KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH SUKJAB KKSSK 2016 PIALA PROFESOR IR DR MOHD ZULKIFLY ABDULLAH 1. PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 Terbuka kepada semua ahli KKSSK. 1.2 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain dalam setiap perlawanan. 1.3 Tiap-tiap pasukan MESTILAH mempunyai 7 orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang dari 5 orang pemain, pasukan tersebut tidak dibenarkan bermain. 1.4 Perlawanan akan berlangsung selama 30 minit dengan 15 minit untuk setiap separuh masa (15 x 2 x 15) (Peringkat Liga hingga ke peringkat Akhir). 2. PENGADIL 2.1 Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan; 2.2 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertauliah dan berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM); 2.3 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad. 3. FORMAT PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama. a) Pusingan Pertama i) Pembahagian kumpulan akan dibuat secara undian; ii) Pemberian mata ialah 3 untuk menang, 1 seri dan 0 kalah; iii) Sekiranya terdapat jumlah mata yang seri pada pasukan teratas: Jaringan terbanyak akan diambil kira; Sekiranya masih seri, pasukan yang kena jaringan terkecil akan diistiharkan sebagai pemenang; dan Jika keputusan masih seri, pemenang akan ditentukan menerusi lambungan syiling. iv) Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat Separuh Akhir.
b. Pusingan Separuh Akhir dan Akhir/tempat ke-3 dan 4 i) Jika perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalti sebanyak 5 kali akan diberikan kepada kedua-dua pasukan. Sekiranya masih seri, pemenang muktamad akan dijalankan secara sepakan penalty Sudden Death. 4. PERTUKARAN PEMAIN 4.1 Pertukaran pemain boleh dibuat pada setiap kali perlawanan dijalankan untuk satu-satu pasukan. Pertukaran pemain adalah berdasarkan Rolling Subtitution, tiada had pertukaran pemain pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. 5. PERATURAN AM PERTANDINGAN 5.1 Pasukan yang lewat ataupun tidak berada dipadang selama 10 minit selepas tiupan wisel sepak mula oleh pengadil akan dianggap kalah dan pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma (3 mata jaringan 3-0). 5.2 Sepak mula tepat pada pukul 6.00 ptg. 5.3 Jika pemain telah dikenakan 2 kad kuning oleh pengadil dalam pertandingan ini, secara otomatik pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam SATU perlawanan berikutnya; 5.4 Jika pemain menerima Kad Merah oleh Pengadil, maka pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 6. BANTAHAN 6.1 Sebarang bantahan secara bertulis beserta bukti bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia dalam tempoh 15 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat; 6.2 Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 sebelum ianya dapat dipertimbangkan. Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya. 6.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.
7. YURAN PENYERTAAN 7.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 (Satu Ratus Sahaja) akan di kenakan kepada setiap pasukan. 7.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum 3/01/2017. 8. HADIAH PERTANDINGAN Juara - Naib Juara - Tempat ke-3 Tempat ke-4 Wang Tunai RM400.00 + Medal Wang Tunai RM300.00 + Medal Wang Tunai RM200.00 + Medal Wang Tunai RM100.00 + Medal
KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH SUKJAB KKSSK 2016 PIALA PROFESOR IR DR MOHD ZULKIFLY ABDULLAH ZON: NAMA PENGURUS: BIL NAMA PEMAIN NO. STAF 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PENGAKUAN DIRI Dengan ini, saya selaku pengurus pasukan seperti nama di atas telah bersetuju menyertai Pertandingan ini. Saya juga bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Sukjab KKSSK 2016 Piala Profesor Ir Dr Mohd Zulkifly Abdullah dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Sekian, terima kasih. (Tandatangan Pengurus Pasukan)
KUMPULAN A - PADANG A ZON 2 ZON 1 ZON 6 MATA ZON 2 16.01.2017 17.01.2017 ZON 1 16.01.2017 18.01.2017 ZON 6 17.01.2017 18.01.2017 KUMPULAN B - PADANG B ZON 5 ZON 4 ZON 3 MATA ZON 5 16.01.2017 17.01.2017 ZON 4 16.01.2017 18.01.2017 ZON 3 17.01.2017 18.01.2017 16.1.2017 (Isnin) ZON2 VS ZON 1 PADANG A 5.45 PM ZON 5 VS ZON 4 PADANG B 5.45 PM 17.1.2017 (Selasa) ZON 2 VS ZON 6 PADANG A 5.45 PM ZON 5 VS ZON 3 PADANG B 5.45 PM 18.1.2017 (Rabu) ZON 1 VS ZON 6 PADANG A 5.45 PM ZON 4 VS ZON 3 PADANG B 5.45 PM 19.1.2017 (Khamis) SEPARUH AKHIR JOHAN A (1) VS N.JOHAN B (1) PADANG A 5.45 PM N.JOHAN A (2) VS JOHAN B (2) PADANG B 5.45 PM 20.1.2017 (Jumaat) FINAL PEMENANG (1) VS PEMENANG (2) PADANG A 5.45 PM 20.1.2017 (Jumaat) KE 3 & KE 4 KALAH (1) VS KALAH (2) PADANG B 5.45 PM