TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR

dokumen-dokumen yang mirip
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

Yang Berbahagia Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamil, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Ucapan Aluan BRIG. JEN. DATUK PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BENGKEL SOA PROJEK-PROJEK RMK MAC 2014 * PUTRA PALACE

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Yg Bhg. Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UniMAP),

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

Mr. Paulo Ferreira Director, World University Championship International University Sports Federation (FISU)

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Yang Berbahagia Dato Prof Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

SEMINAR KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP) UniMAP. Teks Ucapan

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam ramadhan.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS KHATAM AL QURAN BERSEMPENA IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP,

Prof. Dr. Zul Azhar Bin Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MALAYSIA UNIVERSITY ROBOT COMPETITION (MURoC) Teks Ucapan

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Seterusnya staf dan pelajar Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

TEKS UCAPAN KOMANDAN PALAPES UniMAP KOL PROF DATO DR. KAMARUDIN BIN HUSSIN PADA 4 FEB 2008 SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA ANUGERAH GEMILANG SISWA UNIMAP 2013

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Transkripsi:

1 TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 5 MAC 2014 DI KAMPUS KUBANG GAJAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP SALUTASI Yang Berbahagia Dato Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Hamid Adom, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Fo ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Pendaftar UniMAP, Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP, Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pemangku Pustakawan UniMAP, Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP,

2 Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian. Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao, Magandang umaga (Tagalog), ahroonsawad (Bahasa Thai), Saba Hal Khair. KATA ALU-ALUAN Hadirin sekalian, 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya, dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini. Terima kasih saya ucapkan buat semua warga UniMAP yang sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti senamrobik ini. TIPS KESIHATAN 2. Seperti kebiasaannya di tahun 2014 ini, saya akan memulakan ucapan saya dengan berkongsi maklumat mengenai kesihatan. Pada minggu ini, sedikit perkongsian mengenai Keracunan Makanan. 3. Acapkali, lahir dari mulut kita bahawa sakit yang mempunyai simptom cirit birit, muntah adalah berpunca dari keracunan makanan. Tetapi adakah kita tahu apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan adalah berpunca daripada memakan makanan yang tercemar. Untuk makluman warga UniMAP, makanan boleh tercemar dengan bakteria yang menyebabkan penyakit semasa pemprosesan, pengendalian atau penyimpanan makanan. Bakteria yang sering dikaitkan dengan keracunan makanan adalah E. Coli, Salmonella dan Staphylococcus. 4. Keracunan makanan bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Sebagai contoh, tahun lepas, Malaysia mencatatkan beberapa insiden keracunan makanan dengan beberapa kematian selepas memakan

3 makanan yang disediakan atau dibeli di pasar Ramadan, kantin sekolah, dan majlis perkahwinan. 5. Malah di Pusat Kesihatan UniMAP sendiri, telah mencatatkan 431 kes yang disyaki keracunan makanan di semua klinik-klinik UniMAP dari bulan Januari hingga Disember 2013. 6. Pengendalian makanan yang tidak selamat, makanan terdedah, menyentuh bahagian badan semasa mengendali makanan dan tidak mencuci tangan selepas ke tandas adalah sebab-sebab biasa pencemaran makanan. Oleh itu kebersihan diri pengendali makanan adalah amat penting untuk mengelakkan keracunan makanan. 7. Pesakit keracunan makanan akan mengalami salah satu atau semua tanda-tanda seperti mual, muntah, sakit perut, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Kehilangan cecair badan yang berlebihan boleh membawa maut terutama bagi kanak-kanak dan orang tua jika tidak dirawat dengan segera. Pemeriksaan segera dengan doktor adalah penting bagi kes-kes sedemikian. 8. Kempen kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati tentang tiga langkah mudah untuk mengelakkan keracunan makanan iaitu 'melihat, menghidu dan merasa' makanan sebelum anda makan. Mangsa keracunan makanan sering menyalahkan pengendali makanan atau pembekal makanan sementara mereka sendiri mengabaikan prosedur keselamatan tersebut sebelum memakan sesuatu makanan. 9. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin menasihatkan jawatankuasa kafeteria universiti untuk menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke atas kafeteria UniMAP bagi memastikan kebersihan makanan, premis dan pengendali makanan sentiasa terjaga. 10. Kita sebagai pengguna sentiasa mempunyai pilihan bijak iaitu tidak mengunjungi kafeteria yang kotor. Gunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt. Walau sesedap manapun makanan tersebut tetapi

4 kebersihan harus diutamakan bagi menjamin kesihatan yang terbaik. InsyaAllah. Hadirin sekalian, PROGRAM TELAH BERLANGSUNG MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2014 11. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penyelidik UniMAP yang menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2014 yang muncul sebagai johan keseluruhan dengan meraih 15 pingat emas, 11 perak dan 8 gangsa dari 35 produk yang dipertandingkan. Tahun lepas kita berjaya meraih 7 emas, 10 perak dan 10 gangsa dari 27 produk. MTE 2014 adalah kejayaan pembuka tirai penyelidikan yang saya yakin akan menjadi pembakar semangat untuk pameran penyelidikan yang lain pula. Berikan tepukan yang gemuruh buat semua penyelidik UniMAP yang menyertai MTE 2014. 12. Tidak ketinggalan, tahniah diucapkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) UniMAP kerana melaksanakan pemilihan yang teliti kepada setiap produk yang mengambil bahagian dalam MTE 2014 ini. Semoga PPPI akan terus peka dan sensitif dengan pemilihan produk yang bakal menyertai sebarang penyertaan. Dari segi kejayaan produk, saya berasa bangga dengan pencapaian tersebut. Cuma apa yang dapat saya lihat adalah ada beberapa kategori lain yang kita mampu perbaiki dan saya berharap ianya diambil perhatian yang sewajarnya oleh PPPI dan warga UniMAP yang lain. 13. Sebagai contoh, bagi anugerah booth terbaik, anugerah booth paling innovatif, anugerah booth paling informatif dan juga mesra pelanggan. Saya berharap agar kita dapat mempertingkat usaha keras kita untuk meraih anugerah tersebut. Anugerah yang saya sebutkan

5 diatas adalah lebih tertumpu kepada PPPI sendiri. Wakil dari PPPI seperti Dr. Ruslinda dan pegawainya haruslah memberi fokus kepada penilaian anugerah tersebut. Hal ini kerana, dibarisan hadapan booth, bukanlah dikuasai penyelidik tetapi oleh PPPI. 14. Oleh itu, saya harapkan kerjasama PPPI untuk lebih fokuskan khidmat kaunter booth di semua pameran penyelidikan yang kita sertai. Biarlah kejayaan yang kita raih ini adalah seiring antara satu sama lain. Bukan sahaja meraih juara keseluruhan atau pingat emas terbanyak tetapi juga booth UniMAP adalah sangat berinformasi, berinovatif dan mesra pelanggan. InsyaAllah. UniMAP LEBARKAN SAYAP KE KOREA 15. Baru-baru ini saya berkesempatan sekali lagi ke Korea dalam lawatan kerja selama selama lima hari untuk meluaskan jaringan akademik dan memperkenalkan UniMAP di peringkat antarabangsa. Di Gumi Korea, UniMAP telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Syarikat Man & Tel. 16. Untuk makluman, Syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang berdaya saing dalam bidang peralatan latihan pendidikan teknikal yang berpusat di bandar Gumi di wilayah Gyeongsang, Korea Selatan. 17. Syarikat ini sebenarnya telah mencapai kemajuan besar dalam bidang peralatan latihan pendidikan dalam teknologi seperti Robotik, photovoltaic, RFID dan rangkaian sensor lebih daripada satu dekad sejarah korporatnya. 18. Selain itu mereka juga mengembangkan pembangunan produk teknologi elektro-komunikasi. Man & Tel mahu menyumbang kepada masyarakat global peluang untuk memulihkan keupayaan kepada pesakit mengalami strok, angin ahmar dan fisioterapi.

6 19. Saya benar-benar berharap kerjasama ini akan membuka peluang kepada kedua-dua pihak bagi saling berkongsi maklumat, kepakaran selain membantu pihak UniMAP menubuhkan Pusat Latihan Teknikal yang terbaik di Malaysia suatu hari nanti. 20. Manakala di Andong Korea, UniMAP telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Andong National University, Korea bagi merintis kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan. Untuk makluman, Andong National University adalah merupakan institusi pengajian tinggi nasional pertama di Korea Selatan yang menjalin kerjasama dengan UniMAP. 21. Saya percaya kerjasama ini akan memberi impak yang besar dalam bidang akademik dan penyelidikan, UniMAP sebagai sebuah universiti yang masih muda boleh menjadikan Andong National University yang berusia 67 tahun ini sebagai salah satu contoh terbaik. Hadirin sekalian, PEMBERIAN BAUCAR BUKU 22. Hari Ini juga akan diadakan Majlis Simbolik penyerahan baucar buku kepada pelajar UniMAP yang layak menerima sumbangan tersebut. Saya mendapat makluman bahawa jumlah pelajar yang layak adalah seramai 9690 orang (Diploma/Ijazah/Master/PHD) yang melibatkan jumlah peruntukan yang diterima adalah RM2,425,000.00 (DUA JUTA EMPAT RATUS DUA PULUH LIMA RIBU RINGGIT MALAYSIA); 23. Saya mohon kerjasama warga UniMAP termasuk staf dan pelajar untuk meuar-uarkan kepada pelajar yang lain, selepas berakhirnya majlis simbolik penyerahan ini, semua pelajar dimohon rujuk kepada pusat

7 Pengajian masing-masing untuk maklumat lengkap tempat dan waktu agihan yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian masing-masing. 24. Sampaikan juga pesanan saya kepada semua pelajar untuk bijak dalam menggunakan baucar buku ini. Hal ini kerana pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. 25. Saya yakin terdapat keberkatan dalam menuntut ilmu sekiranya para pelajar menggunakan baucar ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan iaitu dengan membeli buku-buku pendidikan yang sewajarnya. Janganlah menyalahgunakan baucar ini seperti menjualkan kepada orang lain dan sebagainya. Perbuatan tersebut adalah sangat tidak bermoral dan tidak mendapat keberkatan. PENUTUP Hadirin sekalian, 26. Sebelum mengakhiri ucapan, harapan saya agar saya apa yang saya sampaikan pada pagi ini akan menjadi perkongsian yang terbaik buat semua warga UniMAP serta dapat meningkatkan semangat kita semua bagi mengharumkan nama UniMAP di masa akan datang. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

8