UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA 1
MAJLIS PROGRAM KESEDARAN DERMA ORGAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017 ANJURAN ANGKASA 14 SEPTEMBER 2017, DI AUDITORIUM ANGKASA, KELANA JAYA 2
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih Pengacara Majlis 3
[SALUTASI PENUH DILETAKKAN ATAS ROSTRUM SEBELUM MAJLIS BERMULA] Dato -Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. 4
1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi, merayakan sambutan kemerdekaan ke-60 negara, anjuran ANGKASA. 5
2. Saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat jemputan khas dari KPDNKK, SKM, MKM, agensi-agensi, Kementerian Kesihatan, Pusat Sumber Transplan Nasional, wakilwakil koperasi dan warga kerja ANGKASA ke majlis ini. 6
3. Sebagai pengisian sambutan kemerdekaan kali ini, kita adakan Program Kesedaran Derma Organ yang mendapat kerjasama daripada Pusat Sumber Transplan Nasional. 7
4. Pada hari ini juga, ANGKASA mengambil inisiatif mempromosikan penjagaan kesihatan dengan menjemput pelbagai agensi berkaitan kesihatan sebagai acara sampingan mempromosikan gaya hidup sihat. 8
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 5. Sebagai organisasi yang berpegang kepada prinsip keperihatinan terhadap masyarakat dan alam sekitar, ANGKASA mengambil bahagian mewakili gerakan koperasi 9
Malaysia mengadakan program kesedaran derma organ sebagai usaha menyokong Kerajaan melalui Pusat Sumber Transplan Nasional untuk meningkatkan lebih ramai penderma yang berikrar menjadi penderma dari sektor koperasi. 10
6. Ini kerana negara masih memerlukan ramai penderma terutama dalam kalangan orang Melayu yang masih kecil peratusannya. Berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional bilangan Melayu yang berdaftar sebagai penderma 116,415 orang 11
berbanding Cina 156,217 orang dan India 87,658 orang dengan jumlah keseluruhan penderma berjumlah 383, 173 orang. 7. Melalui usaha ini, kita berharap dapat meningkatkan bilangan penderma Melayu 12
memandang 80 % daripada komuniti koperasi adalah orang Melayu. Seterusnya meningkat penderma organ Malaysia yang masih kecil sekitar 1.2 % berbanding negara maju yang mencecah 30 40 % berbanding jumlah penduduk negara mereka. 13
8. Program ini juga, sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan pentingnya derma organ dalam kelompok gerakan koperasi. Langkah ini, bagi melonjakkan lagi tahap kesedaran dan kefahaman pendermaan organ yang masih lagi menjadi isu 14
sensitif dalam masyarakat kita. Pada hari ini, kita berharap dapat memberi penjelasan detail dan pencerahan terhadap isu ini. 9. Ini juga usaha ANGKASA memberi kerjasama penuh dan menyokong kempen Jom Ikrar 15
Derma Organ dengan tema Satu Ikrar, Sejuta Harapan yang sedang giat dipromosikan Pusat Transplan Nasional. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 16
10. Bagi warga koperasi dan ANGKASA berhasrat menderma organ boleh juga mendaftar sebagai pengikrar derma organ secara online di www.dermaorgan.gov.my 17
11. Saya difahamkan juga, pada Oktober nanti, satu acara larian Let s Save Lives sempena Minggu Kesedaran Derma Organ Kebangsaan, Bulan Kesedaran Cancer Payudara dan Kempen Nak Sihat, bakal dianjurkan Pusat Sumber Transplan Nasional. 18
Jom!...kita beramai-ramai menyertainya sebagai tanda sokongan usaha ini. 12. Akhir kata, saya menyeru untuk kita semua Lebih Berprihatin dengan Kesihatan untuk Hidup 19
Lebih Sempurna di Masa Hadapan. Mulakan dari sekarang!... 13. Dengan lafaz suci Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan PROGRAM KESEDARAN DERMA ORGAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 60 20
ANJURAN ANGKASA... SEHATI SEJIWA Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. 21