PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

dokumen-dokumen yang mirip
SOALAN NO. 29 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 6 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SOALAN NO. 15 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

jalankan. Nyatakan bantuan-bantuan dan atau program-program untuk

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN [ KULIM BANDAR BAHARU 1 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL

NO. SOALAN: 126 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI TIONG KING SING

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN DATUK HAJI DATU NASRUN BIN DATU MANSUR [ SILAM ] 31 MAC 2014 (SELASA)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN PEWAN RAKYAT MALAYSIA

SOALAN NO: 504 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

menyatakan: berapakah jumlah unit rumah yang telah berjaya dibina menggunakan sistem ini semenjak tahun PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

NO. SOALAN: 263 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A BERTULIS DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI]

Tuan Ramkarpal Singh a/i Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta SOALAN NO. 14 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT

SOALAN NO. 16 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

1/05> NO. SOALAN: 71 DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] SOALAN. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] minta MENTERI

1 SOALAN NO: 91 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

.2\ NO SOALAN : 108 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARI PAD A : Y.B. DATO' SRI DR HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM (KUALA SELANGOR)

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

LAPORAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK GUAR NANGKA 2013

Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dalam menguruskan masalah

SOALAN NO: 131 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KETIGA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 11 JUN 2015 (KHAMIS)

Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

:23S SOALAN NO: 283 PERTANYAAN: BERTULIS DARIPADA: YB TUAN ER TECK HWA SOALAN:

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. TUAN IDRIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ]

M ESYUARAT KEDUA, PEN GGAL KETIGA, PARLIM EN KETIGA BELAS PEM BERITAHUAN PERTANYAAN DEW AN RAKYAT M ALAYSIA JAW AB LISAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB BUKAN LISAN [KOTA RAJA] 7 OKTOBER 2014 (SELASA)

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT YANG KETIGA BELAS, PENGGAL KELIMA, MESYUARAT PERTAMA BUKAN LISAN DR. LEE BOON CHYE [GOPENG]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SOALAN NO: 16 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

BERTULIS DATO' MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [RAUB]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA]

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Perancangan Pengurusan Produksi Luar Negara Ke Malaysia

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

JAWAPAN: (YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HA.. II BAHAROM (B), MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI)

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN : DATUK DR. MARCUS MOJIGOH (PUTATAN) TARIKH : (SELASA)

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

kakitangan dan struktur syarikat berkenaan. Adakah perlunya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

Transkripsi:

SOALAN NO. 522 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : DARIPADA JAWAB BUKAN LISAN DATO KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS [ TELOK KEMANG ] TARIKH 7 MAC 2016 (ISNIN) SOALAN Dato Kamarul Baharin Bin Abbas [Telok Kemang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan: (a) usaha Kerajaan untuk melindungi warga emas daripada aspek kesihatan mahupun sosial memandangkan bilangan warga emas dijangka meningkat menjelang tahun 2020; dan (b) peruntukan undang-undang untuk mewajibkan anak-anak kandung yang berkemampuan untuk membayar kos tanggungan ibu bapa mereka yang ditinggalkan di pusat penjagaan warga emas. 1 59

JAWAPAN: YB DATO SRI ROHANI ABDUL KARIM. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. KELUARGA DAN MASYARAKAT Warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang diadakan pada tahun 1982. Dengan definisi berkenaan, bilangan golongan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9% daripada 31 juta orang penduduk Malaysia. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15% daripada jumlah penduduk merupakan warga emas. Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.60 juta orang. Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga emas serta meningkatkan kuaiiti hidup golongan tersebut ke arah penuaan sihat, produktif dan aktif, Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2

telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakannya. Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya telah diluluskan oleh Kerajaan pada 5 Januari 2011. Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Bagi tujuan memantau pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya dan juga bertindak sebagai badan penasihat, Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara telah ditubuhkan pada 22 Mei 1996. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sementara ahli-ahlinya terdiri daripada kementerian/agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan yang mewakili golongan warga emas. Bagi membantu Majlis menjalankan fungsinya, 7 buah Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan iaitu: 1. Jawatankuasa Kecil Kesihatan; 3

2. Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi; 3. Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian; 4. Jawatankuasa Kecil Perumahan dan Persekitaran; 5. Jawatankuasa Kecil Ekonomi; 6. Jawatankuasa Kecil Pekerjaan; dan 7. Jawatankuasa Kecil Penyelidikan dan Pembangunan. Isu kesihatan merupakan antara isu utama yang sering diketengahkan oleh warga emas. Bagi menghadapi isu ini, Kementerian Kesihatan telah melaporkan bahawa kira-kira 27,000 orang anggota kesihatan telah dilatih dalam penjagaan kesihatan warga emas. Selain itu, 500 buah kemudahan kesihatan kerajaan di seluruh negara telah mengambil inisiatif menyediakan fast track bagi warga emas. Melalui National Blue-Ocean Strategy 7 (NBOS 7): 1 Malaysia Family Care, perkhidmatan saringan kesihatan serta perawatan untuk warga emas di institusi, warga emas terlantar di rumah serta latihan kepada penjaga warga emas yang terlantar di rumah juga telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. Selain itu, isu yang dihadapi oleh warga emas ialah daripada segi persediaan kewangan yang mencukupi untuk menghadapi hari tua. 4

