MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MALAYSIA UNIVERSITY ROBOT COMPETITION (MURoC) Teks Ucapan

dokumen-dokumen yang mirip
BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

TEKS UCAPAN KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIMAP SEMPENA MALAM JASAMU DIKENANG PADA 1 MEI 2007

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2010/2011 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Teks Ucapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam ramadhan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA NAIB CANSELOR UniMAP. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

Mr. Paulo Ferreira Director, World University Championship International University Sports Federation (FISU)

Yang Berbahagia Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamil, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

Yang Berbahagia, Naib Presiden Silterra, En. Munawir Ab Ghani

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

TEKS UCAPAN BRIG. JEN

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

SEMINAR KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP) UniMAP. Teks Ucapan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENGADIL DAN PENILAI PENGADIL PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Teks Ucapan

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS Teks Ucapan

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Yang Berusaha Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Encik Afizal Abu Othman. Pegawai-pegawai Unit Sukan UniMAP, Pengadil-pengadil kejohanan,

Yang Berbahagia Dato Prof Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

IHTIFAL IHYA UniMAP

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA PELANCARAN SANGGAR BUDAYA DAN PROGRAM INOVASI SOSIAL 2011

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

MAJLIS SANTAPAN REGIMENTAL PALAPES UniMAP KE-3. Teks Ucapan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Yang Dihormati, Datuk Tajuddin Mat Isa, Ketua Polis Kontinjen Perlis dan Yang Berbahagia Datin

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA MESYUARAT JEMAAH DATO-DATO PERLIS DI HOTEL PUTRA PALACE, KANGAR PADA 14 JANUARI

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia, Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akakdemik dan Antarabangsa UniMAP.

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EMYIS OKTOBER 2011

Transkripsi:

1 MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MALAYSIA UNIVERSITY ROBOT COMPETITION (MURoC) 2011 Teks Ucapan BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 27 Februari 2011, di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Mengadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.

2 Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku mencemar Duli berangkat ke Majlis Perasmian Penutup dan menyempurnakan penyampaian Hadiah sempena Malaysia University Robot Competition (MURoC) 2011 pada hari ini. Sesungguhnya, perkenan Duli-duli Tuanku hadir mencemar Duli, amat besar ertinya buat patik di UniMAP dan seluruh warganya. Menjunjung kasih yang tidak terhingga diatas cetusan ide Tuanku sehingga terhasilnya MURoC ini dan sokongan tidak berbelah bahagi Tuanku ke atas usaha-usaha mengenegahkan teknologi robot dikalangan para mahasiswa yang pertama kali dianjurkan pada Januari 2010 yang lalu sehingga ke saat ini sememangnya merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya buat kami. Patik berdoa kepada Allah S.W.T agar Duli duli Tuanku sentiasa berada dalam keafiatan, bersemayam dengan segala kebesaran dan kedaulatan untuk terus berperanan sebagai lambang keutuhan UniMAP sebagai payung UniMAP, tempat kami menumpang berteduh di bawah naungan Tuanku. Semoga UniMAP dan warganya yang berada di bawah payung naungan Tuanku, akan dikurnia dan dilimpahkan oleh Allah S.W.T segala

3 kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya. Ampun Tuanku, patik memohon izin dan limpah perkenan Tuanku untuk patik memberi sepatah dua kata kepada para hadirin. Ampun Tuanku. Yang berusaha pengacara majlis, Salutation TBC Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Rakan-rakan Media yang dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian. Selamat Tengahari, Good Afternoon, Saba Hul Hair, Maalai Vannakam, Wu An. Terlebih dahulu marilah kita bersama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Malaysia University Robot Competition (MURoC) 2011 ini.

4 Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja emas kita iatu Microchip Technology, yang merupakan peneraju utama dalam pengawal mikro, analog dan penyelesaian Flash-IP. Seperti yang kita tahu, selain penajaan, pihak Microchip Technology juga bertindak sebagai rakan teknologi eksklusif bagi MURoC 2011. Terima kasih juga buat 5 anak muda graduan bidang kejuruteraan yang menerbitkan majalah Robot : Head to Toe kerana kesudian menjadi majalah rasmi dan bekerjasama dengan kita dalam penganjuran MURoC 2011 ini. Untuk pengetahuan para hadirin, majalah terbitan Cytron Technologies inilah yang bertindak mempromosikan MURoC 2011 ini kepada umum. Selain itu, sekalung penghargaan saya berikan kepada Rass Design dan mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran MURoC 2011 ini. Jasa dan pengorbanan anda ini, hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalasnya. Hadirin sekalian, Kita berasa bertuah kerana pada kali ini seramai 275 peserta dari 20 institusi pengajian tinggi telah mengambil bahagian. Seperti yang kita tahu, pertandingan ini merupakan antara

