BOLA TAMPAR PANTAI (LELAKI & WANITA) SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undangundang asal akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Jawatankuasa Sukan Kerajaan Tempatan 2011. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar Pantai Sukan Kerajaan Tempatan. 2.0 TEMPAT PERTANDINGAN Gelanggang Bola Tampar Pantai, Pantai Hiburan, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. 3.0 ACARA-ACARA Acara-acara yang dipertandingkan adalah: 3.1 Pasukan Lelaki 4.0 PENYERTAAN 4.1 Setiap MD/MP hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja yang terdiri daripada : Pengurus Pasukan 1 orang Pemain (1 Pasukan) 3 orang Jumlah 4 orang
5.0 PAKAIAN 5.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna. Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan. 5.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar track yang tight tidak dibenarkan. 5.3 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai baju/jersi yang sama warna, maka keputusan pertukaran baju/jersi akan dilakukan secara lambungan duit. 6.0 SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Setiap perlawanan terdiri daripada 2 pemain dan 1 pemain simpanan. 6.2 Sinopsis peraturan yang perlu diketahui: 6.2.1 First ball tidak dibenarkan dengan menggunakan kaedah setting. 6.2.2 Open handed tip atau dink tidak dibenarkan. 6.2.3 Setting over hendaklah tinggi dan lurus. 6.2.4 Hanya sekali Sand time out selama 20 saat setiap set bagi setiap pasukan. 6.2.5 Hanya sekali pertukaran pemain dibenarkan setiap set. (Pemain yang bertukar keluar boleh bertukar masuk. 7.0 KAEDAH MENENTUKAN PEMENANG 7.1 Setiap set dimenangi oleh pasukan yang mencapai mata 21 (kecuali set penentuan). Pasukan yang memenangi dua (2) set terus (2-0) adalah dikira pemenang. Sekiranya kedudukan terikat 1-1, maka pemenang akan ditentukan dalam perlawanan set penentuan dengan kiraan 15 mata. 7.2 Sekiranya kedudukan terikat 20-20 atau 14-14 (pada set penentuan) maka permainan hendaklah diteruskan. Pasukan yang mencapai beza 2 mata terlebih dahulu adalah dikira pemenang. 7.3 Pertukaran gelanggang dibuat pada mata ke-8 bagi set penentuan.
7.4 Pemberian mata kepada pasukan-pasukan adalah : Menang - 2 mata Kalah - 0 mata 7.5 Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menetukan kedudukan akan dibuat mengikut sistem kaedah seperti berikut :- 7.5.1 Nisbah Mata (M), M = Jumlah mata menang (semua perlawanan) Jumlah mata kalah (semua perlawanan) 7.5.2 Jika masih seri, nisbah set tertinggi (S), S = Jumlah set menang (semua perlawanan) Jumlah set kalah (semua perlawanan) 7.5.3 Jika masih seri, S1 = Jumlah set menang (antara pasukan terlibat) Jumlah set kalah (antara pasukan terlibat) 7.5.4 Jika masih seri, M1 = Jumlah mata menang (antara pasukan terlibat) Jumlah mata kalah (antara pasukan terlibat) 7.5.5 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang pernah menang diperlawanan tersebut dikira menang. 7.5.6 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.
ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEJOHANAN BOLA TAMPAR PANTAI SUKAN KERAJAAN TEMPATAN 2011 PEMBELIAN ALATAN SUKAN 1. Bola Tampar - 6 biji RM150.00/sebiji = RM900.00 2. Net serta Antenna - 2 set RM250.00/set = RM500.00 3. Tiang untuk net - 2 set RM400.00/set = RM800.00 4. Baju T shirt - 25 helai RM60.00/helai = RM1500.00 JUMLAH (A) = RM3700.00 BAYARAN PENGADIL / PETUGAS 1. Pengadil kejohanan - 6 orang RM200.00/org = RM1200.00 2. Petugas - 19 orang RM100.00/org = RM1900.00 3. Minuman pemain = RM200.00 4. Makan/minum petugas -25 orang RM40.00/org = RM1000.00 5. Perbelanjaan Luar Jangka = RM5000.00 JUMLAH (B) = RM9300.00 HADIAH-HADIAH 1. Johan = RM 500.00 2. Naib Johan = RM 300.00 3. Ketiga = RM 100.00 4. Keempat = RM 100.00 JUMLAH (C) = RM1000.00 DISAHKAN OLEH, JUMLAH (A) = RM3700.00 t JUMLAH (B) = RM9300.00 t JUMLAH (C) = RM1000.00 JUMLAH KESELURUHAN = RM14000.00 ------------------------------------------ ( MOHAMMAD KHAIRUL BIN AWANG ) Pengerusi, Jawatankuasa Penyelaras Sukan Bola Tampar, Sukan Kerajaan Tempatan 2011.
Tarikh :