Akaun Pelaburan Wafiyah

dokumen-dokumen yang mirip
Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Polisi Privasi. Pengenalan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

Transkripsi:

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016

1 Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016 1.0 Maklumat Utama Dana Pemegang Akaun Pelaburan yang Dihormati, Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Pelaburan Wafiyah Bank Islam, iaitu akaun pelaburan yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan pelaburan anda. Ia diperkenalkan di dalam sistem perbankan Islam Malaysia pada bulan May 2016 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013). Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Pelaburan Wafiyah yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016. 1.1 Nama Produk Akaun Pelaburan Wafiyah (Wafiyah) Di bawah Akaun Pelaburan Wafiyah ini, pemegang akaun pelaburan, sebagai muwakkil atau prinsipal, memberikan kuasa kepada Bank sebagai wakilnya untuk menjalankan aktiviti pelaburan patuh syariah bagi mencapai jangkaan pulangan hasil daripada pelaburan tersebut. 1.2 Jenis Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan Tidak Terhad - merujuk jenis akaun pelaburan yang mana pemegang akaun pelaburan memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan muktamad tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat tertentu. 1.3 Objektif Pelaburan Dana Menjana pulangan berkadar sederhana dalam tempoh yang dipersetujui berasaskan profil risiko aset tersebut 1.4 Strategi Pelaburan Dana Untuk memastikan pelaburan mencapai objektifnya sejajar dengan peruntukan aset bagi melindungi portfolio pelaburan. Pada masa ini, Bank melabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan & Aset Tetap dan Pembiayaan Peribadi dengan tujuan untuk melindungi prinsipal dan menjana pulangan yang stabil ke atas aset pembiayaan. 1.5 Ciri-Ciri Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan Bertempoh. Tempoh pelaburan minimum ialah 1 hari hingga maksimum 10 tahun. 1.6 Peruntukan Aset Pelaburan Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan & Aset Tetap dan Pembiayaan Peribadi yang sedia ada serta mempunyai rekod pembayaran yang baik bagi menghasilkan keuntungan yang stabil kepada aset pembiayaan. 1.7 Profil Pelabur Kategori Pelabur: - Pelanggan Korporat - Agensi Kerajaan - Akaun Kerajaan - Universiti - Syarikat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perkongsian - Perniagaan Lain & Entiti Bukan Perniagaan Bank Islam Akaun Pelaburan Wafiyah Pelabur yang memerlukan tempoh pelaburan jangka pendek atau sederhana Pelabur yang memerlukan portfolio pelaburan patuh Syariah Pelabur dengan toleransi risiko yang rendah sehingga sederhana. Pelabur yang inginkan keuntungan yang stabil Nota: Para pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan semua faktor risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan. Pelabur akan sentiasa terdedah kepada risiko yang berikut; risiko pasaran, risiko kredit, risiko kecairan, risiko operasi dan risiko undangundang. Untuk penjelasan lanjut mengenai setiap risiko, sila layari laman web Bank Islam. 1.8 Penilaian Aset Yang Diperuntukkan Penilaian akan dijalankan setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada proses untuk menentukan pulangan kepada pelabur. Pulangan akaun pelaburan ini akan dipengaruhi oleh prestasi aset yang diperuntukkan. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Akaun pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Walau bagaimanapun, struktur produk telah direka untuk mengurangkan risiko kehilangan prinsipal. Sekiranya berlaku pencairan, pemegang akaun pelaburan diutamakan daripada pendeposit. 1.9 Dasar Pembayaran Keuntungan Keuntungan akan dibayar pada tarikh matang atau sebarang kekerapan bayaran (untuk pelabur dengan tempoh melebihi 15 bulan), seperti yang dipersetujui oleh pihak Bank dan Pelabur (contohnya, berasaskan bulanan/ suku tahunan/ setengah tahunan/ tahunan). 1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan dan had pelaburan dalam tempoh suku tahunan ini.

