PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. TUJUAN Peraturan Am ini bertujuan memaklumkan tentang pematuhan peraturanperaturan di dalam aktiviti sukan Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) atau kejohanan-kejohanan sukan kelolaan Kolej Komuniti di setiap negeri serta format pertandingan mengikut jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan di bawahnya. 2. TAKRIFAN 2.1 MASKOM bermaksud Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia iaitu badan tertinggi yang mengendalikan program sukan di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. 2.2 JKTPK bermaksud Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab melaksanakan berkaitan teknikal dan pertandingan kejohanan MASKOM. 3. PENGELOLA KEJOHANAN 3.1 Kejohanan sukan di bawah MASKOM ini dikelolakan dengan kerjasama dari semua Kolej Komuniti Malaysia dan Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.2 Bagi maksud pengelolaan, MASKOM bertanggungjawab kepada perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan kepada mana-mana ahli MASKOM atau satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh MASKOM kelak. 3.3 Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan JKTPK menerangkan secara lengkap dan jelas peraturan Kejohanan Sukan di bawah MASKOM kepada badan / persatuan sukan / orang perseorangan yang terlibat di dalam pengelolaan tersebut.
4. PENYERTAAN NEGERI 4.1 Semua Kolej Komuniti di bawah Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) layak menyertai kejohanan ini. 4.2 Setiap negeri wajib menyertai semua jenis sukan yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif MASKOM. 5. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA 5.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar belajar secara sepenuh masa dan secara modular di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.2 Pelajar yang berstatus TANGGUH, BERHENTI dan telah MENAMATKAN SERTA DIANUGERAHKAN SIJIL / DIPLOMA adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai kejohanan kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif MASKOM sebagai peserta atau pasukan jemputan. 5.3 Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri layak menyertai kejohanan / pertandingan yang dianjurkan dengan syarat terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada pihak firma dan jabatan. 6. KAD MATRIK 6.1 Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad matrik sepanjang kejohanan dijalankan. Kegagalan peserta mengemukakan kad matrik akan menyebabkan penyertaan akan dibatalkan. 6.2 Ketua Kontigen / Pengurus Pasukan hendaklah memastikan semua peserta membawa bersama kad matrik masing-masing.
7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN Bil Permainan Penganjuran 1 Bolasepak (lelaki sahaja) 2 Sepak Takraw (lelaki sahaja) 3 Badminton (lelaki dan wanita) 4 Bola Jaring (wanita sahaja) 5 Bola Tampar (lelaki dan wanita) 6 Tenpin Bowling (lelaki dan wanita) 7 Ping Pong (lelaki dan wanita) 8 Golf (lelaki dan wanita) 9 Hoki (lelaki dan wanita) 10 Skuasy (lelaki dan wanita) 11 Futsal (lelaki dan wanita) 12 Olahraga (lelaki dan wanita) 13 Renang (lelaki dan wanita) 14 Petanque (lelaki dan wanita) BERGANTUNG KEPADA JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN DAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF MASKOM 8. PENETAPAN BILANGAN PEMAIN DAN PEGAWAI Bil Permainan 1 Bolasepak 2 Sepak Takraw 3 Badminton 4 Bola Jaring 5 Bola Tampar 6 Tenpin Bowling 7 Ping Pong 8 Golf 9 Hoki 10 Skuasy 11 Futsal 12 Olahraga 13 Renang Peserta Pegawai L P L P 14 Petanque *bilangan pemain dan pegawai bergantung kepada Jawatankuasa Eksekutif MASKOM dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
9. PENGADIL / KETUA PENGADIL 9.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bagi setiap permainan yang dipertandingkan. 9.2 Ketua Pengadil hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sepanjang pertandingan dijalankan. 10. PAKAIAN 10.1 Setiap pemain / pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan. 10.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar pakaian yang lain warnanya. 10.3 Setiap peserta yang beragama Islam digalakkan memakai pakaian menutup aurat semasa pertandingan dijalankan. 11. PERALATAN DAN TEMPAT PERTANDINGAN 11.1. Semua jenis peralatan sukan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM dan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 11.2. Semua tempat pertandingan (padang / gelanggang) dan peralatan sukan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan mendapat persetujuan Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM.
