TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5 1
KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD (KOPSYA) Terima kasih saudari Pengacara Majlis, 2
Yang Dihormati, - Y.Berusaha Tn. Hj. Mutadho Bahri Timbalan Pengerusi KOPSYA merangkap Timbalan Presiden ANGKASA 3
- Y.Berusaha Tn. Hj. Azmi Omaruddin Setiausaha KOPSYA merangkap Naib Presiden ANGKASA - Y.Bhg. Dato Kamarudin Ismail Bendahari KOPSYA merangkap Naib Presiden ANGKASA 4
- Y.Bhg. Dato Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa Ketua Pegawai Eksekutif, KOPSYA - Anggota-anggota Lembaga KOPSYA 5
- Jawatankuasa Audit Dalaman KOPSYA - Pengurusan Kanan, KOPSYA & ANGKASA - Para Perwakilan dan Pemerhati yang dirahmati ALLAH SWT. 6
Assalamualaikum WBT, salam satu Malaysia, Salam Satu Koperasi, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya dapat kita bersama-sama berada di Mesyuarat Agung Perwakilan 7
Tahunan Kali Ke-5 KOPSYA hari yang mulia ini. pada Para Hadirin Sekalian, Lafaz penuh kesyukuran dipanjangkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya 8
kita berjaya mengharungi tahun 2016 yang penuh cabaran. Walaupun begitu, KOPSYA tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan Visi dan Misinya, terutama dalam memberi manfaat kepada Koperasi Anggota dengan memberi perkhidmatan 9
kewangan dan ke arah mempelbagaikan rantaian nilai dalam perniagaan. Seiring dengan matlamat dan usaha murni ANGKASA dalam melaksanakan lapan sektor peneraju, KOPSYA sentiasa bersedia membantu memacu kompetensi koperasi 10
dalam menjana pertumbuhan dan pengukuhan sosio ekonomi Koperasi Anggota. Sebagai koperasi menengah yang usianya masih muda saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan 11
Anggota Lembaga, Jawatankuasa, Pengurusan dan warga kerja KOPSYA atas kegigihan dan komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam usaha memastikan KOPSYA terus berkembang maju. Semangat juang yang tinggi dalam 12
memajukan KOPSYA amatlah saya hargai. Para Hadirin dan Hadirat dikasihi sekalian, Bilangan Koperasi yang menyertai KOPSYA meningkat dengan begitu 13
baik sekali. Penyertaan koperasi telah melakar satu sejarah baru, baik dari segi bilangan, nilai pelaburan dan juga taburan mengikut negeri di seluruh negara. Untuk makluman para hadirin, Jumlah keanggotaan KOPSYA telah 14
menghampiri 1000 buah koperasi dengan jumlah pegangan modal syer terkumpul berjumlah RM45 Juta. Oleh yang sedemikian saya menyeru Koperasi Anggota yang sedia ada turut sama berkempen bagi menambah keanggotaan dan 15
secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah modal syer yang sedia ada supaya KOPSYA dapat bergerak dengan lebih pantas lagi seperti mana yang dimandatkan dalam sektor perkhidmatan kewangan. 16
Buat pengetahuan para perwakilan bahawa KOPSYA adalah dalam senarai SKM untuk menjadi untuk sebuah Koop Bank. Saya berharap akan semua Koperasi Anggota memberi sokongan yang penuh kepada KOPSYA untuk ke arah menjadi sebuah Koop Bank. 17
Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan- Puan yang dihormati, Seperti yang sediamaklum, aktiviti utama KOPSYA adalah memberi modal kerja bagi keperluan perniagaan untuk projek-projek koperasi yang berdaya maju. 18
KOPYSA telah membantu koperasi, bukan sahaja koperasi kredit malahan koperasi yang terlibat di dalam projek seperti pertanian, pembangunan hartanah, IKS dan juga koperasi sekolah melalui produk-produk pembiayaan yang telah disediakan. Sehingga tahun 19
