batin yang tidak ada pada Rasul-rasul yang lain. b) Mengikut fahaman orang-orang Sufi, sebarang ilmu yang menghasilkan pembukaan alam ghaib (KASYAF) dikenali sebagi Ilmu Ladunni (ilmu yang terus dari Allah). Ianya dianugerahkan oleh Allah tanpa mencarinya atau mempelajarinya tetapi kebanyakannya melalui pembukaan Allah kepadanya. Jenis Kasyaf yang tertinggi sekali ialah penelitian mengenai rahsia-rahsia Allah, termasuk zatnya, nur sifat-sifatnya, kesan semua perbuatannya. Ilmu ini ialah ilmu Allah, dan ilmu hakikat, iaitu ilmu yang berkaitan dengan hakikat Subnahu Wa Ta ala, dan ia mempunyai kaitan dengan makhluk dan kebenaran penguasaan ilmu ini pada manusia adalah berdasarkan kebolehannya menerima ilmu ini sendiri. Ilmu ini berdasarkan pada kasyaf Allah padanya dan penjelasannya. Sedangkan ilmu selain dari itu adalah lahir dari pemikiran menggunakan otak dan fikiran, dan yang terbaik berlandaskan cara bertaqwa dan amal soleh. Ilmu Ladunni ini digandingkan dengan RAHMAT Allah di dalamnya yang merangkumi ibadah pembelajaran, zahir dan syariat, iaitu berdasarkan juga pada ilmu yang umum. 17

c) Ilmu ini tidak dapat dipastikan hujung pangkalnya, kerana rahsia-rahsianya, dan yang mengetahuinya ialah pemilik ilmu itu sendiri. Jadi adakah pemiliknya akan menyepikan diri dari semua orang untuk beramal dengannya? Jawabnya, mungkin keempat-empat imam terbesar iaitu Imam Hanafi, Imam Syafiee, Imam Malik dan Imam Hambali adalah pemilik ilmu ini dan mereka membimbing muslimin ke arah syariat dan hakikat, dan mereka adalah pewaris Rasulullah. Allahua lam (m/s 73, Tafsirul Bayan). Imam Ar-Razi pula memberi kita satu kewajaran dari cerita ini di mana seorang murid yang mahu mempelajari ilmu dari gurunya hendaklah mempunyai sifat-sifat berikut: a) Beradab dengan cara menjadi pengikut gurunya. b) Memohon izin untuk mengikut untuk belajar ilmu dari gurunya. c) Berikrar yang kita ini jahil dan mahu mempelajari ilmu dari guru. d) Memohon mempelajari sesuatu yang telah diajar oleh Allah padanya. e) Mengiktiraf ilmu guru itu yang Allah telah mengajarnya. f) Berkomunikasi dengan guru sebagaimana Allah berkomunikasi dengannya. g) Menjadi pengikut guru itu kerana Allah, bukan kerana guru. h) Ikut tanpa syarat, tetapi ikhlas pada Allah untuk berilmu. i) Jauhkan diri dari merasa angkuh. j) Berkhidmat untk mempelajari ilmu. k) Belajar dan mengajar tanpa upah. (Ar-Razi, m/s. 153 Juzuk 21) 18

Dari segi pembentukan iman, Ar-Razi membuat kesimpulan, bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu langsung dan ia ada kena mengena dengan kita. Contoh-contoh dari 3 peristiwa di atas: 1. Peristiwa adanya raja yang suka merampas perahu yang sempurna di laut, sedangkan kita berada dalam perahu itu. 2. Peristiwa anak durhaka yang boleh membawa kita kepada zalim dan kufur pada Allah atas tindakan anak itu, dan 3. Peristiwa harta tersembunyi kepunyaan anak yang bapanya seorang soleh. Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tersembunyi dari kita. Bagaimanakah cara kita mengatasinya setelah kita percaya semuanya dalam ilmu Allah? Caranya ialah: a) Bersabar tentang sesuatu yang manusia belum mengetahui hakikatnya dan berserah pada Allah. b) Dalam hidup harian kita ada perkara-perkara yang terjadi tanpa kita mengetahui hakikatnya. Hendaklah kita bersabar dengannya samada kita mengetahui hakikatnya kemudian atau tidak. c) Jangan sekali-kali mencabar dan melakukan maksiat atas perkara-perkara yang belum lagi kita ketahui hakikatnya. d) Rasa rendah diri yang berlebihan diperlukan dan melahirkan rasa boleh menanggung sesuatu, kerana ilmu Allah terlalu luas. 19

e) Menginsafi bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu hakikatnya, (tetapi berdasarkan hakikat dan iman kita pada Allah) yang kita boleh bergantung kepada RahmatNya, samada perkara tersebut sesuatu yang biasa, yang mengejutkan dan yang melibatkan masa depan yang tidak jelas. Kesimpulannya Iktibar dari cerita di atas ialah kita perlu mengimbangkan iman dengan hidup kita, atas tiap-tiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita itu, melalui penyerahan diri dan tawakkal kepada Allah. Tidak semua perkara kita tahu akan hakikatnya. Ilmu Allah terlalu luas! Hanya dengan penyerahan diri dan dengan memperkuatkan iman kita kepadanya sahajalah yang akan dapat menjamin kita untuk mendapat RAHMAT Allah dalam hidup kita di dunia dan di Akhirat. 20