PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

SENARAI SEMAK GRADUAN

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-12 POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 KUIPSAS 2017

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

PANDUAN KONVOKESYEN SENARAI SEMAK KANDUNGAN SAMPUL

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

MAKLUMAT / PERATURAN & SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

CIMB Bank

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN UMS KALI KE 17 SELEPAS MAJLIS

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE POLITEKNIK MUKAH

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31, 2017 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 KOLEJ MULTIMEDIA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 30 POLITEKNIK KOTA BHARU

MAJLIS KONVOKESYEN KE-13 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

2. Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2017.

BUKU PANDUAN GRADUAN M A J L I S K O N V O K E S Y E N K E Di sini lahirnya DA I, ULAMA & UMARA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-5 POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

Tatacara Permohonan Hadir / Tidak Hadir Bagi Majlis Konvokesyen Jubli Perak Politeknik Kota Bharu

BUKU PANDUAN KONVOKESYEN 2016 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 29 Politeknik Kota Bharu

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KEEMPAT POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

2. Siapa yang terlibat dalam kajian ini? Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2017.

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

Tatacara Pengambilan Sijil & Transkrip Konvokesyen UTM Ke APRIL 2018 (Ahad) (Tindakan Graduan)

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN (JAPANESE ASSOCIATE DEGREE)

Transkripsi:

PENTING Sila Baca Dengan Teliti Dokumen Ini PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14 GRADUAN DIPLOMA, SIJIL & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BUKU PANDUAN GRADUAN Membentuk Tunas Kecemerlangan UCAM BERHAK UNTUK MEMINDA ISI KANDUNGAN TANPA SEBARANG NOTIS

MAKLUMAN PENTING Graduan DIWAJIBKAN menjalankan Kajian Pengesanan Graduan KPT yang boleh dicapai di laman web http://graduat.mohe.gov.my, mengisi Borang Pendaftaran Alumni dan Borang Kaji Selidik Graduan UCAM (dilampirkan sekali). Sila isi kesemua borang dengan lengkap dan bawa bersama Slip Cetakan Kajian Pengesanan Graduan KPT. Slip Cetakan adalah sebagai bukti Kajian Pengesanan Graduan KPT telah diisi dengan jayanya dan sila tunjukkan slip berkenaan semasa pengambilan jubah. Graduan yang gagal menunjukkan slip berkenaan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah konvokesyen. SENARAI SEMAK PANDUAN SAMPUL Pastikan semua perkara seperti senarai di bawah terdapat dalam sampul surat yang d terima :- 1. Surat jemputan ke Majlis Konvokesyen UCAM ke 14. 2. Panduan Majlis Konvokesyen UCAM ke 14. 3. Borang Kehadiran Graduan/Ibu bapa 4. Borang Pendaftaran Alumni UCAM 5. Borang Kaji Selidik Graduan ** (semua graduan yang HADIR/TIDAK HADIR perlu menghantar kembali setelah lengkap diisi untuk tindakan segera pihak UCAM selewat-lewatnya 4 November 2015) 2

MAJLIS KONVOKESYEN Pengurusan UCAM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana saudara/i yang merupakan graduan sulung UCAM. Majlis Konvokesyen adalah satu Majlis yang sangat bererti kepada para graduan. Dengan itu pengurusan UCAM berharap agar graduan dapat bekerjasama sepenuhnya demi kelancaran perjalanan majlis. Berikut adalah maklumat penting mengenai majlis berkenaan yang mesti diambil ingatan oleh graduan. SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS INI DENGAN SEBAIKNYA. Tarikh Aktiviti Tempat Masa Pakaian 11 November 2015 Raptai dan Taklimat Bersama Graduan Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 12.00 tengahari Pakaian Kemas 12 November 2015 Majlis Konvokesyen Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 8.00 pagi 2.00 petang Sila rujuk m/s 5 SESI PENGURNIAAN DIPLOMA DAN SIJIL Majlis Konvokesyen akan berlangsung selama sehari dan hanya diadakan satu sesi. Graduan akan naik ke pentas untuk acara penganugerahan diploma dan sijil mengikut program masing- masing seperti berikut :- Diploma Pertanian Diploma Pengurusan Ladang Diploma Pengurusan Landskap Diploma Perakaunan Diploma Keusahawanan Diploma Pengurusan Perniagaan Diploma Perniagaantani Sijil Sains Pertanian Sijil Pengurusan Perniagaan Sijil Sains Komputer Sijil Kemahiran Konduktor Ladang 3

