" PERISTIWA ISRA MIKRAJ : BUKTIKAN KEBENARAN APA YANG DIDENGAR"

dokumen-dokumen yang mirip
" INDAHNYA WARNA-WARNI PELANGI

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

ت ع ي ن ه و ن س ت غ ف ر ه و ن ع و ذ ب الله م ن ش ر و ر ا ن ف س ن ا و م ن س ي ي ات ا ع م ال ن ا م ن ي د ه الله ف لا م ض ل ل ه و م ن ي ض ل ل ف لا ه اد ي

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

PERAYAAN NATAL BERSAMA

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

Adab makan berkaitan dengan apa yang dilakukan sebelum makan, sedang makan dan sesudah makan.

Konsisten dalam kebaikan

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

Amalan Setelah Ramadhan. Penulis: Al-Ustadz Saifuddin Zuhri, Lc.

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 286


Adzan Awal, Shalawat dan Syafaatul Ujma ADZAN AWAL, MEMBACA SHALAWAT NABI SAW, DAN SYAFA ATUL- UZHMA

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 2/MUNAS VII/MUI/6/2005 Tentang PERDUKUNAN (KAHANAH) DAN PERAMALAN ( IRAFAH)

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Post

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN

ISLAM IS THE BEST CHOICE

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Mengabulkan DO A Hamba-Nya

مت إعداد هذا امللف آليا بواسطة املكتبة الشاملة

Serial Bimbingan & Penyuluhan Islam

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

Menzhalimi Rakyat Termasuk DOSA BESAR

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Mensyukuri Nikmat Al Quran

Iman Kepada KITAB-KITAB

ج اء ك م ر س ول ن ا ي ب ي ن ل ك م ك ث ير ا م ما ك ن ت م ت خ ف و ن م ن ال ك ت اب و ي ع ف و ع ن ك ث ير ق د ج اء ك م م ن الل ه ن ور و ك ت اب

Surah al-fatihah (1-7) (البقرة : (1-5 al-baqarah (255) - ayat kursi )البقرة : )522 al-baqarah (1-5) al-baqarah ( )

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

MENTASHARUFKAN DANA ZAKAT UNTUK KEGIATAN PRODUKTIF DAN KEMASLAHATAN UMUM

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 284

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

BAB I PENDAHULUAN. Pendidikan Agama Islam merupakan salah satu aspek penting dalam

MATERI UJIAN KOMPREHENSIF: KOMPETENSI KHUSUS. Meliputi ujian tentang ayat dan hadis yang berkaitan dengan bimbingan dan konseling

KHUTBAH JUM AT. Air Sumber Kehidupan. Khutbah 1

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 7/MUNAS VII/MUI/11/2005 Tentang PLURALISME, LIBERALISME DAN SEKULARISME AGAMA

Bacaan Tahlil Lengkap

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

KHUTBAH ISTIQAMAH SERIAL KHUTBAH JUMAT MASJID ISTIQAMAH KANDANGAN MATI PEMUTUS KELEZATAN DUNIA OLEH H. MUHAMMAD SUFYAN MAKSUM

Khutbah Pertama. Jamaah Jum'at yang dirahmati Allah.

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

KHUTBAH GERHANA MATAHARI

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Kebahagiaan Mana yang Ingin Anda Raih?

<المصدر> ] لمتابعة رابط المشاركة. ikuti postingan asal keterangan ini. الا مام ناصر محمد اليماني Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.

TAFSIR AKHIR SURAT AL-BAQARAH

PENETAPAN PRODUK HALAL

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

ة س ى اهو اهر خ اهر خ ى

Hadits-hadits Shohih Tentang

DOA dan DZIKIR. Publication in PDF : Sya'ban 1435 H_2015 M DOA DAN DZIKIR SEPUTAR PUASA

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

Dengan nama Allah, maha pengasih dan penyayang. Salam kepada semua Nabi dari yang terdahulu hingga yang akhir.