2.0 Penyata Risiko Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan kecenderungan risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektif keseluruhan perniagaan Bank serta profil risiko yang bersesuaian. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah yang dibantu oleh Bahagian Pengurusan Risiko memastikan terdapat pengawasan yang berkesan terhadap pembangunan strategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank. 3.0 Prestasi Dana 3.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016 Kedudukan Saiz Dana RM 000 Pulangan Aset (ROA) % Pulangan Pelaburan (ROI) Tempoh Pengagihan Julai 129,593 5.00 Berdasarkan jangkaan 16 Ogos 16-15 Sept 16 Ogos 1,288,024 4.86 pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, 16 Sept 16 15 Okt 16 September 1,507,357 4.84 tertakluk pada Terma & Syarat 16 Okt 16 15 Nov 16 Nota: Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Risalah Pendedahan Produk (PDS), Terma & Syarat dan Notis Pengesahan Pelaburan. 3.2 Peruntukan Aset Portfolio Pembiayaan Perumahan & Aset Tetap dan Pembiayaan Peribadi 4.0 Pembayaran Keuntungan 4.1 Penyata Untung & Rugi AKAUN PELABURAN WAFIYAH Penyata Untung & Rugi Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016 Julai 2016 Ogos 2016 September 2016 RM 000 RM 000 RM 000 Keuntungan daripada Pembiayaan 5,543 3,985 6,559 Perbelanjaan Langsung* - - - Elaun Bagi Penjejasan Pembiayaan (550) (396) (672) Keuntungan Bersih 4,993 3,589 5,887 Pulangan ke atas Aset 5.00% 4.86% 4.84% Pulangan ke atas Pelaburan Nota: Berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat i) Pulangan ke atas Pelaburan untuk Akaun Pelaburan Wafiyah adalah berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat. ii) Secara umumnya, berdasarkan sifat pelaburan produk, kadar Pulangan ke atas Pelaburan dijangka melebihi kadar pulangan deposit. *Perbelanjaan boleh dikenal pasti, boleh diukur dan perlu ditanggung untuk melengkapkan aktiviti pelaburan tertentu (termasuk pembiayaan). Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016 2

4.2 Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Setakat 30 September 2016 Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Mengikut Lokasi di Malaysia 17.7% 18.6% 16.5% 6.5% 40.7% Tengah Timur Utara Selatan Malaysia Timur Sebanyak 40.7% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan pembiayaan kami lebih tertumpu kepada kawasan maju seperti Lembah Klang. Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Mengikut Baki Tempoh Matang Kemudahan Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran keuntungan bank yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelabur jangka panjang. Kualiti Aset Untuk Portfolio Perumahan Portfolio pembiayaan terjejas yang rendah menunujukkan kualti aset yang kukuh. 3 Bank Islam Akaun Pelaburan Wafiyah

4.3 Kajian Portfolio Pembiayaan Peribadi Setakat 30 September 2016 Pertumbuhan Portfolio Pembiayaan Peribadi dalam Bank Islam dalam RM Juta Portfolio Pembiayaan Peribadi meningkat pada kadar 7.7% setahun. Peruntukan Aset untuk Wafiyah hanya untuk pelanggan Pembiayaan Peribadi yang bekerja di sektor awam. Prestasi Kualiti Aset untuk Pembiayaan Peribadi Portfolio Portfolio pembiayaan terjejas yang rendah menunjukkan kualiti aset yang kukuh. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016 4

