INTER-TAKAFUL OPERATORS BADMINTON TOURNAMENT 2013 Syarat-syarat Pertandingan 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN a) Kejujuran dan keikhlasan dalam mematuhi semua peraturan, undangundang, syarat dan prosedur di dalam penyertaan kejohanan ini akan menjadi tanggungjawab yang ditanggung oleh pasukan, pegawai dan pemain yang bermain di dalam kejohanan ini. b) Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang tidak mematuhi manamana perkara di dalam peraturan kejohanan ini boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Kejohanan. 2.0 PERATURAN DAN PENYERTAAN a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Malaysian Takaful Association (MTA). b) Semua pemain yang didaftar mestilah kakitangan tetap yang sah berkhidmat dengan syarikat atau kumpulan syarikat yang menyertai kejohanan ini. c) Semua pemain perlu membawa kad pengenalan pada hari perlawanan. c) Setiap pasukan akan meghantar sebanyak 4 regu (8 orang). 3 regu untuk perlawan dan 1 regu sebagai simpanan d) 2 Kategori di pertandingkan iaitu lelaki dan wanita. 3.0 PERATURAN PERLAWANAN a) Jumlah pemain adalah seramai 8 orang bersamaan dengan 3 beregu utama (6 orang) dan 1 beregu simpanan (2 orang). b) Jumlah maksimum pemain simpanan ialah seramai 2 orang. c) Pasukan yang tidak mendaftar pada waktu yang ditetapkan pasukan tersebut akan dikira kalah. d) Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang 5 minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada manamana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas 5 minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. e) Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain seperti cramp dan sebagainya akan diberi masa 5 minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada Page 1 of 3
masa akan diberikan untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut kemenangan boleh diberikan kepada pihak lawan. f) Kejohanan ini akan menggunakan bulu tangkis yang telah ditetapkan dan disediakan oleh penganjur sahaja. g) Pertandingan ini tertakluk dibawah undang-undang Pertandingan badminton Antarabangsa (IBF) h) Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang (1) penjaga garisan. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan secara Round Robin dan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan bagi setiap kategori lelaki dan wanita. b) Untuk pusingan awal, sistem 30 mata digunakan iaitu pada mata 15, pasukan akan menukar gelanggang dengan pasukan lawan. c) Pada pusingan suku akhir, system kiraan 21 mata untuk setiap set akan digunakan sehinggal final.* d) 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan ke peringkat Suku Akhir yang akan di jalankan secara kalah mati. Pemenang berikutnya akan ke separuh akhir dan tempat ketiga/keempat juga jalankan secara kalah mati. e) Bagi peringkat Suku Akhir, pemilihan pasukan lawan akan diadakan secara undian (tidak bertemu dengan kumpulan sendiri) f) Pasukan yang menang akan mendapat 2 mata, seri 1 mata dan pasukan yang kalah tiada mata. 5.0 BANTAHAN a) Setiap pasukan boleh membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan dengan mengisi Borang Bantahan yang disediakan oleh pihak penganjur dan disertakan dengan wang bantahan sejumlah RM200.00 (tunai). b) Borang bantahan hendaklah dikemukan bersama wang bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan atau wakilnya semasa permainan sedang dijalankan atau dalam masa 15 minit selepas permainan tamat. c) Wang bantahan akan dikembalikan jika bantahan yang dikemukan telah diterima laku. Sekiranya bantahan yang dikemukan ditolak maka wang bantahan akan luput. d) Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan rayuan adalah muktamad. Page 2 of 3
6.0 TARIK DIRI, ENGGAN MENERUSKAN PERMAINAN DAN GAGAL HADIR DI LOKASI 7.0 HADIAH a) Sekiranya pasukan tidak meneruskan/ menghabiskan perlawanan kerana mereka mendapati tidak mempunyai peluang untuk layak, maka semua perlawanan sebelumnya dibatalkan dan pasukan lawan diberi kemenangan 3-0. b) Pasukan yang menarik diri dengan sengaja akan dikenakan denda sebanyak RM300.00 dan surat denda akan diserahkan kepada syarikat pasukan yang menarik diri dari kejohanan tersebut. a) Tempat Pertama : Piala Pusingan, Medal dan Hamper. b) Tempat Kedua : Medal dan Hamper. c) Tempat Ketiga : Medal & Hamper. d) Selain diatas : Hamper untuk setiap pasukan yang menyertai. 8.0 YURAN PERYERTAAN a) Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM700.00 b) Yuran penyertaan yang dikenakan adalah termasuk: - Makanan pagi dan tengahari - Cenderahati setiap peserta - Hadiah untuk pemenang-pemenang KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI: 1. Mohd Rahmat Mat Isa Tel No. 03-4259 8181 Ext: 7336 2. Mohd Hafizal Elias Tel No. 03-4259 8181 Ext: 8322 3. Amirulezry Ariffin Tel No. 03-4259 8181 Ext: 7374 Nota: *terma dan syarat pertandingan ini mungkin berubah mengikut kesesuaian dengan keadaan semasa. Page 3 of 3
Location Map
INTER-TAKAFUL OPERATORS BADMINTON TOURNAMENT 2013 TARIKH : 29 JUN 2013 ( SABTU ) TEMPAT: SPORTS AFFAIRS, CHERAS ANJURAN BERSAMA BORANG PENDAFTARAN NAMA SYARIKAT NAMA PASUKAN PENGURUS KATEGORI: PASUKAN NO.TELEFON PEJABAT: FAKS: ALAMAT E-MAIL LELAKI WANITA SENARAI NAMA PESERTA NO NAMA PENUH NO K/P BARU NO.KAKITANGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 Borang penyertaan hendaklah diterima beserta yuran penyertaan sebelum atau pada 7 Jun 2013 (Jumaat) sebelum pukul 4.30 petang. Saya/Kami bersetuju dengan syarat-syarat pertandingan dan semua maklumat yang diberi adalah benar. Bersama-sama ini, dilampirkan bersama yuran penyertaan sebanyak RM700 untuk setiap pasukan dalam bentuk cek sahaja ke atas nama Great Eastern Takaful Groovy Club. Dengan ini, kami mengaku dan mengesahkan segala butiran yang diberikan adalah benar. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, sila hubungi AJK berikut; Nur Syazana Mahamad Fuzi 03-40597360 Nashwani Fizrin Nasaruddin 03-40598348 TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN TARIKH: TANDATANGAN DAN COP KETUA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA TARIKH: BANK: JUMLAH: TUNAI/NO.CEK: TANDATANGAN: PENERIMAAN / AJK PENGANJURAN