TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 1
IBU PEJABAT UTUSAN 8 JUN 2017 5.00 PETANG ------------------------------------------------ YBhg. Datuk Mohd Noordin Abbas Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad 2
Encik Hizamuddin Jamalludin Ketua Pegawai Strategi Bank Islam Malaysia Berhad YBhg. Tuan Hj. Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA 3
Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan YBhg. Dato Hj. Kamarudin Ismail YBhg. Dato Hj. Aliasak Hj. Ambia YBhg. Encik Mohamad Azmi Omaruddin 4
YBhg. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak Ketua Pengarang Kumpulan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad 5
YBhg. Datuk Othman Mohamad Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad YBhg. Datuk Zaini Hassan Penolong Ketua Pengarang 1 6
YBhg. Datuk Mohd Hassan Mohd Noor Penolong Ketua Pengarang YBhg. Datuk Zulkefli Hamzah Pengarang Utusan Malaysia YBhg. Datuk Baharom Mahusin Pengarang KOSMO 7
YBhg. Encik Badrul Azhar Abdul Rahman Pengarang Mingguan Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh, 1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana 8
dipanjangkan usia, untuk kita semua bersama-sama hadir sekali lagi ke Majlis Berbuka Puasa ini. Semoga dengan penganjuran majlis ini, dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. 9
1. Kepada semua hadirin hadirat sekalian, selamat menjalankan ibadah berpuasa dan antara sedar dan tidak, sudah 13 hari tempoh kita berpuasa. 2. Saya selaku Presiden ANGKASA, amat menyambut 10
baik inisiatif penganjuran majlis ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita bersedekah dan seboleh bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini. Semoga dengan usaha ini, dapat memberi makna kepada para pelajar dan adik adik 11
yang saya kira bersemangat dalam menjalankan ibadah puasa. Sama sama kita rebut peluang untuk mencari keberkatan dan Keredhaan- Nya. 3. Alhamdulillah, syukur juga diucapkan kerana dengan 12
keizinan daripada Allah SWT, kita dapat berjumpa sekali lagi tahun ini untuk kali yang KEENAM. 4. Pada petang yang mulia ini, ingin saya ucapkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 13
Kumpulan UTUSAN Melayu (M) Berhad kerana sudi menerima penajaan ANGKASA bagi mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim dan berbuka puasa bersama seluruh warga kerja UTUSAN. Alhamdulillah semua persiapan dapat 14
dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan Kumpulan Utusan. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 5. Saya difahamkan, majlis hari ini dimeriahkan dengan kehadiran 62 ORANG penerima sumbangan daripada anak- 15
anak yatim warga UTUSAN. Semoga dengan kehadiran adik adik ini, dapat membawa keceriaan ke dalam majlis dan melalui sumbangan juga dapat meringankan beban yang dihadapi. Saya amat berharap dengan sokongan semua pihak kita dapat membantu jika tidak 16
semua, setidak-tidaknya menyokong mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan. 6. Ianya bukan rahsia lagi bahawasanya ANGKASA dan 17
Utusan mempunyai hubungan yang amat rapat dan hubungan ini diperkukuhkan dari tahun ke tahun. Adalah menjadi harapan saya, dan seluruh warga ANGKASA supaya hubungan ini dapat dikekalkan dan dipereratkan lagi dalam mencapai hasrat dan cita cita 18
murni menyebarkan maklumat mengenai koperasi sebagai wadah jihad dan perjuangan ekonomi yang mapan baik kepada masyarakat mahupun kepada negara. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 19
7. Tahun ini, MALAYSIA diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah International Cooperative Alliance (ICA) Global Conference and General Assembly atau ICAKL 2017 yang akan diadakan pada 14-17 November 2017 di Sunway Resort Hotel & Spa. Ini adalah 20
program dwi-tahunan anjuran ICA dengan kerjasama koperasi ahli ICA, iaitu ANGKASA untuk penganjuran di Kuala Lumpur. 8. ANGKASA turut menganjurkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) bermula 21
dari 17 hingga 19 November sempena program ICAKL 2017 ini. 9. Pelbagai promosi dan program sedang dan akan diadakan sempena dengan ICAKL 2017 dan ANGKASA amat mengalu-alukan kerjasama 22
daripada Kumpulan Utusan dan Koperasi utusan untuk mempromosikan dan memberi maklumat kepada Gerakan Koperasi dan masyarakat mengenai program antarabangsa ini. 23
10. Harapannya supaya usahasama antara ANGKASA dan Utusan akan sentiasa diperhebat dan gerakan koperasi dapat diperkasa melalui usahasama ini. Semoga Utusan juga terus menjadi peneraju kepada gerakan media massa di negara ini. 24
11. Akhir kata, ingin saya ucapkan selamat berbuka puasa dan semoga majlis yang diadakan pada hari ini mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih. 25