KEJOHANAN BADMINTON PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MALA) SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN 1. NAMA PERTANDINGAN Kejohanan Badminton Pihak Berkuasa Tempatan(MALA) 2016. 2. PENGANJUR Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Bentong. 3. PENGELOLA Majlis Perbandaran Bentong. 4. TARIKH PERTANDINGAN 25-27 November 2016 (Jumaat - Ahad). 5. TEMPAT PERTANDINGAN Dewan Serbaguna Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hill Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur 6. YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN 6.1. Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 dan bayaran boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atas nama Koperasi Majlis Perbandaran Bentong pada masa MESYUARAT PENGURUS PASUKAN. 6.2. Penyertaan bagi setiap PBT dihadkan satu pasukan sahaja. 6.3. Sebanyak 24 pasukan terawal yang membuat pendaftaran sahaja yang akan menyertai Kejohanan pada kali ini. 6.3. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 14hb November 2016. 7. PERATURAN UMUM Pertandingan ini adalah dijalankan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh BWF 8. PERATURAN TAMBAHAN Selain daripada peraturan umum,jawatankuasa Pengelola berhak untuk meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran sukan badminton MALA.
9. KELAYAKAN PEMAIN Kelayakan pemain adalah seperti berikut :- 9.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pengawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang berjawatan tetap dan kontrak sahaja. 9.2. Salinan penyata gaji terkini (Bulan Oktober 2016) serta salinan kad pengenalan hendaklah disertakan sekali dengan borang pendaftaran pemain semasa MESYUARAT PENGURUS PASUKAN. 10. SISTEM PERTANDINGAN 10.1. Perlawanan adalah secara 5 Berpasukan Campuran adalah seperti berikut: i. Perseorangan Lelaki Terbuka ii. Bergu Wanita Terbuka iii. Bergu Lelaki Terbuka iv. Bergu Campuran Terbuka v. Bergu Lelaki Veteran(45 tahun Keatas) 10.2. Pemain Simpanan:- i. Lelaki Terbuka ii. Wanita terbuka iii. Lelaki veteran (45 tahun Keatas) 10.3. Pendaftaran pasukan hendaklah terdiri dari seorang pengurus + seorang jurulatih dan 12 pemain (14 peserta). 10.4. Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain. 10.5. Seorang pemain dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja semasa perlawananan. 10.6. Sistem kiraan 30 point (30x1) akan digunakan di peringkat liga kumpulan,suku akhir,separuh Akhir dan Ketiga-Keempat. 10.7. Sistem 21 mata (3x21) akan digunakan pada perlawanan Akhir. 11. UNDIAN DAN CARA PERTANDINGAN DI JALANKAN 11.1. Undian untuk peringkat kumpulan akan dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola selepas tarikh tutup penyertaan. 11.2. Pusingan pertama,semua pasukan dibahagikan kepada berapa kumpulan yang akan dijalankan secara liga kumpulan. 11.3. Johan diperingkat liga kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.undian terbuka open draw akan di buat diperingkat suku akhir. 11.4. Bagi pusingan suku akhir hingga Akhir perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
12. MASA PERTANDINGAN 12.1. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12.2. Semua Pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang 5 minit sebelum perlawanan dimulakan. 12.3. Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang ditetapkan akan diberi masa tangguhan 5 minit. Jika tamat tempoh masa yang diberikan,pasukan masih tidak hadir maka kemenangan percuma akan di beri kepada pasukan lawan dengan kiraan 5-0 dan mendapat 3 mata 13. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 13.1. Setiap pasukan bertanding akan di beri mata berdasarkan format berikut pada peringkat kumpulan Liga:- i. Menang - 3 mata ii. Kalah - 0 13.2. Sekiranya setelah semua perlawanan liga kumpulan selesai,dua atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama,maka susunan penentuan berikut akan di ambil kira untuk menentukan kemenangan 13.3. Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan terbanyak dikira menang. 13.4. Pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak dikira menang. 13.5. Pasukan yang mendapat perbezaan mata yang terbanyak dikira menang. 13.6. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. 13.7. Jika tiga atau 4 pasukan masih seri,pasukan yang mendapat jumlah mata permainan yang terbanyak dikira menang. 14. BULU TANGKIS Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bulu tangkis di sepanjang pertandingan. 15. PENGADILAN Pihak jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil di sepanjang pertandingan. 16. BORANG PENYERTAAN PENDAFTARAN 16.1. Borang penyertaan hendaklah di e-mel kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 14hb November 2016 ke alamat kepada:- No E-mel :urusetia@mpbentong.gov.my 16.2. Borang Pendaftaran pemain hendaklah dihantar secara bertaip semasa MESYUARAT PASUKAN.
16.3. Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau WhatsApp: 17. HADIAH i. En Shamsul Azlan Bin Mohamad Anuar : 0193788983 ii. En Mohd Zulkefly Bin Dahalan : 0193385626 JOHAN : RM 2000.00 +Piala Kejohanan+Medal NAIB JOHAN : RM 1000.00+Medal KETIGA : RM750.00+Medal KEEMPAT : RM500.00 18. PENGINAPAN 18.1. Penganjur akan mencadangkan penginapan semua pasukan bertanding adalah di: Asrama Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(I-KPKT) KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak,28750 Berjaya Hill, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. 18.2. Untuk tempahan penginapan dan makanan boleh hubungi dan WhatsApp urusetia seperti berikut : En Isrulhizam bin Abd khalid : 0176837993 19. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa Pengelola adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan yang difikirkan perlu dan sebarang keputusan adalah muktamad. 20. PERINTAH AM Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa yang dari semasa ke semasa. Jawatankuasa Pengelola akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan PBT yang berkenaan sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melangggar peraturan-peraturan pertandingan. 21. BANTAHAN 21.1. Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh pengurus pasukan sahaja dan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut.surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan disertakan dengan wang tunai sebanyak RM500.00.Wang cagar ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan gagal. 21.2. Sebarang bantahan mengenai kelayakan peserta hendaklah dibuat sebelum tamat pusingan peringkat kumpulan.bantahan yang dibuat selepas itu tidak akan dilayan. 21.3. Sebarang keputusan yang dibuat daripada keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad.
22. JAWATANKUASA BANTAHAN TATATERTIB 22.1. Jawatankuasa bantahan tatatertib akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola yang terdiri daripada 3 orang. 23. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada: Tarikh : 25 November 2016 (JUMAAT) Tempat : Bilik Kuliah 3, Aras Plaza Blok E, Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Masa : 3.00 petang