MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK 1
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh 2
Yang Hormat, Dato Haji Abdul Aziz Haji Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 3
Yang Hormat, Dato Syed Ali Syed Mohammad Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 4
Yang Berbahagia Puan Norizah Abdullah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 5
Puah Habibah Ja afar Bendahari Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 Barisan Jawatankusa, Kakitangan dan Ahli Keluarga Perhubungan Angkasa Negeri Pahang Zon 3 6
Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Makan Malam Keluarga Perhubungan Angkasa Negeri Pahang Zon 3 tahun 2017. Terlebih dahulu saya 7
merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa Hari Keluarga yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Makan Malam Keluarga Perhubungan 8
Angkasa Negeri Pahang Zon 3 bagi tahun ini. Dengan izin ALLAH SWT juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersamasama, jauh dari kesibukan harian 9
dan tugasan pejabat. Semoga kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk bergembira dan melepaskan tekanan yang dialami di tempat kerja. Sesungguhnya aktiviti seperti ini sangatlah dialu-alukan kerana ia 10
dapat memberikan ruang dan peluang kepada Jawatankuasa dan Kakitangan Perhubungan Angkasa Negeri Pahang Zon 3 untuk berada dalam satu majlis. Tahniah diucapkan kepada semua ahli 11
jawatankuasa yang menjayakan sambutan pada hari ini. Jawatankuasa dan kakitangan juga perlu menanamkan semangat kerjasama yang padu dan bersatu hati dalam memberikan sepenuh 12
komitmen terhadap tanggungjawab yang diamanahkan serta berusaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kepakaran kerja di samping mengamalkan prinsipprinsip koperasi dalam pelaksanaan 13
tugas seharian. Prinsip-prinsip ini disokong dengan visi, misi dan strategi-strategi ANGKASA yang jelas dan mempunyai fokus. Semangat kekeluargaan bukan sahaja perlu diterapkan di rumah 14
tetapi juga di pejabat. Dengan adanya semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan jawatankuasa dan kakitangan, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat- 15
menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Saya juga amat berharap agar semua jawatankuasa dan kakitangan mengamalkan semangat kerja 16
berpasukan yang tinggi di dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Saya percaya dengan wujudnya semangat kerjasama yang erat dan interaksi berterusan di kalangan jawatankuasa dan kakitangan, 17
kerja akan meningkatkan peranannya dengan efektif khususnya dalam membantu menjayakan hala tuju ANGKASA. Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua jawatnkuasa dan 18
kakitangan Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 untuk terus bekerja dengan penuh komited serta berdisiplin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, berusaha mengekalkan keharmonian 19
sepanjang masa, setia kepada ANGKASA dan bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 akan terus cemerlang 20
sekiranya setiap jawatankuasa dan kakitangan memberikan sokongan dan khidmat yang tidak berbelah bagi kepada ANGKASA. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa 21
dan kakitangan di atas kejayaan dalam menganjurkan hari keluarga pada tahun ini. Semoga acara begini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim saya dengan ini merasmikan Majlis 22
Makan Malam Keluarga Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 tahun 2017. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun 23
TUAN PUTERI PERGI KE RASAH PULANG SEMULA SEBELAH PAGI KITA BERTEMU A DAN BERPISAH DIIZIN TUHAN BERSUA LAGI Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 24