12. SISTEM PERTANDINGAN 12.1. Sistem pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut: Bil. Permainan Sistem Pertandingan 1 Bolasepak* Liga Antara Kumpulan 2 Sepak Liga Antara Kumpulan / Berpasukan takraw* 3 Badminton* Individu, Berpasukan, Liga Antara Kumpulan / Kalah Mati 4 Tenpin Individu atau Berpasukan Bowling* 5 Bola Jaring* Liga Antara Kumpulan 6 Bola Tampar* Liga Antara Kumpulan 7 Ping-Pong* Liga Antara Kumpulan / Berpasukan 8 Hoki* Liga Antara Kumpulan 9 Skuasy* Individu / Berpasukan 10 Futsal* Liga Antara Kumpulan 11 Olahraga* Siri 12 Renang* Siri 13 Golf* Individu / Berpasukan 14 Petanque* Individu, Berpasukan, Liga Antara Kumpulan / Kalah Mati *bergantung kepada Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM 13. PEMBERIAN MATA 13.1. Bagi acara sukan yang akan dijalankan secara liga, pemberian mata yang akan digunakan pada perlawanan peringkat kumpulan ialah: a) Menang 3 b) Seri 1 c) Kalah 0 d) Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai system perberian mata sendiri. 14. PENDAFTARAN PASUKAN Borang Pendaftaran Pasukan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan empat belas (14) hari sebelum kejohanan atau tarikh yang ditetapkan.
15. PENANGGUHAN 15.1. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. 15.2. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan yang mengambil bahagian. 15.3. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta. 15.4. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu. 16. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 16.1. Setiap pasukan mesti menamatkan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya. 16.2. Jika berlaku kecederaan pemain sebelum perlawanan, pemain yang cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebelum pemain tersebut boleh menarik diri daripada pertandingan yang sedang dijalankan. 17. BANTAHAN / RAYUAN 17.1. Sebarang rayuan atau bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Kontigen. Bantahan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau mengikut peruntukan masa bantahan yang ditetapkan oleh setiap permainan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) ata sesuatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebagai cagaran. 17.2. Sekiranya bantahan diterima maka wang cagaran akan dikembalikan.
17.3. Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja. 17.4. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan hendaklah menubuhkan Juri Rayuan / Bantahan yang terdiri daripada lima (5) orang sahaja. Ahliahlinya hendaklah terdiri daripada: a) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya. b) Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM atau wakilnya. c) Dua (2) orang wakil pasukan / kontigen yang tidak terlibat di dalam rayuan dan bantahan yang dikemukakan. d) Seorang Ahli Majlis MASKOM atau wakilnya yang mana difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 18. DENDA Mana-mana pemain / pasukan / negeri yang menarik diri selepas jadual pertandingan dikeluarkan atau pengesahan penyertaan pemain / pasukan / negeri, maka pemain / pasukan / negeri tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai sebarang kejohanan anjuran MASKOM bagi acara yang berkenaan sahaja mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh JKTPK MASKOM. 19. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN 19.1. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam peraturan pertandingan permainan tertentu. 19.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MASKOM ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif MASKOM dan keputusannya adalah muktamad. 19.3. Sebarang pindaan, tambahan dan perubahan Peraturan Am yang telah ditetapkan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat persetujuan Jawatankuasa Eksekutif MASKOM atau wakilnya.
20. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Majlis Eksekutif MASKOM, Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan pengawaipegawai dilantik tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecelakaan dan kehilangan harta benda yang mungkin berlaku kepada manamana peserta / pegawai, sebelum, semasa dan selepas kejohanan / pertandingan berlangsung termasuk perjalanan dari rumah ke tempat pertandingan dan lain-lain yang bersamaan dengannya. Walaubagaimanapun, beberapa persedian dan langkah keselamtan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan / pertandingan berlangsung. 21. PIALA PUSINGAN (BAGI YANG BERKAITAN) 21.1. Piala Pusingan bergantung kepada Jawatankuasa Eksekutif MASKOM dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 21.2. Pasukan yang menang adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan Piala Pusingan. 21.3. Pasukan yang menang adalah bertanggungjawab untuk memulangkan dan menyerahkan Piala Pusingan dalam keadaan baik kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum kejohanan dimulakan. 21.4. Sekiranya Piala Pusingan didapati rosak atau hilang semasa dalam simpanan pasukan yang menang, pasukan berkenaan membaiki atau mengantikannya semula. 22. SISTEM PERTANDINGAN Merujuk kepada peraturan pertandingan setiap permainan.