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

ISLAM DIN AL-FITRI. INDIKATOR: 1. Mendeskripsikan Islam sebagai agama yang fitri

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

Khutbah Idul Fitri Topik Khutbah tentang Lima Cara Memperlakukan Hati

Qawaid Fiqhiyyah. Niat Lebih Utama Daripada Amalan. Publication : 1436 H_2015 M

PENYERANGAN AMERIKA SERIKAT DAN SEKUTUNYA TERHADAP IRAK

Hukum Menyekolahkan Anak di Sekolah Non-Muslim

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

AYYUHAL WALAD AL-MUHIB WAHAI ANAKKU TERCINTA

Perbaikan Keadaan Umat Urgensi Dan Cara Mewujudkannya

Ada Dua Kali Hari Kebangkitan.. اقتباس المشاركة: من الموضوع: Kebangkitan Ada Dua Kali Hari

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

ADAB DAN DOA SAFAR YANG SHAHIH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Hukum mengingkari kehidupan akhirat

Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berkorbanlah. (QS. al-kautsar:2)

SABAR ITU MAHAL. Oleh: Dr. Marzuki, M.Ag.

Imam Nasser Muhammad Al-Yamani:

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Al-Qur an merupakan kitab suci umat Islam yang berisi firman Allah

Bagi YANG BERHUTANG. Publication: 1434 H_2013 M. Download > 600 ebook Islam di PETUNJUK RASULULLAH

BAB 7 ASPEK AL-QUR AN

MANAJEMEN JATIDIRI ( MJ )

KITAB KELENGKAPAN BAB DZIKIR DAN DO'A

Transkripsi:

Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar " PERISTIWA ISRA MIKRAJ : BUKTIKAN KEBENARAN APA YANG DIDENGAR". ا ش ه د ا ن الل ه و ح د ه و ل ه ش ر يك و ا ش ه د ا ن م ح م د ا ع ب د ه و و ر س و ل ه. ا لل ه م ص ل و س ل م س ي د ن ا م ح م د و ا ص ح اب ه ا ل ه و ا ج م ع ي ن. ا م ا ب ع د ف ي ا ا ي ه ا ال م س ل م ون! ا ت ق وا ال له ا و ص يك م و ا ي اي بت ق و ى االله ف ق د ف از ال م ت ق ون. 1

ق ا ل الل ه :. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian jemaah yang hadir marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan menunaikan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larang-nya, mudah-mudahan kita semua akan mendapat kebahagiaan dan kedudukan yang mulia disisi Allah. Khutbah pada kali ini menyedarkan kita tentang PERISTIWA ISRA MIKRAJ : BUKTIKAN KEBENARAN APA YANG DIDENGAR. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Peristiwa isra dan mikraj menjadi pilihan untuk khutbah pada hari ini kerana keunikan peristiwa yang mencabar keimanan seseorang khususnya dalam kerja-kerja dakwah mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah. Dalam kitab sirah tulisan Ibnu Hisham mahupun Ibnu Ishak, antara lain kedua-duanya bersetuju bahawa peristiw israk dan mikraj ini dilatari dan di dahului dengan sekurang-kurangnya tiga peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, iaitu; 1. Baginda s.a.w menghadapi kematian isterinya yang sangat dikasihi iaitu Saidatina Khadijah R.A yang telah banyak berjasa membantu baginda s.a.w dalam kerja-kerja dakwah kepada masyarakat kota makkah. 2

