UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. PERATURAN AM PERTANDINGAN Mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini. 2. UNDANG UNDANG PERMAINAN 2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, peraturan ini akan dijalankan mengikut undang-undang KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA (KOM). 2.2 Sekiranya timbul perselisihan dari pentafsirnya, undang-undang dalam bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 2.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:- 2.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 2.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). 3. KELAYAKAN Rujuk Perkara 5 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 4. PENDAFTARAN/ PEMBENTUKAN PASUKAN 4.1 Rujuk Perkara 5 dan Perkara 6 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 4.2 Setiap kontinjen olahraga akan diwakili tidak melebihi 50 orang peserta (20 Lelaki dan 20 Wanita) dan 10 pegawai.
4.3 Acara-acara: Kod Acara Acara Wanita Lelaki 01 100 M X X 02 200 M X X 03 400 M X X 04 800 M X X 05 1500 M X X 06 3000 M X 07 5000 M X 08 100 M LARI BERPAGAR X 09 110 M LARI BERPAGAR X 10 400 M LARI BERPAGAR X X 11 3000 M BERJALAN KAKI X 12 5000 M BERJALAN KAKI X 13 LOMPAT TINGGI X X 14 LOMPAT JAUH X X 15 LOMPAT KIJANG X X 16 LOMPAT BERGALAH X X 17 MELONTAR PELURU X X 18 MELEMPAR CAKERA X X 19 MEREJAM LEMBING X X 20 4 X 100 M X X 21 4 X 400 M X X JUMLAH 18 18
5. HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN PASUKAN 5.1 Huruf dan Nombor Peserta BIL KONTINJEN HURUF NO. LELAKI NO. WANITA 1 PERAK A A001-A050 A051-A100 2 SELANGOR B B101-B150 B151-B200 3 PAHANG C C201-C250 C251-C300 4 KELANTAN/ TERENGGANU D D301-D350 D351-D400 5 SABAH H H401-H450 H451-H500 6 JOHOR J J501-J550 J551-J600 7 KEDAH/ PERLIS K K601-K650 K651-K700 8 MELAKA/ NEGERI SEMBILAN M M701-M750 M751-M800 9 PULAU PINANG P P801-P850 P851-P900 10 SARAWAK S S901-S950 S951-S1000 6. REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 7. PAKAIAN DAN PERALATAN 7.1 Rujuk Perkara 10 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 7.2 Ukuran peralatan akan menggunakan mana-mana pertandingan peringkat dewasa melainkan ketetapan lain dibuat. 7.3 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak melebihi 12mm. 7.4 Peralatan: Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan, kecuali galah berlombol untuk acara Lompat Bergalah di mana peserta dibenarkan menggunakan galah sendiri dengan syarat ia diserahkan kepada Pengurus Teknikal terlebih dahulu untuk disahkan. Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah orang lain kecuali dengan mendapatkan kebenaran daripada tuan punya.
7.5 Blok Permulaan: Blok permulaan (starting block) MESTI DIGUNAKAN bagi semua acara berikut: 100m, 200m, 400m, 100m LP, 110m LP, 4x100m dan 4x400m. 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada DUA (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan SATU (1) pasukan bagi acara Lari Berganti-ganti. 8.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut: KATEGORI INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI (BERPASUKAN) Wanita 2 1 Lelaki 2 1 8.3 Sesuatu acara hanya dapat dipertandingkan sekiranya terdapat minimum TIGA (3) peserta / pasukan mengambil bahagian. 9. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN 9.1 Separuh Akhir 9.1.1 EMPAT (4) Separuh Akhir Pemenang setiap separuh akhir dan EMPAT (4) pencatat masa terpantas akan layak memasuki peringkat akhir. 9.1.2 TIGA (3) Separuh Akhir DUA (2) peserta pemenang dan DUA (2) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir. 9.1.3 DUA (2) Separuh Akhir TIGA (3) peserta pemenang daripada setiap separuh akhir dan DUA (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir. 9.1.4 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada Para 9.1.1, 9.1.2 dan 9.1.3 maka penentuan kelayakan akan bergantung
kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juru Rayuan. 9.1.5 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan pengawasan/penyeliaan ahli-ahli juri rayuan dengan mengambil kira perkara berikut: 9.1.5.1 Undian pertama adalah untuk EMPAT (4) peserta atau pasukan yang mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat mereka dilorong 3, 4, 5 dan 6. 9.1.5.2 Undian kedua adalah untuk EMPAT (4) peserta atau pasukan lain yang telah melayakkan diri bagi memutuskan tempat di lorong 1, 2, 7 dan 8. 9.2 Johan Keseluruhan 9.2.1 Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini ialah Kontinjen yang memenangi pingat emas terbanyak. 9.2.2 Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira. 9.2.3 Jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. 10. KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN 10.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh penyelia peserta. 10.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknikal di dalam arena pertandingan. 10.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka tidak dibuat. Maklumat meminta melaporkan diri hanya disiarkan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan. 10.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari
masing-masing kecuali acara lompat tinggi dan lompat bergalah hanya dihadapan sahaja. 10.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian di dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri. 11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Rujuk Perkara 16 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 12. BANTAHAN Rujuk Perkara 17 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 13. PENANGGUHAN PERLAWANAN Rujuk Perkara 15 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM. 14. HADIAH 14.1 Acara Individu sehingga 200 m Pertama, Kedua dan Ketiga. 14.2 Acara Individu 3000m dan jarak lebih daripadanya Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. 14.3 Acara Pasukan LIMA (5) pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang Berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. 15. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Rujuk Perkara 20 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.