dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

dokumen-dokumen yang mirip
UCAPAN PERDANA MENTERI SEMPENA HARI RAYA AIDILPITRI UNTUK SIARAN MELALUI RADIO/TV MALAYSIA PADA 16HB OKTOBER, 1974

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

1 Y.B. Datuk Hussein Onn.

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

TR 11.9:75. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI PER- HIMPUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DI JOHOR BAHRU, JOHOR PADA 29HB JULAI, 1974

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI KILANG SYARIKAT MALAYSIA EXPLOSIVES SDN. BHD, DI BATU ARANG, SELANGOR PADA 8HB JULAI, 1972

Dalam pada itu, sudah semestinya pula rakyat sentiasa berjagajaga kerana musuh-musuh negara masih berada di tengah-tengah

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001


MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TEKS UCAPAN YDH KOMANDAN SUKSIS UTM

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN SISTEM EJAAN BAHARU DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUM- PUR PADA 16HB OGOS, 1972

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

TR 2:2:75. Saudara-saudara sekalian,

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam. Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP AHLI LEMBAGA PENGARAH MYANGKASA HOLDINGS SDN BHD

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Menurut beliau kelima perkara ini ialah : -

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1436H/2015M. Oleh: Mohd Fazrin Bin Hamdan

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

بسمااللهالرحمنالرحیم السلا معلیكمورحمةااللهوبرگاتھ. Terima kasih Saudara /saudari pengacara majlis

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Transkripsi:

TR 6:9:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI STADIUM ANGKATAN TENTERA, JALAN PADANG TEMBAK PADA 28HB SEPTEMBER, 1974 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berbahagia Jenderal Tan Sri Ibrahim, Ketua Turus Angkatan Tentera, Y.B. Menteri-menteri, Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran Angkatan Tentera, Saya mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dapat sekali lagi menghadiri majlis penutup dan penyanipaian hadiah Pertandingan Membaca Al-Quran dan Berzanji yang dikelolakan oleh Angkatan Tentera Malaysia pada malam ini. Oleh itu, sukalah saya mengucapkan setinggj-tinggi terimakasih dan tahniah kepada Yang Berbahagia Jenderal Tan Sri Ibrahim dan juga Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan ini di atas usaha mereka imtuk menjayakan sekali lagi Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran ini. Malam ini ialah Pertandingan Membaca Al-Quran dan Berzanji yang kedua puluh empat yang dikelolakan pada tiap-tiap tahun oleh Angkatan Tentera kita. Kita semua bersyukur ke hadrat Tuhan bahawa pertandingan ini adalah dijalankan dengan lebih sempurna dan bertambah meriah dari setahun ke setahun. Seperti yang telah diterangkan oleh Jenderal Tan Sri Ibrahim dan juga oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan ini bahawa tujuan mengadakan Pertandingan Membaca Al-Quran dan Berzanji ini bukanlah semata-mata untuk hendak memuliakan bulan Ramadan dengan suasana yang meriah akan tetapi lebih penting lagi ialah bertujuan untuk menggalakkan umat Islam khasnya anggotaanggota tentera membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memahami isi kandungannya serta hikmat-hikmat yang ada di sebalik ayat-ayat suci itu. Dengan cara yang demikian, bukan saja kita dapat 397