KEHADIRAN PADA HARI RAPTAI Graduan dikehendaki melapor diri pada 11 November 2015 mulai 12.00 tengahari di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan mengikuti raptai sehingga selesai. Pihak UCAM boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Raptai dan Taklimat Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokeyen Ke 14. KEHADIRAN PADA HARI KONVOKESYEN Graduan dikehendaki melapor diri kepada pegawai bertugas mengikut program pengajian masing-masing pada 12 November 2015 mulai 8.00 pagi di Ruang Legar, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kelewatan melapor diri pada masa yang ditetapkan akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan masuk. Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang ditetapkan. Graduan akan disusun dan akan dibekalkan dengan kad yang mengandungi butiran graduan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke dewan, para graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas. Graduan yang datang lewat iaitu selepas perarakan masuk graduan pada hari konvokesyen, tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen. UCAM berhak menahan atau melarang graduan yang tidak melapor diri daripada menyertai Majlis Konvokesyen. Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai bertugas sepanjang majlis berlangsung. Graduan dan tetamu tidak dibenar meninggalkan dewan sehingga Majlis selesai. TERTIB PENGURNIAAN DIPLOMA DAN SIJIL Graduan akan diiringi oleh pegawai bertugas naik ke pentas untuk menerima diploma atau sijil melalui tangga sebelah kiri pentas mengikut program pengajian masing-masing. Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut urutan yang ditentukan. Sebelum menaiki tangga ke pentas, graduan perlu menyerahkan kad nama kepada pegawai bertugas dan terus bergerak ke arah tangga dan menunggu arahan seterusnya daripada pegawai bertugas. Naik ke atas pentas selepas diarahkan. Sebaik nama diumumkan, graduan perlu bergerak dan terus berhenti di tanda seterusnya, tunduk mengadap YB. Menteri, bergerak dua langkah ke hadapan dan seterusnya menerima skrol dengan kedua belah tangan dan mengucapkan Terima Kasih Dato Sri. 4

Setelah menerima skrol, graduan perlu tunduk dan bergerak turun dari pentas ke tangga sebelah kanan pentas terus ke tempat duduk semula berpandukan arahan pegawai bertugas. Keterangan lanjut tertib pergerakan ini akan diberikan semasa hari raptai. PANDUAN PAKAIAN GRADUAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN LELAKI 1. Rambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan. 2. Kasut kulit hitam bertumit dan berstokin (kasut sukan atau sandal tidak dibenarkan) 3. Pakaian GRADUAN DIPLOMA Lounge Suit berwarna hitam, kemeja lengan panjang berwarna putih atau cerah dan bertali leher (kemeja T, seluar jeans atau seluar pendek tidak dibenarkan). GRADUAN SIJIL Pakaian Kebangsaan lengkap bersampin serba hitam DAN bersongkok. GRADUAN WANITA 1. Graduan wanita yang bertudung digalakkan memakai tudung berwarna cerah. 2. Graduan wanita yang tidak memakai tudung rambut hendaklah didandan dengan kemas jika panjang serta tidak diwarnakan. 3. Kasut bertutup penuh. Sandal samada bertali atau tidak adalah TIDAK DIBENARKAN. Berkasut kulit hitam, bertumit yang tidak melebihi 2 ½ inci. 4. Pakaian sepasang baju kurung/kebaya warna bebas atau blouse warna putih dan skirt labuh, plain dan warna hitam. Pakaian hendaklah dipastikan tidak jarang. 5. Bagi graduan wanita yang bukan beragama Islam, skirt hendaklah melepasi paras lutut, tidak terlalu terdedah dan baju hendaklah yang berlengan panjang(skirt atau seluar pendek tidak dibenarkan). UMUM Rumbai (tassel) pada mortarboard hendaklah dibiarkan tergantung di hadapan sebelah kiri graduan. Majlis Konvokesyen ini adalah satu acara rasmi UCAM. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. 5

Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma atau Sijil. NOTA 1. Set jubah Graduan Diploma terdiri daripada Jubah dan Mortarboard sahaja. 2. Set jubah Graduan Sijil/SKM terdiri daripada Jubah sahaja. 3. Pakaian yang tidak mengikut syarat akan menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Pastikan pakaian mengikut syarat, lengkap dan kemas. 4. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa. TETAMU GRADUAN Setiap graduan akan diberikan tiga (3) keping kad masuk untuk tiga (3) orang tetamu semasa pengambilan pakaian konvokesyen. Seseorang tetamu mestilah berumur tidak kurang dari dua belas (12) tahun. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pihak UCAM tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan kad masuk yang telah diedarkan dan kad-kad yang hilang tidak akan diganti. Tetamu graduan adalah diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing pada 12 November 2015 mulai jam 8.30 pagi. Tetamu graduan perlu menunjukkan kad masuk kepada pegawai bertugas di pintu masuk. KEGAGALAN berbuat demikian menyebabkan tetamu TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan. Tetamu graduan perlu mematuhi arahan-arahan daripada pegawai yang bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan ke dalam dewan dan semasa mengambil tempat duduk. Tetamu graduan dilarang meninggalkan majlis sehingga majlis selesai. PANDUAN BERPAKAIAN BAGI TETAMU GRADUAN Tetamu Lelaki Lounge Suit / baju batik / kemeja yang berlengan panjang / berbaju kebangsaan (seluar jeans dan kemeja-t DILARANG) Kasut bertutup (sandal / selipar DILARANG) 6

Tetamu Wanita Rasmi / Kebangsaan / Bersesuaian (pakaian gaun atau skirt hendaklah melebihi paras lutut, blouse tanpa lengan, kemeja-t, jeans dan seluar adalah DILARANG) Kasut bertutup (sandal / selipar DILARANG) Pakaian kurang sopan seperti jarang, ketat, mendedahkan dan yang tidak sesuai untuk majlis rasmi adalah tidak dibenarkan. KEGAGALAN mematuhi peraturan berpakaian akan menyebabkan tetamu graduan DIHALANG daripada memasuki dewan) PERATURAN AM Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, video, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan. Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan ibubapa / tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising. Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan tetamu yang lain adalah DILARANG sama sekali MENGAMBIL GAMBAR / VIDEO. Graduan hendaklah memaklumkan hal ini kepada ibu bapa / tetamu. Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan dan tetamu hendaklah mematikan telefon bimbit atau menukarkan ke mod senyap. AMBIL DAN PULANG PAKAIAN KONVOKESYEN Graduan dikehendaki menyerahkan dokumen dan borang-borang seperti berikut semasa pengambilan jubah :- 1. Salinan slip pembayaran (asal) 2. Slip cetakan Borang Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPT KEGAGALAN menyediakan dokumen di atas akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk mengambil pakaian konvokesyen. Pengambilan jubah pada hari konvokesyen adalah TIDAK AKAN DILAYAN. 7

Graduan dinasihatkan supaya mematuhi jadual pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen. Berikut adalah butiran mengenai pengambilan dan pemulangan pakaian konvokesyen :- AMBIL JUBAH PULANG JUBAH 05 & 06 November 2015 Tempat : Kaunter UPRP, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) Masa : 9 pagi 4 petang 11 November 2015 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Masa : 9 pagi 12 tengahari 12 November 2015 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Masa : 1.00 petang 4.00 petang PERATURAN DAN SYARAT PENYEWAAN PAKAIAN KONVOKESYEN 1. Graduan adalah bertanggungjawab kepada pakaian konvokesyen yang disewa. Sebarang kerosakan pada pakaian konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. 2. Graduan HANYA dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut hari dan masa yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kesulitan pengurusan. 3. Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai. 4. Denda RM50 sehari bagi graduan yang LEWAT memulangkan semula pakaian konvokesyen. 5. Denda RM300, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau MEROSAKKAN pakaian konvokesyen. 6. Denda RM100, skrol dan transkrip ditahan bagi graduan yang MENGHILANGKAN atau MEROSAKKAN mortarboard. 8

GAMBAR KONVOKESYEN 1. Bayaran perkhidmatan gambar adalah sebanyak RM70 termasuk GST dan kos pengurusan. ** PENGHANTARAN GAMBAR KONVOKESYEN AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK JURUFOTO YANG DILANTIK. PASTIKAN GRADUAN MENGIKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN MASALAH SEMASA PROSES PENGHANTARAN GAMBAR. PROSEDUR BAYARAN 1. Bayaran boleh dibuat secara terus ke akaun bank : BANK MAYBANK atas nama KOLEJ RISDA SDN. BHD, MBB CAWANGAN ALOR GAJAH, No Akaun : 554044501501. ATAU BANK CIMB atas nama KOLEJ RISDA SDN. BHD, CIMB CAWANGAN ALOR GAJAH, No. Akaun : 04110000133105 (Sila rujuk panduan mengisi slip bayaran Maybank/CIMB seperti di bawah) 2. Salinan slip pembayaran (MBB/CIMB) hendaklah disimpan dan dibawa bersama semasa mengambil pakaian konvokesyen. 3. ATAU Bayaran secara Tunai juga turut diterima semasa mengambil pakaian konvokesyen di kaunter Unit Kewangan, UCAM. 4. Kegagalan graduan untuk membuat bayaran akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN :- Mengambil pakaian konvokesyen Mengambil kad jemputan konvokesyen Menghadiri Majlis Konvokesyen 9