berakhir 2016 sebanyak RM273 juta pembiayaan telah dikeluarkan kepada 83 buah koperasi yang merangkumi pelbagai fungsi di mana 26 daripadanya adalah daripada koperasi kredit, 20 pengguna dewasa, 17 perkhidmatan dan lain-lain. 20
KOPSYA berharap lebih banyak koperasi dapat menikmati kemudahan pembiayaan melalui dana yang diberikan dan seterusnya dapat melonjakkan prestasi dan pertumbuhan perniagaan koperasi ke tahap yang lebih tinggi. Buat pengetahuan 21
tuan-tuan dan puan-puan, koperasi yang mendapat pembiayaan daripada KOPSYA dikecualikan dari membayar stamp duty di bawah AKTA Stamp section 35 subseksyen 5. 22
Sehubungan dengan itu, KOPSYA berusaha untuk menambah dana supaya dapat memberi pembiayaan kepada koperasi dengan kadar lebih rendah dan kompetetif melalui program pelaburan dan penerbitan Sukuk. 23
Hadirin dan Hadirat yang dihormati, KOPSYA telah melibatkan diri dalam bidang perhotelan melalui Hotel Aliya yang terletak di Bandar Di Raja Klang. Buat pengetahuan para perwakilan, Hotel Aliya siap beroperasi sepenuhnya pada bulan 24
Julai 2016 iaitu lewat selama 4 bulan dari tarikh yang dijangkakan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Untuk tiga tahun operasi ini kami menjangkakan operasi Hotel akan belum mendapat pulangan modal yang dikeluarkan, walaubagaimanapun pihak hotel 25
berusaha dan bekerja keras mempelbagaikan promosi dengan mengadakan pelbagai program di Hotel Aliya. Kami menyeru dan menggalakkan semua Koperasi Anggota untuk mengadakan program, mensyuarat agung, seminar, majlis-majis keraian dan 26
sebagainya demi menyokong usaha murni kami ini. Hadirin dan Hadirat yang dihormati, KOPSYA telah mencapai kejayaan yang begitu memberangsangkan dan saya percaya pencapaian ini 27
adalah hasil dari sokongan padu yang diberikan oleh Koperasi Anggota terutamanya dalam melanggani produk yang ditawarkan oleh KOPSYA. Pada tahun berakhir 31 Disember 2016 KOPSYA telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 28
RM4.28 juta. Perkhidmatan kewangan iaitu pembiayaan merupakan penyumbang utama tahun ini iaitu berjumlah RM16.4 juta. Oleh demikian, penting bagi KOPSYA untuk sentiasa meningkatkan keupayaan khususnya dari segi produk dan 29
perkhidmatan yang diberikan, peningkatan keanggotaan dan syer, anggota lembaga dan pengurusan yang efisien, komited, inovatif serta profesional dalam melaksanakan amanah yang diberikan. InshaAllah, dengan berkat para perwakilan yang 30
sentiasa memberi sokongan, KOPSYA akan terus menempa kejayaan yang diimpikan. Saya bagi pihak Anggota Lembaga, mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara 31
langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu KOPSYA khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan semua pihak yang telah memberikan sokongan 32
dan kerjasama dalam memajukan KOPSYA. Akhir kata, saya ucapkan penghargaan kepada Anggota Lembaga dan warga kerja atas usaha dan tenaga yang dicurahkan dalam memastikan 33
kelancaran Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-lima (5) ini. Sesungguhnya majlis ini menjadi platform kepada para perwakilan untuk bersama-sama menyumbangkan cadangan dan idea untuk penambahbaikan KOPSYA. Kepada semua para 34
perwakilan selamat bermesyuarat dan saya doakan agar keputusan yang dibuat akan memberikan kebaikan kepada semua. Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim merasmikan Mesyuarat Agung 35
Perwakilan Tahunan Kali Ke 5 Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad. Sekian, Wabillahi Taufik Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 36