23. FORMAT PENENTUAN KUMPULAN Merujuk kepada peraturan pertandingan setiap permainan. 23.1. Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan susunan jadual pertandingan akan disediakan oleh JTPK MASKOM berdasarkan kepada format yang ditetapkan. 24. KELEWATAN 24.1. Setiap pasukan / negeri hendaklah berada di gelanggang 30 (TIGA PULUH) minit sebelum perlawanan dimulakan. 24.2. Semua perlawanan akan dijalankan HENDAKLAH mengikut masa yang ditetapkan. 24.3. Pasukan / negeri yang lewat 15 (LIMA BELAS) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya. 25. KAWALAN PERUBATAN 25.1. Semua peserta / pegawai dalam semua jenis sukan boleh diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan. Pemeriksaan akan dibuat oleh Pegawai Perubatan bertauliah di tempat yang ditetapkan oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan. 25.2. Ujian doping dijalankan secara rambang ke atas atlet semasa kejohanan dari semasa ke semasa mengikut keperluan penganjur. 25.3. Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan / negeri mengambil bahagiaan dalam acara individu didapati gagal ujian doping, pasukan / penyertaan peserta tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya individu / pasukan / negeri yang dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan terbatal dan pingatpingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya.
26. KEWANITAAN Semua peserta wanita jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, hendaklah mengesahkan kewanitaan mereka oleh Panel Perubatan yang dilantik oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan. 27. TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN 27.1. Pertandingan akan berlangsung mengikut tempoh seperti yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 27.2. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh JKTPK MASKOM. 28. KEMUDAHAN 28.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang BERKAITAN dengan pelaksanaan kejohanan. 28.2. Pakaian seragam dan peralatan sukan peserta adalah menjadi tanggungjawab kontijen / negeri masing-masing. 29. PENGARAH PERTANDINGAN DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL, PERTANDINGAN & KEPEGAWAIAN Jawatankuasa Eksekutif MASKOM akan melantik dengan rasminya seorang Pengarah Pertandingan dan Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian. 29.1. Tanggungjawab Pengarah Pertandingan ialah untuk menentukan segala persiapan Teknikal dan Pertandingan disediakan dan dilaksanakan mengikut Peraturan Am MASKOM serta panduanpanduan yang ditetapkan oleh Peraturan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 29.2. Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian ialah melantik pegawai-pegawai teknikal dan pengadil / hakim setelah berbincang dengan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan mengadakan lawatan serta mengesahkan tempat-
tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk pertandingan / kejohanan. 30. PEMBATALAN PESERTA Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif MASKOM juga mempunyai kuasa memeriksa kelayakan pesertapeserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak dan diragui menyertai kejohanan / pertandingan yang dijalankan maka tindakan berikut akan diambil: 30.1. Pembatalan dari kejohanan / pertandingan itu. Jika peserta itu mewakili pasukan maka pasukan tersebut akan dibatalkan dan jika peserta itu mengambil di dalam acara individu maka penyertaan beliau akan dibatalkan serta-merta walaupun selepas permainan itu tamat. Jika pasukan / individu yang dibatalkan memenangi pingat maka kemenangan tersebut akan dibatalkan dan keputusan serta pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. 31. PENETAPAN PEMBERIAN MATA KEPADA PERTANDINGAN DI KEJOHANAN SUKAN MASKOM Merujuk kepada penetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM. 32. KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN / KEJOHANAN Semua keputusan rasmi pertandingan / kejohanan adalah muktamad dan akan dikeluarkan dan disediakan oleh Jawatankuasa Statistik setelah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM ataupun wakilnya. Sebarang bantahan mengenai keputusan rasmi adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Eksekutif MASKOM.