Tazkirah : Persediaan Ramadhan

dokumen-dokumen yang mirip
Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

LALUAN KEHIDUPAN

Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk bersedekah di jalan Allah:

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Keutamaan Puasa

??????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Khutbah Jum'at. Menyambut Ramadhan 1432 H. Bersama Dakwah 1

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Bukti Cinta Kepada Nabi

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Khutbah Pertama Maasyirol Muslimin yang dirahmati Allah

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

Al-Ilmu, Sebelum Berkata & Beramal

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

DI BULAN SUCI RAMADHAN

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Renungan Pergantian Tahun

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

yuslimu-islaman. Bukti ketundukan kepada Allah SWT itu harus dinyatakan dengan syahadat sebagai sebuah pengakuan dalam diri secara sadar akan

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Pendidikan Agama Islam

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

"Bersegeralah berhaji yakni haji yang wajib, sebab sesungguhnya seseorang tidak mengetahui apa yang akan menimpa kepadanya." (HR Ahmad dan lainnya)

Jangan Taati Ulama Dalam Hal Dosa dan Maksiat

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

Sifat-Sifat Ibadah Yang Benar

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

: : :

Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

Bab 1 Hakikat Puasa. Kewajiban Puasa Ramadhan Kewajiban puasa Ramadhan disebutkan oleh Allah Swt di dalam irman-nya:

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

Khutbah Jumat Manfaatkan Nikmat Kehidupan

Memacu Diri Agar Istiqomah Beribadah

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada (Al-Hajj: 46).

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Bab 3 Peran Sentral Guru PAI Dalam Memberdayakan Sekolah Sebagai Pusat Pembangunan Karakter Bangsa

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Keutamaan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

lalui, tapi semua itu sama sekali tidak memberikan bekas apa pun pada diri kita.

Tafsir Surat Al-Kautsar

Al-Ilmu, ILMU MENDAHULUI AMAL Pentingnya menggali ilmu sebagai awal pelaksanaan amalan Ibadah Dirangkum oleh : Yulia Dwi Indriani

Adab dan Keutamaan Hari Jumat

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

DAFTAR TERJEMAH. Alquran No Halaman Bab Terjemah 1

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Dan beribadahlah kepada Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (kematian). (Al-Hijr : 99)

Diantara rahasia dan hakekat shiyam Ramadhan dapat disimpulkan menjadi tujuh perkara yang dapat dirasakan kenikmatannya dalam ibadah Ramadhan:

??????????????????????????????????????????????? :????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

Motivasi Untuk Bertaubat

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika


Asas Agama. Ciri-ciri Iman yang rusak

Transkripsi:

Tazkirah : Persediaan Ramadhan Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah رمض (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan manakala menurut riwayat dari Mujahid ra (murid ibn Abbas ra) mengatakan bahawa ramadhan ini ialah salah satu dari nama Allah swt dan tidaklah diguna untuk makhluk(lihat takrif ramadhan dalam lisanul arab oleh Ibnu Manzur m/s 245 Jilid 4). Ramadhan Bulan ini merupakan satu bulan mulia dan waktu yang merupakan khusus untuk umat Islam melakukan ibadah puasa dengan menuruti perintah Allah yang menyebut : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa (Al- Baqarah : 183). "Bulan Ramadhan yang pada bulan itu telah kami turunkan Al-Qur an untuk memberi pertunjuk kepada manusia dan memberi penerangan dari hidayah serta pembeza hak dan kebathilan Barangsiapa yang menghadapi bulan ramadhan maka hendaklah dirinya berpuasa (Al-Baqarah : 185). Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan mulia yang menjadi salah satu dari waktu tertegaknya rukun Islam yang lima iaitu berpuasanya umat Islam pada bulan ini sebagai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah yang Maha Esa.