Dalam hal ini, Kerajaan telah meningkatkan umur Persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Pertambahan 5 tahun akan membantu menjamin kestabilan ekonomi golongan warga emas apabila mencapai usia Persaraan kelak melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang lebih besar. Sumbangan dan peranan warga emas yang masih aktif dan produktif juga perlu dipertingkatkan melalui peluang pekerjaan terutama kepada warga emas yang berada dalam kategori miskin. Dalam hal ini, Kerajaan telah mengorak langkah mengadakan perbincangan dengan pihak swasta bagi mendapatkan penglibatan dan komitmen mereka untuk memberi peluang pekerjaan kepada warga emas dengan waktu kerja yang lebih fleksibel. Bagi menggalakkan warga emas untuk berdikari dan menyokong penglibatan mereka dalam masyarakat, kemudahan dan infrastruktur yang mesra warga emas adalah penting. Dalam hal ini, Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu Garis Panduan Perancangan Fizikal Bagi Warga Emas yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan fizikal bagi petempatan warga emas serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Garis Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi 5 63

panduan kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan (pemaju, syarikat swasta, perseorangan, badan bukan kerajaan dan lain-lain) bagi penyediaan petempatan warga emas dan kemudahan sokongan yang perlu disediakan. Selain itu, dalam usaha memahami dan mendalami isu dan cabaran yang dihadapi oleh warga emas, satu kajian bertajuk Kemudahan dan Perkhidmatan Bagi Menepati Keperluan Warga Emas Di Malaysia Menjelang 2030 sedang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia bermula September 2015 hingga September 2016. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Orang Tua (BOT), penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan serta program pemerkasaan ekonomi warga emas. Hingga Disember 2015, seramai 32,535 orang warga emas telah mendaftar di PAWE. Bagi menampung permintaan warga emas yang semakin meningkat, Kerajaan bercadang untuk mewujudkan 222 buah PAWE di setiap kawasan 6

Parlimen secara berperingkat (1 Parlimen, 1 PAWE). Selaras dengan itu, melalui Rancangan Malaysia Kesebelas, JKM telah memohon peruntukan pembelian bangunan bagi mewujudkan 20 buah PAWE. Selain itu, penjagaan warga emas di institusi turut disediakan oleh JKM seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan. Hingga kini, terdapat 14 buah institusi untuk warga emas di bawah pengurusan JKM di mana 11 buah institusi dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (9 di Semenanjung dan 2 di Sarawak) manakala 3 yang lain dikenali sebagai Rumah Orang Tua yang terletak di Sabah. Objektif utama penubuhan institusi untuk warga emas ini adalah untuk menyediakan penjagaan dan perlindungan kepada golongan warga tua yang memerlukan rawatan dan kuaiiti hidup yang lebih baik. Hingga Januari 2016, terdapat 1,611 orang penghuni yang menetap di institusi tersebut. Selain itu, terdapat 2 buah Rumah Ehsan yang memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang sakit dan uzur. Hingga Januari 2016, terdapat 218 orang penghuni di mana 161 orang daripadanya ialah warga emas. Pusat penjagaan warga emas di bawah JKM ini tidak mengenakan sebarang bayaran kerana sebahagian besar warga emas yang ditempatkan di institusi ini tidak mempunyai sanak saudara atau waris dan tiada pendapatan. 7 65

Sehingga kini, belum ada sebarang perundangan yang diwujudkan bagi mewajibkan anak-anak kandung yang berkemampuan membayar kos tanggungan ibu bapa mereka yang ditinggalkan di pusat penjagaan warga emas. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa masyarakat Malaysia hari ini masih berpegang teguh kepada pegangan agama dan nilai budaya timur yang tinggi serta memupuk kasih sayang terhadap ibu bapa atau anggota keluarga yang lanjut usia. Ini adalah selaras dengan prinsip Dasar Keluarga Negara yang diluluskan oleh Kerajaan pada 17 Disember 2010 yang menekankan kepada inisiatif penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan bagi menjamin pembangunan sosial yang mampan. Seiring dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, adalah diharapkan agar kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan tanggungjawab menjaga warga emas akan meningkat bagi memastikan tanggungjawab ini digembleng secara bersama antara Kerajaan dan semua ahli masyarakat termasuk institusi keluarga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan pertubuhan keagamaan. 8