PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN LAGU IRAMA MALAYSIA 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut : 1.1.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Keputusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014. 1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV, 2014 adalah muktamad. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 22 November 2014 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Auditorium JKKN, Perlis 4.0 PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/ Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/ Badan Gabungan masing-masing. 4.2 Setiap kontijen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada: Pengurus / Jurulatih Peserta Jumlah 1 Orang 1 Orang 2 Orang 4.3 Walaubagaimanapun, peserta dibenarkan untuk membawa penari latar atau prop yang bersesuaian untuk mengiringi persembahan semasa pertandingan. Walaubagaimanapun, prop mestilah tidak terlalu sarat dan tidak mengandungi alatan atau bahan yang merbahaya. Pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kebudayaan berhak 1
membatalkan penggunaan penari latar atau prop jika didapati membawa alatan atau bahan yang merbahaya dan juga dirasakan tidak sesuai untuk dibawa ke pentas semasa pertandingan berlangsung. Pihak pengurus juga mesti mendaftarkan penari latar dan juga prop semasa proses pendaftaran. Segala kos yang berkaitan dengan penari latar dan juga prop adalah di atas tanggungan setiap kontijen itu sendiri. 5.0 KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1974 dan ke atas sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. 5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan bagi peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. 5.3 Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang pendaftaran RM50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan dan pengundian akan diadakan pada 20 November 2014 pada jam 9.00 malam. (Masa dan tempat yang sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) 6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan perserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan. 6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan adalah muktamad. 7.0 SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Pertandingan akan dijalankan secara Kalah-Mati pada masa yang ditetapkan oleh penganjur. 7.2 Peserta dikehendaki menyampaikan 1 buah lagu sahaja. (Dilampirkan) 7.3 Nyanyian adalah secara minus one (format audio) dan para peserta perlu menggunakan CD minus one milik sendiri. 7.4 Lagu Irama Malaysia adalah merujuk kepada genre Inang, Zapin, Joget, Etnik Kreatif dan sebagainya. (bersesuaian dengan konsep Irama Malaysia). Pesert diwajibkan menyanyikan lagu yang ada di dalam senarai lagu sahaja. 2
8.0 KELEWATAN 8.1 Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu terdapat mana-mana pasukan yang tidak dapat hadir, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri dari pertandingan. 9.0 TEMPOH MASA PERSEMBAHAN 9.1 Jangka masa persembahan hendaklah tidak melebihi 5 minit. Markah akan ditolak sekiranya melebihi had masa yang diperuntukkan. 9.2 Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada pihak penganjur. 10.0 PAKAIAN PESERTA 10.1 Pakaian hendaklah berkonsepkan tradisional, bersesuaian dan bersopan. 11.0 HAKIM DAN PENGIRAAN MARKAH 11.1 Panel Hakim akan dilantik oleh pihak penganjur. 11.2 Keputusan Hakim adalah muktamad 11.3 Pengiraan Markah berdasarkan kepada Persembahan : 20 Markah Teknik : 30 Markah (Pembentukan Suara, Ketetapan Nada Ayer Lagu, Dinamik, Tempo, Phrasing Sebutan) Suara : 40 Markah (Penguasaan Nada, Warna Suara & Kekuatan Suara) Busana dan Kesesuaian : 10 Markah JUMLAH : 100 Markah 12.0 HADIAH-HADIAH 12.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut : EMAS PERAK GANGSA 1 (2) 1 (2) 1 (2) 3
SENARAI LAGU BAGI PERTANDINGAN NYANYIAN IRAMA MALAYSIA PESERTA LELAKI Menanti Di Ambang Syurga Mohon Kasih Tak Seindah Wajah Keroncong Untuk Ana Cenderawasih Kerna Dia Dusta Berkalang Fatwa Pujangga Kenang Daku Dalam Doamu Samrah Mentari Ghazal Asmara Andalusia Bunga Ros PESERTA WANITA Nirmala Badarsila Cindai Dondang Dendang Layar Batutta Ngajat Tampi Zapin Yang Tinggal Maharaja Bunga Tanjung Di Pinggir Kayangan Nazam Berkasih Candak Anggerik Rimba *** Peserta dikehendaki membawa CD minus one sendiri (format audio) 4
MA J L I S B E L I A M A L A Y S I A BORANG PERTANDINGAN LAGU IRAMA MALAYSIA PESTA SUKAN dan KEBUDAYAAN belia malaysia KANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN *** 21-23 November 2014 MENGGERAK BELIA MALAYSIA Nama Pertubuhan: Nama Pengurus: Nombor Telefon Bimbit: NAMA PESERTA Kami akan menyediakan Penari Latar dan Prop Kami tidak menyediakan Penari Latar dan Prop TANDAKAN (X) pada kotak yang berkenaan JIKA SETUJU MENYEDIAKAN PENARI LATAR DAN PROP NAMA PENARI LATAR SENARAI PROP Jenis Prop: Jenis Prop: Kami telah membaca dan mempersetujui syarat-syarat pertandingan yang dilampirkan serta akan membuat segala persiapan yang sewajarnya untuk membolehkan peserta-peserta hadir pada waktu yang ditetapkan. Disahkan oleh Cop Rasmi Pertubuhan: Tarikh :