menjalankan hukum-hukum Allah dengan keadaan yang lebih sempurna bahkan kita dapat mengeratkan lagi silaturahim dan persefahaman di kalangan umat Islam khasnya anggota-anggota tentera di semua peringkat yang berugama Islam. Usaha Kerajaan kita mengadakan Pertandingan Membaca Ayatayat Suci Al-Quran tiap-tiap bulan Ramadan di semua peringkat peringkat kampung, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa ialah bertujuan. hendak meninggikan lagi syiar Islam di negara kita. Begitu juga dengan kita menggalakkan umat Islam membaca dan memahami Kitab Suci Al-Quran itu, adalah sejajar dengan dasar Kerajaan kita hendak menguatkan ajaran-ajaran di lapangan rohaniah sambil kita menggalakkan usaha-usaha di lapangan kebendaan bagi semua rakyat Malaysia supaya menjadi rakyat yang maju dan bahagia serta rakyat yang taat kepada Tuhan. Upacara pada malam ini adalah mempunyai makna yang istimewa kepada saya sendiri kerana setelah meninggalkan Kementerian ini selama hanya tiga belas bulan, saya telah balik memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Saya bersyukur dengan perubahan ini kerana ini adalah memberi saya peluang sekali lagi berdamping rapat dengan anggota-anggota tentera di semua peringkat. Kita semua bersyukur ke hadrat Tuhan bahawa keadaan keselamatan di negara kita adalah terkawal. Ini disebabkan oleh ketabahan dan keberanian anggota-anggota tentera dan juga pasukan keselamatan negara kita yang telah dan sedang menjalankan tugas mereka itu dengan jujur dan penuh dedikasi. Pada upacara yang bahagia ini, marilah kita bersama-sama mengingatkan mereka-mereka yang telah gugur kerana mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara kita dan bersama-sama berdoa mudah-mudahan Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka itu. Begitu juga pada bulan yang mulia ini, dan tidak berapa lama lagi pada masa kita bersukaria menyambut Hari Raya AidMtri, patut juga kita mengingati anggota-anggota tentera kita yang terpaksa bertugas di pendalaman dan di hutan rimba sempadan antara negara kita dengan Thailand dan juga di Sabah dan Sarawak. Mereka tidak dapat bersama dengan kita dan khasnya 398

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu. Bagi pihak Kerajaan, Kerajaan bukan saja menghargai perkbidmatan dan pengorbanan mereka itu bahkan sentiasa mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menjaga kepentingan mereka dan juga anak irteri mereka. Sebagaimana kita maklum, Kerajaan sedang menjalankan berbagai usaha untuk kebajikan anggota-anggota tentera dan keluarga mereka supaya seluruh anggota tentera terutamanya mereka dari peringkat rendah dapat menumpukan sepenuh masa menjalankan tugas dan kewajipan tanpa diganggu oleh. masaalah keluarga dan sebagainya. Kerajaan sedar hari ini masaalah perumahan angkatan tentera semakin bertambah rumit dengan bertambahnya kekuatan anggota angkatan tentera dalam beberapa tahun ini. Bagi mengatasi masaalah ini, Kerajaan telahpun menyediakan peruntukan sebanyak $460 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua untuk melaksanakan rancangan perumahan bagi anggota tentera. Setakat ini sebanyak lebih 5,500 yunit rumah kelamin telah dapat disiapkan sementara hampir 8,000 yunit lagi akan disiapkan pada akhir tahun ini. Kerajaan berharap akan dapat mendirikan 15,000 yunit lagi dalam tahun 1975. Dengan pembinaan rumah-rumah baru ini maka sebahagian besar daripada keperluan perumahan anggota tentera akan dapat diselesaikan menjelang akhir Rancangan Malaysia Kedua. Begitu juga dua hari dulu pada masa lawatan saya yang pertama kali ke Kementerian Pertahanan selepas penubuhan Kerajaan Baru dan selepas saya mengambil alih Kementerian ini, saya telah memberi arahan supaya dijalankan satu rancangan khas bagi mendirikan rumah-rumah dengan cara segera atau "crash programme" bagi anggota-anggota tentera yang berpangkat rendah atau "rank and file" di bandar-bandar besar khasnya di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Baharu di mana keadaan perumahan adalah mendesak. Begitu juga kita akan mengadakan kemudahan-kemudahan perumahan yang sama kepada anggota-anggota Polis kerana mereka pun sama berjasa dan berbakti kepada bangsa dan negara kita. 399

