UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA 1
MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENGUKUHAN, JARINGAN PERNIAGAAN DAN MINI EXPO HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN KOPERASI 2017, PERINGKAT ZON PANTAI TIMUR 2
ANJURAN SEKTOR PENERAJU PEMBANGUNAN HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN ANGKASA 20 MAC 2017, JAM 12.00 TENGAHARI, 3
HOTEL RENAISSANCE, KOTA BHARU, KELANTAN Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 4
Terima Kasih Pengacara Majlis YBhg. Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 5
YBhg. Dato Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi JPAN Kelantan Merangkap Ahli Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 6
YBrs. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Kelantan Ketua-Ketua Jabatan 7
YBrs. Barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan Datuk-Datuk, Datin-Datin, Para Peserta Bengkel, Pemamer dan 8
Perunding Yang Saya Hormati Sekalian. 1. Alhamdulilah berkat dengan kesungguhan semua, kita telah berjaya menganjurkan Program 9
Pengukuhan, Jaringan Perniagaan dan Mini Expo Hartanah dan Industri Binaan Koperasi 2017, Peringkat Zon Pantai Timur selama 3 hari. Saya mengucapkan terima kasih kepada 10
peserta yang hadir dan terlibat dalam program ini. 2. ANGKASA berharap program ini mencapai objektif yang diharapkan dan memberi impak 11
positif dalam memperkasakan hartanah gerakan koperasi kita. 3. Saya mengharapkan program ini telah memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung 12
kepada koperasi dalam mendalami ilmu pembangunan hartanah dan industri binaan. 4. Program ini diharapkan juga dapat membolehkan koperasi 13
mempromosi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka dalam industri hartanah dan bahan binaan kepada koperasi lain, seterusnya membantu koperasi membina kerjasama strategik 14
dengan koperasi lain dan bukan koperasi. Selain membolehkan ANGKASA mengumpul koperasi yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan industri binaan bagi 15
membentuk jaringan perniagaan di antara koperasi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 5. Bidang hartanah sangat berpotensi untuk diterokai koperasi 16
disebabkan permintaan yang tidak pernah surut, malah menaik walaupun dalam krisis ekonomi. Namun tidak banyak koperasi yang berminat menceburi perniagaan ini. Di negara kita, hanya 508 17
koperasi terlibat sepenuhnya dalam sektor hartanah dan pembinaan dengan sumbangan perolehan sebanyak RM185.5 juta dan aset berjumlah RM730.37 juta. 18
6. Salah satu punca utama koperasi tidak berminat menceburi bidang ini disebabkan oleh modal besar yang diperlukan. Oleh sebab itu, melalui Sektor Hartanah dan Industri Binaan, ANGKASA telah 19
berjaya membantu menubuhkan Konsortium Koperasi Hartanah Berhad yang menggabungkan koperasi-koperasi yang aktif dalam pembangunan hartanah supaya kepakaran, pengalaman dan 20
modal dapat digembelingkan untuk menjalankan aktiviti pembangunan hartanah dalam skala yang lebih besar. Melalui konsortium ini, diharapkan dapat 21
merangsang pembangunan hartanah milik koperasi. 7. Ke arah memperkasakan lagi gerakan koperasi perumahan dan pembinaan di negara ini, satu 22
Jawatankuasa dibentuk yang dianggotai oleh koperasi-koperasi aktif dalam pembangunan hartanah, badan-badan kerajaan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Perumahan Negara, 23
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia, Perumahan Penjawat Awam 1 dan lain-lain. Antara peranan yang dimainkan 24
memperkasakan tanah-tanah milik koperasi, tanah wakaf yang diuruskan koperasi serta tanah koperasi yang telah dicagarkan kepada SKM untuk dipulihkan dan 25
diperkasakan (ada 9 peranan yang perlu dimainkan Jawatankuasa ini). 8. Kita mahu bangkitkan koperasi menjadi antara penyedia utama perumahan mampu milik yang 26
bukan sahaja terbaik untuk ahli-ahli tetapi juga menjadi pilihan masyarakat. Sekarang ini, perumahan mampu milik kurang berbanding rumah kos tinggi/mewah yang memberi 27
keuntungan yang lebih tinggi kepada pemaju. Kita mahu gerakan koperasi mengisi kekosongan ini seperti yang dilakukan oleh Persatuan Koperasi Perumahan (HSB Riksforbund) yang 28
bukan sahaja mampu menyediakan perumahan kos rendah berkualiti tinggi tetapi juga mesra alam. Kepakaran utama koperasi ini dalam pengurusan 29
pembinaan baru dan pembinaan semula rumah-rumah lama. 9. Untuk makluman semua, koperasi HSB juga menggunakan konsep kerjasama dalam 30
mengembangkan perniagaan mereka dengan bekerjsama dengan Koperasi Pusat Sweden. Koperasi ini juga, mengambil bahagian dalam projek-projek perumahan di negara-negara 31
membangun contohnya di Afrika Selatan dan Vietnam. 10. Akhir kata, sebagai koperasi yang dibina atas dasar kerjasama, pihak ANGKASA mahu melihat 32
kejayaan koperasi didokong oleh kesepaduan dan tindakan kerjasama pada peringkat gerakan koperasi dan agensi- agensi yang menyumbang kepada kejayaan yang cemerlang dan mampan. 33
11. Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim merasmikan penutupan PROGRAM PENGUKUHAN, JARINGAN PERNIAGAAN DAN MINI EXPO HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN 34
KOPERASI 2017 PERINGKAT ZON PANTAI TIMUR. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 35