1. NAMA PROGRAM Kejohanan Balapan dan Padang 1Murid 1Sukan Daerah Johor Bahru merebut Piala Menteri Pelajaran 2. PENGANJUR Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia 3. PENGELOLA Unit Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. 4. PERATURAN UMUM Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan Peraturan Am Piala Menteri Pelajaran Malaysia, Peraturan Octathlon 1Murid 1Sukan dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia 5. PERATURAN TAMBAHAN 5.1 Selain daripada peraturan umum di atas, kejohanan ini adalah berasaskan sekolah (school based) yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan untuk memberi peluang lebih ramai murid menyertai pertandingan sukan olahraga di bawah Program 1murid 1sukan. 5.2 Sebarang keraguan boleh dibuat dan diputuskan semasa taklimat dengan pengurus pasukan. 5.3. Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan tambahan, selaras dengan konsep dan matlamat penganjuran Piala Menteri Pelajaran.
6. KELAYAKAN PESERTA 6.1 Peserta adalah terdiri daripada murid yang tidak pernah mewakili dalam sebarang pertandingan olahraga di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri Atau Negara. 6.2 Pelajar yang menyertai program di Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah ( PLD/SPTS ) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. 7. JENIS PERTANDINGAN 7.1. Individu 7.2. Berpasukan 7.3. Medley Relay 8. PENDAFTARAN PENYERTAAN 8.1 Kejohanan ini adalah dikhaskan kepada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan peralihan tingkatan empat tahun ke bawah pada tahun pertandingan 8.2 Setiap pasukan negeri hendaklah mendaftarkan peserta seperti berikut: Kategori Bilangan Penyertaan Jumlah Lelaki 6 6 6 6 JUMLAH 12
9. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 9.1 Setiap peserta akan mengambil bahagian dalam semua 4 acara. Bil Acara Lelaki 1 Lompat Tinggi X X 2 Lompat Jauh X X 3 Lontar Peluru X (4kg) X (4kg) 4 100 meter Lari berpagar X - 5 80 meter Lari berpagar - X Jumlah 4 4 9.1.1 Acara : 80 METER LARI BERPAGAR BIL. PAGAR TINGGI PAGAR PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN PAGAR KE PAGAR PAGAR 8 KE GARISAN PENAMAT 8 0.762 M 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER
10. ACARA LARI BERGANTI-GANTI CAMPURAN ( MEDLEY RELAY ) 10.1 Setiap pasukan boleh mendaftarkan 4 pelari 10.2 Susunan pelari adalah seperti berikut : Bil Susunan Pelari Acara Kategori 1 Pelari Pertama 100 meter Lelaki 2 Pelari Kedua 100 meter Lelaki 3 Pelari Kedua 200 meter Lelaki 4 Pelari Ketiga 400 meter Lelaki 5 Pelari Keempat 800 meter Lelaki 10.3 Pelari pertama akan berlari dari permulaan 200 meter dan ikut lorong masing-masing. 10.4 Pelari kedua akan mula belari dari permulaan garis lurus permulaan 100 m dan juga mengikut lorong masing-masing. 10.5 Pelari ketiga berlari mengikut lorong dan mula memotong masuk ke lorong pertama selepas garisan pemisah 1500 meter. 10.6 Pelari keempat akan belari mengikut kedudukan pelari di lorong pertama. 10.7 Setiap pasukan akan berlari hanya sekali sahaja. Jika terdapat lebih 8 pasukan ianya akan dibahagikan kepada kumpulan dan pasukan yang mencatatkan masa terbaik akan menentukan pemenang. 10.8 Acara Lari berganti-ganti campuran acara tidak termasuk dalam kiraan Hexathlon
11. TAG PENGENALAN PASUKAN Tag pengenalan mengikut no MSSD Balapan Dan Padang 2012 12. BANTAHAN 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOM, kecuali perkara-perkara berikut : 12.1.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta hendaklah diselesaikan semasa taklimat Pengurus Pasukan. 12.1.2 Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian dalam bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pengajur kelak. 12.1.3 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serat merta dan tidak lewat daripada : 12.1.3.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat awal. 12.1.3.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir. 12.1.4 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ) 13. HAL-HAL LAIN 13.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempattempat tersebut. 13.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. 13.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau kecederaan lain berlaku :
13.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan kestadium. 13.3.2 Semasa kejohanan dijalankan. 13.3.3 Di dalam dan luar kawasan stadium. 13.3.4 Di tempat-tempat penginapan. 13.4 Walau bagaimanapun pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. 4hb April 2012.. md_khafiz@yahoo.com.my