Satu lagi perkara yang menjadi kesulitan kepada anggota pasukan keselamatan yang terpaksa bergerak atau berpindah dari tempat ke setempat dalam menjalankan tugas mereka ialah soal persekolahan anak-anak. Kadang kala oleh kerana kerap sangat berpindah maka pelajaran anak-anak itu tergendala yang sudah tentu akan mengakibatkan masa depan mereka. Keadaan ini tidak dapat tiada mengganggu Skiran anggota-anggota pasukan keselamatan dan sedikit sebanyaknya melemahkan kecekapan mereka menjalankan tugas sehari-hari. Kerajaan sangat memandang berat atas masaalah ini dan untuk mengatasinya Kerajaan bercadang mengadakan kemudahan asrama bagi anak-anak anggota pasukan keselamatan. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat, berdasarkan kepada keperluan serta sambutan yang diterima. Sebagai permulaan sebuah asrama lelaki dan sebuah asrama perempuan akan dibina di tiap-tiap pusat iaitu di Alor Star, Ipob, Johor Baharu dan Kuantan. Asrama-asrama ini dikhaskan untuk penuntut-penuntut sekolah menengah dan tiap sebuah mempunyai kemudahan untuk menempatkan seramai 300 penuntut. Kita akan merancang kemudahan yang sama di pusat-pusat yang lain sehingga semua keperluan dapat dipenuhi. Saya harap projek ini akan mendapat sambutan baik dari kalangan anggota pasukan keselamatan dan saya percaya dengan kemudahan ini anak-anak mereka akan mencapai kemajuan yang lebih dalam pelajaran mereka. Adalah menjadi harapan saya dengan sistem pelajaran yang teratur dan sempurna sejajar dengan hasrat dan semangat dasar pelajaran kebangsaan, kita akan dapat mendidik dan melatih jenerasi baru kita menjadi rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Dengan tujuan itulah saya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Menteri yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran yang baru, Dr Mahathir untuk menyemak dan meneliti perkara ini. Saya penuh yakin dengan kerjasama ibu bapa dan pemimpin-pemimpin semua kaum, dalam masa jangka yang tidak lama, Malaysia akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang kuat, progresif, bersatupadu dan berdisiplin yang akan membawa negara ke arah kemajuan yang lebih tinggi serta keamanan dan kebahagiaan. 400

Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Kerajaan yang saya pimpin telah mendapat mandat yang begitu besar daripada rakyat. Mandat yang besar ini adalah memberi tanggungan yang berat pula kepada saya dan rakan-rakan saya berkhidmat bagi melaksanakan cita-cita dan hasrat rakyat, akan tetapi saya suka menegaskan iaitu kami adalah berazam untuk bekerja dengan jujur dan dedikasi untuk melaksanakan janji-janji kami dalam pilihanraya yang baru lalu dan juga untuk membawa negara kita ke tingkatan kemajuan yang lebih luas dan lebih sempurna lagi. Saya yakin dan percaya, dengan izin Tuhan, Kerajaan Barisan Nasional akan dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna dan berkesan dengan kerjasama yang penuh daripada rakyat daripada semua lapisan dan golongan. Begitu juga, saya berharap dan berseru kepada anggota-anggota tentera kita khasnya dan anggota-anggota pasukan keselamatan supaya terus berkhidmat untuk menghapuskan musuhmusuh negara dan juga anasir-anasir anti-nasional yang masih lagi ada di kalangan masyarakat kita yang bertujuan hendak memecahbelahkan rakyat dan menimbulkan huru hara di negara kita. Kita semua faham dan mengetahui bahawa hanyalah dengan terjaminnya keamanan dan ketenteraman barulah dapat rakyat menikmati kemajuan-kemajuan dan juga kemakmuran yang mereka cita-citakan itu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menumpukan usaha dan tenaga kita bagi memulihkan keamanan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat supaya kita dapat menjaminkan masa depan yang cemerlang bagi kita dan anak cucu kita. Sekianlah sahaja pesanan saya yang ringkas dan saya dengan amat sukacitanya menutup dengan rasminya Pertandingan Membaca Al-Quran dan Berzanji Angkatan Tentera Malaysia yang kedua puluh empat ini dengan harapan mudah-mudahan kita akan dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan dalam pertandingan yang sama bagi yang kedua puluh lima. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahuwataala mudah-mudahan segala usahausaha kita sentiasa diberkati olehnya. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 401