2. Baginda s.a.w selepas itu kehilangan pula bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membela kehidupan dunianya daripada gangguan kaum kafir makkah, bahkan lebih menyayat hati lagi bapa saudaranya mati dalam keadaan tidak sempat beriman kepada Allah SWT. 3. Setelah pemergian orang-orang yang banyak membantunya, telah Baginda s.a.w mengorak langkah bersama para sahabatnya mengalihkan usha berdakwah kepada penduduk Ta if. Namun apa yang Baginda hadapi di sana tidaklah seindah yang diharapkan apabila dakwah yang disebarkan bukan sahaja ditolak, bahkan tubuh Nabi s.a.w turut di lukai dan sakiti. Sesungguhnya peristiwa israk dan mikraj berlaku kepada Rasulullah s.a.w selepas rentitan derita dalam menyampaikan dakwah yang diperintahkan oleh Allah. Kandungan dakwah ketika itu yang berkisar kepada perkara ghaybiyyat atau sam iyyat, perkara yang tak dapat dilihat di dunia ini dan yang hanya dapat didengar, suatu perkara yang amat penting tetapi terlalu sukar untuk membina keyakinan penduduk Makkah mengimaninya. Kalau Nabi Musa a.s diuji oleh Allah dengan permintaan kaum Yahudi yang mahu melihat Allah untuk membina keyakinan akidah mereka, nabi Muhammad s.a.w pula dicabar supaya membuktikan kelebihan beriman kepada Allah dan hari kiamat yang hanya dapat didengar melalui penjelasan oleh Nabi s.a.w dari ayat-ayat al- Quran. Ianya hanya dapat dilihat pada tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada dilangit dan dibumi. 3

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Melalui kisah Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar israk dan mikraj Allah SWT menjadikannya suatu anugerah berbentuk pengembaraan jasad dan rohani kepada Rasulullah s.a.w. Allah SWT menghendakki Rasulullah s.a.w menyaksikan sendiri apa yang telah diperintah oleh Allah SWT berkaitan dengan iman kepada Allah, iman kepada malaikat, iman kepada Rasul, iman kepada kitab, iman kepada hari kiamat dan iman kepada ketentuan baik dan buruk datang daripada Allah Tuhan Maha Pencipta. Sesungguhnya kembara israk dan mikraj ini telah berjaya menyuntik keyakinan khususnya dalam beriman dengan perkara ghaib atau sam iyat. Bahkan ianya dapat meningkatkan kesabaran dalam berdakwah dan mengajak manusia beriman dengan 6 prinsip rukun iman. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Jibril a.s bertanya kepada ku apakah yang dimaksudkan dengan iman?, Rasulullah menjawab, bahawa orang yang bertanya lebih mengetahui daripada yang ditanya, maka Jibril a.s memberitahu bahawa iman itu ialah kamu beriman dengan Allah, beriman dengan para Malaikat, beriman dengan Kitab (yang diturunkan Allah), beriman dengan para Rasul-rasul, beriman dengan Hari akhirat dan beriman dengan ketentuan qada dan qadar baik atau buruk semuanya daripada Allah SWT. (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Anugerah daripada Allah yang berupa pengembaraan Israk dan mikraj ini bertujuan antara lainnya sebagai pengubat rohani dan emosi serta meringankan bebanan akibat tekanan yang dihadapi oleh Baginda 4

s.a.w. Kalau di bumi Baginda s.a.w dengan misi dakwah menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan hari akhirat dilayan dengan penghinaan dan cacian, berlainan pula sambutan yang diberi oleh para rasul terdahulu bahkan para malaikat di alam langit yang menyambut kedatangan Baginda s.a.w dengan penuh mesra, penuh penghormatan dan kemuliaan. Peristiwa agong ini berlaku dalam dua fasal pengembaraan, yang pertama pengembaraan dari Masjid al-haram ke Masjid al-aqsa. Suatu perjalanan darat yang sangat jauh jika diukur secara hitungan jarak perjalanan. Pengembaraan yang melepasi lembah dan gunung Tursina (senai) tempat berlakunya dialog antara nabi musa as dengan Allah SWT serta tempat kelahiran nabi Isa a.s di Baitulaham. Manakala fasa kedua pula bermula dari Masjid al-aqsa ke langit melalui langit pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ke baitul makmur tempat para malaikat dan berakhir di sidratul muntaha. Ketika di Baitul Maqdis (Masjid al-aqsa) Baginda s.a.w disambut oleh semua para Rasul dan Nabi yang terdahulu dimana Baginda telah dilantik untuk menjadi imam solat. Ini merupakan suatu simbolik penyerahan kuasa dunia kepada kepimpinan Muhammad s.a.w, perpindahan risalah dari kaum Bani Israil kepada Bani Ismail atau ummat Muhammad s.a.w dan perpindahan kiblah dari kota Baitul Madis ke Baitullah di Makkah. Kembara Mikraj seterusnya Baginda dibawa ke alam barzakh dimana Baginda dapat menyaksikan berbagai peristiwa di padang Mahsyar hingga ke distinasi terakhir manusia iaitu menerima balasan dari Allah samada menjadi ahli syurga mahupun ahli neraka. Tentunya kepayahan Baginda s.a.w untuk meyakinkan pengikutnya tentang iman 5

