TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MESYUARAT KONSORTIUM KOPERASI TERNAKAN IKAN NEGERI PAHANG BERHAD 1
PADA 24 MEI 2017, JPAN PAHANG ZON 2, TEMERLOH PAHANG Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh, 2
Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam 1Koperasi Barisan Kepimpinan Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman Konsortium 3
Salutasi 1. Yg Berusaha, pengerusi J/K Perhubungan ANGKASA negeri Pahang Zon 2, Tn. Hj Mansor Ab Rahman 4
2. Yg Berusaha, Pengerusi Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad, Tn. Hj Md Nor Yatim 3. Yg Berusaha, En. Syukur B. Abdullah Penolong Pengarah SKM Wilayah Temerloh Pahang. 5
4. Ahli ahli J/Kuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2 5. Yg Berusaha ALK Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad 6
6. Yg Berusaha, En. Hasnan Mustapha Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani 7
7. Yg Berusaha, En. Muhammad Zuhid Jamaludin Pengurus Sektor Pertanian & Industri Asas Tani Tuan -Tuan dan Puan-Puan Koperasi Ahli-Ahli Konsortium Yang Dihormati Sekalian. 8
1. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanawa Ta ala kerana diberi kesempatan untuk kita mengadakan Mesyuarat Agung Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad. 9
2. Tahniah saya ucapkan kepada Anggota Lembaga dan koperasikoperasi ahli konsortium yang berjaya menjalankan tanggungjawab ini. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 10
3. Industri akuakultur telah berkembang pesat di Malaysia sebagai sumber pengeluaran makanan. Koperasi tidak terkecuali terlibat secara langsung dalam projek akuakultur untuk menambah 11
serta mempelbagaikan pendapatan koperasi. 4. Selaras dengan matlamat yang digariskan di bawah National Key Economic Area (NKEA), ANGKASA berusaha meningkatkan 12
penglibatan koperasi di dalam sektor akuakultur khususnya dalam penternakan ikan air tawar. ANGKASA telah berjaya menggabungkan pengusahapengusaha anggota dan koperasikoperasi pengusaha ikan patin di 13
sekitar Temerloh di bawah Konsortium ini yang telah didaftarkan pada disember 2014. 5. Konsortium ditubuhkan bertujuan untuk memperkasakan penternakan ikan patin melalui koperasi; 14
menghapuskan orang tengah; menjadikan koperasi sebagai wadah bagi menyalurkan pinjaman kepada pengusaha ternakan ikan patin; dan membantu Kerajaan dalam memaksimakan pencapaian matlamat di bawah NKEA. 15
6. Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Patin, satu program berimpak tinggi yang dibangunkan ANGKASA tetapi mesti digerakkan koperasi secara berdikari dengan mengambil manfaat dan kemudahaan yang disediakan agensi-agensi lain. 16
7. Alhamdulilah saya berbangga dengan pencapaian Konsortium yang kini mempunyai keahlian terdiri daripada 7 buah koperasi. Data penternak anggota konsortium berjumlah 120 orang dengan 1,500 buah sangkar ikan. Kita ingin melihat 17
lebih banyak lagi koperasi menyertai konsortium ini di masa hadapan. Ini bagi memastikan koperasi boleh mengeluarkan ikan air tawar khususnya patin dalam skala yang lebih besar bagi memenuhi permintaan masyarakat Malaysia 18
yang gemarkan ikan patin yang semakin meningkat. 8. Selain itu, ikan patin diakui mempunyai khasiat, kaya dengan lemak ikan baik yang membantu mempertingkatkan lagi kesihatan 19
Kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah) di samping meningkatkan kadar kolestrol baik dalam darah. Selain sebagai sumber protin yang tinggi kepada masyarakat. 20
9. Saya juga berbangga mengetahui sekarang ini, Konsortium mempunyai pusat untuk pengumpulan dan jualan ikan di Taman Desa Bukit Semantan, Temerloh dan menyertai projek ternakan udang secara 21
berkelompok di Mersing, Johor. Malah lebih membanggakan lagi, Konsortium juga telah menjalinkan usahasama dengan PPK Lubuk Batu, Jitra, Kedah dalam pengedaran makanan ikan. Saya juga difahamkan konsortium bakal 22
menjalankan projek ternakan ikan sangkar yang dimiliki sepenuhnya oleh pihak konsortium. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 23
10. Untuk lebih berjaya Konsortium harus merebut peluang yang dihasratkan kerajaan menjelang 2020 yang mensasarkan pengeluaran ikan air tawar sebanyak 67,307 tan metrik dan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 2,036 24
berbanding pengeluaran semasa sebanyak 8,493 tan metrik sehingga Ogos 2016 yang masih jauh daripada mencukupi (Laporan Ekonomi 2016/2017). 25
11. Bagi mencapai matlamat ini banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi perikanan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jab Perikanan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Koperasi juga berpeluang 26
mendapat perkhidmatan yang ditawarkan itu seperti peruntukan geran, pinjaman, latihan teknikal dan kemudahan infrastruktur. 12. Saya menyarankan konsortium boleh mengadakan site visit untuk 27
melihat kejayaan penternakan ikan sangkar yang dilakukan Kerajaan di Lahad Datu, Sabah, Tasik Temenggur, Perak dan Kota Tinggi Johor. 28
13. Konsortium perlu mempunyai inisiatif dan usaha sendiri untuk mencari peluang-peluang baru di persekitaran sendiri yang mempunyai nilai komersial yang boleh menambahkan pendapatan dalam 29
masa yang sama diperlukan anggota-anggota. 14. ANGKASA sebagai peneraju sektor, akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu membangunkan perniagaan 30
Konsortium koperasi. Sehingga kini ANGKASA telah memperuntukkan sejumlah Rm 2.5 Juta kepada 3 buah Konsortium dalam bentuk pinjaman Al-Qardhul Hasan. 31
15. Kejayaan gerakan koperasi tidak dijayakan oleh sebuah koperasi tetapi oleh seluruh koperasi di negara ini. Kejayaan akan tercapai apabila kita bekerjasama dan bersatu. 32
16. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini. Saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, merasmikan Mesyuarat Agung Konsortium 33
Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu alaikum WarahmatullahiWabarakatuh. 34