5.0 Tinjauan dan Prospek Ekonomi Pertumbuhan ekonomi global dilihat masih lagi tidak menentu berdasarkan semakan unjuran terkini oleh pihak IMF pada bulan Oktober. Ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6% pada tahun 2016. Berbanding unjuran yang dibuat pada bulan April, ia merupakan penurunan sebanyak 0.8%. Penurunan ini disebabkan oleh kelembapan di dalam aktiviti pelaburan swasta yang mana ia mencatatkan penguncupan berterusan selama tiga sukuan berturut-turut. Walau bagaimanapun, Bank Pusat AS dijangka akan meneruskan proses normalisasi dasar kewangannya pada bulan Disember memandangkan pasaran buruh yang kian pulih di samping mencatatkan kenaikan di dalam pertumbuhan kadar upah. elain itu, risiko Brexit di UK juga dilihat terkawal ketika ini apabila pihak berkuasa akan mengaktifkan Artikel 50 di dalam Perjanjian Lisbon bagi memulakan proses rundingan untuk keluar secara rasmi di dalam Kesatuan Eropah (EU) pada suku pertama 2017. Terdapat juga berita mengenai pihak Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan mengurangkan program pembelian aset (QE) pada tahun 2017. Situasi ini menunjukkan bahawa ekonomi di EU semakin pulih. Keadaan sebegini banyak membantu ekonomi Malaysia terutamanya dari segi permintaan luaran. Perkara ini berdasarkan kepada data eksport yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.5% pada bulan Ogos yang lalu berbanding penguncupan sebanyak 5.5% pada bulan yang sebelumnya. Pertumbuhan ini dipacu oleh pertumbuhan eksport ke negara AS, EU dan ASEAN. Di samping itu, Indeks Pengeluaran Industri (IPI) juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.9% bagi bulan Ogos. Pertumbuhan IPI ini disokong oleh pertumbuhan di dalam industri berasaskan eksport seperti sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) serta produk berasaskan kimia. Perbelanjaan pengguna juga semakin meningkat berdasarkan pertumbuhan penggunaan swasta sebanyak 6.3% pada 2Q 2016. Pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai yang lalu seharusnya membantu dalam usaha untuk meningkatkan perbelanjaan terutamanya bagi para peniaga berikutan kos pinjaman yang rendah. Selain itu, perlaksanaan projek-projek infrastruktur seharusnya menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi di dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan berdasarkan penganugerahan kontrak-kontrak yang sedang giat diberikan. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 dijangka akan berada pada kadar antara 4 hingga 4.5% dibantu oleh pertumbuhan di dalam permintaan domestik dan sektor luaran. 6.0 Tinjauan Pasaran Hartanah Aliran menurun di dalam pasaran hartanah kediaman pada 2015 yang berterusan ke 1H 2016 dijangka akan kekal untuk sepanjang 2016. Berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), pasaran lebih perlahan pada 1H 2016 telah mencatatkan penurunan dua digit berbanding 2H 2015, daripada segi bilangan dan nilai transaksi hartanah. Sepanjang tempoh 1H 2016, terdapat hanya 101,777 transaksi harta kediaman yang berlaku dengan nilai sebanyak RM32.98 bilion berbanding 116,521 transaksi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM37.01 bilion dalam 2H 2015. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 12.65% dalam bilangan dan 10.88% dalam nilai transaksi. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, aktiviti pasaran kediaman keseluruhannya dijangka akan terus perlahan. Walau bagaimanapun, sektor kediaman akan terus menguasai segmen pasaran, dengan tumpuan kepada perumahan mampu milik dengan harga maksimum RM300,000 seunit. Pelarasan harga dan penstabilannya dijangka akan berlaku dengan bertambahnya penawaran rumah mampu milik apabila sektor awam dan swasta memasuki pasaran. Hartanah yang terletak di Lembah Klang dijangka mengalami kestabilan dengan pertumbuhan yang sederhana disebabkan oleh kesan utama daripada projek infrastruktur berterusan yang meningkatkan pergerakan dan perhubungan antara penduduk. 5 Bank Islam Akaun Pelaburan Wafiyah 4