Diriwayatkan dari Ibn Umar ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan ramadhan (hadith sahih riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16). Bahkan bulan yang mulia ini juga diberi penghormatan oleh Allah swt dengan membersihkannya dari kewujudan dan kekotoran syaitan dan dosa seperti yang terdapat dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra dari rasulullah yang bersabda : Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079). Juga baginda bersabda : Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu (hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641). Sesungguhnya bulan ramadhan ini ialah sebuah ibadah yang agung dan mulia di sisi Allah swt. Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah swt. Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith Qudsi bahawa Allah berfirman : Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah

(Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding.. (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151). Sesungguh para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan diberikan kelebihan di sisi Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat bahkan baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadith menyebut : Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya.. (hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151). Bahkan tetamu Allah di bulan ramadhan akan diberikan ganjaran besar di sisi Allah sehingga disediakan kepada mereka sebuah pintu syurga yang khusus seperti dari riwayat Sahl ibn Said ra dari baginda nabi yang bersabda: Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan arrayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1896 dan Muslim no. 1152). Persiapan Pertama: Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan

berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa. Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri. (Al-Isra : 15). Aqidah Yang Sahih: Memastikan memiliki aqidah yang sahih ialah satu keperluan dan kewajipan kerana tidak diterima ibadah dan tidak bernilai ibadah yang dilakukan tanpa memiliki aqidah yang sahih. Kefahaman aqidah yang sahih ialah apa yang datang secara pasti dan yakin dari pemahaman salaf soleh yang merupakan sebaik-baik umat dan terpelihara keimanan dan keilmuan mereka serta terjamin. Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi ien) (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5). Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasulrasul melainkan Kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku. (Al-Anbiya : 25). Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah. (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937). Sebagaimana disebut oleh Imam Abd Izz dalam kitabnya Syarah Aqidah Thahawiyah menyebutkan bahawa hendaklah setiap muslim itu berada dalam aqidah yang sahih dan tetap meninggalkan dunia dengan aqidah yang sahih juga sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam :

Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah ( memiliki aqidah yang benar) maka sesungguhnya dia akan masuk syurga. (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.43 dan Ahmad 69/1). Memahami manhaj ahlul sunnah wal jamaah menurut pegangan salaf soleh tanpa ta wil yang jahil, tanpa mengguna akal fikiran yang lemah sebaliknya berpegang kepada keutuhan riwayat dan kesahihan pegangan salaf soleh dalam hal-hal aqidah dan keagamaan. Demikianlah para ulama salaf soleh berpegang dan menetapkan aqidah berdasarkan dalil yang sahih sebagaimana berkatanya Imam As-Syafie ra : Aku beriman dengan Allah atas apa yang di datangkan oleh Al- Qur an dan Sunnah dan aku beriman kepada rasul atas apa yang dibawanya iaitu Sunnah (lihat syarah Lumatul Iktiqad oleh Ibn Qudamah m/s 25). Begitulah juga dengan kalam dari Imam Ahmad ra : Kami beriman kepada Allah melalui Al-Qur an dan as-sunnah tanpa membagaimanakan atau memperumpamakan dan kami beriman dengan apa yang datang dari rasul (sunnah) (riwayat dari Abu Ya la dalam Ibthal Ta wilat lil Akhbar As-Sifat m/s 44 Jilid 1). Apakah kamu berani mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu? (Al-Baqarah : 80). Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36). Membetulkan Keimanan: Memastikan keimanan dan kelurusan hati serta keikhlasan melakukan ibadah hanya kerana Allah swt. Sesungguhnya tidaklah diterima amalan jika tidak dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-nya melalui deen yang lurus (Al-Baiyinah : 3). Keimanan bahawa kewajipan puasa ramadhan dan kewajipan serta sunnah melakukan ibadah di bulan ini merupakan apa yang datang dari Allah dan rasul serta mengimani akan kebesaran Allah, mengimani kerasulan Muhammad salallahualaihiwasalam dan melakukan ibadah sesuai sebagai hamba Allah yang mengharap redha dan keampunan serta rahmat-nya merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum memasuki bulan ramadhan. Barangsiapa yang mengingini pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan ibadahnya kepada tuhannya dengan sesuatu (Al-Kahfi : 110). Perlu betulkan keimanan, keyakinan dan ketabahan melakukan ibadah untuk Allah swt yang Maha Esa dan meninggalkan kemaksiatan demi Allah sematamata dan menghormati bulan ini juga semata-mata kerana keimanan kepada Allah swt. Persediaan Kedua: Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih. Hendaklah sebelum memasuki ramadhan setiap orang kembali menyemak buku-buku atau menyoal para alim ulama akan kaedah puasa dan menjalankan ibadah yang sahih menurut pegangan salaf soleh dan ajaran Rasulullah salallahualaihiwasalam yang jauh dari bid ah dan penambahan dan penyelewengan. Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl : 43).

