PERTANDINGAN DIKIR BARAT INOVASI HARI KREATIF DAN INOVATIF (HKIP) UPM 2017 TARIKH : 26 NOVEMBER 2017 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : AUDITORIUM WHITE HOUSE UPM SYARAT UMUM 1. Terbuka kepada semua staf dan warga di Universiti Putra Malaysia. 2. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu menghantar SATU KUMPULAN PESERTA SAHAJA DAN SEORANG WAKIL SEBAGAI PANEL PENILAI. 3. Mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan menyertai pertandingan ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan hendaklah dihantar kepada urusetia Pertandingan Dikir Barat Inovasi Hari Kreatif dan Inovatif (HKIP) UPM 2017 di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM atau di email terus ke adidi@upm.edu.my sebelum atau pada 20 OKTOBER 2017. Penghantaran borang penyertaan selepas tarikh ini akan dianggap tidak sah dan tidak akan diterima. 4. Setiap kumpulan peserta hendaklah mengenakan busana yang bersesuaian serta tidak menjolok mata. 5. Semua perbelanjaan perjalanan dan makanan tidak akan disediakan dan berada di bawah tanggungjawab kumpulan (PTJ) sendiri. 6. Keputusan panel hakim adalah muktamad. 7. Peraturan universiti yang sedia ada di UPM perlulah dipatuhi sepanjang berlangsungnya pertandingan. 8. Persembahan haruslah mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya persembahan melebihi masa yang ditetapkan, para juri berhak menolak markah. 9. Setiap peserta mesti berada 1 jam sebelum raptai dan acara persembahan dimulakan. 10. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian/kehilangan semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab PTJ sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan daripada pihak penganjur. 11. Pihak jawatankuasa pertandingan boleh membuat perubahan mana-mana syarat yang difikirkan perlu kepada perubahan dari semasa ke semasa dan
berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang melanggar peraturan yang ditetapkan. SYARAT KHUSUS 1. Penyertaan 1.1 Terbuka kepada staf Universiti Putra Malaysia yang mewakili PTJ masingmasing. 1.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 20 orang peserta. Jumlah ini merangkumi: i. 1 orang Juara ii. 1 orang Tukang Karut iii. 5 orang Pemuzik iv. 14 orang Awak Awak 2. Peserta boleh terdiri daripada campuran lelaki dan perempuan atau lelaki sahaja atau perempuan sahaja. 3. Peralatan muzik : 3.1 Setiap pasukan hendaklah menggunakan alat muzik Kitar Semula mengikut kreativiti masing-masing. 3.2 Semua peralatan ini hendaklah dibawa sendiri oleh pasukan yang bertanding. 4. Penjurian dan pemarkahan: 4.1 Penghakiman akan dilakukan oleh sekumpulan panel hakim yang dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. 4.2 Penghakiman adalah berdasarkan aspek berikut: i. Nukilan mengikut kesesuaian/tema ii. Suara iii. Muzik iv. Paduan suara awak awak v. Gaya persembahan vi. Pakaian
5. Persembahan berdikir boleh menggunakan sama ada dialek Kelantan atau Bahasa Malaysia. Peserta dilarang menggunakan kata kata yang sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain atau pasukan lain. 6. Tajuk / Tema : 6.1 Tema untuk pertandingan ialah INOVASI MENGILHAM MASA DEPAN CEMERLANG. 6.2 Peserta DILARANG menyentuh soal soal politik, perkauman, dasar kerajaan, hal hal keagamaan dan hal hal lain yang sensitif. 7. Setiap pasukan diwajibkan mempersembahkan 1 lagu Juara dan 3 jenis lagu karut iaitu: i. Karut Yenki/Perlahan ii. Karut Kelantan/ Cepat iii. Melodi Wau Bulan 8. Durasi persembahan ialah selama 10 minit 9. Pakaian: 9.1 Peserta-peserta hendaklah memakai pakain tradisional (seragam) mengikut pilihan pasukan masing masing yang bersesuaian dengan pertandingan Dikir Barat Inovasi. 9.2 Pakaian hendaklah sesuai dan tidak menjolok mata. 10. Hadiah yang di tawarkan adalah. 1. Johan - Plak, Hadiah Iringan, Sijil 2. Naib Johan - Plak, Hadiah Iringan, Sijil 3. Ketiga - Plak, Hadiah Iringan, Sijil 11. Sebarang pertanyaan, boleh di ajukan terus kepada: - En.Adidi bin Tamin 03-89467522 (Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM)
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT INOVASI HARI KREATIF DAN INOVATIF (HKIP) UPM A) MAKLUMAT KUMPULAN NAMA KUMPULAN PTJ NAMA PENGURUS NO TEL. PENGURUS NAMA WAKIL PANEL & NO TEL B) MAKLUMAT PESERTA BIL NAMA NO. I/C PERANAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.
15. 16. 17. 18. 19. 20. Pengesahan Penyertaan : Bahawasanya, saya (wakil daripada kumpulan) mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Dikir Barat Inovasi Hari Kualiti dan Inovatif UPM untuk tahun 2017 ini dan mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan serta tidak akan membuat sebarang tuntutan di atas segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan program ini. Yang Benar, (Nama Pengurus Pengiring) Sila lengkapkan borang penyertaan ini dan hantarkan ke alamat di bawah sebelum atau pada 20 OKTOBER 2017. Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Tel : 03-8946 6072 Faks : 03-8946 7277 @ email kepada: En.Adidi Tamin (adidi@upm.edu.my)