5 pertandingan robotik yang terbesar dan saya mendapat makluman bahawa setiap pasukan yang bertanding ini telah membawa krew teknikal masing-masing. Dijangkakan keseluruhan yang terlibat dalam pertandingan ini adalah seramai 600 orang yang dibahagikan kepada 41 pasukan. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka di atas komitment yang telah diberikan. Tahniah dan syabas. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan saya berharap agar ini akan menjadi satu titik tolak kepada lebih banyak penciptaan robotik di kalangan mahasiswa sekalian. Sudah semestinya menjadi adat pertandingan, jika adanya kemenangan, pasti juga kan ada kekalahan. Namun saya tidak melihat itu sebagai satu kekurangan dan saya berharap kepada mereka yang tidak merangkul kemenangan pada hari ini supaya tidak berputus asa. Kalah tidak semestinya tidak bagus. Walaupun penciptaan anda kali ini tidak berjaya memikat hati juri, namun saya percaya dan yakin bahawa setiap penciptaan tersebut adalah yang terbaik dan hasil dari kesungguhan tidak berbelah bahagi di antara anda sekalian. Oleh itu, tingkatkan lagi usaha anda dan jadikan MURoC ini sebagai satu medan menuntut ilmu yang tiada berpenghujung. Hadirin sekalian,

6 Dahulu, jika disebut ROBOTIK... pasti ramai yang berkerut dahi memikirkan kepentingan teknologi robotik kepada manusia. Namun kini, kebanyakkan negara maju di dunia telahpun dikuasai oleh teknologi robotik ini bagi memudahkan urusan seharian mereka. Walaupun pengenalan teknologi ini masih baru di Malaysia, namun sasaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 harus menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif dari sudut penguasaan teknologi robotik ini. Atas kesedaran itulah, maka diharap agar melalui pertandingan sebeginilah yang akan melahirkan penyelidik muda menggunakan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai penciptaan baru yang mungkin akan menghiasi tempat kerja atau rumah kita kelak. Walaupun sering berlegar di benak fikiran, mampukah Malaysia mencipta robot...? saya secara peribadi yakin bahawa kita Malaysia mampu mencipta robot tetapi... proses pembelajaran itu haruslah bermula dari sekarang dan tidak terhenti di separuh jalan. Seperti yang kita tahu, dewasa ini, manusia semakin sibuk dengan pelbagai perkara. Kita bergerak pantas untuk melaksanakan sesuatu dengan harapan agar tidak ketinggalan di belakang. Dalam kekalutan mengejar masa, kadang kala manusia menjadi cuai dan alpa dalam melaksanakan perkara-perkara yang lain.

7 Jadi saya rasa, tidak salahnya jika satu masa nanti teknologi robotik yang sedang kita terokai sekarang dan bakal menguasainya dalam masa beberapa tahun lagi akan bertindak membantu manusia dengan menggantikan kerja-kerja ringan manusia seperti penggendalian mesin di kilang-kilang, rumah dan pejabat. Tetapi harapan saya agar tidaklah sehingga menggantikan manusia secara keseluruhannya sehingga hilang pula fungsi seseorang manusia itu. Saya yakin tidak lama lagi Malaysia akan menguasai teknologi robotik dan saya mohon sokongan pelbagai pihak mengenai perkara ini. Marilah kita bersama membawa Malaysia kearah negara maju yang menguasai pelbagai ilmu mencakupi penciptaan menggunakan teknologi robotik. Hadirin sekalian, Rasanya cukuplah setakat ini sahaja kali ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada tengahari ini, izinkan saya untuk menyampaikan dua rangkap pantun... MURoC 2011, hampir kepenghujung, Cuma menanti, penyampaian hadiah sahaja, Harapan saya, tinggi menggunung, Silaturrahim terjalin, berkekalan selamanya.

8 Kalah dan menang, adat pertandingan, Ciptalah lagi, janganlah jemu, Tahun hadapan, MURoC 2012 membuat perbandingan, Semoga kita kembali bertemu. Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun, Sekian sahajalah ucapan patik pada tengahari ini. Bagi mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggitinggi kasih di atas perkenan Duli Tuanku merasmikan Majlis Perasmian Penutup dan menyempurnakan Penyampaian Hadiah sempena Malaysia University Robot Competition (MURoC) 2011 ini. Ampun tuanku. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.