Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

dokumen-dokumen yang mirip
"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:


Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002


KUMPULAN KATA-KATA BIJAK

للسنة االولى مصلح فتح الرمحن.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

2. "Hiduplah dengan penuh hikmat terhadap orang-orang luar, pergunakanlah waktu yang ada. " Kolose 4:5.

[ Indonesia Indonesian

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

MENGIKUTI HAWA NAFSU

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

1. Siapa berjalan pada jalannya sampai.

Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. [Q.S. 6 : 116]

Seni Menata Hati Dalam Bergaul

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

I Pendahuluan. Proses Usaha. Doa. Peluang

BAB IV ANALISIS NILAI-NILAI PENDIDIKAN ISLAM DALAM NOVEL NAK, MAAFKAN IBU TAK MAMPU MENYEKOLAHKANMU KARYA WIWID PRASETYO

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

PESANAN UNTUK ORANG YANG BERDOSA

MEMPERBAHARUI PIKIRAN KITA

Langkah untuk Damai & Tenang

Mutiara Islahul Qulub 3

ALKITAB. Alkitab The Bible Halaman 1

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

MENGATASI KEMURUNGAN DAN MENERIMA KEDAMAIAN & SUKACITA

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.


Mengatasi Kegagalan & Mencapai Kejayaan Melalui KRISTUS YESUS

Pada 19 Januari 2018, halaman Facebook Ustadz Abdul Somad memposting 18 kata-kata bijak. Berikut postingannya:

1 Tesalonika 1. 1 Tesalonika 2

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Pribadi Mandiri dan Kesalehan Sosial. Iwan Yahya Muhajirin, Ottawa, Ramadhan 1436 H 6 Juli 2015

Seri Iman Kristen (3/10)

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

Dikutip dari ALKITAB Terjemahan Baru (TB) LAI 1974

My Journey with Jesus #2 - Perjalananku dengan Yesus #2 THE JOY OF THE LORD SUKACITA DALAM TUHAN

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

SURAT 64. AT TAGHAABUN DITAMPAKKAN KESALAHAN KESALAHAN

Bab 4 PEMAHAMAN SUFIYAH. Kandungan THARIQ

SEKOLAH SESUDAH INI. "Dan mereka akan melihat wajah-nya dan nama-nya akan tertulis di dahi mereka."

Mengimani Kehendak Allah


= DAILY MOTIVATION SKILL = disampaikan oleh

KAYA TAPI ZUHUD. Oleh: Dr. Marzuki, M.Ag. (Dosen PKn dan Hukum FIS UNY)

Motivasi Agar Istiqomah

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB IV ANALISIS RISIKO KUFUR NIKMAT

Filipi. 1 1 Dari Paulus dan Timotius, hamba. Salam

Gurindam Duabelas: Raja Ali Haji

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

RAMADAN Oleh Nurcholish Madjid

SEMUA ORANG BERDOSA. Sebab tidak ada perbedaan. Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah.

Seri Iman Kristen (10/10)

IMAN Siapa yang Anda Percaya

1. Apabila seorang datang langsung berbicara sebelum memberi salam maka janganlah dijawab. (HR. Ad-Dainuri dan Tirmidzi)

Surat Paulus yang pertama kepada jemaat Tesalonika

Memilih Sikap Positif

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

١٢٢٣/2 PENDIDIKAN ISLAM SET 2

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2


1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

Renungan tentang kehidupan

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Pelipur Lara Si Miskin

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Gurindam Duabelas Karya : Raja Ali Haji

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

GPIB Immanuel Depok Minggu, 18 Maret 2018

REFORMASI KESEHATAN PERLU DILAKSANAKAN

Gurindam Pasal Yang Pertama

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

Fakar Al-Mazda Roby atul Adawya

UNTAIAN KISAH KEHIDUPAN (JATAKAMALA) Kisah Ajastya

BAB IV PERILAK TERPUJI

Bersihkan Hatimu Untuk Membangun Ummat

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

INSTRUMEN PENELITIAN PROFIL PROAKTIVITAS PESERTA DIDIK SMP PETUNJUK PENGISIAN

Dunia Yang Membuat Lupa Mati

Transkripsi:

MADAH ABUYA Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah. Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu saja salah dalam bertindak. Hidayah mudah didapati, taufiq susah dicari. Hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat di tathbiq dengan ilmu. Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia. Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan. Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal, boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberian Allah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu. Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya, sebab itu tidak diterimanya. Apabila terasa diawasi Tuhan, rasa berdosa setiap masa, jiwa derita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmatnya, rasa kurang beramal,rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda sudah memiliki sifat kehambaan. Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikit tapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingati Allah. Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak disedari. Adakalanya tanpa usaha dapat sesuatu yang tidak terduga, agar kita sedar Allah itu berkuasa dan kuasa-nya tidak bersandar dengan usaha. Tapi perlu diingat usaha kena dibuat sebagai syariat dan untuk pahala. Tidak berbuat di mana datangnya pahala? Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah. 1

Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri. Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir. Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu aktif berjuang. Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dan kehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang. Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untuk mandi, untuk minum, untuk tanaman, untuk ambil ikan, untuk main sampan, ambil pasir dan berbagai-bagai. Allah dikenal dengan hati bukan dengan akal. Dan orang yang hatinya kenal Allah, pasti kuatlah agamanya. Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padanya. Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah. Bila fikiran manusia rosak, manusia tidak pandai lagi berterima kasih pada orang yang berjasa padanya. Tetapi apabila hati rosak, manusia tidak tahu lagi bersyukur pada Allah Yang Maha Berjasa. Bila guru dan murid tidak kekal kasih sayangnya sampai ke hujung, menunjukkan ia telah dipisahkan oleh cinta dunia. Bila hati rasa cukup apa yang ada, tidak susahkan yang tiada, itulah kaya namanya. Bila makanan dan minuman tidak bersih, pergaulan bebas, tempat belajar banyak maksiat atau hati jahat, jadilah sembahyang itu tidak boleh khusyuk. Bila manusia tidak beriman hatinya akan keras, nafsunya sangat mendorong membuat jahat dan akalnya tidak memikir ke arah akhirat. Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically, rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala. Buah akal ialah ilmu pengetahuan. Buah jiwa atau hati ialah iman. Buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah di dalam kehidupan. Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak mulia, buah akhlak ialah Ulfah (ramah mesra). 2

Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat. Buatlah kerja Tuhan pada siang hari. Mengadulah kepada Allah pada malam hari, moga-moga kerja kita diredhoi. Bunga selalunya cantik tapi mudah layu. Tunggul kayu tidak menarik tapi tahan lama. Begitulah kebaikan, selalunya tidak dapat berterusan, tapi kejahatan itu selalunya berlarutan. Buta mata tidak nampak cahaya. Buta akal tidak nampak dunianya. Buta hati tidak nampak akhiratnya. Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi) sulit sekali, kerana kita terpaksa menentang diri sendiri. Kita juga yang akan menanggung sakitnya. Kerana tidak sanggup maka banyaklah manusia yang gagal dalam perjuangan ini. Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik. Berlumba-lumba membuat kebaikan disuruh, tidak senang dengan orang yang membuat baik ditegah, tidak peka dengan orang yang membuat kebaikan menunjukkan hati sudah mati. Bermusafir itu memberi banyak pengalaman. Tapi ia adalah satu daripada penderitaan. Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab. Redhalah dengan ketentuan Tuhan, selain pahala, hati tenang. Bertawakkallah kepada-nya, selain pahala agar kita tidak jahat sangka dengan Allah. Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu. Berpuas hatilah dengan apa yang ada, agar hati tidak susah dengan perkara yang tiada. Bersedekah dengan senyum lebih baik daripada bersedekah dengan harta, kerana bersedekah dengan senyum manusia tidak merasa terhutang budi dan tidak terhina. Berfikirlah ia akan membuahkan ilmu. Amalkanlah ilmu itu ia akan membuahkan hikmah. Itulah yang dikatakan ilmu di dalam ilmu. Bersedihlah dengan dosa di dunia ini, agar di Akhirat bergembira. Menangislah di dunia ini agar di Akhirat kita ria dan ceria. Bersusah-susahlah kita dengan hak Allah di dunia ini, agar di Akhirat kelak kita dipermudah. Bersegeralah membuat kebaikan, tapi bukan dengan gopoh-gapah. Jauhilah kejahatan tapi bukan membiarkannya dan bersabarlah dengan ujian tapi bukan pula pasif (beku). Bersiaplah segera untuk mati, kerana ia datang tidak berjanji, tibanya tidak berkaki dan tidak berbunyi, masanya tidak tahu malam atau siang hari, apabila ia menjemput tidak ada anggultangguh lagi, sekalipun kepada raja besar di dunia ini. 3

Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah.yang paling susah hidup secara orang miskin. Bersyukurlah kalau engkau dapat menempuh jalan yang diredhai oleh Allah dalam setiap usahamu, sekalipun engkau gagal dalam usaha-usahamu itu. Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberi-nya. Bersedihlah dengan dosa. Bertenanglah dengan kesusahan, dan ingatlah Allah setiap masa. Bertukar fikiranlah dengan hukamak. Bertanyalah hukum dengan ulama. Carilah tenaga dengan orang banyak. Mintalah didoakan oleh orang warak. Berhiburlah dengan kanak-kanak. Berilah pertolongan kepada yang berkehendak. Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan dari Allah. Janganlah menunggu ketentuan dari Allah tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita, menentukan adalah hak Allah. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia merupakan perintah dan Sunnatullah dalam kehidupan. Tapi ingat, ia tidak akan mengatasi takdir Allah. Biar kita berjiwa besar, bercakap merendah diri, daripada bercakap besar, jiwa kecil sekali. Biar sedikit bercakap, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan persepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan. Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yang enak kepada tetamu,tapi diberi secara dilemparkan. Berhibur dan menghibur itu tidak salah. Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dalam memberi hiburan. Bawalah badan ke mana-mana, tapi hati biarlah dengan Tuhan. Banyak orang tahu penyakit, tidak tahu mengubat. Banyak orang tahu masalah, tidak tahu menyelesaikannya. Banyak orang boleh memberi ilmu, tapi tidak mampu memberi didikan. Justeru itulah di segi pelajarannya cemerlang, tapi dari segi akhlak malang. Cerdik tidak mesti pandai, kalau dia tidak belajar. Pandai tidak mesti cerdik, kerana dia belajar. Kalaulah orang cerdik belajar bergabunglah cerdik dengan pandai. Orang ini adalah luar biasa pandainya. Di akhir zaman ini, di zaman moden ini jarang sekali guru dikenang, pemimpin disenangi, ulama disayangi, orang kaya disanjung, fakir miskin diberi simpati, orang sakit diziarahi. 4

Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah dan lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. Diam tidak mesti berfikir. Merenung tidak mesti mengkaji. Bercakap tidak mesti berilmu. Bertanya tidak mesti ingin tahu. Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan. Gerak-geri dan sikap lahir manusia ialah bayangan hati mereka atau buah yang dihasilkan oleh hati. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta dapat mendorong untuk beribadah kepada Allah SWT. Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia. Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya. Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin. Jarang terhimpun pada seseorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik. Jika kebenaran yang kita terima itu pahit, anggaplah ubat. Bukankah ubat yang pahit itu menyembuhkan penyakit. Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya. Jika kita membuat dosa tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa; satu kerana yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa. Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkara dunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalanan hati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-nya. Kesusahan yang belum tiba,jangan diandai-andaikan, hati menderita sebelum masanya. 5

Kesenangan-kesenangan yang akan datang, jangan difikirkan. Nanti bila sampai masa tidak kunjung tiba kita kecewa. Yang baik terimalah dan redhalah apa yang ada di depan kita, hati kita akan senang sepanjang masa. Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua. Kejayaan sewaktu perjuangan kebenaran itu, hanya akan tercapai, bilamana anggota-anggotanya terhindar daripada dosa. Berhikmah dalam bertindak dan ada melakukan khidmat masyarakat. Kemudaan akan hilang. Kecantikan akan pudar. Kekuatan akan lemah. Tua akan datang. Kematian pun datang tiba-tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan? Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. Kesusahan adalah pengajaran dan didikan,kesenanagan adakalanya merosakkan iman. Kalau kita kuat apalah salahnya kita mengaku lemah,lebih-lebih lagi kalau kita lemah.bukankah mengaku lemah itu sifat hamba? Mengekalkan sifat hamba itu kesukaan Allah. Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang, samada, kita yang bersalah atau para yang mendengar yang salah atau kedua-duanya yang bersalah. Di antara sebabnya kerana hati kita cinta dunia. Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa. Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya. Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah haknya pula. Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput, jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada, gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan, agar hati tenang. Letakkan dunia itu di tangan, Akhirat di hati, supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati. Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan. Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi daripada itu. 6

Mengetahui itu dengan akal, dan mengenal itu dengan hati, sebab itu orang yang kenal Allah akan takut Allah, orang yang tahu dengan Allah dia tidak rasa takut dengan Allah. Merintihlah atas dosa, kerana itu lebih baik daripada bertasbih kepada Allah. Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina. Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengan kesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalam kebenaran. Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman, orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu. Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku. Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah. Orang yang ego atau sombong dengan tujuan hendak jaga wibawa, padahal dia telah menjatuhkan wibawa diri, menjadikan orang bertambah benci dan menjauhkan diri. Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa. Orang yang jiwanya rasa kehambaan sangat tajam, atau rasa bertuhannya sangat tebal, apa sahaja yang berlaku pada dirinya, sama ada yang dia lihat, dengar, rasa, tahu semuanya menjadi pengajaran kepadanya. Orang yang jiwanya rosak, jika berkumpul padanya harta dan kuasa, ia akan banyak merosakkan orang lain. Orang yang mementingkan diri, hakikatnya ia mempertuhankan dan menyembah diri sendiri, tapi ia tidak sedari. Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba. Tawaduk bukanlah bererti lemah. Tegas bukan bererti kasar. Beralah bukan bererti kalah. Kalah bukan bererti salah. Menang bukan bererti benar. 7