Hendaklah difahami tujuan beribadah itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah dilakukan menurut panduan yang Allah swt berikan iaitu melalui kitab Allah dan sunnah rasulullah serta apa yang dari para salaf soleh yang memahami isi panduan kedua ini menurut pemahaman yang sahih dan terjamin. Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : Barangsiapa yang mengadaadakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak. (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467). Tidaklah diterima amalan kebaikan dan amalan ibadah apabila ianya dilakukan dengan menyeleweng, menambah atau mengurang dari apa yang diajarkan oleh pembawa utusan kerasulan iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam. Persiapan Yang Ketiga Hendaklah juga siapa yang akan menjalani bulan ramadhan mempersiapkan dirinya dengan kemampuan fizikal dan kekuatan jasadiyah serta juga material moga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan selesa. Dan bersedialah kamu dari kekuatan untuk peperangan itu apa yang kamu mampu dari kuda yang terikat moga demikian menakuti musuh Allah dan musuh kamu.. (Al-Anfal : 60). Sekalipun ayat di atas untuk peperangan namun ianya secara umum untuk semua hal ibadah iaitu jika peperangan dan jihad itu ialah ibadah yang memerlukan persediaan kebendaan maka demikianlah juga dengan puasa yang merupakan ibadah asasi yang termasuk rukun keislaman. Mempersediakan diri dengan fizikal dan kekuatan badan iaitu seperti menjaga kesihatan dan menjaga badan supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna ialah satu kewajipan supaya dapat menunaikan hak kepada Allah swt dalam ibadah dengan sempurna dan selesa.

Tidaklah disukai mereka yang tidak menjaga makan dan minum serta juga tidak mengurus tidur dan rehat secukupnya sehingga mengakibatkan kerosakan badan dan melemahkan diri untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah di bulan ramadhan dengan kukuh dan selesa bahkan terganggu waktu ibadah kerana kelemahan dan keletihan badan. Oleh itu hendaklah melakukan persediaan secara fizikal dan badan bagi yang mampu bahkan termasuk amalan dan usaha melakukan persediaan secara fizikal seperti mengambil vitamin, melakukan senaman dan mempersediakan menghadapi ramadhan dengan menjalani terapi kesihatan sebagai usaha ibadah dan berpahala. Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar apa yang termampu olehnya (Surah Al-Baqarah : 286). Setelah itu hendaklah juga para golongan yang beriman mempersiapkan untuk menjalani ibadah puasa dengan melengkapkan diri dengan kemampuan material dan kewangan serta belanja keperluan. Ini disebabkan supaya dapat mengambil bahagian dalam usaha infaq dan sedekah serta menunaikan kewajipan zakat di bulan ramadhan. Sesungguh golongan yang kaya dan berkemampuan harta serta material mendapat kelebihan di sisi Allah swt apabila mereka mampu menunaikan ibadah zakat dan mampu pula mengeluarkan infaq sedekah kepada fakir miskin yang mengakibatkan mereka beroleh kedudukan mulia di sisi Allah swt dan mendapat ganjaran pahala yang besar. Bahkan disebut dalam hadith riwayat Muadz Ibn Jabal ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 609 dan nasaie, Ibn majah ). Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah (hadith riwayat Tirmidzi).

Hendaklah umat Islam berusaha mendapatkan kedudukan untuk bersedekah dan menjadi tangan yang di atas dari tangan yang di bawah supaya dapat memperolehi ganjaran besar di sisi Allah swt. Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan harta mereka (At-Taubah : 103). Mereka berkata ; kami memberikan makanan kepadamu kerana mengharapkan keredhaan Allah dan tidak kami mengharapkan kepadamu balasan dan tidak pula pujian serta tidak pula penghargaan (Ad-Dahr : 9). Persediaan Yang Keempat: Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan. "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munaafiqun: 9). Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat (Ali-Imran : 152). Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan Ramadhan.

Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan Ramadan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan Ramadhan dan bagi mereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat. Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak. (Surah Al- Baqarah : 269). Wallahualam. (Sumber: Ustaz Emran, http://ustaz.blogspot.com)