Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

dokumen-dokumen yang mirip
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah


Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

3 Wasiat Agung Rasulullah

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Doa Hari ke 1. Doa Hari ke 2

Fadhilat Berbaik Sangka

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat


IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

SUMBER HUKUM ISLAM 1

SIFAT MALU (Al Haya) Editor: Nunung NS Disajikan Oleh: M. Rofiqi Redi Sofiadi Rika Siti Syahidah

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Bab 3 Peran Sentral Guru PAI Dalam Memberdayakan Sekolah Sebagai Pusat Pembangunan Karakter Bangsa

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI-ISTRI Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Pertanyaan:

Tauhid Yang Pertama dan Utama

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

[ Indonesia Indonesian

Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

Mendidik Anak Menuju Surga. Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Tugas Mendidik Generasi Unggulan

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir. Disebarluaskan melalui:

Kata Mutiara Sebaik-baik orang adalah membaca Al-Qur an dan sekaligus mengamalkannya (H.R. Bukhari Muslim)

Pendidikan Agama Islam

Tafsir Surat Al-Kautsar

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

1 1 Dari Paul, hamba Allah dan rasul

Standar Kompetensi : 4. Membiasakan perilaku terpuji.

Bukti Cinta Kepada Nabi

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Islam adalah satu-satunya agama yang haq dan diridhoi Alloh SWT yang. disampaikan melalui nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat manusia agar

BAB IV ANALISIS. Setelah mengetahui legalitas şallallahu alaihi wasallam dan alaihi


Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Iman Itu Naik dan Turun

E٤٢ J٣٣ W F : :

Beribadah Kepada Allah Dengan Mentauhidkannya

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. [Q.S. 6 : 116]

Qana ah dan Tasamuh. Aspek Akhlak

Jika Beragama Mengikuti Kebanyakan Orang

Salah Faham Terhadap Hadith

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering


Ditulis oleh : Hajar Abdullah

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

BAHAGIAN A (20 markah)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

BAB I PENDAHULUAN. yang juga memiliki kedudukan yang sangat penting. Akhlak merupakan buah

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Transkripsi:

BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah dan syariah semata mata. Malah aspek akhlak juga sangat dititikberatkan dalam Islam. Umat Islam dituntut untuk melakukan amalan-amalan mahmudah dan meninggalkan amalan-amalan mazmumah dalam kehidupan seharian. Seseorang yang beriman perlulah mempunyai akhlak yang mulia sepertimana yang dianjurkan Islam dan apa yang telah dinasihatkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Sunnahnya. Allah SWT telah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai tanda rahmat, cinta dan kasih sayang kepada hamba-hamba-nya. Para nabi dan rasul ini bertanggungjawab untuk memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah demi mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, sepertimana yang terungkap di dalam kitab suci al-quran sejak berabad yang lalu.

Nabi Muhammad SAW telah diutus untuk membawa syariat Allah yang terakhir sekali iaitu agama Islam untuk seluruh umat manusia dan ianya kekal sehingga akhir zaman. Baginda merupakan seorang insan yang terulung dalam konteks kehidupan, dalam masa yang sama baginda juga merupakan seorang murabbi teragung yang mempunyai akhlak serta nilai yang sangat mulia yang didasari oleh al-quran. Kita boleh melihat dan memperakui betapa tinggi dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam sehingga ianya menjadi misi utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ke dunia. Baginda pernah menegaskan pentingnya akhlak dalam kehidupan melalui hadis yang diriwayatkan oleh al-baihaqi yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN AKHLAK RASULULLAH. Dalam surah al-ahzab ayat 45 dan 46, Allah SWT berfirman yang maksudnya: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), serta pemberi peringatan (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan izin-nya dan sebagai lampu yang menerangi. Allah SWT berfirman dalam Surah Saba ayat 28: Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), dan pemberi peringatan (kepada orang yang ingkar). Tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). Ayat-ayat al-quran di atas menjadi bukti bahawa tujuan Allah SWT melantik Nabi dan Rasul-Nya adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej-nya kepada umat manusia. Terdapat dua mesej iaitu mesej yang menerangkan perkara-perkara baik dan juga

