TEKS UCAPAN YBHG DATUK SERI SYED ALI AL HABSHEE PENGERUSI PNS SEMPENA: PROGRAM SEMBANG SANTAI FRANCAIS TARIKH: 5 APRIL 2016 (SELASA) MASA: 12 TENGAHARI TEMPAT: AUDITORIUM TUN RAHAH MENARA PNS 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dan Salam Sejahtera Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan 2
Yang Berbahagia Dato Seri Jamil B Salleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan YBhg Dato Haji Razali b Othman Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) KPDNKK YBhg Dato Basaruddin Sadali Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK 3
YBhg. Dato Zaidon b Haji Asmuni Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan KPDNKK YBhg Datuk Latip Sarugi Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Dato Syed Kamarulzaman Bin Dato Syed Zainol Khodki Shahabudin Pengarah Urusan PNS Ketua-ketua Agensi, Ketua-ketua Bahagian KPDNKK 4
Ahli Lembaga Pengarah dan Barisan Pengurusan Kanan PNS Rakan-rakan Media Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian, Aluan 1.Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi atas rahmat-nya dapat kita bersamasama hadir bagi menjayakan program Sembang Santai Francais pada hari ini. 5
2.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Seri Hamzah Zainudin yang mana dalam kesibukan beliau, dapat menghadirkan diri bagi merasmikan program Sembang Santai Francais. 3. Selamat Datang dan Terima kasih juga kepada YBhg Dato Sri Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian yang baru. 4. Begitu juga kepada Tuan/Puan, usahawan-usahawan yang mengambil peluang, ruang dan masa untuk sama- 6
sama hadir ke program kita pada hari ini. Hadirin Hadirat Sekalian, Peranan PNS 5. PNS selaku agensi yang bertanggungjawab di dalam pembangunan industri francais negara sentiasa komited di dalam melaksanakan mandat yang diberikan oleh Kerajaan di dalam memastikan pembangunan industri francais negara terus berkembang maju. 7
6. Selari dengan mandat yang diberikan, PNS sentiasa berusaha melaksanakan program-program baru yang memberi impak kepada industri seterusnya memberi impak mampan kepada usahawan khususnya dan masyarakat secara menyeluruh. PNS sentiasa mengadaptasi keperluan pasaran melalui transformasi sistem, mindset warga kerja dan budaya kerja. Malah PNS turut mengambil kira perubahan model perniagaan ke sektor-sektor ekonomi yang baru, unik dan berdaya maju. Melalui program Business In Transformation (BIT) misalnya, PNS telah berjaya 8
mencungkil potensi beberapa perniagaan kecil-kecilan untuk dimodenkan. Sehingga Disember 2015, program BIT berjaya melahirkan 59 orang pra-francaisor dan 881 prafrancaisi. 7. Seiring dengan transformasi industri francais juga, PNS kini bukan sahaja memfokuskan kepada skim pembiayaan semata-mata, malah turut menitik beratkan aspek latihan dan konsultasi kepada usahawanusahawan francais bagi meningkatkan kepakaran dan membangunkan modal insan. PNS melalui Akademinya 9
sentiasa aktif di dalam melaksanakan sesi latihan. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2011, PNS Akademi telah melatih francaisor, francaisi, perunding francais dan orang awam. Ini merupakan salah satu komitmen berterusan PNS di dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berkualiti. Hadirin Hadirat Sekalian, Sembang Santai Francais. 8. Program pada hari ini, merupakan inisiatif PNS dalam menghimpunkan pemain industri untuk bersama sama 10
dengan usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan khususnya di dalam industri francais. Buat pengetahuan semua, program Sembang Santai Francais akan dianjurkan secara bersiri sepanjang tahun ini. Terdapat lagi empat (4) program yang sama akan diadakan sehingga bulan Disember 2016. 9. Berkonsepkan santai dan pengisian program yang dirangka dengan sesi storytelling, saya percaya program Sembang Santai Francais ini merupakan platform yang mampu 11
membina jaringan perniagaan disamping dapat berkongsi ilmu perniagaan di kalangan usahawan. 10. Untuk program pada hari ini, saya di fahamkan usahawan-usahawan yang hadir pada hari ini mempunyai latar belakang yang berbeza, corak perniagaan yang berbeza, dan sistem pengendalian perniagaan juga berbeza. Namun itu bukanlah ukurannya. Apa yang penting, program ini mencapai objektifnya yang mana boleh memberi ilmu dan inspirasi kepada semua usahawan untuk terus berdaya saing. 12
Hadirin Hadirat Sekalian, Penutup. 11. Kepada bakal-bakal usahawan, jadikan pertemuan pada hari ini sebagai titik permulaan anda untuk menjadi usahawan berjaya. Tanamkan semangat untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan dan jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai satu motivasi. Sentiasalah berhubung dengan PNS yang akan terus menjadi Rakan Perniagaan Francais Anda. Kepada usahawan-usahawan sedia 13
ada, sentiasalah kreatif dan mencari idea-idea baru agar perniagaan anda mampu berdaya saing untuk terus maju. 12. Kami di PNS akan terus komited di dalam mempromosi dan menerapkan minda keusahawanan di kalangan masyarakat menerusi program-program yang dilaksanakan. 13. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Seri Hamzah di atas kehadiran beliau dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang 14
turut terlibat di dalam menjayakan program ini. Sekian Terima Kasih. 15