PANDUAN MENGISI SLIP BAYARAN MAYBANK 1 3 2 4 5 6 7 No. 1 & 2 : Pilih cara bayaran ( Cek @ Tunai ) No. 3 : Lengkapkan maklumat cek No. 4 : KOLEJ RISDA SDN. BHD. No. 5 : No Akaun 554044501501 No. 6 : Tulis nama graduan dan nombor matrik No. 7 : Tulis singkatan program yang diambil. PERHATIAN PASTIKAN JUBAH KONVOKESYEN ANDA BERADA DI DALAM KEADAAN KEMAS DAN DIGOSOK 10

SENARAI SEMAK Apa perlu anda lakukan : MASA BIL PERKARA SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN 1. 2. 3 4 5 6 7 8 9 10 Menerima surat dan Buku Panduan Graduan / muat turun Buku Panduan Graduan dari laman web http://www.ucam.edu.my/konvo Baca dengan teliti setiap maklumat / kandungan set jemputan konvokesyen. Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada. Maklumkan kepada ibubapa / tetamu mengenai tatacara berpakaian semasa majlis konvokesyen. Sediakan keperluan jika tiada. Layari laman web http://graduan.mohe.gov.my dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2015. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian Pasaran dan simpan dengan baik. (anda perlu menyerahkan slip ini semasa mengambil jubah konvokesyen). Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah yang dinyatakan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menyerahkan resit asal semasa mengambil jubah konvokesyen). Datang ke UCAM / PICC pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk pengambilan jubah konvokesyen. Serahkan Slip Pengesahan Kajian Pasaran Graduan, Resit bayaran gambar konvokesyen di kaunter UPRP. Ambil Pakaian Konvokesyen dan Kad Jemputan Tetamu. (Sila serahkan Kad Jemputan Tetamu kepada ibubapa / tetamu yang akan masuk ke dewan) Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua graduan. Datang dan berkumpul ditempat yang telah ditentukan (Sila tepati masa dan tatacara berpakaian yang ditetapkan) DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA / DISERTAKAN - Slip Pengesahan Kajian Pasaran Graduan - Resit Pembayaran Gambar - Slip Pengesahan Kajian Pasaran Graduan - Resit Pembayaran Gambar Tarikh : Masa : Pakaian : Kemas dan tidak berselipar - Kad Jemputan (dipegang oleh ibubapa / jemputan) - Q-Card (dipegang oleh graduan) - Jubah, mortarboard 11

SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN 11 Beratur di dalam barisan / program anda mengikut arahan pegawai bertugas. 12 Berarak masuk dengan tertib 13 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan pegawai bertugas. 14 Tunggu giliran program anda menerima sijil/diploma 15 Beratur untuk menerima sijil/diploma apabila mendapat arahan pegawai bertugas. 16 Serahkan Q-Card kepada pegawai bertugas 17 Terima sijil / diploma. 18 Duduk semula di tempat yang ditunjukkan oleh pegawai bertugas Pulangkan pakaian konvokesyen dalam keadaan baik. 19 Tempat pemulangan pakaian konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan muka surat 8 20 Ambil Sijil dan Transkrip (pastikan anda tidak berhutang kepada UCAM) (dipegang oleh graduan) PERINGATAN Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan. Pihak UCAM tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakan harta benda.. - Slip pengesahan tiada hutang dari Unit Kewangan UCAM 12

ALAMAT SURAT MENYURAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA LOT 2020, AYER PA ABAS 78000 ALOR GAJAH, MELAKA (u.p : Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar) PERTANYAAN Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen UCAM Ke 14, graduan boleh menghubungi pegawai di :- Unit Pengambilan & Rekod Pelajar (UPRP) Tel : 06-5529 227/642 Tel : 06-5520 211 Faks : 06-5529 963 Emel : konvo@ucam.edu.my Membentuk Tunas Cemerlang 13