mesej tentang perkara-perkara tidak baik. Ini sebagai pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada umat manusia. Sebagai Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad SAW telah dilantik dan dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tangungjawab ini khusus untuk umatnya. RASULULLAH CONTOH TERBAIK INSAN BERAKHLAK MULIA Nabi Muhammad SAW telah membesar dan menempuh hidup dalam suasana kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Baginda dikelilingi masyarakat Jahiliyyah yang melakukan perkara-perkara kesesatan dan mungkar seperti menyembah berhala, membunuh anak perempuan, melakukan zina, minum arak, berjudi dan menindas kaum yang lemah (hamba dan kaum wanita). Namun demikian, Rasulullah tetap terpelihara dari melakukan sebarang bentuk kemaksiatan dan membesar dalam keadaan kesempurnaan akal dan jasad, budi dan adab sopan, sehingga terkenal di kalangan penduduk Mekah. Baginda berakhlak mulia meskipun masyarakat ketika itu masih mempunyai dan mengamalkan peradaban yang rendah. Perwatakan baginda tidak pernah dipengaruhi oleh suasana dan persekitaran yang penuh dengan kemaksiatan. Semenjak kecil lagi baginda telah merasa benci kepada fahaman dan perlakuan masyarakat Jahiliyyah yang menyembah berhala. Aqidah kepercayaan baginda adalah suci dan terpelihara sepertimana tergambar serta terzahir dalam wataknya yang berbudi pekerti yang tinggi dan mulia. Ketika dewasa, Rasulullah tidak pernah melakukan sebarang bentuk perlakuan keji dan maksiat seperti tidak meminum arak, tidak menikmati hiburan yang melampaui batas serta tidak hidup berpoya-poya seperti tabiat kebiasaan yang selalu diamalkan oleh para pemuda Arab Mekah ketika itu. Baginda tidak pernah tunduk menyembah berhala, walaupun perbuatan tersebut menjadi amalan kebanyakkan bangsa Arab Jahiliyyah. Baginda juga tidak pernah menggunakan bahasa yang kotor dan kasar, serta tidak pernah berbohong atau berdusta. Dari Abdullah (bin Mas ud), ia berkata :

Rasulullah SAW bersabda: Wajib atasmu berlaku jujur, karena sesungguhnya jujur itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke surga. Dan terus-menerus seseorang berlaku jujur dan memilih kejujuran sehingga dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, karena sesungguhnya dusta itu membawa kepada kedurhakaan, dan sesungguhnya durhaka itu membawa ke neraka. Dan terus menerus seseorang berdusta dan memilih yang dusta sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Hadith Riwayat Muslim] Baginda sangat menghormati bukan sahaja kepada orang-orang tua, malahan orang-orang muda dan amat mengasihi kanak-kanak, anak yatim dan wanita yang kehilangan suami. Baginda telah memperlihatkan kualiti seorang manusia yang unggul apabila sentiasa berusaha untuk membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam keadaan serba kekurangan. Nabi Muhammad SAW amat kasih dan sayang kepada sahabat-sahabatnya dan satu sikap yang amat terpuji adalah baginda sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terutama musuh-musuhnya. Baginda sentiasa melemparkan riak wajah yang manis, yang boleh menyenangkan hati semua orang. la tidak suka memperkatakan tentang keburukan dan keaiban orang lain dan sentiasa bersangka baik terhadap semua orang. Baginda lebih suka menjadi orang yang pertama memberi salam dan mendoakan kesejahteraan kepada sahabat-sahabatnya. Kadangkala baginda memanggil mereka dengan nama-nama yang menyenangkan untuk menunjukkan betapa kasih dan mesranya baginda kepada mereka. Sekiranya seseorang sahabat pernah membantunya, baginda amat menghargai pertolongan tersebut buat selama-iamanya.

