Risalah Data Keselamatan Mukasurat: 1/7 1. Pengenalpastian syarikat dan sediaan/bahan Cromophtal Violet RP Kegunaan: komponen pewarna Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No 2, Jalan U8/87, Seksyen U8, Bukit Jelutong 40706 Shah Alam Selangor, MALAYSIA Alamat untuk hubungan: Nombor Telefon: +60 3 5628-3888 Nombor Telefax: +60 3 5628-3777 Maklumat kecemasan: Pengurus Alam Sekitar, Kesihatan Dan Keselamatan Nombor Telefon: +60 3 5628-3888 Nombor Telefax: +60 3 5628-3777 2. Komposisi/ Maklumat Bahan Keadaan kimia: Kuinakridon PIGMENT Violet 19; : 73900 Produk ini tidak mengandungi zat yang diklasifikasikan berbahaya kepada kesihatan atau alam sekitar pada kepekatan yang harus diperkirakan menurut arahan EC 3. Pengenalpastian Bahaya klasifikasi tidak diperlukan:
Mukasurat: 2/7 Sifat-sifat mudharat dan berbahaya khusus: Bahaya: Risiko letupan habuk (Kelas 2). 4. Langkah-Langkah Pertolongan Cemas Nasihat am: Panggil doktor dengan serta merta. Jika tersedut: Pindahkan ke udara bersih. Dapatkan rawatan perubatan jika rasa kurang sihat atau jika pendedahan berpanjangan. Apabila terkena kulit: Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh kulit yang terjejas dengan sabun dan air banyak. Apabila terkena mata: Bilas serta merta dengan air banyak selama sekurang-kurangnya 10 minit, sambil membasuh di bawah kelopak mata dengan cermat. Dapatkan rawatan perubatan. Apabila tertelan: Bersihkan mulut dengan air. Dapatkan rawatan perubatan. 5. Langkah-Langkah Pemadaman Kebakaran Bahan pemadam yang sesuai: semburan air, karbon dioksida, busa, serbuk kering Alat memadam yang tidak sesuai untuk tujuan keselamatan: pancutan air Bahaya tertentu: Oksida karbon., Oksida nitrogen., Gas/wap toksik Bahaya pendedahan: Jangan lepaskan air yang tercemar oleh bahan kimia ke dalam parit, tanah atau air permukaan. Langkah-langkah secukupnya harus diambil untuk menampung air yang digunakan untuk memadamkan api. Lupuskan air dan tanah tercemar menurut peraturan tempatan. Jika berlaku kebakaran berhampiran, bekas harus disejukkan dengan semburan air Peralatan perlindungan khusus: Pakaian pelindung lengkap. Gunakan alat pernafasan serba lengkap. 6. Langkah-Langkah Pengawalan Pelepasan Tidak Sengaja Langkah pencegahan diri:
Mukasurat: 3/7 Elakkan menyedut dan menelannya, elakkan sentuhan dengan kulit, mata dan pakaian. Jauhkan dari sumber pencucuhan. Langkah berjaga-jaga untuk alam sekitar: Jangan lepaskan ke dalam parit/air permukaan/air tanah. Kaedah pembersihan atau pengambilan: Pungut secara mekanikal dan kumpulkan dalam bekas yang sesuai (cukup berlabel) untuk dilupuskan. Elakkan pertambahan debu. jangan siram sewenang-wenangnya ke dalam parit Pakai peralatan pelindung yang sesuai. Pakai alat pernafasan swalengkap. 7. Pengendalian dan penyimpanan Pengendalian Seperti semua bahan kimia industri, gunakan amalan industri yang baik apabila mengendalikannya. Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian. Jangan disedut. Jangan dirasa atau ditelan. Gunakan hanya dengan alih udara yang memadai. Ambil langkah waspada terhadap nyahcas statik. Perlindungan terhadap kebakaran dan letupan: Elakkan pembentukan habuk. Kepulan habuk daripada pigmen berzarah halus boleh membahayakan (risiko letupan habuk). Persyaratan penyimpanan: Bekas harus sentiasa ditutup ketat dan disimpan di tempat yang kering,dingin dan sempurna pengudaraannya. Simpan hanya dalam bekas asal sahaja. 8. Kawalan pendedahan dan perlindungan diri Nilai-nilai had pendedahan DUST Malaysia. OEL. (Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)): TWA: 10 mg/m3 (Zarahan boleh disedut) Nilai ini adalah untuk jirim zarahan yang tidak mengandungi asbestos dan <1% silika habluran. ---------- Malaysia. OEL. (Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)): TWA: 3 mg/m3 (Zarah boleh dihirup) Nilai ini adalah untuk jirim zarahan yang tidak mengandungi asbestos dan <1% silika habluran. ---------- Kawalan Kejuruteraan: Pastikan pengudaraan mencukupi dengan kurangan habuk terbentuk Perlindungan pernafasan: Pakai respirator jenis FFP2 (EN 149:2001) atau yang setara. Perlindungan tangan: Demi menjaga kebersihan, disarankan memakai sarung tangan industri daripada PVC (atau yang setara). Perlindungan mata:
Mukasurat: 4/7 Pakai cermin mata keledar dengan perlindungan sisi untuk perlindungan daripada zarah habuk. Perlindungan badan: Pakaian kerja. Kasut bertutup. 9. Sifat-Sifat Fizikal Dan Kimia Bentuk: serbuk Warna: ungu Bau: tidak berbau nilai ph: dianggarkan 7 (sebagai ampaian) takat lebur: > 300 C takat didih: Takat kilat: Kemudahbakaran: tidak sangat mudah terbakar Suhu pencucuhan: > 600 C Suhu pencucuhan sendiri: Bahaya letupan: Sifat yang menggalakkan kebakaran: Tekanan Wap: Kepekatan: 1.66 g/m3 (20 C) Ketumpatan wap relatif (udara): Keterlarutan dalam air: tidak terlarut Kelarutan: Pekali petakan n-oktanol/air (log Pow): Tahap penyejatan: 10. Kestabilan dan kereaktifan Kestabilan terma / Kepekaan Terma: Dijangka tiada penguraian dalam keadaan penyimpanan normal. Tidak ada tindak balas eksoterma hingga 350 C Keadaan yang perlu dielakkan: Elakkan nyahcas elektrostatik. Bahan untuk dielakkan:
Mukasurat: 5/7, Tiada langkah waspada khas selain menyimpan bahan kimia dengan teratur. Bahan penguraian berbahaya: Oksida karbon., nitrogen oksida, Gas/wap toksik 11. Maklumat Toksikologi Ketoksikan oral akut: Ketoksikan dermis akut: Ketoksikan penyedutan akut: Kerengsaan/kakisan kulit: Kerengsaan/kakisan mata: Pemekaan Kulit: Ketoksikan genetik in vitro: 12. Maklumat ekologi Ketoksikan kepada ikan: Ketoksikan kepada invertebrat akuatik: Ketoksikan terhadap tumbuhan akua: Ketoksikan kepada mikro organisma: Biodegradasi: Produk hampir tidak terlarut air (tidak diuji) Catatan tambahan takdir alam sekitar dan laluan:
Mukasurat: 6/7 Jangan buang produk tanpa kawalan ke persekitaran. Nasihat ekotoksikologi lain: Dijangka tidak memudaratkan alam sekitar. 13. Maklumat Pembuangan Pengendalian bahan buangan dan pelupusan zat.: Bahan kimia sisa harus dilupuskan dengan cara perunuan atau dengan kaedah pelupusan lain sejajar dengan perundangan setempat Pembungkusan tercemar: Bekas kosong yang tercemar mesti dilupuskan sebagai bahan buangan kimia. Bahan bungkusan tercemar harus diperlakukan sam seperti bahan kimia sisa. Bahan bungkusan bersih harus dikenakan skim pengurusan bahan buangan (pemulihan, kitar semual, penggunaan semual) menurut perundangan tempatan. 14. Maklumat pengangkutan Pengangkutan darat (ADR): Pengangkutan darat (RID): Pengangkutan laut (IMDG): Pengangkutan udara (ICAO/IATA): 15. Maklumat Pengawalan Diklasifikasi menurut Arahan Kumpulan Eropah (Arahan 67/548/EEC) klasifikasi tidak diperlukan: 16. Maklumat lain Perlu mengetahui sifat-sifat keselamatan serbuk halus. Gunakan: Kegunaan terhad: Pigmen, sediaan pigmen dan zat pencelup khas Ciba adalah produk gred teknikal., Kecuali dinyatakan atau disetujui selainnya, disarankan hanya untuk kegunaan industri dalam aplikasi yang membabitkan pewarnaan dakwat, plastik atau salutan., Kegunaan lain yang dimaksudkan, termasuk dalam produk pengguna yang tertakluk pada perundangan atau piawaian
Mukasurat: 7/7 khusus, harus dirujukkan kepada pihak pengilang., Data yang terkandung dalam Risalah Data Keselamatan ini hanya mengenaiproduk Ciba yang dijual dengan nama dagang yang disebutkan., Maklumat teknikal bagi menyokong data itu akan disediakan oleh Ciba jika diminta oleh pihak berkuasa yang berkenaan., Bahan ini bukan untuk digunakan dalam produk yang khusus ditujukan untuk sentuhanberpanjangan dengan membran mukus, bendalir tubuh atau kulit melelas, atau pengimplanandalam tubuh manusia, kecuali produk siap telah diuji sejajar dengan persyaratan pengujiankeselamatan yang terpakai di peringkat negara dan antarabangsa Oleh kerana terdapat berbagaikegunaan berpotensi sedemikian, Ciba tidak dapat menyarankan bahawa bahan ini selamat danberkesan bagi kegunaan sedemikian dan tidak menanggung liabiliti bagi kegunaan sedemikian. Garis menegak pada margin sebelah kiri tangan menunjukkan pindaan dari versi sebelumnya. Data yang terdapat dalam risalah data keselamatan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kami, dan menerangkan tentang produk yang berkaitan dengan keperluan keselamatan sahaja. Data tidak menyatakan ciri produk (spesifikasi produk). Data dalam risalah data keselamatan ini juga tidak menyatakan apa-apa ciri khusus atau kesesuaian produk yang dipersetujui untuk apa-apa tujuan tertentu. Penerima produk bertanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa hak pemilikan serta undang-undang dan perundangan sedia ada dipatuhi.