kepada Allah dan hari akhirat terubat dengan melihat peristiwa alam ghaib ini. Perkara yang hanya dapat didengar dari ayat-ayat Allah semasa didunia, tetapi ia suatu yang nyata kebenarannya di hari pembalasan. Semuanya di lihat dengan ainul yaqin oleh Rasulullah untuk dikhabarkan kepada ummatnya. Firman Allah SWT dalam surah at-takathur ayat 5-8: Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahuinya (apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat), (ingatlah) demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menyala. Selepas itu (demi sesungguhnya) kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin( semasa kamu dilemparkan kedalamnya), selain dari itu sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat yang telah kamu nikmati. Begitulah hebatnya kuasa Allah yang memaparkan kepada Baginda s.a.w gambaran umat manusia di masa lepas, masa sekarang mahupun akan datang. Kebenaran risalah Allah ke atas manusia ini semuanya terkandung dalam ajaran Islam dan ianya adalah kekal kebenarannya, dulu, kini dan selamanya. 6

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar Kembara mikraj Baginda s.a.w berakhir di Sidratul muntaha dimana Baginda s.a.w mengadap Allah SWT dengan penuh ta zim mengucapkan; Allah. Segala penghormatan, kemuliaan dan keagungan hanya milik Dengan jawapan yang qudus Allah SWT berfirman; Salam ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat dan keberkatan Allah. Dengan kalimah yang penuh khusuk dan syahdu pula Rasulullah mengucapkan; Salam keatas kami dan hamba-hamba yang soleihin. Serentak para malaikat menyambut dan mendoakan. Ungkapan bersejarah itu kekal menjadi bacaan tasyahhud dalam solat yang kita dirikan 5 waktu sehari semalam. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Kembara Mikraj berakhir dengan penuh hikmah dan barakah menuju kesempurnaan karamatul Insaniah apabila Allah SWT 7

menganugerahkan solat 5 waktu sebagi kurniaan kepada Baginda s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh ummatnya. Hikmah penganugerahan solat 5 waktu untuk manusia mensyukuri nikmat Islam dan iman. Dan dengan ibadah solat kita juga dapat merasai kembara mikraj apabila menunaikannya dengan keimanan, penuh penghayatan, ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT. Sesungguhnya peristiwa israk dan Mikraj memberitahu kita pelbagai bentuk pendidikan dan pengajaran berharga, antaranya; 1. Pengakuan beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu dicapai oleh setiap orang hingga ketahap keyakinan yang tinggi dengan merujuk kepada ayat al-quran dan Hadis yang muktabar. Iman bukan diperolehi dengan angan-angan, bukan suatu ilusi dan khayalan, tetapi kebenaran yang hanya dapat di garap dengan ilmu, amal dan kesabaran. 2. Mengajak manusia kejalan Allah seperti yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w dengan penuh kesabaran dan istiqamah mempunyai nilai yang sangat tinggi disisi Allah SWT. 3. Solat 5 waktu adalah anugerah dari Allah dan merupakan suatu penghormatan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada umatnya. Menunaikan solat 5 waktu adalah merupakan suatu kejayaan dalam kehidupan didunia dan mendapat ganjaran yang baik dihari akhirat. Pelaksanannya perlu bergantung kepada kekuatan iman dan keyakinan kepada Allah dan Hari pembalasan seperti yang ditentukan oleh Allah SWT. 8

Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusuk (iaitu) mereka yang percaya dan yakin bahawa mereka akan menemui Allah dan (mereka yakin) akan kembali kepada Nya. (Al-Baqarah : 45-46) ب ار ك االله ل ي و ل ك م, ا ن و ن ف ع ن ي م ن ي ات و ت ق ب ل م ن ي ت لا و ت ه و, و م ن ك م ه و ا ن ه و. 9

ا ق ول ق و ل ي و ا س ت غ ف ر االله ال ع ظ ي م ل ي و ل س ا ي ر و ل ك م ال م س ل م ي ن و ال م س ل م ات ف اس ت غ ف ر و ه ا ن ه ه و ال غ ف و ر الر ح ي م. 10

Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar KHUTBAH KEDUA ا ل ح م د ل ل ه ال ذ ي ج ع ل ن ا م ن ا لم س ل م ي ن و ر ز ق ن ا م ن الط ي ب ات. ا ن ا ش ه د االله و ح د ه و ش ر ي ك ل ه و ا ش ه د ا ن م ح م د ا ع ب د ه و و ر س و ل ه و. ا لل ه م ص ل و س ل م و ب ا رك س ي د ن ا و و ص ح ب ه ت ب ع ه م و م ن ب ا ي و م الد ي ن. ا م ا ب ع د في ا ع ب اد االله ا ت ق وا الل ه ف ق د ف از ال م ت ق و ن. ق ا ل االله ت ع ا:. 11

ا لل ه م ص ل و س ل م س ي د و ار ض ال م ر س ل ين الل ه م ع ن ا ص ح اب ه و ق ر اب ت ه و ا ز و اج ه و ذ ر ي ات ه ا ج م ع ي ن. ا لل ه م اغ ف ر ل ل م س ل م ي ن و ال م س ل م ات و ال م و م ن ي ن ا ن ك و الا م و ات م ن ه م الا ح ي اء و ال م و م ن ات س م ي ع ق ر ي ب م ج ي ب الد ع و ات و ي ا ق اض ي ال ح اج ات. ا لل ه م ا ن ا ن س ا ل ك و ن ت و س ل ا ل ي ك ب ن ب ي ك ا م ي ن و ن س ا ل ك ب ا س م ا ي ك ال ح س ن ى و ص ف ات ك ال ع ظ م ى ا ن ت ح ف ظ ب ع ي ن ع ن اي ت ك الر ب ان ي ة و ب ح ف ظ و ق اي ت ك الص م د ان ي ة ج لا ل ة م ل ك ن ا ال م ع ظ م س ل ط ان س ل ط ان ش ر ف الد ين ادريس شاه الحاج ابن المرحوم س ل ط ان ص لا ح الد ين 12

عبد العزيز شاه الحاج. ا لل ه م ا د م ال ع و ن و ال ه د اي ة و الت و ف ي ق و الص ح ة و الس لا م ة م ن ك ل و ل ى ع ه د ا م ير ش اه ا ب ن الس ل ط ان ش ر ف الد ين ادريس شاه الحاج ف ى ا م ن و ص لا ح و ع اف ي ة ب م ن ك و ك ر م ك ي ا ذ اا لج لا ل و الا ك ر ام. ا لل ه م ا ط ل ع م ر ه م ا م ص ل ح ي ن ل ل م و ظ ف ي ن و الر ع ي ة و ال ب لا د و بل غ م ق اص د ه م ا ل ط ر يق ال ه د و الر ش اد. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang 13

Khutbah Jumaat 24 Mei 2013: Peristiwa Isra Mikraj : Buktikan Kebenaran Apa Yang Didengar Engkau redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-mu yang berat supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu dan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau wajibkan. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan. Demikian jua Ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.. ع ب اد. االله 14

ف ا ذك ر وا االله ال ع ظ ي م ي ذ ك ر كم و اش ك ر و ه ن ع م ه ي ز د ك م و اس ا ل و ه م ن ف ض ل ه ي ع ط ك م و ل ذ ك ر االله ا ك ب ر و الل ه ي ع ل م م ا ت ص ن ع ون. 15