Dari Abdullah Ibn Harits mengatakan: Aku tidak pernah melihat seorangpun yang banyak tersenyem selain Rasulullah. Beliau juga mengatakan: Rasulullah tidak pernah tertawa kecuali tersenyum. (Hadith Riwayat Tirmizi) Baginda juga apabila berkatakata, ia bersungguh. Walaupun demikian, baginda juga mempunyai perwatakan yang suka bersendagurau dan tertawa, tetapi tidak menyimpang dari dasar kebenaran dan tidak berlebih-iebihan. Apabila marah, tidak tergambar kemarahannya, hanya kelihatan antara dua keningnya sedikit peluh. Ini kerana, baginda amat penyabar dan sentiasa menahan rasa marah dan tidak mahu melemparkan kemarahannya kepada orang lain. Semua ini berlaku kerana baginda mempunyai sifat berlapang dada dan menghargai orang lain. Baginda juga mempunyai sikap yang tegas dan tidak pernah berasa ragu. Sebelum mengambil sesuatu keputusan, baginda akan berfikir dan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Sifat sedemikian sudah sebati dalam diri baginda dan mendatangkan keselesaan kepada semua orang. Lain-lain sifat keistimewaan yang ada dalam diri baginda ialah baginda seorang yang cerdik, bijaksana dan cepatberfikir serta bertindak. Sebelum diutuskan menjadi nabi dan rasul lagi, baginda sentiasa diminta untuk memberikan buah fikiran, pendapat dan pandangan daripada pelbagai peringkat masyarakat Arab ketika itu bagi menyelesaikan sebarang kesulitan, terutamanya dalam penyelesaian masalah berbangkit. Segala pandangan dan pendapat yang diberikan secara umumnya selalu diterima dan dihormati. Dari Anas katanya: Rasulullah SAW adalah orang yang paling cantik, paling berani dan paling pemurah. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semua sifat-sifat mahmudah yang utama, terdapat dalam diri dan sentiasa menghiasi keperibadian baginda yang unggul. la memancarkan suatu cahaya yang amat indah serta sangat menarik perhatian umum. Inilah sebaik-baik ikutan. Oleh sebab itu, setiap individu yang pernah menemui baginda, sama ada semasa mudanya,sebelum menjadi nabi dan rasul mahupun sesudah diutus menjadi nabi dan rasul akan menghormati baginda. Walaupun terdapat sebilangan yang memusuhinya setelah baginda diutus menjadi nabi dan rasul, tetapi permusuhan yang wujud adalah semata-mata disebabkan keengganan mereka mengikut perintah Allah SWT, bukan kerana permusuhan dan kebencian terhadap diri dan peribadi baginda. KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW CONTOH AKHLAK AL-QURAN Satu rahsia kehebatan dan kemuliaan al-quran, ia diturunkan oleh Allah SWT kepada sebaik-baik rasul iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dipilih Allah SWT sebagai sebaik-baik dan semulia-mulia rasul walaupun Baginda diutuskan sebagai rasul terakhir. Kebenaran Nabi SAW sebaikbaik rasul dirakamkan Allah SWT dalam firman-nya yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al- Anbiya, ayat 107) Ayat ini jelas menunjukkan pengiktirafan Allah SWT khusus kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, yang tidak diberikan kepada nabi dan rasul yang lain. Rasulullah SAW juga sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda ialah akhlak al-quran itu sendiri.tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik

daripada keindahan akhlak al-quran.allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-qalam, ayat 4) Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab: Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-quran) (Riwayat Muslim) Imam Ibn Katsir menjelaskan, ini menunjukkan Nabi SAW sebagai manusia yang patuh semua perintah dan larangan Allah SWT dalam al-quran dengan penuh sabar dan berakhlak. Jika al-quran memerintahkan sesuatu maka Rasulullah SAW menurutinya. Jika al-quran menegahnya maka Rasulullah SAW meninggalkannya.inilah peribadi Nabi Muhammad SAW yang telah dibentuk oleh Allah SWT daripada akhlak yang mulia seperti sifat malu, kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh akhlak yang cantik. Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang baik dan Allah SWT memperbaiki akhlak Baginda. Daripada Aisyah, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku. (Riwayat Imam Ahmad) Sebagai umat Islam kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam.