YWP 215 Pengenalan Kepada Kewartawanan

dokumen-dokumen yang mirip
TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR PASCA SISWAZAH

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

warah matnllahi Ta'ala Assalamualaikum wa barokatah Dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kemuncak Hari AKNC ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2009

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2007

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

TEKS UCAPAN YBHG. DATO SYED KAMARULZAMAN BIN DATO SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

TEKS UCAPAN NAIN CANSELOR [Majlis Penutupan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 17 Feb 2006 (Jumaat) 2.30ptg Perpustakaan VMS]

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TERTIB ACARA PENTADBIRAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKHEMAHAN BITARA STEM UKM-FELDA OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 6 JUN 2014 (JUMAAT) JAM 9.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

Transkripsi:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 YWP 215 Pengenalan Kepada Kewartawanan Masa: 3 jam Kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM (6) muka surat yang bercetak. Jawab TIGA (3) soalan. Soalan SATU (1) adalah wajib. Sumbangan markah tiap-tiap soalan ialah 100 markah. 2/-

- 2-1 Tuliskan satu berita lengkap berdasarkan teks ucapan yang disertakan dalam lampiran 1 (Berita yang ditulis mestilah tidak melebihi 7 perenggan). 2. Menurut Schaffer, McCutcheon dan Stofer (1998), temubual merupakan jiwa pemberitaan. Melalui penggunaan petikan dan pandangan peribadi yang boleh diperolehi melalui temubual, sesuatu berita akan lebih segar dan hidup di minda pembaca. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan kepentingan temubual dalam pemberitaan dan bincangkan proses menjalankan temubual. 3. Menurut Dr. A. Samad Ismail (1989), Prinsip etika di sebalik idea sebuah akhbar yang bertanggungjawab kepada masyarakat ialah golongan majoriti sering didengar, sedang golongan minoriti diberikan hak bersuara, bahawa kerajaan boleh memberitahu kepada rakyat akan rancangannya dan rakyat pula diperbolehkan menyatakan perasaan mereka. Bincangkan kenyataan di atas dan jelaskan tiga aliran pemikiran dalam etika kewartawanan dengan memberikan contoh-contoh. 4. Jelaskan konsep-konsep berikut dengan contoh-contoh: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Beat Pendulu ringkasan/rumusan Pendulu penting Piramid Terbalik Piramid Tegak Gaya penulisan Hardnews Softnews Caption Berita tempatan 5. Menurut Mohd Safar Hasim (1996), sistem akhbar sesebuah negara adalah berbeza. Ia mungkin berbentuk bebas, seperti di beberapa negara Barat; atau dikawal oleh negara, seperti di negara-negara komunis; atau dikawal oleh kerajaan, seperti di sesetengah negara membangun. Berdasarkan kenyataan tersebut bincangkan Empat Teori Akhbar. Jelaskan kelemahan-kelemahan yang wujud dalam teoriteori tersebut. 3/-

- 3 - LAMPIRAN 1 TEKS UCAPAN YG. BHG. TAN SRI DATO HJ. ANI AROPE, PENGERUSI, LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEMPENA UPACARA PERASMIAN PERAYAAN 35 TAHUN PENGAJIAN KOMUNIKASI PADA 13 JULAI 2006 BERTEMPAT DI GALERI BUDAYA REKACIPTA DAN INOVASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Yang dihormati Pengerusi Majlis; Yang Berusaha, Prof. Madya Mohamad Zin Nordin, Dekan, Pusat Pengajian Komunikasi; Encik Azman Abdullah, Pendaftar, USM, Dekan-dekan; Ketua-ketua jabatan; dif-dif kehormat; wakil-wakil media; dan sidang hadirin yang saya hormati sekalian. Jika kita mencapai usia 35 tahun, kita seharusnya dilihat sebagai seorang yang telah cukup dewasa dan matang. Kedewasaan dan kematangan ini selalunya dilihat dari aspek fizikal dan mental. Demikian juga apa yang kita raikan untuk pengajian komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM) pada hari ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana pengajian komunikasi USM telah mencapai usia kematangannya hari ini. Dari segi fizikal, pengajian komunikasi USM telah mempunyai sebuah payung yang baik untuk dijadikan tempat berteduh iaitu Pusat Pengajian Komunikasi dengan bangunannya yang tersergam, berhampiran dengan tempat saya bercakap ini. Sepanjang 35 tahun ini juga pengajian komunikasi USM telah melahirkan ramai pemikir, penyelidik dan pengamal media yang cemerlang di negara ini, di mana mereka telah memulakan langkah pertama ke arah karier mereka sekarang dalam bidang pengajian komunikasi di USM. 4/-

- 4 - Tuan-tuan dan puan-puan, Sebagai Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terulung di negara ini yang menawarkan pengajian komunikasi, USM tentunya amat berbangga kerana wujudnya sebuah pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus komunikasi yang berkualiti, seterusnya memberi sumbangan yang amat besar dalam arus pembangunan negara. Usia 35 tahun pengajian komunikasi di universiti ini telah diterjemahkan ke dalam bentuk penghasilan modal insan yang kini mendokong pelbagai institusi media, agensi-agensi periklanan, agensi-agensi perhubungan awam di pelbagai jabatan sama ada kerajaan mahupun swasta, dan turut meresapi sektor-sektor pekerjaan lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan industri media. Walau siapapun mereka, ia adalah bukti usaha dan jasa bakti USM melalui pengajian komunikasinya yang diiktiraf di peringkat nasional dan global. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya suka menekankan di sini bahawa dalam keghairahan kita melahirkan ramai graduan komunikasi, kita tidak boleh lupa kepada soal nilai, etika dan moral bangsa. Kita tidak harus berbangga dengan kuantiti graduan yang dihasilkan pada setiap tahun dengan segulung ijazah masing-masing tanpa melihat kepada kualiti mereka dalam dunia pekerjaan. Graduan komunikasi yang berkualiti akan berupaya menangani dunia komunikasi secara bijak agar ia tidak memberi impak buruk kepada masyarakat dan negara. Pada hari ini media massa di negara kita terlalu ghairah memperbesarbesarkan soal hiburan, gosip, kisah keruntuhan rumah tangga artis dan pelbagai program realiti yang melemaskan masyarakat, khususnya golongan muda-mudi. Golongan muda-mudi di Malaysia hari ini dilekakan dalam arus hiburan yang memesongkan nilai-nilai dan peranan sebenar mereka sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Kita tidak seharusnya meniru secara melulu setiap produk hiburan daripada Barat yang seringkali bercanggah dengan nilai-nilai dan budaya masyarakat kita. Sebaliknya, dalam banyak aspek, beberapa penyesuaian dan penambahbaikan perlu dilakukan agar setiap program atau laporan berita yang 5/-

- 5 - diterbitkan itu bersesuaian dan berupaya meransang minda penonton tempatan ke arah menjadikan mereka seorang warga yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Tuan-tuan dan puan-puan, Dalam aspek pemberitaan pula, setiap laporan berita yang hendak disiarkan perlu dinilai dari segi kesan baik dan buruknya kepada penonton dan pembaca. Berita-berita bersifat khabar angin dan melaga-lagakan pihak-pihak tertentu akan membangkitkan kegawatan sosial serta pra-sangka antara individu dan kaum tertentu dalam masyarakat majmuk. Hal sebegini perlu dielakkan sama sekali. Kalaupun sesuatu berita itu perlu juga disiarkan, kesahihannya wajib dipastikan terlebih dahulu supaya tidak timbul suasana keliru di kalangan orang ramai. Kita dapati sejak akhir-akhir ini tahap kepercayaan dan kebergantungan masyarakat terhadap media begitu tinggi. Orang ramai memantau apa juga yang berlaku di sekeliling mereka melalui laporan media; baik media cetak mahupun media elektronik. Oleh yang demikian, kepercayaan itu perlu dinilai dan dihargai dengan sebaik-baiknya oleh setiap pengamal media agar media massa dilihat memainkan peranan positif serta menyumbang kepada pembangunan negara. Dengan kata lain, komunikator yang bertanggungjawab tidak akan mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dan negara. Ibarat kata pepatah: mata pena lebih tajam daripada mata pedang; maka setiap orang yang terlibat dalam penyampaian maklumat kepada orang ramai perlu mengambil tanggungjawab yang besar demi untuk melihat bangsa dan negaranya berkembang maju dalam suasana penghidupan yang aman dan damai. 6/-

- 6 - Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Pengajian Komunikasi di atas sambutan 35 tahun pengajian komunikasi di USM ini. Semoga dengan sambutan yang bersejarah ini akan memberi kekuatan dan semangat untuk Pusat Pengajian Komunikasi melangkah lebih jauh ke hadapan demi untuk mencipta kecemerlangan, sekaligus melahirkan lebih ramai graduan komunikasi yang berkualiti dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan bermakna dalam pembangunan negara. Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, saya, dengan ini merasmikan Perayaan 35 Tahun Pengajian Komunikasi di USM. Sekian, terima kasih. Maklumat Tambahan * Tetamu Jemputan: Dekan-dekan, bekas pensyarah, bekas staf dan alumni Pengajian Komunikasi. *Jumlah Hadirin: 100 orang. - ooo O ooo -