TEKS UCAPAN: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO HASAN MALEK KE MENARA PNS 18 JUN 2013 (SELASA) AUDITORIUM PNS Oleh : Y.BHG DATUK IDRIS HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD(PNS) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis, Y.b. Dato Hasan Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Yb Dato' Paduka Ahmad Bashah b Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ybhg Datuk Arif Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha 1
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ybhg Tuan Syed Kamarulzaman Dato Syed Zainol Khodki Shahabudin Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad PNS Wakil-Wakil Kementerian Pengurusan Kanan PNS Serta Warga Kerja PNS Yang Di Hormati Sekelian Terlebih dahulu sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnianya dapat kita hadir sama-sama bertemu di dalam majlis pada hari ini. di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato Hasan Malek dan Y.B. Dato' Paduka Ahmad Bashah b Md Hanipah kerana sudi meluangkan masa dan hadir buat julung kalinya di menara PNS ini untuk bertemu dengan semua warga kerja PNS. Secara peribadi, saya merasakan majlis pada pagi ini amat bermakna sekali kerana kedua-dua pemimpin yang amat kita 2
kasihi dan hormati dapat bersama-sama kita semua pada pagi ini walaupun dalam satu majlis yang cukup ringkas. saya percaya dengan kehadiran Y.B. Dato Hasan Malek dan Y.B. Dato' Paduka Ahmad Bashah b Md Hanipah, akan menyuntik semangat warga PNS untuk bekerja dengan lebih gigih lagi bagi memastikan objektif kementerian dan PNS dapat di laksanakan dengan jayanya.. Para hadirin yang dihormati sekalian, Sejak 2009 apabila PNS di letakkan di bawah kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, banyak perancangan yang telah dapat di laksanakan bersama-sama dengan kementerian. apabila menyebut perkataan francais, umum akan mengaitkan PNS dan kementerian ini. ini bermakna, usaha dan kerjasama di antara kpdnkk dan PNS di dalam memastikan industri francais terus berkembang mendapat perhatian masyarakat. sehubungan dengan itu, bagi pihak PNS saya akan memastikan seluruh warga kerja PNS akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kementerian yang kini berada di bawah pentadbiran Yb Dato. Menyentuh mengenai perkara bekerjasama ini, satu contoh yang paling mudah ialah berbincang mengenai idea-idea 3
baru yang lebih kreatif dan inovatif di antara pihak kementerian dan warga kerja PNS. sebagai contoh, sekiranya sesuatu idea itu belum sempurna, berbincanglah sesama sendiri untuk membaikinya dan bukan untuk diperkecilkan. kita perlu bermuafakat, bekerjasama, sentiasa berbincang dan bekerja sebagai sebuah pasukan untuk kebaikan bersama. bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Hadirin yang saya hormati sekalian, Saya mengharapkan setiap warga kerja mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menggembeleng tenaga untuk mencapai kpi yang disasarkan. kita harus sentiasa memikirkan dan tanamkan di fikiran masing-masing bahawa sekiranya kpi tersebut dapat dilaksanakan, ia bukan sahaja menjaga kepentingan pemegang saham utama kita malahan warga kerja juga akan terpelihara. Bagi mengakhiri ucapan ini, marilah sama-sama kita merenung kembali apakah sumbangan yang pernah kita berikan kepada PNS selama anda telah berkhidmat di sini? Adakah ia sekadar cukup makan atau beyond expectation atau akan meninggalkan satu legacy yang akan dikenang sampai bila-bila? 4
Jawapannya ada pada diri saudara saudari semua. oleh itu, sentiasalah berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dan yang paling utama ialah bekerjalah dengan penuh integriti, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh selain dari menjaga imej PNS di kalangan masyarakat luar. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat ilahi agar segala usaha kita dipermudahkan dan akan mendapat keberkatannya. semua pekerjaan kita mestilah disertai dengan komitmen yang tinggi, usaha dan juga tawakkal yang berterusan agar diredhai oleh Allah S.W.T. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. 5