7.0 Tinjauan Pembiayaan Peribadi Berdasarkan laporan statistik Bank Negara Malaysia yang terkini, aset pembiayaan (perbankan Islam) mencatatkan pertumbuhan perlahan dengan hanya 3.84% atau RM1.05 bilion daripada jumlah RM28.34 bilion pada bulan Ogos 2016 jika dibandingkan dengan jumlah RM27.29 bilion pada bulan Disember 2015. Sektor minyak dan gas merupakan kebimbangan utama kepada semua institusi kewangan di Malaysia. Ia tidak menampakkan tanda-tanda akan kembali seperti sediakala dalam waktu yang terdekat menurut pendapat dari para penganalisis. Walaupun Organisasi Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di dalam perjumpaan baru-baru ini di Algeria, telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak daripada 240,000 kepada 700,000 setong minyak sehari, petunjuk ini masih tidak mencukupi untuk memperbaiki keadaan perolehan setiap pengeluar minyak dan gas tempatan dan juga untuk menukar asas atau jati industri minyak dan gas pada masa kini. Fokus kepada pasaran yang lebih stabil dan berkepercayaan tinggi seperti sektor-sektor kerajaan dan profesional menjadi elemen yang penting di dalam memilih pelanggan yang tepat oleh institusi-institusi kewangan. Aturan pakej atau tawaran istimewa seperti potongan gaji atau pindahan gaji untuk kumpulan ini adalah lebih kepada satu tindakan pro-aktif untuk meminimumkan risiko kredit terbuka yang dihadapi oleh kebanyakan institusi-institusi kewangan. Di dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, para majikan mungkin akan mengambil langkah penyelesaian dengan menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (SPS)/ Skim Pemisahan Wajib (SPW). Dengan mengurangkan tenaga kerja sedia ada, secara tidak langsung akan mengurangkan kos overhed dan akan membantu syarikat-syarikat untuk terus maju ke hadapan. Institusi-institusi kewangan pada setiap waktu perlu peka ke atas sebarang berita SPS/SPW yang dilancarkan oleh syarikat-syarikat dan juga pelanggan-pelanggan yang mungkin terlibat dengan tindakan tersebut. Pelan tindakan susulan yang lebih mantap telah dibangunkan untuk memacu situasi ini dan ia penting untuk melindung dan memulih semula aset pembiayaan institusi-institusi pembiayaan jika keadaan ini berlaku. Kesan akibat pengurangan Kadar Keuntungan Semalaman (KKS) oleh BNM telah menyebabkan institusi-institusi kewangan menilai semula tahap keberuntungan dan tawaran pasaran bagi mengimbangi kos simpanan serta terus kekal kompetitif di dalam situasi ekonomi yang mencabar. Pengurangan Kadar Asas dan kenaikan kos deposit telah memberi lebih tekanan kepada institusi kewangan bagi mempertahankan bajet perolehan sedia ada. Ini diandaikan menjadi penyebab utama kepada institusi kewangan menaikkan kadar keuntungan pembiayaan semasa yang ditawarkan kepada pasaran. BNM telah mengawal selia dengan rapat corak hutang isi rumah di Malaysia. Menurut Gabenor BNM, risiko-risiko ketidakstabilan dan ketidakseimbangan kewangan telah dapat dikurangkan. Pelbagai ukuran makro yang berhemah dan kawalan standard yang diperkukuhkan telah diperkenalkan oleh BNM, menampakkan standard pembiayaan yang lebih terkawal. Nisbah Kadar Keberhutangan telah dikurangkan secara pantas, secara purata pada tahap 40% berbanding 60%-70% sebelum ini bagi peminjam-peminjam yang tegar. Nisbah pembiayaan jejas nilai berbanding jumlah pembiayaan bersih berada pada tahap di bawah 2% berdasarkan laporan statistik BNM yang terkini (Ogos 2016). Ini menandakan pembiayaan jejas nilai dan peratusan jejas nilai di kalangan institusi-institusi kewangan telah diuruskan dengan baik dan ini telah disumbangkan oleh kawalan selia yang ketat dan standard berhemah yang diwujudkan oleh BNM. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016

Disediakan oleh: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI 7 Bank Islam Akaun Pelaburan Wafiyah 6